Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA JAMUAN AKHIR TAHUN SK PEKAN KINARUT 2013

Pembuka Bicara Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, Salam sejahtera, salam 1 malaysia, selamat pagi kepada hadirin yang dihormati sekalian. Tidak di lupakan Selamat Tahun Baru 1435 Hijrah kepada Muslimin dan Muslimat sekalian.

Protokol Yang Diraikan, Puan Sairah Mohd Shukor, Puan Rosneh Madin, Encik Mohd Roshidi Subandi, Yang Berusaha, Encik Sung B. Diana Guru Besar Sk Pekan Kinarut Puan Fauziah Yusoff Penolong kanan 1 Sk Pekan Kinarut Encik Rosly hj. Md Jasri PK HEM SK Pekan Kinarut Pn. Nurhidayah Abdullah - PK KOKUM SK Pekan Kinarut En.Jamudin Moksin PK Pentadbiran Petang SK Pk. Kinarut Tuan Haji Abdul Razak bin Haji Ag Duraman YDP PIBG Sk Pekan Kinarut, Puan Norazianie Mat Amin Pengerusi Kelab Staf & Guru Sk Pekan Kinarut, Rakan rakan guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana Sekolah yang dikasihi sekalian.

1 Muharram kita berjumpa, Hotel Klagon menjadi Saksi, Raikanlah hari ini dengan penuh gembira, Agar menjadi ingatan Abadi.

Selamat Datang ke Majlis Jamuan Akhir Tahun SK Pekan Kinarut bagi tahun 2013

Bacaan Doa Bagi memberkati majlis pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan AlFadhil Yusnizam Yusoff untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih Ucapan Guru Besar Hadirin yang dihormati , Majlis kita pagi ini diteruskan dengan mempersilakan Encik Sung Bin Diana Guru Besar Sk Pekan Kinarut untuk menyampaikan ucapan.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Penyampaian Hadiah Hari Lahir Ied Miladis said Saenghil Chuka Habnida, Happy Birthday to you, Selamat Hari lahir untukmu wahai teman.

Sudah menjadi rutin kelab Staff Sk Pekan Kinarut untuk meraikan Hari Lahir warga sekata. Majlis kita hari ini diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada mereka yang lahir pada bulan Julai hingga Disember tahun ini.

Sebelum penyampaian hadiah ini, saya ingin meminta anda semua untuk menyanyikan lagu Selamat Hari Lahir bersama-sama saya untuk mereka yang bertuah ini. Boleh?

Terima Kasih.

Dengan ini majlis menjemput Untuk menyampaikan hadiah kepada insan-insan yang lahir pada bulan julai disember tahun ini.

Berikut adalah senarai mereka yang lahir pada bulan-bulan tersebut

Acara Pemotong Kek Dijemput hadirin sekalian yang lahir pada bulan julai disember untuk ke pentas bagi upacara pemotongan kek.

Jamuan Makan

Hadirin Sekalian, Sekarang tibalah masa yang kita nanti-nantikan Sebelum kita memulakan acara bersantap kita pada hari ini, terimalah serangkap pantun dari saya..

Tinggi sungguh pohon kelapa, Buahnya lebat tidak terkira, Hidangan kami tidak seberapa, Sudilah kiranya menjamu selera.

Jemputlah makan, jangan malu dan jangan segan.

Penutup

Dengan ini tibalah masa untuk saya mengundur diri, sebelum itu, terimalah serangkap pantun dari kami AJK pelaksana Majlis pada hari ini;

Yang Kurik itu kundi, Yang Merah itu Saga, Terima Kasih dari Kami, Sempurna sudah Majlis kita

Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai