Anda di halaman 1dari 10

Pengenalan Menurut Abdullah Hassan (2006), terdapat empat proses pembentukan kata yang berlaku dalam bahasa Melayu

iaitu, pengimbuhan, penggandaan, pemajmukan dan pengakroniman. Proses ini dilakukan kepada bentuk dasar. Bentuk dasar ini akan membentuk imbuhan apabila mengalami proses pengimbuhan, bentuk yangg

digabungkan dengan perkataan lain akan menghasilkan proses pemajmukan. Begitu juga yang terjadi bagi proses penggandaan dan pengakroniman. Konsep kata ata atau perkataan pula ialah unit bahasa terkecil yang mengandungi makna lengkap dan dapat berdiri sendiri dalam ayat. Sesuatu kata dibentuk daripada kata akar atau kata dasar tertentu. Kata akar ialah kata dasar yang terdiri daripada satu morfem bebas, iaitu bentuk dasar yang belum diberi sebarang imbuhan. Oleh itu, kata akar dapat dianggap sebagai inti sesuatu kata. Kata dasar ialah kata yang menjadi dasar untuk membentuk kata. Kata dasar ini boleh terdiri daripada akar kata, kata akar, kata terbitan, kata majmuk, kata ganda dan frasa tertentu.

Semantik Semantik dalam slanga adalah suatu perbicaraan yang agak rumit . Ia melibatkan proses seperti perubahan dan pemindahan semantik yang memperlihatkan

aspek-aspek ketidakpastiaan, spekulasi dan pada waktu yang sama butiranbutiran leksikal yang kabur. Himpunan perkataan yang tergolong dalam pembendaharaan slanga merupakan perkataan sedia ada yang telah mengalami pengembangan makna sejajar dengan kebijaksaan lingkungan yang

mentakrifkannya. Perkataan dikembangkan maknanya agar dapat mewakili sejumlah kata-kata rahsia yang digunakan oleh sekelompok masyarakat. Bahasa

yang mencerminkan perumpamaan memainkan peranan yang penting dalam pembentukan slanga tersebut. Pengembangan dari sudut metafora merupakan unsur yang paling ketara dalam pembentukan sesuatu slanga. Begitu juga dengan penggunaan eufemisme yang digunakan sebagai ganti ungkapan yang dapat menyatakan sesuatu gagasan dengan lebih lebih lembut ,menggantikan ungkapan yang dianggap kasar sambi menjauhi batas-batas tabu.

Pengaruh semantik kepada produktiviti kosa kata slang adalah sangat penting

Aras Kerahsiaan dalam Slanga Perubahan dan pemindahan semantic adakalanya menjurus ke arah ketidakpastiaan semantik . Tranparency yang rendah dan kesukaran dalam menentukan makna menyebabkan sejumlah slanga mempunyai tahap kerahsiaan yang tinggi. Perkara yang dirujuk oleh slanga itu juga tidak r Pendekatan semantik sebagai bidang mengaji makna perkataan dari segi ujaran dan isi. DRS A. BAKAR HAMID ; Bahasa sebgai suatu struktur terdiri daripada morfem kata frasa klausa dan ayat ..

Merujuk kepada pemindahan semantic yang terdapat dalam slanga ,kita dapat menganalisa perubahan makna pada proses-proses tertentu. Perubahan makna (Meaning Change) bermaksud perubahan yang berlaku kepada satu perkataan dalam peredaraan masa, dengan pengertian yang baru Perubahan lexical, ketiadaan sesetengah perkataan lama (arkaik) dan pengenalan kepada perkataan-perkataan yang baru.

Perubahan Daftar(Register Change,): pengkhususan dan ketepatan pemilihan dalam konteks tertentu

Jenis-jenis perubahan semantic

Analisa Sepuluh Slanga Terpilih 1.Buka Api (kata majmuk) Gabungan 2 morfem bebas Istilah merujuk kepada Buka- menjadikan tidak Permulaan menjalang tertutup atau kerja seksual Api2.Berangkut (Kata Kerja) 3.Kepit (kata kerja) 4.kecubung 5. Celah bedah
mengangkat dan (berkali-kali), membawa

terkepit terhimpit atau tersepit di bawah ketiak atau di antara dua jari.

nama sj pokok atau buahnya (buahnya memabukkan) celah

Berangkut (KK) Membawa bersama lelaki atau pelanggan untuk maksiat. (KK) Peniruan segala jenis gerak geri dan suara perempuan,pengempitan Kata nama am untuk kaum pondan di Penang Pakaian, gaya kurang modern atau lebih mencirikan budaya kampungan (KA)Hodoh, keadaan wajah yang parah

6.Azab

hukuman, seksaan (yg dideritai), kesengsaraan, kesusahan (yg dideritai seseorang)

7. melahar 8 .kes cermin. (KM)

(KN)lumpur yg keluar dr gunung berapi yg meletus; lava.

Kes-

perkara yg berlaku; keadaan khusus yg berhubung dgn seseorang atau sesuatu hal; kejadian;

(KA)Sifat yang begitu teruk (KM)Istilah jenayah yang dilakukan oleh golongan mak nyah Slanga penjara
seorang remaja lelaki yang dibela lelaki gender ketiga dengan motif tertentu tukar menu ikan

9.anak ikan (KM)

orang yg masih kecil; anak kecil; kanak-kanak ikan

Ikan tergolong hidup di

haiwan dalam air

yang

,bersisik

tukar lelaki.

teman

remaja

10 .adik-adik 12.

Kaum lelaki yang baru berkecimpung dlam dunia gay

audara kandung (laki-laki atau perempuan) yg lebih muda

Senarai yang dikemukakan di lampiran sebelum ini mengetengahkan beberapa slanga yang merupakan slanga khusus di kalangan para lelaki gender ketiga. Slanga-slanga tersebut dikumpulkan sebagai daftar yang bakal dianalisa mengikut spesifikasi berikut:

1. proses pembentukan kata. 2. Pemindah/pengubahan semantik 3. Status fonologi

1.Buka Api
NYAH 1: ehkau dah buka api? NYAH 2: hahbuka api? aku baru sampai Huraian morfologi Buka Api , merupakan istilah yang telah melalui pemajmukan sebagai proses pembentuk kata . Dua perkataan digabungkan , buka dan api lantas tercipta kata kerja majmuk Buka Api . Secara leksikal , perkataan buka membawa pelbagai
maksud. Antara maksud umum bagi perkataan itu ialah

menjadikan tidak tertutup.

Perkataan tersebut juga dapat memberi pengertian tentang aktiviti menyelenggara atau memulakan sesuatu kerja.

Penggunaan buka api di dalam kalangan gender lelaki ketiga , merujuk kepada kata majmuk kiasan yang maknanya berlainan daripada makna yang terdapat pada gabungan kata-kata yang menjadi komponennya. Di dalam kalangan lelaki gender ketiga,slanga Buka Api bermaksud memulakan aktiviti pelacuran dengan langganan khidmat seksual oleh pelanggan yang pertama.

Huraian Semantik

Perluasan semantik yang terdapat dalam slanga

Buka Api tidak dapat

diasosiasikan dengan daftar kosa kata atau simpulan bahasa dalam bahasa melayu standard. Pembentukan Slanga Buka Api disifatkan sebagai suatu pemindahan semantik yang dipengaruhi oleh penggunaan metafora yang bersifat ontologikal kerana melibatkan perkara yang konkrit untuk menyampai maksud yang abstrak . Secara harfiah, frasa tersebut memperlihatkan berlaku kerja yang melibatkan aktiviti suatu penyalaan api. Hal ini dapat dalam beberapa andaian perlambangaan atau metofara yang boleh kita kaitkan dengan buka api. Api sering dikaitkan dengan lambang nafsu,asmara yang bergelora. Secara

impresionistik, boleh diandaikan bahawa

buka api boleh dikatakan permulaan

pekerjaan yang menekan peran hawa nafsu. Lebihan lagi api juga boleh dikaitkan dengan api neraka dan dapat dihubungkaitkan dengan terlaksananya dosa dan maksiat. Secara visual saat sebelum ternyala api, dari saat di antara ketiadaan hingga adanya api keadaan itu persis mencakupi maksud suatu permulaan. Hal sedemikian dapat dirangkum dalam slanga buka api.

Aras kerahsiaan bagi slanga ini berada di tahap tinggi . Pertama ia bertaraf slanga yang dalam bentuk kata majmuk

2.Berangkut

Nyah 1: .eh boleh lah aku kerja sini? Nyah 2: tak boleh . Nyah 1: kenapa? kau takut sangat aku berangkut kann Berangkut merupakan perkataan yang telah melalui proses imbuhan awal [ber-] pada kata dasar angkut. Menurut Kamus Dewan, berangkut membawa maksud mengangkat berkali-kali dan membawa berkali. Sebagai kata

Namun pengertian slanga ini menjelaskan keadaan orang pelacur lelaki gender ketiga tersebut dilanggani berkali-kali. Ia juga menggambarkan keadaan yang menguntungkan bagi pelacur tersebut. Perluasan semantik

3.Kepit kepit; berkepit = ~ tangan berpegangan tangan, bergandingan tangan, berpautan tangan: mengepit memegang (menghimpit, membawa) di antara lengan dan badan (di bawah ketiak) atau diantara dua jari meniru cara wanita bercakap, berjalan dsb
Eh pondan!, jangan kepit jalan boleh tak? Amboi, kepit jalan,jalan feeling -feeling gedik ke? Nyah, kepitlah sikit suara nyah.

4.Azab Semantik Perkataan azab digunakan sebagai kata kerja yang merujuk kepada hukuman, seksaan (yg dideritai), kesengsaraan, kesusahan (yg dideritai seseorang). Perkataan

tersebut juga merujuk kepada keadaan susah sekali, sengsara: kehidupan mereka sangat.

Perbandingan di antara makna perkataan dari segi leksikal dan slanga jelas ketara. Slanga Azab digunakan untuk memerikan keadaan wajah yang sangat hodoh atau tidak cantik. Metafora yang digunakan disebalik slanga ini adalah bersifat metafora ontologi. Azab membawa pengertian keadaan yang parah,sehingga memberi gambaran bahawa wajah hodoh pada kadar yang sangat ekstrim dan menggambarkan kecederaan di wajah seseorang itu. Harus diingati juga bahawa keadaan paras memainkan peranan yang sangat penting di kalangan golongan lelaki gender ketiga .Maka segala antara carutan dan kritikan yang mereka lontarkan jelas tertumpu kepada bentuk fizikal khususnya tata rias dan wajah di dalam kalangan mereka.

Morfologi Pemindahan semantik apabila perkataan azab hadir sebagai slanga, dapat dikesan daripada azab yang sememangnya kata kerja pada kelas kata morfologi , berubah menjadi kata adjektif.

5.Kes Cermin Pemajmukan dua perkataan Kes dan Cermin. Kes dan Cermn merujuk kepada kata nama .Kata majmuk tersebut tidak wujud dalam daftar simpulan bahasa dan membawa maksud harfiah. Ia merupakan slanga yang digunakan oleh kalangan banduan dan penjara. Kes Cermin merujuk kepada jenayah yang melibatkan

golongan gender lelaki ketiga.

Andaian impresionistik terhadap etimologi slanga tersebut adalah kaum gender lelaki ketiga gemar bercermin maka digunakan cermin tersebut sebagai penanda kes yang

melibatkan kaum tersebut.

8.Abang-abang

Makna leksikal bagi perkataan abang membawa maksud saudara lelaki yang lebih tua daripada seseorang. Sebagai kata nama, abang juga boleh dimaksudkan sebagai panggilan yang khususnya ditujukan kepada saudara tua lelaki atau adik-beradik. Sehubungan itu ia juga turut digunakan sebagai panggilan kepada seseorang lelaki yang lebih tua.

Merujuk kepada penggunaan perkataan tersebut sebagai slanga , istilah abang-abang merujuk secara spesifik kepada golongan lelaki yang sudah berkahwin. Perkataan abang melalui proses penggandaan untuk menunjukkan keadaan jamak atau merujuk kepada golongan lelaki.

9.Melahar Makna leksikal bagi perkataan melahar ialah bahan cecair yg panas yg mengalir keluar dr gunung berapi atau lebih dikenali sebagai lava. Makna slanga bagi melahar bermaksud perasaan marah atau bengis terhadap sesuatu. Secara morfologi, imbuhan awal me- merupakan pembaharuan yang dilakukan dalam slanga ini kerana variasi awalan me- untuk perkataan lahar tidak wujud. Golongan LGK menggunakan awalan tersebut untuk membentuk kata baru daripada kategori Kata Kerja. Pengubahan kelas kata dapat dilihat apabila lahar(KN) berubah menjadi melahar (KA), lantas

menghasilkan kata yang menunjukkan ragam aktif dalam perbuatan dan menunjukan keadaan sesuatu perbuatan.

10.Celah bedah Makna leksikal celah merupakan tempat yang terluang atau renggang di antara dua benda. Ia juga boleh membawa maksud masa yang terluang di antara dua pekerjaan. Perkataan tersebut juga boleh digandakan secara penggandaan penuh untuk menghasilkan kata ganda celah-celah yang juga sama maknanya. Golong gender lelaki ketiga mencipta slanga dengan menggunakan kata ganda yang bagi celah. Perubahan semantik berlaku apabila mereka penggandaan tersebut berubah menjadi penggandaan berima apabila perkataan bedah digunakan menghasilkan slanga

celah-bedah Celah-bedah merupakan kata nama bersifat kata kerja yang merujuk kepada pelaku yang merampas kekasih orang lain. Slanga tersebut dapat diawali dengan imbuhan [men-] , untuk menghasilkan kata kerja untuk istilah tersebut. 6.anak ikan

Pada aras morfologi, istilah ini memperlihatkan proses pemajmukan yang melibatkan dua frasa ,anak dan ikan, untuk merujuk kepada kata nama . Slanga ini digunakan oleh golongan gender ketiga untuk merujuk kepada lelaki remaja yang dijadikan pasangan atau dibela oleh gender lelaki ketiga dengan motif tertentu. Pemindahan semantik dapat dikesan apabila dibezakan makna harfiah kedua frasa tersebut yang merujuk ikan sebagai haiwan dalam keadaan yang masih kecil. Makna yang terkandung dalam pengertian slanga tersebut didapati agak jauh berbeza jika dibandingkan makna harfiah slanga.

.Adik-adik Istilah diterbitkan dengan proses penggandaan penuh yang melibatkan perkataan adik. Pengertian umum terhadap istilah adik membawa maksud saudara kandung yang lebih muda. Apabila digandakan, padanan beradik disertakan untuk menerbitkan kata ganda adik-beradik yang bermaksud beberapa orang yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Namun dalam perbualan seharian, adik telah kerap digunakan sebagai sapaan dan kata ganti nama yang dikhaskan untuk kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang lebih muda usianya. Apabila perkataan adik digandakan secara penuh, adik-adik dapat merujuk kepada anggota keluarga yang lebih muda dalam bentuk jamak. Selain itu, adik-adik juga dapat merujuk kepada sejumlah kanak-kanak yang tiada hubungan kekeluargaan .

Berdasarkan pengertian slanga di kalangan gender lelaki ketiga, pemindahan dalam makna perkataan adik-adik mengalami pemindahan sematik (semantic shift) yang amat ketara. Adik-adik merujuk kepada remaja-remaja lembut atau lelaki yang baru berjinak-jinak untuk menjadi transgender.

Anda mungkin juga menyukai