Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA PERSARAAN GURU

BESAR SKCIJ2
TEKS PENGACARA MAJLIS PERSARAAN PN. ROSALIND CHAN LENG NEO

(Q: ketibaan Pn. Rosalind Chan Leng Neo))

Mengumumkan ketibaan Pn. Rosalind Chan Leng Neo.

(Q: setelah tetamu dan hadirin mengambil tempat)

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Salam sejahtera dan selamat pagi

Yang Diraikan Pn. Rosalind Chan Leng Neo

Yang Berusaha __________________________________________________________

Yang Berusaha, __________________________________________________________

Yang Berusaha tuan-tuan pengetua

Yang Berbahagia, _________________________________________________________

Yang Berbahagia ___________________________________________________________

Yang Dipertua PIBG _________________________________________________________

__________________________________________________________________________
_______

__________________________________________________________________________
_______

Tetamu-tetamu yang dihormati

Barisan pentadbir, guru dan warga SK Convent Infant Jesus 2 sekalian


Jala serawan ikan kelisa

Dibaris dekat kolam buatan

Bersara puan meninggalkan jasa

Majlis terpahat dalam ingatan

Hari ini, Selasa 04 Julai 2017 mencatatkan satu lagi detik penting bagi warga SK
Convent Infant Jesus 2. Pada pagi ini kita meraikan seorang teraju kepemimpinan
sekolah yang dikasihi dan disanjung tinggi, yang akan bersara secara rasminya
bermula esok. Sesungguhnya warga sekolah akan berasa kehilangan nakhoda
kepimpinan yang berwibawa, berpengalaman luas dan sangat berjasa.

Majlis dimulakan dengan lagu Negaraku. Hadirin diminta bersedia.


(Q: selesai lagu)

Terima kasih. Hadirin dipersilakan duduk.

(Q: usai hadirin duduk)

Bagi memberkati majlis, dengan segala hormatnya menjemput


__________________________________ untuk bacaan doa. Dipersilakan.

(Q: tunggu sehingga ______________ turun pentas)

Terima kasih ________________________.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Yang Berusaha, Pn. Norhayati Seman ,Guru
Penolong Kanan Pentadbiran SK Convent Infant Jesus 2. Majlis mempersilakan.

(Q: setelah penolong kanan mengambil semula tempat beliau)

Terima kasih ______________________________________.

Kini, majlis mempersilakan _____________________________, Yang Dipertua PIBG SK


Convent Infant Jesus 2 untuk menyampaikan sepatah dua kata sempena persaraan Pn.
Rosalind Chan Leng Neo.

(Q: setelah YDP PIBG mengambil semula tempat beliau)

Seterusnya majlis akan mengikuti ucapan Yang Berbahagia


_____________________________, Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.
(Q: usai ucapan beliau mengambil tempat semula)

Terima kasih Yang Berbahagia _____________________________. Ucapan beliau


sebentar tadi juga ialah ungkapan rasa kasih warga SK Convent Infant Jesus 2 kepada
Pn. Rosalind Chan Leng Neo yang diraikan.

Sekarang, marilah sama-sama kita menonton persembahan multimedia yang


merakamkan detik-detik kenangan Pn. Rosalind Chan Leng Neo sejak zaman remaja
beliau. Mari kita tumpukan perhatian kepada layar skrin di atas pentas.

(Q: usai persembahan multimedia)

Terima kasih pasukan multimedia yang dipimpin oleh Cik Nuur Hidayah Ab Hamid.

Bagi meneruskan majlis, Pn. Rohani N. Mohamad akan membacakan biodata Pn.
Rosalind Chan Leng Neo. Dipersilakan.

(Q: selesai bacaan biodata dan ___________ turun pentas)

Terima kasih ________________.

Kini tiba masa yang dinanti-nantikan. Marilah kita bersama-sama menghayati ucapan
tokoh pemimpin sekolah yang diraikan, Pn. Rosalind Chan Leng Neo. Majlis dengan
segala hormat dan sukacitanya mempersilakan Pn. Hjh Norhayati Seman, Guru
Penolong kanan Pentadbiran SK Convent Infant Jesus 2 . mengiri Pn. Rosalind Chan
Leng Neo tampil ke pentas.

Sebuah ucapan yang sangat sentimental dan penuh falsafah. Ucapan tuan akan
menjadi kenang-kenangan sekalian yang hadir dalam majlis pada pagi yang hening ini.

(Q: usai ucapan Pn. Rosalind)

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Yang Berusaha,


_______________________________________, Tuan Pengarah Jabatan pendidikan
Negeri Melaka. Majlis mempersilakan.

(Q: setelah mengambil semula tempat beliau)

Ucapan tuan akan menjadi kenang-kenangan sekalian yang hadir dalam majlis pada
pagi yang hening ini. Sebagai tanda penghargaan warga SKCIJ2 dan sebagai simbolik
kenang-kenangan peribadi Puan Rosalind Chan Leng Neo yang telah berkhidmat
dengan penuh dedikasi di SKCIJ2, majlis menjemput
________________________________________________ mengiringi Puan Rosalind
Chan Leng Neo untuk acara memotong kek. Dipersilakan

(Q: usai acara potong kek)

Sekarang, majlis mempersilakan Pn. Hjh Norhayati Seman mengiringi Yang


Berusaha,_________________________________________ Tuan Pengarah Jabatan
Pendidikan Negeri Melaka untuk menyampaikan watikah persaraan kepada Pn.
Rosalind Chan Leng Neo. Majlis mempersilakan.

(Q: usai penyampaian sijil)

Terima kasih tuan pengarah.

(Q: setelah TP mengambil tempat semula)

Boleh berjabat kedua tangan

Jalan bersama ke tempat nyonya

Ole-ole sahabat tanda kenangan

Sudikan terima buat seadanya

Tetamu yang diundang bagi meraikan hari berbahagia Pn. Rosalind Chan Leng Neo
pada hari ini ingin menyampaikan hadiah kenang-kenangan sempena persaraan
beliau.

(Q: rujuk senarai jawatankuasa hadiah / pendaftaran tetamu)

Dipersilakan:

hingga selesai
(Q: usai acara penyampaian cenderamata)

Tahniah Pn. Rosalind Chan Leng Neo. Majlis mengucapkan terima kasih.

(Q: Pn. Rosalind mengambil tempat)

Kini majlis dengan takzimnya menjemput Pn. Rosalind Chan Leng Neo dengan diiringi
oleh kepimpinan sekolah dan para tetamu jemputan untuk menjamu selera.
Dipersilakan.

(Q: tetamu menjamu selera)

Seterusnya majlis akan diserahkan kepada DJ jemputan kita pada hari ini.
Dipersilakan

Angsa sekawan nampak serupa

Berenang setempat di kolam buatan

Jasa puan kami tak lupa

Kekal terpahat dalam ingatan

Tuai padi antara nampak

Esok jangan layu-layuan

Intai CIJ2 antara nampak

Esok jangan rindu-rinduan

Kami bagi pihak majlis sekali lagi merakamkan ucapan tahniah atas perkhidmatan,
kepimpinan dan sumbangan Pn. Rosalind Chan Leng Neo selama ini. Kita seakan-akan
tidak percaya bahawa Pn. Rosalind Chan Leng Neo yang segak bergaya akan bersara.
Mudah-mudahan Pn. Rosalind tidak melupakan warga SK Convent Infant Jesus 2 di
sini.
Terima kasih semua.

Beli cendawan di pekan Ara


Mari diisi kelapa di tangan
Meski puan akan bersara
Kami di CIJ2 dilupa jangan

Bagi pihak majlis, saya mengucapkan selamat bersara buat Pn. Rosalind Chan Leng
Neo. Salah dan silap harap dimaafkan. Panjang umur murah rezeki kita bertemu lagi.

***********************************************************************************************

SALAM PERPISAHAN------
..ATURCARA MAJLIS PERPISAHAN SEBELUM SEND OFF.

Majlis seterusnya menjemput tetamu jemputan yang berkeinginan untuk


menghulurkan salam perpisahan untuk berbuat demikian sebelum Puan Rosalind
bergerak bagi majlis send off.

Majlis diteruskan dengan acara send off yang diraikan, Pn Rosalind Chan Leng Neo.

Dipersilakan.

Anda mungkin juga menyukai