Anda di halaman 1dari 1

SENAMAN MENYIHATKAN BADAN

Badan sihat otak cerdas. Peribahasa ini jelas menunjukkan bahawa


bersenam banyak membawa manfaat kepada kita. Lantaran itu, setiap orang harus
meluangkan masa untuk melakukan aktiviti senaman.
Dengan bersenam,kita dapat menyihatkan badan kita. Hal ini demikian
kerana badan kita akan mengeluarkan peluh dan tenaga yang banyak. Oleh
itu,badan kita akan menjadi sihat dan tidak selalu sakit. Kita mestilah bersenam
sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
Selain itu, dengan bersenam kita dapat menghindari diri daripada penyakit
seperti sakit jantung,obesiti dan banyak lagi.Jika kita tidak bersenam,kolestrol kita
semakin tinggi dan darah tinggi boleh meningkat dengan mendadak. Oleh itu, kita
perlu bersenam bagi menjamin kesihatan kita.
Di samping bersenam, langkah-langkah keselamatan perlu kita utamakan.
Kita perlu melakukan senaman dengan cara yang betul agar senaman yang kita
lakukan tidak mendatangkan bahaya kepada kita.
Kita juga boleh mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. Masa
itu emas. Kita dapat mengisi masa lapang kita dengan bersenam. Oleh itu,kita tidak
akan

terjebak

dalam

perkara

yang

tidak

mendatangkan

manfaat

seperti

melepak,merayau-rayau tanpa tujuan dan banyak lagi.


Kesimpulannya,aktivti senaman banyak manfaat kepada segenap lapisan
masyarakat. Oleh itu, kita digalakkan memupuk tabiat bersenam sejak kecil, bak
kata pepatah melentur biarlah dari rebungnya.

Anda mungkin juga menyukai