Anda di halaman 1dari 1

ULASAN GURU KELAS

LEMAH

Usaha dengan lebih kuat lagi. Pastikan keputusan kali ini dapat diubah melalui kerja keras selepas ini. Usaha berterusan
menjamin keputusan yang lebih baik pada masa akan datang. Anda harus bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan
yang diberikan
Pencapaian agak lemah.. Tingkatkan usaha anda. Anda pasti akan berjaya dengan lebih baik lagi. Hargai masa dan
banyakkan mengulangkaji pelajaran. Jangan jadikan kekurangan sebagai beban
Pencapaian masih lemah. Tingkatkan usaha dan ubah sikap demi masa depan anda. Hargailah masa dan buangkan sikap
kerap ponteng kelas.

Anda seorang yang berpotensi untuk berjaya. Tingkatkan keyakinan anda dan berikan sepenuhnya tumpuan ketika belajar.
Tanamkan minat sentiasa mahu belajar dan teruskan usaha. Kebolehan anda boleh digilap lagi, teruskan usaha anda
SEDERHANA

Keputusan semasa menunjukkan anda masih belum menemui cara belajar yang betul bagi mendapatkan keputusan yang
lebih baik. Anda harus berusaha dengan lebih gigih bagi mendapatkan keputusan yang sebaiknya. Jangan berlengah lagi

Keputusan masih ditahap sederhana. Ia memerlukan komitmen daripada anda untuk memperbaiki pencapaian. Beberapa
mata pelajaran masih belum mencapai tahap yang sepatutnya. Usaha dengan lebih kuat bagi memperbaiki prestasi
Kejayaan tertakluk kepada daya usaha anda. Oleh itu tingkatkan usaha anda untuk kejayaan yang lebih baik daripada hari
ini. Berikan lebih tumpuan kepada matapelajaran tertentu.

Seorang yang tekun dan berkeupayaan menyiapkan tugasan yang diberi dengan baik, mampu menguasai dan memahami
apa yang diajar oleh guru dengan baik dan berfokus, berpotensi tinggi untuk lebih cemerlang. Tingkatkan usaha.
CEMERLANG
Tahniah atas kejayaan anda yang cemerlang. Teruskan berusaha untuk kejayaan lebih cemerlang untuk masa depan yang
gemilang
Sekalung tahniah atas kejayaan anda. Teruskan Usaha dengan lebih gigih untuk kejayaan lebih baik.
Prestasi anda memberangsangkan. Usaha lagi untuk kejayaan yang lebih cemerlang
Anda mesti mempunyai motivasi yang tinggi dan minat terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Anda mampu
mencapai lebih kecemerlangan dengan bersikap proaktif di dalam kelas.

Anda mungkin juga menyukai