Anda di halaman 1dari 3

Pencapaian lemah

Perbanyakkan latihan bagi matapelajaran yang lemah.

Lemah dalam penguasaan matematik. Banyakkan membuat latihan di rumah.

Pencapaian agak lemah. Perlu lebih banyak mengulangkaji pelajaran. Anda perlu mempunyai
motivasi yang tinggi dan minat terhadap pelajaran di dalam kelas.

Anda mampu meningkatkan pencapaian dengan bersikap proaktif di dalam kelas.

Cemerlang atau ada peningkatan

Berpotensi untuk memcatat kejayaan lebih cemerlang. Berusahalah untuk lebih berinteraksi di
dalam kelas dan tunjukkan potensi anda.

Tahniah di atas usaha anda. Mantapkan lagi keputusan anda di masa akan datang.

Anda seorang yang berpotensi untuk berjaya. Tingkatkan keyakinan anda dan berikan sepenuhnya
tumpuan ketika belajar

Usaha anda telah menunjukkan hasil yang agak baik. Gandakan usaha anda untuk mencapai
kejayaan yang lebih baik.

Pencapaian sederhana atau ulasan umum

Tumpukan perhatian di dalam kelas. Banyakkan mengulangkaji pelajaran dan latihan di rumah

Tingkatkan lagi usaha anda. Anda mampu melakukan yang lebih baik.

Gandakan lagi usaha anda serta tumpukan perhatian di dalam kelas. Anda mampu melakukan yang
lebih baik

Banyakkan latihan terutama dalam pelajaran matematik. Berusahalah.

Tingkatkan lagi daya usaha anda. Anda mampu melakukan yang lebih baik.
Pentaksiran bilik darjah pertengahan tahun contoh ulasan guru kelas

(nama Murid) Tahniah atas pencapaian anda. Anda seorang yang tekun dan berkeupayaan
menyiapkan tugasan yang diberi dengan baik, mampu menguasai dan memahami apa yang diajar
oleh guru dengan baik dan berfokus serta berpotensi tinggi untuk lebih cemerlang. Teruskan
berusaha, kejayaan pasti milik anda.

(nama Murid) Prestasi anda memberansangkan. Anda berpotensi untuk mencatatkan kejayaan yang
lebih cemerlang. Berusaha untuk lebih berinteraksi di dalam kelas dan tunjukkan potensi anda.
Teruskan usaha untuk mencapai kejayaan yang lebih baik.

(nama Murid) Prestasi anda pada tahap baik. Anda seorang yang berpotensi untuk berjaya.
Tingkatkan keyakinan anda dan berikan tumpuan sepenuhnya ketika belajar. Anda seorang murid
yang rajin dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Teruskan berusaha
untuk memperoleh pencapaian yang lebih cemerlang di masa akan datang.

(nama Murid) Pencapaian anda pada tahap baik. Usaha anda telah menunjukkan hasil yang positif.
Teruskan berusaha. Sentiasa mengulang kaji pelajaran di rumah, berikan tumpuan kepada mata
pelajaran tertentu dan fokus sepenuhnya di dalam kelas. Anda seorang murid yang berpotensi untuk
berjaya.

(nama Murid) Pencapaian anda pada tahap baik. Teruskan berusaha untuk memperoleh
pencapaian yang lebih baik lagi. Sentiasa siapkan tugasan yang diberi oleh guru, ulangkaji pelajaran
di rumah, beri tumpuan lebih kepada mata pelajaran tertentu, banyakkan latihan bacaan dan fokus
sepenuhnya semasa pdp dalam kelas. Tingkatkan usaha dan teruskan belajar.
(nama Murid) Prestasi anda pada tahap sederhana. Perlu dipertingkatkan lagi. Tanamkan minat
sentiasa mahu belajar. Anda mesti mempunyai motivasi yang tinggi dan minat terhadap pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas. Banyakkan latihan bacaan dan penulisan, ulangkaji pelajaran di
rumah, menyiapkan tugasan dan fokus sepenuhnya ketika guru sedang mengajar. Anda mampu
mencapai lebih kecemerlangan dengan bersikap proaktif di dalam kelas. Gandakan usaha dan
teruskan belajar. Anda pasti akan berjaya dengan lebih baik daripada hari ini.

(nama Murid) Pencapaian anda pada tahap sederhana. Perlu dipertingkatkan lagi. Kuasai
sepenuhnya kemahiran asas 3M, banyakkan mengulang kaji pelajaran, fokus sepenuhnya semasa
guru sedang mengajar dan rajin menyiapkan tugasan yang diberi. Kejayaan tertakluk kepada daya
usaha anda. Oleh itu, gandakan lagi usaha dan teruskan belajar dengan sungguh sungguh. Yakin
pada kebolehan diri, nescaya kejayaan pasti milik anda.

Anda mungkin juga menyukai