Anda di halaman 1dari 11

PENGGUNAAN KAEDAH TERAPI MAIN DALAM MENGECAM

HURUF VOKAL BAGI MURID PENDIDIKAN KHAS


BERMASALAH PEMBELAJARAN
Siti Nurhanis binti Abdul Bahar
Kamarudin bin Abu Hassan, PhD
IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka
ABSTRAK
Fokus kajian ini adalah untuk mengaplikasikan kaedah terapi main
dalam
mengecam huruf vokal bagi murid slow learner
bermasalah pendengaran minor. Kajian ini juga dijalankan untuk
menilai keberkesanan penggunaan terapi main dalam merangsang
murid mengecam huruf vokal a, e, i, o dan u. Murid yang dikaji
adalah terdiri daripada seorang murid berkategori slow learner
bermasalah pendengaran minor yang lewat dalam mengecam
huruf-huruf vokal. Data pra dan pasca dikumpul menggunakan
kaedah ujian dan instrumen lain yang turut digunakan adalah
pemerhatian, borang senarai semak serta temu bual. Dapatan
daripada analisis data pasca menunjukkan responden mula
menunjukkan peningkatan dalam proses mengecam huruf vokal
daripada 30 peratus kepada 90 peratus. Ini menunjukkan
penggunaan kaedah terapi main mampu meningkatkan tahap
tumpuan murid semasa pengajaran guru di dalam kelas. Terapi
main juga digalakkan untuk diaplikasi bagi kemahiran mengenal
huruf vokal. Kajian ini sesuai dilanjutkan dengan menambah
bilangan terapi main yang sedia ada kepada lima permainan untuk
huruf a, e, i, o dan u. Selain itu, penggunaan kaedah multisensori
juga dicadangkan bagi membantu murid Pendidikan Khas
bermasalah Pembelajaran dalam mengecam huruf vokal.
Rumusannya, kajian ini sangat berkesan dalam merangsang
kesediaan murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran
terhadap pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan terapi
main.
Kata kunci: Kaedah Terapi Main, Kemahiran Mengecam, Ujian
Pra dan Pasca, Pemerhatian dan Senarai semak.

ABSTRACT
This action research focus is to apply the playing therapy method
in recognizing vocals for slow learner student with impairment of
minor hearing problem. The purpose of this research is to assess
the implementation of playing therapy in order to stimulate the
students in recognizing a, e, i, o, u vocals. The involvement in this
research is the slow learner student which has minor hearing
problem that tendency to difficulty in identifying the vocals. The pre
dan post data has been collected using test whether check list and
the other methods being used are observation and conversation.

198

The resultant of new data analysis shows that the respondent


starting to show positive changes in recognizing the vocals
towards increasing the percentage from 30 to 90 percent. This
research shows that the implementation of playing therapy can
stimulate the focus of the students on learning and teachers
lecture. Playing therapy is also encouraged to apply for the vocal
skill of literacy. This research can be extending by adding the
appropriate number of five games existing to playing therapy
method. On the other hand, the using of multisensory method also
can be use by special need students to improve their recognizing
vocals skills. As a whole, this research is very effective in
stimulating the special education students readiness towards
teaching and learning process through playing therapy.
Keywords: Playing Therapy Method, Recognizing Skill, Pre
and Post Test, Observation and check list.

PENDAHULUAN
Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dengan sebaik-baik bentuk.
(Surah At-Tiin 95:4)
Islam mengajar umatNya untuk saling berkasih sayang demi menjaga
keharmonian kehidupan di dunia dan akhirat. Setiap insan berhak
disayangi dan dihormati sebagaimana yang disarankan oleh tuntutan
agama lebih-lebih lagi pada golongan yang istimewa seperti kanak-kanak
khas misalnya.
Menurut Falsafah Pendidikan Negara (FPN), pendidikan harus
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang harmonis dari segi intelek, rohani dan
jasmani. Demi merealisasikan kehendak FPN, adalah tanggungjawab guru
untuk mencari inisiatif yang sesuai bagi memenuhi keperluan murid dari
pelbagai aspek yang merangkumi pembinaan modal insan dalam diri
mereka.
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Berdasarkan pengalaman saya semasa menjalani praktikum di salah
sebuah sekolah di daerah Alor Gajah Melaka, saya mendapati kebanyakan
murid-murid Pendidikan Khas mempunyai masalah dalam menguasai
kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.
Refleksi Nilai Pendidikan
Melalui refleksi kendiri yang telah saya lakukan, saya berpendapat bahawa
terapi main amat sesuai diaplikasikan di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran murid. Aktiviti terapi main mampu mengurangkan tekanan
199

kepada murid kerana mereka akan berasa gembira dan seronok untuk
belajar.
Secara keseluruhannya, menjadi guru yang bertanggungjawab
adalah mudah jika sentiasa mengamalkan Kod Etika Perguruan Malaysia
yang mengandungi unsur-unsur tanggungjawab kepada murid, ibu bapa,
masyarakat dan negara serta tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan
profesion keguruan. Sesuai dengan pendapat Fullan (1993) yang
menyatakan, guru yang melibatkan diri secara produktif dalam proses
perubahan adalah guru yang mempunyai tujuan moral yang dikaitkan
dengan tugas dan tanggungjawab mereka.
Tinjauan Literatur
Marohaini (1999) mendefinisikan bahawa bacaan sebagai keupayaan
seseorang untuk mengecam bentuk visual, menghubungkan bentuk
dengan bunyi atau makna yang telah diketahui, dan seterusnya
berasaskan pengalaman lalu, memahami dan mentafsirkan maksudnya.
Ianya dapat dibuktikan dengan pendapat Morisson (1998) yang
menjelaskan bahawa aktiviti bermain sebenarnya adalah satu proses
permulaan bagi kanak-kanak untuk belajar.
Kesimpulannya, aktiviti bermain merupakan satu pendekatan
terancang dan berstruktur bagi memberikan peluang kepada murid belajar
dalam suasana yang tidak begitu formal, menyeronokkan, bebas dan
selamat. Justeru, terapi permainan adalah suatu terapi interaksi sosial yang
menyediakan kesempatan untuk belajar.
FOKUS KAJIAN
Kajian ini berfokuskan kepada seorang murid pendidikan khas slow
learner yang mengalami masalah minor iaitu pendengaran. Tempoh
kemasukan murid ke sekolah adalah tiga tahun namun kebolehan
mengecam huruf yang dimiliki adalah di peringkat sangat lemah. Oleh itu,
fokus kajian ini adalah untuk membantu murid dalam meningkatkan
kemahiran mengecam huruf vokal a, e, i, o dan u.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Umum
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti keberkesanan
terapi main dalam meningkatkan kemahiran mengecam huruf vokal a, e, i,
o dan u bagi murid slow learner.

200

Objektif Khusus
Objektif kajian tindakan ini adalah untuk:
a.
b.
c.

mengenal pasti tahap penguasaan murid Pendidikan Khas


kategori slow learner dalam mengecam huruf vokal a, e, i, o,
dan u; dan
membantu murid slow learner mengecam huruf vokal a, e, i, o, u
menggunakan kaedah terapi main; dan
meningkatkan kemahiran murid slow learner untuk mengecam
huruf vokal a, e, i, o dan u menggunakan kaedah terapi main.

Persoalan Kajian
Beberapa persoalan utama kajian telah dibina untuk mencapai objektif
kajian adalah seperti berikut:
i.
ii.
iii.

Apakah tahap penguasaan murid Pendidikan Khas kategori slow


learner dalam mengecam huruf vokal a, e, i, o dan u?
Adakah kaedah terapi main dapat membantu murid slow learner
mengecam huruf vokal a, e, i, o dan u?
Bagaimanakah kaedah terapi main dapat meningkatkan
kemahiran mengecam huruf vokal a, e, i, o, u bagi murid slow
learner?
KUMPULAN SASARAN

Kajian ini dilakukan kepada murid Pendidikan Khas di sebuah sekolah di


daerah Alor Gajah, Melaka dan tertumpu kepada seorang sahaja
responden yang mempunyai masalah pembelajaran dari kategori slow
learner yang mengalami masalah pendengaran minor.
PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN
Setelah melakukan beberapa tinjauan, saya memilih untuk menggunakan
model Kurt Lewin sebagai panduan menjalankan kajian tindakan. Menurut
Lewin (1946), kajian tindakan memperlihatkan suatu kitaran langkahlangkah (a spiral of steps). Suatu kitaran kajian tindakan mempunyai empat
langkah iaitu merancang (planning), memerhati (observing) dan mereflek
(reflecting). Kitaran ini akan berterusan ke kitaran seterusnya yang
melibatkan merancang semula, bertindak, memerhati dan mereflek bagi
menghasilkan kitaran baru.

201

Langkah-langkah Tindakan
Menurut Morrison (1998), bermain adalah satu aktiviti semula jadi dan
keperluan bagi setiap kanak-kanak. Saya telah menyusun akiviti terapi
main untuk dilaksanakan ke atas responden. Oleh kerana terdapat lima
huruf vokal iaitu a, e, i, o dan u, maka saya telah menyediakan beberapa
aktiviti terapi main yang pelbagai mengikut huruf. Pelaksanaan aktiviti
terapi main dijalankan secara berperingkat dan mengambil kira faktor
kesediaan murid dari segi mental, fizikal dan emosi.
CARA MENGUMPUL DATA
Ujian Pra dan Pasca
Ujian pra dijalankan sebelum intervensi dilaksanakan manakala ujian pasca
dilakukan setelah intervensi diaplikasikan ke atas responden. Ujian yang
dijalankan adalah dengan meminta sampel mengecam huruf vokal
menerusi beberapa kriteria soalan yang berbeza. Soalan ujian pasca
adalah sama dengan ujian pra untuk memastikan responden mampu
menunjukkan prestasi sama ada lebih baik mahupun sebaliknya. Ujian ini
juga dilaksanakan bagi menjawab persoalan kajian yang telah dibina oleh
pengkaji mengenai isu yang telah difokuskan.
.
Pemerhatian
Pemerhatian yang saya jalankan adalah kaedah berstruktur yang
menggunakan senarai semak. Sebagai pemerhati, saya menggunakan
video sepanjang aktiviti terapi main berlangsung untuk merakam
pergerakan dan tindak balas murid terhadap kaedah yang diaplikasikan.
Sesuai dengan pendapat Cohen (2000) yang menggalakkan penggunaan
alat perakam suara atau video digunakan semasa membuat pemerhatian.
Saya juga menggunakan pemerhatian tidak turut serta kerana kajian ini
dilaksanakan terhadap seorang responden yang telah dipilih.
Senarai Semak
Data pemerhatian dalam bentuk senarai semak dianalisis menggunakan
peratus untuk melihat perubahan yang berlaku ke atas diri murid sepanjang
kajian ini berlangsung. Pengkaji mencatat aspek tingkah laku, respon murid
semasa menjalankan aktiviti untuk menilai tahap keberkesanan kaedah ini.
ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA
Analisis dan interpretasi data yang dijalankan ke atas responden yang
dikaji adalah menggunakan data yang berbentuk deskriptif. Pengkaji
menganalisis data menggunakan frekuensi dan peratus.
202

Jadual 1 Keputusan Ujian Pra


Item yang diuji
Markah
Peratus (%)
Huruf a
Huruf e
Huruf i
Huruf o
Huruf u

1 /4
1/4
2/4
1/4
1/4

5
5
10
5
5

Jumlah Markah

6 / 20

30

5; 17% 5; 17%
Huruf a

Huruf
5; 17%
e

Huruf i 5; 17%
Huruf o

Huruf u

10; 33%

Carta 1 Carta Pai Keputusan Ujian Pra


Soalan 1 : Apakah tahap penguasaan murid Pendidikan Khas kategori
slow learner dalam mengecam huruf vokal a, e, i, o dan u?
Berdasarkan jadual 1, keputusan ujian pra yang dijalankan
ke atas responden adalah tidak memberangsangkan. Hal ini menjawab
persoalan pertama kajian iaitu menilai tahap penguasaan murid pendidikan
khas dalam mengecam huruf vokal dan jawapannya adalah di tahap yang
rendah.
Kesimpulannya, melalui keputusan ujian pra yang dijalankan pada
rajah 1, huruf a, e, o dan u adalah abjad yang sukar bagi proses
pengecaman responden. Ini berlaku kerana masalah kekeliruan yang
dialami oleh murid dalam membezakan huruf vokal bagi bentuk yang
hampir sama. Murid sukar mengecam huruf yang sama dan menjawab
dengan tidak bersungguh-sungguh.

203

Keputusan Data Ujian Pasca


Ujian pasca dijalankan untuk menilai sesuatu keputusan setelah
menjalankan kaedah ke atas responden. Jadual 2 menunjukkan keputusan
ujian pasca yang telah dilaksanakan ke atas responden.
Soalan 2 : Adakah kaedah terapi main dapat membantu murid slow
learner mengecam huruf vokal a, e, i, o dan u?
Jadual 2 Keputusan ujian pasca
Item yang diuji
Markah
Peratus (%)
Huruf a
4/4
20
Huruf e
3/4
15
Huruf i
3/4
15
Huruf o
4/4
20
Huruf u
4/4
20
Jumlah Markah
18 / 20
90
Berdasarkan jadual 2 menunjukkan data ujian pasca yang telah
dijawab oleh responden. Markah ujian pasca diambil setelah intervensi
dijalankan. Sebanyak 90 peratus markah keseluruhan yang diperolehi bagi
ujian pasca yang telah dijalankan.

22%
Huruf a

22%

Huruf e
Huruf i
Huruf o
17%
22%
15

Huruf u

Rajah 2 Carta pai Keputusan Ujian Pasca


Keputusan yang diperolehi adalah menunjukkan bahawa terapi
main telah membantu meningkatkan proses mengecam bagi murid slow
learner. Hal ini menjawab persoalan kajian yang kedua iaitu sama ada
kaedah terapi main dapat membantu murid dalam mengecam huruf vokal
bagi murid slow learner dengan melihat pada jumlah peningkatan markah
yang terkumpul pada ujian pasca. Rumusan terhadap keputusan yang
disenaraikan pada jadual 2 menunjukkan bahawa murid menunjukkan
peningkatan dari segi pertambahan markah dan sikap murid itu sendiri
daripada pasif kepada seorang yang proaktif.

204

Perbandingan Data Ujian Pra dan Pasca


Jadual 3 Perbandingan Data Pra dan Pasca
Huruf
Ujian Pra
Ujian Pasca
Perbezaan
vokal
(%)
(%)
(%)
a
5
20
15
e
5
15
10
i
10
15
5
o
5
20
15
u
5
20
15
Jumlah
30 (%)
90 (%)
60 %
Jadual 3 menunjukkan perbandingan keputusan data ujian pra dan
pasca yang telah dilaksanakan ke atas responden.
Soalan 3 : Bagaimanakah kaedah terapi main dapat meningkatkan
kemahiran mengecam huruf vokal a, e, i, o, u bagi murid slow
learner?
Soalan pra dan pasca adalah soalan yang sama digunakan. Keputusan pra
dan pasca diambil bagi melihat perubahan ke atas diri murid terhadap
kemahiran mengecam huruf vokal yang diuji.
Semasa menjalankan ujian pasca, murid diberi tempoh 30 minit
untuk menjawab soalan yang diberi. Selain itu, masa yang diambil oleh
murid hanya 20 minit berbanding dengan tempoh waktu semasa
menyiapkan ujian pra. Respon murid menjadikan pengkaji berpuas hati
dengan kaedah yang telah diaplikasikan kepada murid.
20
18
16
14
12
10
8
6
4
2
0

Ujian Pra
Column1

huruf
u
a a huruf ee huruf i ihuruf o huruf
o

205

Rajah 3 Graf Perbandingan Ujian Pra dan Pasca


Perbezaan antara kedua-dua graf pada rajah 3 menjawab
persoalan kajian yang ketiga iaitu untuk melihat peningkatan dalam
mengecam huruf vokal. Keputusan pada carta pai menunjukkan bahawa
penggunaan kaedah terapi main amat berkesan terhadap kemahiran
mengecam huruf vokal a, e, i, o dan u. Ianya dapat dibuktikan dengan
peningkatan peratusan yang diperolehi oleh responden sebelum dan
selepas intervensi dijalankan.
Kesimpulannya, kaedah terapi adalah berkesan terhadap murid
bagi merangsang minatnya apabila melaksanakan sesuatu sesi pengajaran
dan pembelajaran. Pengalaman yang ditimba membuatkan murid
berkeinginan melibatkan diri secara aktif bersama rakan lain mahupun
secara individu dalam memberi kebebasan murid untuk berfikir secara
kreatif dan kritis semasa membuat keputusan.
PERBINCANGAN
Persoalan kajian yang pertama terjawab berdasarkan keputusan ujian pra
yang dijalankan iaitu penguasaan murid dalam kemahiran mengecam
adalah di tahap rendah iaitu empat puluh peratus sahaja. Hal ini terjadi
kerana murid tidak fokus terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran
semasa berada di dalam kelas. Ini dapat dibuktikan sewaktu melaksanakan
ujian pra bagi mengenal pasti huruf vokal a, e, o, i dan u. Murid diberikan
kertas soalan, namun reaksi yang ditunjukkan oleh murid adalah negatif
dan tidak mahu melibatkan diri dengan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Murid juga sentiasa mengeluh dan memberikan respon
bahawa murid tidak berminat dengan huruf vokal.
Bagi menjawab persoalan kedua, kaedah terapi main telah
membantu responden mengecam huruf vokal a, e, i, o, dan u dengan
melihat pada keputusan ujian pasca yang telah dijalankan. Ujian pasca
dilaksanakan setelah ketiga-tiga terapi main dijalankan. Selain itu,
pemerhatian dilaksanakan sepanjang terapi main dijalankan disertakan
dengan borang senarai semak yang mencatat peningkatan proses
mengecam bagi melihat tindak balas terhadap kaedah yang diaplikasikan.
Perbandingan keputusan ujian pra dan pasca telah menjawab
persoalan kajian yang ketiga dengan melihat perbezaan peratusan markah
yang diperolehi sebelum dan selepas kaedah ini dilaksanakan. Terapi main
amat membantu responden dari segi meningkatkan kemahiran mengecam
huruf vokal dari semasa ke semasa. Murid juga menunjukkan minat serta
perubahan dalam diri apabila mampu mengecam huruf vokal a, e, o, i, dan
u dengan jayanya.
206

Kesimpulannya, ini membuktikan bahawa terapi main amat penting


dalam meningkatkan keseronokkan murid Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran dalam menerima ilmu. Sebagaimana yang diperkatakan oleh
Atan (1982), salah satu sifat guru yang paling penting ialah menimbulkan
minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran yang diajarkanya. Secara
tidak langsung, pengkaji dapat meningkatan amalan dan reflektif kendiri
terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Justeru, guruguru boleh menggunakan kaedah ini bagi mengatasi masalah yang
dihadapi oleh murid Pendidikan Khas untuk menarik minat mereka dalam
menghadapi sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
KESIMPULAN DAN REFLEKSI
Pengkaji amat berpuas hati dengan hasil dapatan kajian tindakan ini
kerana telah memberi kesan positif ke atas responden. Dengan ini, saya
ingin menegaskan bahawa penggunaan terapi main adalah sangat
berkesan bagi merangsang minat murid sewaktu sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Pendapat ini disokong oleh Bredekamp (1987)
yang percaya bahawa dalam kehidupan kanak-kanak, bermain merupakan
faktor penting dalam membantu proses pembelajaran dan perkembangan.
Secara keseluruhannya, selain dapat memberi keseronokkan
kepada responden, kaedah ini juga mampu menjadi titik tolak kepada saya
untuk melakukan pembaharuan dengan memperbaiki kaedah pengajaran
di sekolah sekaligus berjaya memperbaiki amalan guru.
CADANGAN KAJIAN LANJUTAN
Pengkaji mencadangkan supaya memperbanyak permainan di dalam
kaedah terapi main daripada tiga ke lima jenis permainan yang mempunyai
abjad yang berbeza pada setiap satunya dengan mengira faktor
kesesuaian diri murid. Selain itu, saya juga mencadangkan supaya kaedah
terapi main diaplikasikan untuk mengajar murid mengenal huruf vokal a, e,
i, o dan u.
Kesimpulannya, semakin banyak pembaharuan kaedah yang
digunakan di dalam pengajaran guru, semakin mudah untuk mereka
meningkatkan potensi murid dalam menguasai sesuatu kemahiran yang
amat penting untuk mereka aplikasikan untuk kehidupan seharian mereka.
RUJUKAN
Atan Long. (1982). Psikologi pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

207

Azila Alias, Norly Binti Jamil, Loy Chee Luen, Mazlina binti Che Mustafa.
(2011). Reka cerita bersama kanak-kanak. Selangor: Gerak Ilmu
Sdn.Bhd.
Bee, H. (1995). The developing child. ed. 7. New York: Harper Collins
College Publisher.
Bredekamp, S. (1987). Developmentally appropriate practice in early
childhood programs serving children from birth through age eight.
Washington, DC: NAEYC.
Caplan, F., & Caplan, T. (1973). The power of play. New York: Anchor
Press.
Cohen, L. Manion, L. Morrison, K. (2000). Research methods in education.
Ed. ke-5. London: Routledge.
Fullan, M. (1993). Action research for educational change, milton keynes.
Open University Press.
Lewin, K. (1948). Resolving social conflict; selected papers on group
dynamics. New York: Harper & Row.
Marohaini Yusoff. (1999). Strategi bacaan dan kefahaman. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa da Pustaka.
Morrison, G. S. (1998). Early childhood education today. Upper Saddle
River, New Jersey: Prentice Hall.

208

Anda mungkin juga menyukai