Anda di halaman 1dari 13

ISI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

2. 1.0 PENGENALAN 2

3. 2–6
2.0 TUGASAN SATU
2.1 Konsep klausa
2.2 Jenis klausa
2.3 Fungsi klausa

4 .0 TUGASAN 2 7 – 11
3.1 Pengenalan
3.2 Analisis ayat tunggal
3.3 Analisis ayat majmuk

5 RUMUSAN 12

6 BIBBLOGRAFI 13

1
1.0 PENGENALAN

Kata linguistik (linguistics-Inggris) berasal dari bahasa Latin“lingua” yang bererti


bahasa. Dalam bahasa Perancis“langage-langue”; Italia “lingua”; Spanyol
“lengua”dan Inggeris“language”. Linguistik adalah ilmu tentang bahasa atau ilmu
yang menjadikan bahasa sebagai objek kajiannya.

Menurut Abdullah Hassan, linguistik merupakan bidang kajian tentang bahasa


secara saintifik. Bidang ilmu linguistik mencakupi bidang morfologi dan sintaksis.
Bidang morfosintaksis ini merangkumi kajian mengenai perkataan dan juga ayat dari
segi struktur dan bentuknya.

Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Semakin besar jumlah


penuturnya, semakin luas daerah penyebaran bahasa itu, dan semakin banyak pula
perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya. Demikian juga halnya dengan
bahasa Melayu. Bidang morfo-sintaksis merupakan gabungan ilmu morfologi dan
sintaksis yang berkaitan dengan pembentukan perkataan dan pembinaan ayat.

TUGASAN 1

2.0 Dengan berdasarkan teks yang dipilih, bincangkan dan huraikan fungsi-fungsi
klausa dalam ayat majmuk dengan memberikan contoh bagi setiap fungsi yang
dibincangkan itu. (30%)

2.2 KONSEP KLAUSA


Menurut Nik Safiah Karim dalam bukunya Tatabahasa Dewan, klausa ialah unit
rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat yang menjadikan
konstituen kepada ayat. Menurut Asmah Hj Omar pula dalam bukunya Nahu
Kemas Kini, klausa menempati tingkat di bawah ayat dan di atas frasa. Klausa
mempunyai ciri yang sama dengan ayat dari segi strukturnya dimana kedua-
duanya mempunyai subjek dan predikat.

Perbezaannya, ayat merupakan penyataan yang lengkap dalam erti kata


makna atau preposisi yang disampaikan menjadi lengkap dengan adanya
intonasi. Pendapat yang sama juga dikemukan oleh Abdullah Hassan dan
Ahmad Khai mengenai klausa yang terdiri daripada subjek dan predikat atau
juga dikenali sebagai ayat kecil.

2
2.0 JENIS KLAUSA
Menurut Nik Safiah Karim, klausa terbahagi kepada dua jenis iaitu klausa bebas
dan klausa tak bebas. Klausa bebas ialah klausa yang dapat berdiri sendiri dan
bersifat sebagai ayat yang lengkap apabila diucapkan dengan intonasi. Begitu
juga pendapat daripada Abdullah Hassan yang mengatakan bahawa klausa
bebas merupakan ayat yang sempurna yang menjadi sebahagian ayat yang
lebih besar.

Menurut Ahmad Khair pula, klausa bebas juga boleh dikenali sebagai klausa
utama, ayat induk atau ayat utama. Menurut Asraf pula, jenis klausa disebut
sebagai klausa utama dan klausa bawahan.

Klausa tidak bebas pula adalah klausa yang tidak dapat berdiri sendiri. Ia juga
disebut sebagai klausa kecil. (Tatabahasa Dewan). Menurut Ahmad Khair pula,
klausa tak bebas juga dikenali sebagai Klausa terikat, ayat kecil, atau klausa
subordinat. Klausa tidak bebas memerlukan klausa lain untuk melengkapkanya

Menurut pandangan Asmah Hj Omar, terdapat pertambahan selain daripada


klausa bebas dan tidak bebas iaitu klausa utama dan klausa subordinat.
Konsep klausa utama dan klausa subordinat ini bertindihan dengan konsep
klausa bebas dan tak bebas. Hal ini membawa maksud, klausa utama terdiri
daripada klausa bebas dan klausa subordinat terdiri daripada klausa tak bebas.

Klausa bebas Klausa tak bebas


Kamal meninggalkan abang Samad tanpa mempedulikan kata-katanya

2.4 FUNGSI KLAUSA


Menurut Ahmad Khair, klausa tak bebas boleh mendahului klausa bebas dalam
bentuk ayat sonsang. Klausa tak bebas boleh berfungsi sebagai subjek, objek,
keterangan dan pelengkap.

Klausa tak bebas sebagai subjek berfungsi dalam ayat majmuk relatif dan ayat
majmuk komplemen.

3
subjek predikat
untuk mengekalkan tahap kolestrol darah
yang normal

Klausa tak bebas sebagai objek berfungsi dalam ayat majmuk komplemen.

subjek predikat
Siasatan awal mendapati bahawa kanak-kanak
seawal usia 13 tahun antara yang
terlibat dalam aktiviti itu

Klausa tak bebas sebagai pelengkap hadir dalam ayat majmuk komplemen
yang predikatnya terdiri daripada kata adjektif atau kata kerja tak transitif.

subjek predikat
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Menjelaskan bahawa pasukan
Abu Bakar, berkenaan akan dikendalikan oleh
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial
Bukit Aman

Seterusnya klausa tak bebas sebagai keterangan yang berfungsi dalam ayat
majmuk keterangan

subjek predikat
Kamal terus mengecat tembok sehingga
pukul 11.00

Perkataan sehingga pukul 11.00 merupakan keterangan waktu.

Menurut Abdullah Hassan pula, klausa tak bebas terbahagi kepada dua iaitu
klausa nama dan klausa adverba.

Klausa nama berfungsi sebagai kata nama. Malah klausa ini dapat digantikan
dengan satu kata nama.

Subjek Predikat
Tan Sri Kalid mendedahkan bahawa terdapat warga
asing yang menjalankan aktiviti
serangan seksual terhadap gadis dan

4
kanak-kanak di negara ini melalui
media sosial.

Klausa nama boleh ditandai dengan adanya perkataan bahawa atau yang.

Klausa adverba memberi penerangan lanjut mengenai kata kerja. Ada


beberapa jenis keterangan, antaranya keterangan waktu, tempat, syarat,
sebab, kesungguhan dan lain-lain.

Pandangan Asmah Hj Omar pula mengatakan fungsi klausa terbahagi kepada


tiga iaitu klausa relatif, klausa nama, dan klausa adverba.

Klausa relatif adalah klausa yang fungsinya itu menerangkan kata atau frasa
nama sebelumnya. Klausa ini dapat dikenali dengan adanya kata penghubung
relatif yang. Beliau juga mengatakan dalam bukunya Nahu Kemas kini bahawa
klausa relatif mempunyai fungsi yang sama dengan adjektif.

Subjek Predikat
Kamal sedang melalui sebuah jambatan di
Kampung Gajah yang merentasi
Sungai Perak

Rajah di atas menerangkan klausa relatif. Klausa relatif tersebut menerangkan


kata nama sebelumnya iaitu Kampung Gajah. Klausa boleh ditandai dengan
adanya perkataan yang.

Klausa nama pula adalah kita melihatnya dari segi kedudukannya sebagai
subjek, objek, atau predikat nama.

Seterusnya adalah klausa adverba dimana Asmah Hj Omar menyenaraikan


secara terperinci mengenai fungsi klausa ini. Klausa jenis ini ditandai dengan
adanya kata penghubung tertentu.

Apabila klausa adverba mengikuti atau mendahului adverba utama, maka


klausa tersebut merupakan bahagian yang utuh kepada predikat.Klausa
adverba terbahagi kepada tujuh iaitu klausa adverba waktu, klausa adverba

5
sebab musabab, klausa adverba syarat, klausa adverba tujuan, klausa adverba
tolak ansur, klausa adverba cara, dan klausa adverba ulasan.

Subjek Predikat
Aku berasa hairan kerana tidak datang
bermain semalam

Rajah dia atas merupakan contoh klausa adverba sebab musabab kerana
adanya kata penghubung kerana.

Subjek Predikat
Kamal dan Azman mencungkil tanah dengan sebatang
kayu untuk mencari cacing.

Rajah di atas merupakan contoh keterangan cara kerana adanya kata dengan.

Seterusnya adalah menurut pandangan daripada Asraf dimana beliau


mengatakan dalam bukunya iaitu Petunjuk Tatabahasa, terdapat empat fungsi
klausa. Antaranya ialah klausa keterangan, klausa objek, klausa pelengkap dan
klausa penerang. Pendapat yang dikemukakan oleh Asraf lebih kurang sama
seperti yang diutarakan oleh Ahmad Khair.

6
TUGASAN 2
3.0 Analisis ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan teks yang dipilih dengan
menggunakan rajah pohon.(20%)

3.1 PENGENALAN
Ayat merupakan unit pengucapan yang paling tinggi letakknya dalam susunan
tatabahabasa dan mengandungi makna yang lengkap, yang pengucapannya
dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang
sempurna. (Nik Safiah Karim).

Menurut Abdullah Hassan pula, ayat ialah unsur yang paling tinggi dalam
tatabahasa. Dalam ayatlah berlakunya penggabungan unsur seperti kata, frasa,
dan klausa.

3.2 ANALISIS AYAT TUNGGAL


Ayat tunggal ialah ayat yang terbina daripada dua bahagian iaitu subjek dan
predikat. Subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan ayat yang diterangkan
dan predikat ialah bahagian ayat yang menerangkan subjek.(Nik Safiah Karim)

Menurut Ahmad Khair pula, ayat tunggal ialah ayat yang mempunyai satu
klausa sahaja iaitu yang mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen
predikat. Binaan ayat tunggal menyerupai binaan ayat dasar ayat dasar. Ayat
tunggal boleh dibina dalam susunan biasa dan susunan sonsang. Ayat tunggal
boleh terdiri daripada ayat aktif atau pasif. Ayat tunggal juga boleh terdiri
daripada klausa lengkap atau klausa tak lengkap.

Ayat

Subjek predikat

Ayah Razi membeli berbagai-bagai


bentuk kapal terbang mainan

Dalam contoh di atas, ayat tersebut merupakan ayat tunggal aktif dimana
perkataan membeli merupakan kata kerja transitif yang memerlukan objek
selepasnya. Objek selepas kata kerja transitif adalah kapal terbang.

7
Ayat

Subjek predikat

Anugerah yang diterima oleh


olahragawan berupa wang
tunai RM 1000
Contoh di atas merupakan ayat tunggal pasif dan boleh ayat tersebut boleh ditukar
menjadi aktif.

3.3 ANALISIS AYAT MAJMUK


Menurut Nik Safiah Karim dalam bukunya Tatabahasa Dewan, ayat majmuk
ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan
percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga
menjadikannya ayat baharu.

Menurut Ahmad Khair, ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan
menggabungkan dua klausa atau lebih. Dua klausa atau lebih itu digabungkan
dengan cara tertentu untuk menerbitkan ayat majmuk.

Menurut Asraf, ayat majmuk mempunyai dua jenis iaitu ayat majmuk gabungan
dan ayat majmuk pancangan. Menurut Ahmad Khair, terdapat pertambahan
dalam jenis ayat majmuk iaitu ayat majmuk campuran. Nik Safiah Karim dan
Abdullah Hassan juga mempunyai pertambahan iaitu ayat majmuk pasif.

8
Ayat

Ayat 1 Ayat 2

Kata hubung
subjek predikat subjek predikat

Frasa Frasa kerja dan Frasa kerja


Frasa
nama nama

Jentera-jentera menyodok
Ø memasukkan
itu tanah
tanah ke dalam
lori

Dalam contoh di atas, ayat majmuk gabungan ini boleh terdiri daripada
percantuman beberapan ayat tunggal. Kata hubung digunakan untuk
menghubungkan ayat-ayat dan menjadikannya satu ayat yang lebih besar.

1. Jentera-jentera itu menyodok tanah


2. Jentera-jentera itu memasukkan tanah ke dalam lori
3. Jentera-jentera itu menyodok tanah dan memasukkan tanah ke dalam lori

9
Ayat

subjek predikat

Frasa nama Frasa nama

Filun
Frasa nama Ayat relatif

ialah yang nakal


seekor
anak gajah

Contoh di atas merupakan ayat majmuk pancangan. Ayat majmuk pancangan


mempunyai satu ayat utama dan beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di
dalam ayat induk. Contoh di atas mempunyai dua ayat yang dipancangkan ke
dalam satu ayat induk.

1. Filun ialah seekor anak gajah.


2. Filun nakal.
3. Filun seekor anak gajah yang nakal

10
Ayat

subjek predikat

Frasa Frasa kerja


nama

Siasatan
awal Kata kerja Frasa
nama

mendapati
Kata Ayat 2
komplemen

kanak-kanak seawal usia 13


bahawa tahun antara yang terlibat
dalam aktiviti itu

Contoh di atas merupakan ayat majmuk pancangan komplemen. Hal ini adalah
kerana adanya kata komplemen iaitu perkataan bahawa dalam ayat tersebut. Ayat
kedua telah dipancangkan ke dalam ayat induk iaitu siasatan awal mendapati.

11
RUMUSAN

Kesimpulannya, bidang morfo-sintaksis adalah dua unsur yang tidak boleh


dipisahkan dalam aspek tatabahasa yang berkaitan dengan pembentukan
perkataan dan pembinaan ayat. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran,
aspek tatabahasa di dalam bilik darjah yang menggabungkan ilmu morfologi dan
sintaksis menjadi inti penting sebagai saluran kepada perkembangan bahasa
Melayu.

Penggunaannya yang meluas dalam kehidupan sehari-harian seseorang pelajar


akan membentuk masyarakat yang menuturkan secara lisan dan secara bertulis
mengikut pertuturan dan penulisan yang betul di samping bahasa sebagai satu alat
untuk perpaduan rakyat dalam masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan
budaya.

Banyak kepentingan untuk kita memahami disiplin morfosintaksis dan proses-


proses dalam pembentukan ayat. Selain dapat memastikan penggunaan bahasa
yang lebih berkesan dan cekap, disiplin ini merupakan tunjang utama dalam
Linguistik Tulen yang terdiri daripada fonologi, morfologi, sintaksis, dan semantik.

Tanpa pengetahuan tentang bidang bahasa ini, sukar untuk menghuraikan bahasa
dengan mendalam dan terperinci, malah kebanyakan permasalahan bahasa yang
berlaku dalam kalangan masyarakat, terutamanya warga pendidik dan pelajar
berkaitan dengan hal morfologi dan sintaksis.

12
Bibliografi

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood.
(2015). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka.

Asraf (2012) Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu. Selangor : Sasbadi Sdn.


Bhd.

Abdullah Hassan, Linguistik Am. Selangor : PTS Publication & Distributors Sdn.
Bhd

Asmah Hj Omar, Nahu Kemas Kini. Kuala Lumpur : PTS Professional


Publishing Sdn. Bhd.

Ahmad Khair Mohd Nor, Raminah Hj Sabran, Nawi Ismail, Ton Ibrahim (2015).
Tatabahasa Asas. Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn Bhd.

13

Anda mungkin juga menyukai