Anda di halaman 1dari 16

PENGGUNAAN TERAPI FLOORTIME DALAM MERANGSANG

KOMUNIKASI MURID ATTENTION DEFICIT


HYPERACTIVE DISORDER (ADHD)
Farah Wahidah binti Roslan
Nurshidah binti Abu Husin, PhD
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka
ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan untuk merangsang komunikasi murid
Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) melalui
penggunaan Terapi Floortime. Terdapat dua bentuk tindak balas
komunikasi yang dikaji iaitu komunikasi verbal atau non-verbal
dan tindak balas dalam mendengar arahan guru di dalam bilik
darjah. Responden terdiri daripada seorang murid ADHD dan
empat orang guru Pendidikan Khas. Data dikumpul menggunakan
pemerhatian, temubual dan senarai semak. Dapatan kajian
menunjukkan keberkesanan penggunaan Terapi Floortime dalam
merangsang komunikasi verbal atau non-verbal responden.
Responden menunjukkan peratus kekerapan komunikasi yang
tinggi iaitu sebanyak 83 peratus. Dapatan juga menunjukkan
bahawa responden mampu mengikuti arahan guru di dalam bilik
darjah selepas pelaksanaan Terapi Floortime. Kajian ini dapat
menunjukkan komunikasi murid ADHD dapat dirangsang melalui
penggunaan Terapi Floortime.
Kata Kunci: Terapi Floortime, Komunikasi dan Tindak balas

ABSTRACT
This action research was conducted to stimulate communication of
children with Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD)
through the use of Floortime Therapy. There are two forms of
responses in communication were reviewed: verbal or non-verbal
communication and the respons in listening to teachers instruction
in the classroom. Respondents are an ADHD student and four
special eduacation teachers. The data gathered by using
observation, interview and checklist. The findings show the
effectiveness of using Floortime Therapy in stimulating verbal or
non-verbal communication. Respondent showed high percentage
of communication which is 83 percent in frequency. The findings
also showed that respondent was able to follow his teachers
instructions in the classroom after the Floortime Therapy. This
study showed that the ADHD childrens communication could be
stimulated through the used of Floortime Therapy.
Keywords: Floortime Therapy, Communication and Respons

37

PENGENALAN
Kecelaruan komunikasi adalah ketidakupayaan untuk menerima,
menghantar, memproses serta memahami konsep lisan, bukan lisan dan
sistem simbol (American Speech-Language-Hearing Association, ASHA,
1993). Kecelaruan komunikasi sering dialami oleh kanak-kanak Pendidikan
Khas dan salah satunya ialah kumpulan kanak-kanak Attention Deficit
Hyperactive Disorder (ADHD). Sindrom ADHD merupakan diagnosis
masalah kognitif dan tingkah laku terhadap kanak-kanak dan orang dewasa
(American Psychiatric Association,1994). Berikutan kefungsian kognitif
dalam pemprosesan maklumat yang lemah serta terhad, golongan kanakkanak ADHD mengalami simptom negatif seperti kesulitan untuk
berkomunikasi dan sukar untuk mengekpresikan tindak balas dalam diri
mereka (Bernstein, 2010).
REFLEKSI PENGAJARAN
Berdasarkan pengalaman dalam pelaksanaan sesi pengajaran dan
pembelajaran semasa program praktikum fasa tiga yang telah saya lalui di
sebuah Program Pendidikan Khas Integrasi, terdapat murid Pendidikan
Khas yang mempunyai masalah komunikasi. Semasa mengajar, saya
mendapati murid yang mengalami masalah komunikasi ini, memiliki corak
perilaku yang pendiam, impulsif, suka bersendirian, kerapkali meninggalkan
tempat duduk dan menganggu rakan-rakannya dengan tujuan untuk
memperoleh perhatian. Masalah komunikasi ini jelas kelihatan apabila murid
tidak memberi tindak balas semasa ditanya dan tidak dapat mengikut
arahan guru dengan baik. Sebagai contoh, apabila guru menanyakan
soalan, murid berkenaan hanya mendiamkan diri dan kadangkala hanya
mengulang semula pertanyaan yang didengarnya itu. Begitu juga apabila
guru memberikan arahan di dalam kelas, murid bermasalah komunikasi ini
tidak dapat mengikuti pernyataan arahan dan kurang menunjukkan
sebarang reaksi. Guru terpaksa menggunakan nada keras serta
menunjukkan demonstrasi arahan yang telah disampaikan bagi memastikan
murid tadi mengikut arahan. Murid Pendidikan Khas yang bermasalah
komunikasi perlu dibantu agar mereka dapat belajar dan berinteraksi seperti
kanak-kanak normal yang lain. Justeru, saya menyediakan kajian tindakan
ini bagi membantu mengurangkan masalah komunikasi yang dihadapi
melalui pembinaan hubungan dengan murid. Terapi Floortime yang
menekankan pembinaan hubungan rapat semasa aktiviti bermain dijangka
dapat merangsang murid Pendidikan Khas untuk berkomunikasi.
FOKUS KAJIAN
Fokus kajian ini ialah terhadap murid Pendidikan Khas yang dilihat jelas
mempunyai masalah komunikasi. Pengkaji memilih murid yang mengalami
sindrom ADHD ini sebagai responden kajian kerana pengkaji ingin
membantu mengurangkan masalah komunikasi yang dialaminya.
38

Responden yang tidak dapat berkomunikasi dengan baik menyebabkan


keperluan serta keinginan responden tidak dapat dipenuhi. Pengkaji ingin
membimbing responden untuk belajar cara berkomunikasi sama ada secara
non-verbal atau verbal dengan betul dan mesra. Dengan adanya
komunikasi, nilai diri responden boleh difahami oleh orang sekelilingnya.
Apabila responden mampu berinteraksi dan mempunyai komunikasi yang
baik, responden juga akan mudah bergaul dengan rakan sekelas serta guru
boleh menjalankan sesi pengajaran dengan lancar. Ini disokong dengan
kenyataan Dockrell, Lindsay, Palikara dan Cullen (2007) iaitu kanak-kanak
akan menunjukkan prestasi yang baik di sekolah, apabila nilai diri mereka
difaham Pendekatan Terapi Floortime adalah satu kaedah untuk
merawat kanak-kanak bermasalah komunikasi, yang mana ia memberi
fokus terhadap kefungsian emosi, kapasiti sosial dan menekankan
pembinaan hubungan (Greenspan dan Wieder, 2001). Terapi Floortime
bersandarkan pada kepercayaan bahawa apabila kita cuba untuk
berhubung dan bermain dengan individu bermasalah komunikasi, individu
berkenaan mempunyai kepercayaan dan berasa yakin serta selamat untuk
berinteraksi.

39

Menggunakan aktiviti
bermain bersama
responden
Responden menjadi ketua
dan pasangan perlu
meniru cara permainan
Bermain secara spontan
dan bebas
Terapi
Floortime

Tujuan adalah untuk


membina hubungan rapat
dengan responden
Melakukan percubaan
interaksi semasa bermain
Mengalakkan luahan
perasaan dan idea
Membantu membina idea
yang logik

1 Aspek
dalam
Terapi Floortime
Aspek yang Rajah
ditekankan
di penekanan
dalam Terapi
Floortime
ini sangat
mustahak untuk diketahui bagi melihat polisi sebenar pelaksanaan Terapi
ini ke atas kanak-kanak ADHD. Aspek ini juga memperlihatkan aspek
penting yang hanya terdapat di dalam Terapi Floortime.
Aktiviti permainan yang dirancang adalah secara spontan, mengikut
rentak dan kehendak responden. Matlamat utama Terapi Floortime ini
adalah untuk membina hubungan kepercayaan dan keyakinan menerusi
aktiviti bermain bersama dengan responden agar dapat memperbaiki proses
komunikasi antara satu sama lain. Terapi Floortime ini juga menekankan 6
tahap perkembangan emosi yang disebut sebagai The 6 Emotional
Milestones bagi mendekati kanak-kanak bermasalah komunikasi yakni
responden kajian.
Berikut merupakan 6 tahap yang terlibat:
Jadual 1 Tahap-tahap Milestone Floortime
40

Tahap Milestone
Milestone 1
Milestone 2

Milestone 3

Penerangan
Pengawalan kendiri (menimbulkan minat terhadap
sekeliling).
Hubungan orang dewasa dengan kanak-kanak lebih
rapat (keinginan berinteraksi dengan orang lain).

Milestone 4

Meningkatkan kemahiran komunikasi dua hala


(kanak-kanak itu sedar bahawa tindakannya
membawa reaksi orang lain).
Mempertingkatkan komunikasi kompleks.

Milestone 5

Idea emosional (kebolehan melahirkan perasaan).

Milestone 6

Pemikiran emosional
beremosi).

(kebolehan

berfikir

tanpa

Pengkaji bertindak mengalakkan lagi tahap komunikasi responden ke


arah yang lebih baik sehingga mampu mencapai mana-mana 6 tahap
Milestones dalam Terapi Floortime.Apabila kanak-kanak sudah mula
menguasai 6 tahap Milestones dalam Terapi Floortime, kanak-kanak tersebut
secara tidak langsung dikatakan mempunyai asas untuk berkomunikasi, berfikir
dan bersedia untuk percambahan emosi (Greenspan, 1997). Perihal aspek
inilah yang dilihat bagi memantau perkembangan tahap komunikasi responden
melalui pelaksanaan Terapi Floortime.
Terdapat 5 langkah aktiviti bermain yang telah direka bentuk bagi
memulakan Pendekatan Terapi Floortime iaitu:

41

Pemerhatian

Membuka komunikasi

Meniru perilaku responden

Kembangkan aktiviti bermain

Menutup komunikasi

Rajah 2 Langkah-langkah pelaksanaan Terapi Floortime


Pelaksanaan langkah-langkah dalam Terapi Floortime ini dijalankan
secara berperingkat bagi melihat tindak balas responden terhadap aktiviti
bermain bersama pasangannya. Pasangan bermain responden perlu aktif
dan berfungsi untuk mengalakkan naluri responden supaya bertindak balas
terhadap aktiviti bermain dalam Terapi Floortime. Lima langkah yang di reka
bentuk ini dilaksanakan dalam setiap aktiviti terapi dan diulang berulang kali
sehingga responden menunjukkan tindak balas yang positif.
Kesimpulannya, dalam merangsang komunikasi responden, Terapi
Floortime digunakan bagi melihat tindak balas verbal atau non-verbal yang
ditunjukkan oleh responden. Terdapat 6 tahap Milestones dan 5 langkah
pelaksanaan aktiviti bermain menjadi garis panduan yang perlu diikuti dalam
menjalankan Terapi Floortime.
TINJAUAN LITERATUR
Komunikasi merupakan kemahiran yang penting untuk dikuasai khususnya
kepada guru dan murid di dalam bilik darjah. Berkomunikasi di dalam bilik
darjah bukan sekadar menyampaikan ilmu tetapi membina hubungan agar
dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Norliza (2010)
menekankan bahawa halangan dalam komunikasi menganggu proses
pengajaran dan pembelajaran. Turut di sokong oleh Snowling, Adams,
Bishop dan Stothard (2001) iaitu kekangan kanak-kanak berkomunikasi ini
mendatangkan masalah akademik kepada mereka. Pengkaji mempunyai
pandangan yang sama dengan kedua-dua kenyataan di atas, bahawa
42

masalah dalam komunikasi akan memberi kepincangan terhadap


pembelajaran dalam kelas. Lanjutan itu, pengkaji memilih permasalahan
komunikasi ini sebagai fokus yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.
Dapatan daripada Badan The Foundation for People with Learning
Disabilities (2000) mencatatkan kanak-kanak khas mempunyai masalah
sampingan iaitu kesukaran komunikasi atau bahasa pertuturanKanak-kanak
keperluan khas kategori Lembam, ADHD, Autisme, Sindrom Down dan
Terencat Akal seringkali mempunyai masalah komunikasi ini berikutan
perkembangan kefungsian diri mereka adalah rendah jika dibandingkan
dengan kanak-kanak normal. Kanak-Kanak ADHD dilihat sebagai salah satu
kategori berkeperluan Khas yang mengalami masalah komunikasi drastik.
Lazimnya kesan sindrom ADHD terhadap kanak-kanak ialah wujudnya
permasalahan komunikasi (OBrien, Felt, Van Harrison, Kochlar, Riolo dan
Shebab, 2009). Kanak-kanak mengembangkan kebolehan berkomunikasi
terlebih dahulu daripada bahasa. Perkembangan awal komunikasi dikatakan
prasyarat bagi perkembangan bahasa. Namun, sekiranya kanak-kanak
ADHD gagal untuk berkomunikasi, maka mereka juga sukar menguasai
bahasa apatah lagi untuk bertutur. Hefley (2011) juga menyatakan dalam
kajiannya bahawa kanak-kanak ADHD mengalami kesukaran untuk
memberi tindak balas dalam situasi sosial kerana memiliki corak
pemprosesan maklumat respon yang terhad dalam kognitif mereka.
Justeru, berlakunya ketidaksampaian mesej dan ini merupakan salah satu
ciri-ciri jelas yang ada pada responden dalam kajian pengkaji.
Pelbagai alternatif direncana bagi membantu mengatasi masalah
komunikasi ini daripada terus berlaku kepada kanak-kanak Khas. Terapi
Floortime yang dipelopori oleh Greenspan dan Wielder (1997) merupakan
salah satu kaedah bagi membantu kanak-kanak bermasalah komunikasi,
kurang aktif dan tahap tumpuan lemah. Kajian mereka merupakan titik
permulaan bagi penggunaan Terapi Floortime dan ia berterusan menjadi
model rawatan bagi kanak-kanak yang bermasalah komunikasi, sosial dan
emosi. Seramai 200 orang kanak-kanak kategori Autisme yang didapati
mempunyai kecelaruan komunikasi telah menjadi responden dalam kajian
Greenspan dan Wielder (1997). Terapi Floortime dilaksanakan ke atas
kumpulan kanak-kanak Autisme tersebut dalam tempoh masa sekurangkurangnya 2 tahun hingga ke 8 tahun. Penglibatan ibu bapa, ahli patologi,
guru Pendidikan Khas dan ahli terapi cara kerja bekerjasama dalam
menjalankan aktiviti Terapi Floortme tersebut.
Instrumen The Functional Emotional Assessment Scale (FEAS)
digunakan bagi melihat kadar komunikasi setiap responden. Kajian
Greenspan dan Wielder (1997) merekodkan peningkatan tahap komunikasi,
emosi, sosial dan empati sebanyak 58 peratus yang berlaku dalam
kalangan responden. Pengkaji telah menggunakan kaedah berasaskan
Terapi Floortime ini sebagai langkah untuk membantu merangsang
43

responden berkomunikasi. Kemudian pada tahun 2005, Greenspan dan


Wielder telah menerbitkan kajian susulan tentang 10 hingga 15 tahun
permulaan rawatan terhadap 16 kanak-kanak lelaki Autisme (dalam
lingkungan usia 12 dan 17 tahun) yang merupakan sebahagian daripada
200 kajian siri pertama. Semua kanak-kanak ini telah menerima hubungan
yang komprehensif dan mengikuti program kerjasama berasaskan Terapi
Floortime sekurang-kurangnya dua tahun. Kanak-kanak tersebut dilaporkan
kini menjadi remaja yang empati, kreatif, reflektif dan mampu menguasai
kemahiran akademik. Berdasarkan penemuan ini, pelopor Terapi Floortime
mencadangkan bahawa sesetengah kanak-kanak Autisme boleh menguasai
kemahiran asas dan mencapai tahap perkembangan komunikasi yang
mana sebelum ini dianggap tidak boleh dicapai.
Kajian Terapi Floortime lain iaitu; Play With A Child With Autism oleh
Dionne dan Martini (2011) menggunakan Single-Subject iaitu seorang
kanak-kanak lelaki Autisme berumur tiga tahun enam bulan. Terapi
Floortime dijalankan sebanyak empat kali dalam seminggu selama 45 minit
bagi satu sesi. Terapi dilaksanakan di rumah responden dengan bantuan
pemerhatian daripada ibunya. Ibu responden merekodkan perubahan
anaknya melalui penulisan diari. Dapatan daripada catatan diari si ibu,
menunjukkan bahawa berlaku komunikasi yang spontan dan peningkatan
aktiviti bukaan komunikasi antara ibu dan anaknya. Pengkaji
memperlihatkan persamaan dengan kajian Dionne dan Martini (2011) iaitu
memilih single-subject iaitu seorang murid ADHD dalam lingkungan umur 9
tahun sebagai sasaran kajian.
P.L.A.Y Project (Play and Language for Autistic Youngster) oleh
Solomon, Necheles, Ferch dan Bruckman (2007) telah disebarkan secara
meluas yang melatih ibu bapa kepada kanak-kanak Autisme dalam
pelaksanaan Terapi Floortime. Sampel yang melibatkan 68 kanak-kanak
berumur dua hingga enam tahun (purata 3.7 tahun) mengikuti program
P.L.A.Y selama lapan hingga 12 bulan. Ibu bapa digalakkan untuk
melakukan aktiviti interaksi selama 15 jam seminggu. Kajian ini
menggunakan Skala Penilaian Fungsi Emosi (FEAS) menunjukkan
peningkatan yang ketara (p 0.0001). Sebanyak 45.5 peratus kanak-kanak
menunjukkan kemajuan. Keputusan ini memperlihatkan bahawa kanakkanak Autisme berpotensi untuk memajukan diri meskipun dalam usia yang
muda.
Pengkaji tempatan Mohd Hammieddy Esa (2012) juga telah
mengaplikasikan Terapi Floortime bagi meningkatkan penglibatan aktif,
tahap komunikasi dan tumpuan terhadap dua orang murid Autisme di
Sekolah Kebangsaan Anchi, Sarawak. Aktiviti terapi dijalankan dalam mata
pelajaran Kemahiran Manipulatif yang berorientasikan permainan. Aktiviti
terapi dilakukan sebanyak tiga kali dalam seminggu dengan berbantukan
alat perakam video, rekod anekdot dan rakaman foto. Keputusan kajian
44

mendapati dua orang murid Autisme menunjukkan peningkatan sebanyak


29.1 peratus dalam komunikasi, tumpuan ditingkatkan sebanyak 35 peratus
dan penglibatan aktif sebanyak 24.4 peratus dicatatkan. Kajian Mohd
Hammieddy Esa (2012) ini berbeza dengan kajian pengkaji kerana pengkaji
hanya melihat sejauh mana tahap komunikasi responden dapat ditingkatkan
menggunakan terapi yang sama. Namun, mempunyai persamaan dari segi
pelaksanaan aktiviti berorientasikan permainan.
Lazimnya kajian yang dijalankan menggunakan Terapi Floortime ini
dilakukan terhadap kanak-kanak Autisme, tapi tidak pada kajian sulung milik
Greenspan (2009) yang menerbitkan penulisan berkaitan dengan
pelaksanaan Terapi Floortime terhadap kanak-kanak ADHD. Responden
dalam kajian ini merupakan anaknya sendiri iaitu Jacob Greenspan. Kajian
ini menyatakan bahawa kanak-kanak ADHD boleh dikurangkan masalah
tumpuan serta hiperaktifnya menggunakan Terapi Floortime dan tanpa
bantuan rawatan perubatan. Kajian pengkaji adalah sama dengan kajian
Greenspan (2009) yang menggunakan seorang responden sindrom ADHD
untuk dibantu melalui Terapi Floortime bagi mengatasi masalah komunikasi
yang dihadapi.
Greenspan (1997) percaya bahawa pendekatan Terapi Floortime
boleh membawa kanak-kanak boleh ke tahap yang lebih tinggi dengan
bantuan seorang dewasa seperti ibu bapa, guru dan ahli terapi. Maka, cara
terbaik membantu kanak-kanak ADHD adalah dengan adanya kerjasama
bersama guru-guru, ibu bapa, dan ahli terapi atau doktor. Maka, cara terbaik
membantu kanak-kanak ADHD adalah dengan adanya kerjasama bersama
guru-guru, ibu bapa, dan ahli terapi atau doktor. Dengan menggunakan
Terapi Floortime, kanak-kanak yang bermasalah komunikasi boleh kembali
di landasan yang betul dari mana perkembangan mereka terhenti
(Greenspan dan Wieder, 1997). Kajian lepas seperti Greenspan (2009),
Solomon et.al (2007) dan Mohd Hammieddy (2012) berjaya membuktikan
keberkesanan Terapi Floortime dan perlu diperkembangkan lagi agar
sebarang permasalahan komunikasi mampu dibendung dengan langkah
yang wajar. Pengkaji melihat kejayaan penggunaan Terapi Floortime pada
pengkaji lepas sebagai satu peluang untuk membantu mengurangkan
permasalahan komunikasi yang dihadapi khususnya pada kanak-kanak
berkeperluan khas. Kajian penggunaan Terapi Floortime ini boleh
diperluaskan lagi kemampuannya dengan adanya pengaplikasian daripada
ramai pihak.

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk :
45

a.

Merangsang responden untuk memberi tindak balas secara nonverbal atau verbal melalui penggunaan Terapi Floortime.

b.

Mengenalpasti sama ada penggunaan Terapi Floortime dapat


membantu responden untuk mengikut arahan guru di dalam kelas.

Soalan Kajian
Berdasarkan objektif kajian yang telah dibincangkan, persoalan kajian
yang berikut akan dijawab menerusi kajian ini.
Persoalan kajian ini adalah seperti berikut:
i.

Bagaimanakah untuk merangsang responden dalam memberi


tindak balas secara non-verbal atau verbal?

ii.

Adakah responden dapat mengikuti arahan guru yang di dalam kelas


menggunakan Terapi Floortime?
KUMPULAN SASARAN

Responden

Jadual 2 Ciri-ciri responden


: Murid Pendidikan Khas kategori ADHD

Jantina

: Lelaki

Bangsa/ Agama

: Cina /Kristian

Kekuatan

: Menguasai kemahiran 3M
Mampu melakukan pengiraan Matematik dan mengeja
suku kata dengan cepat.

Kelemahan

: Tahap komunikasi sangat terhad dan memerlukan


penerangan arahan atau pernyataan yang berulang kali.

Tingkah laku lain

: Suka bermain tombol pintu dan tingkap berulang kali,


obses dengan benda yang berpusing seperti kipas
angin, selalu bersembunyi di bawah meja dan ekolalia.

PELAKSANAAN TINDAKAN

46

Cakupan keseluruhan pelaksanaan


Terapi Floortime

5 Langkah-langkah
aktiviti bermain Terapi
Floortime

Ada tindak
balas

Tiada tindak
balas

Menilai kadar tindak


balas mengikut 6
tahap Milestones
Floortime

Rujuk kitaran model


Lewin:
Ulang semula 5
langkah-langkah
aktiviti bermain

Galakkan komunikasi
sehingga mencapai
tahap tertinggi
Milestones

Tindak balas
meningkat

Teruskan
pengulangan
sehingga timbul
tindak balas

Tiada tindak balas


lagi

Terapi
Floortime
berjaya

Terapi
Floortime
gagal atau
tidak sesuai

Rajah 3 diatas merupakan carta aliran yang menunjukkan proses


pelaksanaan Terapi Floortime sepanjang kajian ini dijalankan ke atas
responden. Menerusi rajah ini, perkembangan terapi dapat dikenal pasti
sama ada memberi kesan positif atau negatif.
DAPATAN KAJIAN
47

Pemerhatian (Semasa terapi).


Hasil dapatan pemerhatian ini adalah bagi menjawab persoalan kajian
pertama:
i.

Bagaimanakah untuk merangsang responden dalam memberi


tindak balas secara non-verbal atau verbal?

Peratus kekerapan dipersembahkan dalam bentuk graf bar bagi melihat


peningkatan komunikasi yang berlaku pada responden dengan lebih jelas.
90.00%
78.00%

80.00%
70.00%

69.00%
64.00%

83.00%

67.00%

60.00%
47.00%
50.00% 44.00%
44.00%
40.00%
30.00%

Kelangsungan
komunikasi subjek
dalam Terapi Floortime

20.00%
10.00%
0.00%

Rajah 4 Peratus kekerapan komunikasi responden dalam sesi Terapi


Floortime.
Berdasarkan Rajah 4 diatas, dapat diinterpretasikan tahap
komunikasi responden semakin meningkat apabila pada sesi terapi
pertama, responden hanya menunjukkan komunikasi sebanyak 44 peratus,
manakala pada akhir sesi, tahap komunikasi meningkat sehingga ke 83
peratus. Meskipun terdapat dua sesi yang dilihat penurunan komunikasi
seperti pada sesi kelima dan ketujuh, namun responden masih
menunjukkan tindak balas dan ingin berinteraksi dengan pasangan
terapinya.

48

Kesimpulannya, dapatan pemerhatian menunjukkan berlakunya


peningkatan kekerapan responden berkomunikasi
semasa Terapi
Floortime. Ini menjawab persoalan kajian yang pertama, iaitu penggunaan
Terapi Floortime dapat merangsang responden untuk memberi tindak balas.
Dalam mengukur sejauh mana peningkatan komunikasi responden,
berikut merupakan graf garis yang memperlihatkan tahap pencapaian
mengikut garis panduan 6 Tahap Milestone Floortime. Peratus kekerapan
dipersembahkan dalam bentuk graf garis bagi melihat pencapaian
responden mengikut 6 tahap Milestones Floortime.
120
100
80
60

Peratus kekerapan (Ya)


Peratus kekerapan
(Tidak)

40
20
0
Item 1 Item 2 Item 3 Item 4 Item 5 Item 6

Rajah 5 Graf garis kekerapan komunikasi berdasarkan 6 Tahap Milestone


Floortime.
Berdasarkan Rajah 5, dapat dilihat menerusi peratus kekerapan
(Ya) bahawa responden telah menguasai item komunikasi pertama iaitu
Pengawalan kendiri (menimbulkan minat terhadap sekeliling) sebanyak 100
peratus. Responden juga semakin menghampiri tahap komunikasi pada
item kedua (Hubungan orang dewasa dengan kanak-kanak lebih rapat)
sebanyak 85 peratus dan item ketiga (kemahiran komunikasi dua hala)
sebanyak 69 peratus. Keputusan ini menunjukkan responden mempunyai
potensi untuk menguasai 6 tahap Milestones Floortime dan berkomunikasi
seperti kanak-kanak normal yang lain.

49

Senarai Semak (Selepas terapi).


Bagi melihat keberkesanan pelaksanaan Terapi Floortime ke atas
responden, pengkaji mengedarkan instrumen senarai semak kepada empat
orang guru Pendidikan Khas yang mengajar dalam kelas responden.
Instrumen senarai semak mengandungi tujuh item arahan bagi melihat
tindak balas responden dalam mengikuti arahan guru di dalam bilik darjah.
Analisis dapatan senarai semak ini adalah untuk menjawab persoalan
kedua kajian iaitu:
ii. Adakah responden dapat mengikuti arahan guru yang di dalam
kelas menggunakan Terapi Floortime?
Jadual 3 menunjukkan maklum balas daripada guru-guru mengenai prestasi
kekerapan responden dalam mengikuti arahan guru.
Jadual 3 Prestasi kekerapan responden mengikuti arahan di dalam kelas
Bil
1
2

Item arahan
Mendengar arahan
aktiviti
Memahami arahan
aktiviti

Frekuensi
(Ada)

Peratus
% (Ada)

Frekuensi
(Tidak)

Peratus
%
(Tidak)

100

100

Menyiapkan kerja
sehingga selesai

100

Segera melakukan
kerja

50

50

Meninggalkan kerja

25

75

Menolak kerja

75

25

Berdasarkan jadual 3, dapat dilihat bahawa empat orang guru yang


mengajar mendapati responden dapat mengikuti arahan yang diberikan di
dalam bilik darjah. Kadar responden mendengar, memahami,menyiapkan
kerja dan memberi tindak balas terhadap arahan guru adalah 100 peratus.
Merujuk kutipan data yang diperolehi hasil daripada edaran instrumen
senarai semak ini, kesemua guru-guru telah melaporkan bahawa responden
mampu mengikuti arahan guru di dalam bilik darjah. Dapatan keputusan
senarai semak ini membuktikan bahawa dengan bantuan Terapi Floortime,
responden dapat mengikut arahan yang diberikan oleh guru.

50

KESIMPULAN DAN REFLEKSI


Kemampuan Terapi Floortime dalam merangsang komunikasi kanak-kanak
ADHD adalah terbukti berjaya dengan hasil keputusan analisis yang
dipaparkan menunjukkan peningkatan positif. Kajian ini mencapai keduadua objektif yang telah digariskan. Dengan bantuan Terapi Floortime,
kekerapan responden berkomunikasi semakin meningkat dan difahami
oleh orang sekeliling. Ternyata, penggunaan Terapi Floortime ini mampu
merangsang kanak-kanak yang bermasalah komunikasi untuk menjadi lebih
bertindak balas dan sedia untuk berinteraksi dengan orang lain, sekaligus
dapat meningkatkan amalan pengajaran guru.
CADANGAN KAJIAN LANJUTAN
Antara bentuk penambahbaikkan yang wajar dilakukan ialah waktu
pelaksanaan sesi Terapi Floortime perlu ditetapkan dan mempunyai
waktunya yang tersendiri. Sebagai contoh sebanyak empat kali dalam
seminggu pada waktu pagi atau petang. Ini akan memudahkan pengkaji dan
responden memperuntukkan masa untuk bersama dan menjadi lebih
bersedia. Selain itu, kumpulan sasaran juga boleh diperluaskan namun
masih menjurus kepada kanak-kanak yang mengalami kecelaruan
komunikasi seperti hiperaktif, terencat akal, slow learner dan masalah
pertuturan.
SENARAI RUJUKAN
American Psychiatric Association. (1994). Diagnostic And Statistical Manual
Of Mental Disorders Ed.ke.4. USA,Washington DC: American Psychiatric
Association.
American
Speech-Language-Hearing
Association,
ASHA.
(1993).
Communication Disorders and Variations. Diperoleh Ogos 8, 2013
daripada www.asha.org/policy.
Bernstein, J. (2010). Liking the Child You Love: How to build a better
relationship with your kids--even when they're driving you crazy.
Diperoleh Julai 1, 2013 daripada http://www.psychologytoday.com/
Dockrell, J., Lindsay, G., Palikara, O., & Cullen, M.A. (2007). Raising the
achievements of children and young people with specific speech and
language difficulties and other special educational needs through school,
to work and college. RR837. Nottingham: DfES.198pp.
Greenspan, S. (1997). Developmentally Based Psychotherapy. Madison,
CT: International Universities Press.
51

Greenspan, S., DeGangi, G., and Wielder, S. (2001). Functional Emotional


Assessment Scale for Infancy and Childhood (FEAS). Bethesda, MD:
Interdisciplinary Council on Developmental and Learning Disorders.
Greenspan, S., and Wielder, S. (1997). Developmental patterns and
outcomes in infants and children with disorders in relating and
communicating. Journal of Developmental and Learning Disorders,1, 28
37.
Greespan, S., and Wielder, S. (2005). Can Children With Autism Master
The Core Deficits And Become Empathetic,Creative, And Reflective?.
Bethesda, MD: Interdisciplinary Council on Developmental and Learning
Disorders.
Greenspan, S. (2009). Overcoming ADHD: Helping your child become child
calm, engaged and focused-without a pill. Massachusetts: De Capo
Press.
Hefley, G. (2011). ADHD and Social Interactions. Diakses pada 2 Julai
2013. Diperoleh daripada http://www.4-adhd.com/article5.html.
Mohd Hammieddy Esa. (2012, September). Penggunaan terapi masa di
lantai bagi meningkatkan tingkah laku positif murid Autisme dalam mata
pelajaran kemahiran manipulatif. IPG Kampus Miri, Sarawak, Malaysia.
Norliza. (2010). Kemahiran komunikasi terhadap konteks hubungan sosial
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Diperoleh Julai 2, 2013
daripadahttp://www.mymla.org/files/icmm2010_papers/ICMM2010_p50.
OBrien, M.D, Felt B.T, Van Harrison R., Kochhar P.K., Riolo S.A., and
Shehab N. (2009). Attention-Deficit Hyperactivity Disorder Guidelines For
Clinical Care. University of Michigan Health System, Michigan, United
State.
Snowling, M.J., Adams, J.W., Bishop, D.V.M., and Stothard, S.E. (2001)
Educational Attainments of School Leavers with a Pre-School History of
Speech-Language Impairments IJLCD 36.
Solomon, R., Necheles, J., Ferch, C., and Bruckman, D. (2007). Pilot
Study Of A Parent Training Program For Young Children With Autism: The
PLAY project home consultation program. Autism2007 SAGE
Publications and The National. Vol 11(3) 205224. Diperoleh Mac 5,2013
daripadahttp://www.icdl.com/dirFloortime/research/documents/PLAYProje
ctArticleSolomon.pdf
The Foundation for People with Learning Disabilities (2000). Learning
Disabilities. The Fundamental Facts London: The Mental Health
Foundation.
52

Anda mungkin juga menyukai