Anda di halaman 1dari 2

ULASAN GURU KELAS

 PENCAPAIAN LEMAH

Perbanyakkan latihan bagi mata pelajaran yang lemah.

Lemah dalam penguasaan mata pelajaran. Banyakkan membuat latihan di rumah.

Pencapaian agak lemah. Perlu lebih banyak mengulangkaji pelajaran.

Anda mesti mempunyai motivasi yang tinggi dan minat terhadap  pelajaran di dalam kelas.

Anda mampu meningkatkan pencapaian dengan bersikap proaktif di dalam kelas.

Tanamkan minat sentiasa mahu belajar dan teruskan usaha.

CEMERLANG ATAU ADA PENINGKATAN

Berpotensi untuk mencatat kejayaan lebih cemerlang. Berusahalah untuk lebih berinteraksi di dalam
kelas dan tunjukkan potensi anda.

Tahniah di atas usaha anda.  Mantapkan lagi keputusan anda di masa akan datang.

Anda seorang yang berpotensi untuk berjaya. Tingkatkan keyakinan anda dan berikan sepenuhnya
tumpuan ketika belajar

Usaha anda telah menunjukkan hasil yang agak baik. Gandakan usaha anda untuk mencapai
kejayaan yang lebih baik.

Tahniah atas kejayaan anda yang cemerlang.  Teruskan berusaha untuk kejayaan lebih cemerlang
untuk masa depan yang gemilang.

Sekalung tahniah atas kejayaan anda. Teruskan usaha dengan lebih gigih untuk kejayaan lebih baik.

Prestasi anda memberangsangkan. Usaha lagi untuk kejayaan yang lebih cemerlang.

Seorang yang tekun dan berkeupayaan menyiapkan tugasan yang diberi dengan baik. Berpotensi
menjadi murid cemerlang.

Mampu menguasai dan memahami apa yang diajar oleh guru dengan baik dan berfokus.

Berpotensi tinggi untuk lebih cemerlang. Tingkatkan usaha anda

PENCAPAIAN SEDERHANA ATAU ULASAN UMUM

Tumpukan perhatian di dalam kelas. Banyakkan mengulangkaji pelajaran dan latihan di rumah

Tingkatkan lagi usaha anda. Anda mampu melakukan yang lebih baik.

Gandakan lagi usaha anda serta tumpukan perhatian di dalam kelas. Anda mampu melakukan yang
lebih baik

Banyakkan latihan terutama dalam pelajaran yang lemah. Berusahalah supaya lebih maju dalam
pelajaran.

Tingkatkan lagi daya usaha anda. Anda mampu melakukan yang lebih baik.
Berusaha dengan lebih gigih untuk berjaya.

Anda mungkin juga menyukai