Anda di halaman 1dari 13

Teori Perkembangan Artistik Kanakkanak oleh Lowenfeld dan Britain

Lowenfeld dan Britain (1982) telah memperkenalkan teori perkembangan artistik kanakkanak yang merangkumi peringkat umur dari 2-14 tahun. Peringkat perkembangan artistik yang diperkenalkan oleh Lowenfeld dan Britain ini merangkumi lima peringkat utama iaitu peringkat scribbling, peringkat preschematic, peringkat schematic, peringkat dawning realism, peringkat pseudonaturalistic dan peringkat adolescent art.

Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Lowenfeld dan Britain

(a) Peringkat Scribbling (2-4 Tahun) Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal. Proses menconteng menyebabkan pergerakan badan dan membangunkan koordinasi otot motor tangan. Apabila kanak-kanak telah mampu menguasai pergerakan tangan dan badan mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan

Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Lowenfeld dan Britain

(b) Peringkat Preschematic (4-7 Tahun) Peringkat ini memperlihatkan peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek yang terdapat di sekelilingnya dengan menggunakan garisan. Sebagai contoh ibu bapa dan orang yang rapat dengan mereka dilukis dengan mempunyai karakter tangan dan kaki dan dilukis seolah-olah terapung dan dengan saiz imej yang berbeza-beza

Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Lowenfeld dan Britain

(c) Peringkat Schematic (7-9 Tahun)

Pada peringkat ini kanak-kanak kurang cenderung untuk melukis imej objek berbanding pada peringkat awal tadi. Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Penekanan lebih diberikan kepada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat di sekelilingnya. Sebagai contoh, kanak-kanak mula membuat percubaan dengan membahagikan ruang pada kertas lukisan kepada dua bahagian iaitu satah udara dan tanah. Bagi pemandangan satah bawah objek disusun secara melintang dan sama manakala objek udara pula dibiarkan kosong. Selain itu, lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala besar. Tidak peka dengan karya mereka sendiri dan tidak kisah dengan lukisan yang dihasilkan oleh rakan sebaya mereka dan gemar untuk berkongsi.

Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Lowenfeld dan Britain

(d) Peringkat Dawning Realism atau The Gang Age (9-12 Tahun) Pada peringkat ini, kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. Perubahan pada peringkat ini adalah terhadap imej yang dilukis secara realistik dan teliti. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanakkanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri. Mereka mula membandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitikberatkan kualiti karya yang dihasilkan.

(e) Peringkat Pseudonaturalistic atau Reasoning (12-14 Tahun Pada peringkat ini, kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik di dalam menghasilkan lukisan. Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej. Mereka lebih gemar untuk melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata berbanding dengan lukisan menerusi imaginasi. Lukisan yang dihasilkan jarang dikongsi bersama dengan rakan sebaya dan perasaan malu dan rendah diri akan timbul sekiranya lukisan yang dihasilkan tidak menarik.

Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Lowenfeld dan Britain

(f) Peringkat Period If Decision atau Adolescent Art in High School (14-17 Tahun) Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya seni dan penciptaan objek. Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni

Scribbling stages (lingkungan umur 2-4 tahun) Sumber: http://www.d.umn.edu/~jbrutger/Lowenf.html

Preschematic stage (lingkungan umur 4-7 tahun) Sumber: http://www.d.umn.edu/~jbrutger/Lowenf.html

Schematic stage (lingkungan umur 7-9 tahun) Sumber: http://www.d.umn.edu/~jbrutger/Lowenf

Stage of dawning realism or the gang age (lingkungan umur 9-12 tahun) Sumber: http://www.d.umn.edu/~jbrutger/Lowenf.html

Pseudonaturalistic stage or the stage of reasoning (lingkungan umur 12-14 tahun) Sumber: http://www.d.umn.edu/~jbrutger/Lowenf.html

Anda mungkin juga menyukai