Anda di halaman 1dari 5

TEORI BEHAVIORISTIK DALAM PENDEKATAN PENGAJARAN BAHASA KOREA

PENDAHULUAN

Sejak kebelakangan ini, cabang-cabang ilmu linguistic telah berkembang dengan pesat
sehingga mencakupi pelbagai disiplin dalam bidang psikologi dan sosiologi. Justeru,
kebanyakan sekolah sudah mula memberi pilihan kelas bahasa asing kepada para pelajar
untuk memberi mereka peluang belajar bahasa asing selain bahasa inggeris. Walau
bagaimanapun guru bahasa asing perlu melalui cabaran yang hebat dalam proses pengajaran
bahasa asing kepada pelajar dalam menarik minat mereka, membuat mereka faham sehingga
boleh berkomunikasi dalam bahasa asing tersebut. Memandangkan pembelajaran bahasa
merupakan satu fenomena yang berkait rapat dengan perkembangan dan pertumbuhan akal
individu, maka kalangan guru seharusnya menguasai bahan-bahan pengajaran serta
memahami teori-teori dan pendekatan pengajaran dengan baik sebelum mengajar

TEORI BEHAVIORISTIK

Dalam Teori Behaviorisme pembelajaran sebagai perubahan dalam bentuk tingkah laku.
Dalam pendekatan behaviorisme, tingkah laku pelajar dinilai sebelum memulakan
pengajaran.Teori behaviorisme menekankan kepentingan persekitaran dalam pembelajaran
bahasa yang berlandaskan Teori Pelaziman Klasik yang dipelopori oleh Pavlov 1900 dan
Watson 1924. Menurut Pavlov, setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Segala
tingkah laku manusia menjadi satu perlakuan yang ada rangsangan dan respon yang dilakukan
secara terus menerus dan berulang-ulang menjadi suatu kebiasaan. Bagi mempercepatkan
pembelajaran, rangsangan mestilah diwujudkan kerana rangsangan mencetuskan gerak balas.
Menurut (Skinner 1953), dalam teori pelaziman operan, gerak balas diperkuatkan atau
dihapuskan jika diberikan peneguhan sebaik sahaja gerak balas itu ditunjukkan. Gerak balas
pula mestilah diberi ganjaran untuk diperteguhkan supaya timbul minat pelajar untuk
mengulangi apa yang dipelajarinya dan apabila berlaku pengulangan maka akan terbentuk
kebiasaan. Oleh itu proses pembelajaran akan berjalan dengan lancar. Penerapan konsep teori
Behaviorisme memerlukan guru untuk melakukan analisis kemampuan awal dan karakteristik
pelajar supaya dapat menyediakan bahan pengajaran yang bersesuai.

PENERAPAN TEORI BEHAVIORISME DALAM PEMBELAJARAN

Golongan behavioris menganggap bahasa adalah satu set kebiasaan yang diserap ke
dalam sistem saraf penutur. Di antara prinsip penting dalam pengajaran bahasa adalah
membentuk bahasa melalui lisan. Pembelajaran bahasa dilakukan dengan mendahulukan
pengenalan kemahiran mendengar dan berbicara daripada kemahiran lain-lain seperti menulis,
dan memberi latihan. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa korea, cikgu Janet haruslah
memastikan murid-murid boleh bertutur dalam bahasa Korea dengan baik sebelum mengajar
mereka kemahiran menulis. Bagi menggalakan lagi penggunaan bahasa Korea dengan lebih
kerap, pelajar-pelajar perlu mewujudkan persekitaran selesa untuk mereka menuturkan bahasa
Korea dalam kehidupan seharian. Murid boleh menggunakan aplikasi-aplikasi seperti Tandem
yang membolehkan mereka bertutur dalam bahasa Korea bersama orang Korea sendiri di
dalam aplikasi tersebut. Cikgu Janet juga perlu menggunakan media sebagai alat bantu
mengajar yang memberi peluang kepada pelajar untuk belajar mendengar bahasa Korea dan
berinteraksi sesama mereka. Seterusnya ini dapat menarik perhatian pelajar-pelajar cikgu Janet
untuk terus belajar bahasa Korea.

Prinsip seterusnya adalah menjalankan latih tubi untuk membentuk kelaziman dan
kebiasaan. Hukum latihan menurut Thorndike, perkaitan antara rangsangan dan gerak balas
akan bertambah kukuh melalui latihan yang diulang-ulang. Seseorang individu akan menguasai
kemahiran jika latihan diadakan. Latih tubi bertujuan untuk menggalakkan pengulangan yang
perlu bagi membentuk kebiasaan. Teknik latih tubi sebutan dijalankan untuk melatih murid-
murid menguasai bunyi-bunyi bahasa sebutan meliputi latih tubi menyebut bunyi fonem dalam
perkataan yang mungkin menimbulkan masalah sebutan dan menimbulkan makna berbeza.
Kemudian latih tubi pemintal lidah bertujuan untuk melatih murid-murid menyebut sesuatu bunyi
itu dengan betul dan tepat. Biasanya latih tubi jenis ini mengandungi bunyi-bunyi yang menjadi
masalah keada murid. Misalnya kelemahan menyebut fonem p –pandang pandan tepi pasu
depan padang. Cikgu Janet juga boleh membuat teknik bersoal jawab. Ini merupakan latihan
lisan sama ada berdasarkan petikan yang dibaca ataupun senarai gambar yang disediakan oleh
guru. Dalam latihan ini murid-murid dikehendaki menjawab soalan-soalan yang dikemukan oleh
guru secara lisan.Teknik bercerita juga merupakan salah satu pendekatan yang sesuai
digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat
menarik minat dan perhatian pelajar. Disini, latihan pemahaman dan perluasan tatabahasa
dapat disampaikan. Hukum latihan menyatakan bahawa sesuatu tingkah laku akan diteguhkan
melalui aplikasi dan akan dilemahkan tanpa pengukuhan.

Prinsip ketiga adalah rangsangan mestilah diwujudkan untuk mendapatkan gerak balas
daripada pelajar. Mengikut E.L Thorndike, manusia belajar menggunakan kaedah cuba dan
ralat. Ganjaran dan denda merupakan dua faktor yang penting dalam membantu pembelajaran
manusia. Pembelajaran manusia berlaku mengikut hubungan antara rangsangan dan gerak
balas dan faktor motivasi, ganjaran dan denda penting dalam proses pembelajaran. Prinsip ini
ditekankan kerana bagi golongan behavioris, bahasa itu dituturkan apabila ada rangsangan,
baik rangsangan bahasa mahupun rangsangan bukan bahasa Satu daripada langkah untuk
menimbulkan gerak balas ialah dengan menggunakan alat bantu dalam pengajaran dan
pembelajaran. Untuk memastikan kaedah ini berjaya dilaksanakan, cikgu Janet perlu
mengadakan pelbagai rangsangan untuk mewujudkan kesan pembelajaran yang
menyeronokkan. seperti murid mendengar dialog dalam bahasa Korea. Kemudian murid meniru
dan menghafal dialog tersebut. Seteleh menguasai sebutan, murid dilatih untuk berdialog dan
apabila murid telah dapat menghasilkan struktur ayat, cikgu Janet perlu memberi rumusan dan
bimbingan. Kaedah ini mampu menghasilkan murid yang mahir dalam kemahiran bertutur.
Kaedah ini juga dianggap sesuai dengan murid-murid yang suka meniru dan menghafaz.
Walaubagaimana pun, murid sukar untuk menggunakan bahasa dalam konteks yang sebenar
kerana situasi penggunaan bahasa tersebut tidak sama dengan dialog-dialog yang dihafal.
Selain daripada itu, guru boleh menggunakan teknik main peranan dalam pembelajaran yang
bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau peristiwa yang dianggap penting. Murid diberi
peranan dan bertindak sebagai pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi
kepada murid-murid lain berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan

Prinsip terakhir adalah gerak balas yang diberikan oleh pelajar haruslah diikuti dengan
peneguhan. Menurut Rachlin (1991), peneguhan diberikan pertamanya untuk memuaskan
kehendak individu. Keduanya untuk mengurangkan tekanan dan merangsang otak. Bagi
golongan behavioris, peneguhan adalah penting untuk menggalakan pengulangan gerak balas
daripada pelajar supaya pembelajaran mereka menjadi kukuh dan berkesan. Prinsip ini telah
diilhamkan oleh Skinner sewaktu beliau menjalankan percubaan terhadap seekor merpati yang
dikurung di dalam kotak. Pemberian peneguhan positif apabila pelajar melakukan sesuatu
tingkah laku yang diingini hendaklah secara bersistematik. Ganjaran pula haruslah diberi
bersesuaian dengan umur pelajar. Contoh peneguhan positif yang boleh diberikan di dalam bilik
darjah ialah memberi kata-kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja, memberikan
senyuman, menepuk bahu pelajar, memberi hadiah dan sebagainya. Cikgu Janet juga harus
berhati-hati apabila memberi peneguhan negative kepada pelajar kerana mungkin akan
menganggap itu sebagai hukuman. Guru perlu memberikan keutamaan kepada latihan dan
gerakbalas yang berulang-ulang sebagai faktor peneguhan. Dendaan juga perlu diberikan oleh
cikgu Janet kepada muridnya yang tidak membuat kerja sekolah tetapi haruslah bersesuaian.
Matlamat yang spesifik perlu ditetapkan dan dinyatakan dengan jelas oleh cikgu Janet supaya
ia boleh dicapai dengan berkesan. Cikgu Janet juga boleh menyusun aras kesukaran soalan-
soalan supaya murid berupaya menyelesaikannya dengan betul. Oleh itu, mereka akan
menerima pengukuhan positif melalui soalan tersebut.

KESIMPULAN

Berdasarkan kepada teori dan prinsip yang dikemukan di atas, Teori Behavioris ini telah
memperkenalkan beberapa kaedah dan pendekatan yang sesuai dalam pengajaran bahasa
Korea antaranya kaedah dengar sebut (audio-lingual), kaedah langsung (terus) dan kaedah
Psikologi (ibid). Menurut Skinner, hubungan antara rangsangan dan respons terjadi melalui
interaksi boleh menimbulkan perubahan tingkah laku. Teori belajar behavioristic mempengaruhi
masalah belajar kerana belajar ditafsirkan sebagai latihan-latihan untuk pembentukan
hubungan antara rangsangan dan respons. Dengan memberikan rangsangan, pelajar akan
memberi reaksi dan bertindak balas dengan memberi respon. Oleh itu pembelajaran
merupakan akibat adanya interaksi antara rangsangan dan respon. Seseorang dianggap telah
belajar jika dapat menunjukkan perubahan tingkah laku. Justeru apa yang diberikan oleh cikgu
Janet dan apa yang dihasilkan oleh pelajar segala-galanya mestilah boleh diperhatikan dan
boleh diukur dengan tujuan untuk melihat perubahan tingkah laku.

RUJUKAN
Abdul Latif Gapor. (2003). Pengenalan Teori-Teori Pembelajaran. Nota Kuliah Kursus
Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web (KPT 6043). Fakulti Teknologi dan Sains
Maklumat. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idri

Abdul Majid, 2012, Belajar dan Pembelajaran PAI, Bandung: Remaja Rosda Karya.

Fera Andriyani, Teori Belajar Behavioristik dan Pandangan Islam tentang Behavioristik, Jurnal
Pend

Baharudin dan Wahyuni, Nur. 2008. Teori Belajar dan Pembelajaran. Yogyakarta: ArRuzz
Media

studentsrepo.um.edu.my/666/4/BAB3.pdf

Andriyani, Fera. 2015. Teori Belajar Behavioristik dan Pandangan Islam tentang
Behavioristik. (Jurnal Pendidikan dan Pranata Islam).Edisi 10 No. 2 Hal. 165-180

Mahmudi, Muhammad, Penerapan Teori Behavioristik dalam Pembelajaran Bahasa Arab


(Kajian Terhadap Pemikiran BF. Skinner), Prosiding Konferensi nasional Bahasa Arab 11,
Oktober 2016: 429-435.

Faerch, C. & Kasper, G. 1983. Plans And Strategies In Foreign Language Communication. In C.
& Kasper, G. (Eds.), Strategies In Interlanguage Communication (Pp.20-60). London :
Longman, P.P. 20-60.

Faerch, C. & Kasper, G. 1983. Strategies In Interlanguage Communication. New York:


Longman Limited.

Anda mungkin juga menyukai