Anda di halaman 1dari 2

AMALAN

BERJIMAT
CERMAT
Amalan berjimat-cermat harus dipupuk sejak dari
kecil lagi. Berjimat-cermat bermaksud menggunakan
apa yang kita miliki untuk perkara-perkara yang
perlu sahaja tanpa pembaziran.Banyak faedahnya
apabila kita berjimat-cermat.Antara faedahnya ialah
kita boleh menyimpan atau menabung wang untuk
tujuan yang lebih penting.Wang itu nanti boleh
digunakan untuk perkara yang lebih berfaedah seperti
membeli buku-buku latihan dan sebagainya lagi.Selain
itu, sikap berjimat-cermat akan menyebabkan
seseorang sentiasa berfikir panjang sebelum membeli
sesuatu barangan.Sikap seperti ini boleh
mengurangkan kesilapan membeli sesuatu barangan
yang kurang perlu sehingga akhirnya barangan
tersebut terbuang begitu sahaja. Ini tentu
merugikan kita. Berjimat-cermat juga bermakna kita
dapat memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin.
Sebagai contoh, mengisi masa lapang dengan
bersukan akan menjadikan tubuh kita sihat dan
cergas. Ini dapat mengelakkan kita daripada selalu
berulang-alik ke hospital.Di samping itu, amalan
berjimat-cermat juga menjadikan seseorang itu
berdisplin tinggi. Mereka sentiasa mengambil berat
tentang penjimatan dan kecermatan.
Kesimpulannya, kita perlu sentiasa berusaha bagi
memastikan amalan berjimat-cermat menjadi budaya
hidup kita.

Anda mungkin juga menyukai