Anda di halaman 1dari 2

ULASAN GURU TINGKATAN

Tahniah atas kejayaan anda yang cemerlang.  Teruskan berusaha untuk  kejayaan lebih
cemerlang untuk masa depan yang gemilang.

Sekalung tahniah atas kejayaan anda. Teruskan usaha dengan lebih gigih untuk kejayaan lebih
baik.

Prestasi anda memberangsangkan. Usaha lagi untuk kejayaan yang lebih cemerlang.

Pencapaian anda pada tahap yang memuaskan. Berikan lebih tumpuan kepada mata pelajaran
tertentu.

Kejayaan tertakluk kepada daya usaha anda. Oleh itu tingkatkan usaha anda untuk kejayaan
yang lebih baik daripada hari ini.

Usaha anda telah menunjukkan hasil yang agak baik. Gandakan usaha anda untuk mencapai
kejayaan yang  lebih baik.

Tingkatkan usaha anda. Anda pasti akan berjaya dengan lebih baik daripada hari ini ………….

Hargailah masa dan tingkatkan usaha anda.

Pencapaian masih lemah. Tingkatkan usaha dan ubah sikap demi masa depan anda.

Hargailah masa dan buangkan sikap kerap ponteng kelas.Pencapaian memuaskan. Teruskan
usaha anda. Anda pasti berjaya.

Berusaha dengan lebih gigih untuk berjaya.

Pencapaian agak lemah. Perlu lebih banyak mengulangkaji pelajaran.

Jangan jadikan kekurangan sebagai beban, itu hanya akan membuatmu sulit untuk berlari
mengejar impianmu

Anda seorang yang berpotensi untuk berjaya. Tingkatkan keyakinan anda dan berikan
sepenuhnya tumpuan ketika belajar.

Hidup adalah satu kesilapan yang berterusan di mana kita belajar untuk menjadi sempurna.

Tanamkan minat sentiasa mahu belajar dan teruskan usaha.

Kebolehan anda boleh digilap lagi. Teruskan usaha anda untuk lebih berjaya.

Kegagalan hanyalah satu peluang untuk anda mencuba lagi untuk berjaya.

Seorang yang tekun dan berkeupayaan menyiapkan tugasan yang diberi dengan baik. Mampu
menguasai dan  memahami apa yang diajar oleh guru dengan   baik dan berfokus. Berpotensi
tinggi untuk lebih cemerlang. Tingkatkan usaha anda

Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.

Anda mesti mempunyai motivasi yang tinggi dan minat terhadap pengajaran dan pembelajaran
di  dalam kelas. Anda mampu mencapai lebih kecemerlangan dengan bersikap proaktif di dalam
kelas.

Anda mungkin juga menyukai