Anda di halaman 1dari 16

ISI KANDUNGAN

Pendahuluan 3

Objektif 3

Tujuan 4

Visi 4

Misi 4

Maklumat sekolah 5

Pelan tindakan 6

Jawatankuasa program 7

Senarai nama murid 8

Maklumat guru matapelajaran 9

Laporan pelaksanaan program 10

Lampiran - Gambar aktiviti 13

2
LAPORAN
PROGRAM TRANSISI & GURU PENYAYANG 2019
SK NANGA SAMA, KAPIT, SARAWAK

PENDAHULUAN

Program Transisi Dan Guru penyayang Tahun Satu merupakan satu program yang
telah dirangka dengan membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan
transisi daripada pendidikan tidak formal samada di rumah atau di pra sekolah kepada
pendidikan secara formal di Tahun Satu di sekolah. Program yang dilaksanakan ini telah
membantu kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar belakang, sosio-ekonomi,
persekitaran dan pengetahuan menyesuaikan diri dan bersedia untuk meneruskan
pembelajaran secara formal.

OBJEKTIF
Pada akhir program ini:

i. Kesinambungan pembelajaran di tadika / prasekolah ke Tahun Satu dapat dicapai.


ii. Dapat memudahkan dan mempercepatkan murid-murid yang datang dari pelbagai
latar belakang bergaul di antara satu sama lain.
iii. Dapat memudahkan dan mempercepatkan murid-murid berkenalan dengan guru-guru
dan rakan-rakan.
iv. Dapat memudahkan murid-murid menyesuaikan diri dengan masa, keadaan dan
persekitaran sekolah.
v. Dapat memudahkan murid-murid bersedia untuk memulakan proses pembelajaran
secara formal menerusi program ini.
vi. Dapat memudahkan kesinambungan pembelajaran daripada pendidikan tidak formal
ke pendidikan formal dijalankan.
vii. Dapat membina keyakinan murid-murid untuk menghadapi pembelajaran yang
formal.
viii. Dapat memudahkan guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan.
ix. Dapat membantu guru menilai kemajuan murid secara berterusan dan menyeluruh.
x. Dapat meningkatkan minat, semangat dan kecenderungan murid-murid untuk datang
ke sekolah dan belajar tanpa menimbulkan masalah.

3
TUJUAN PROGRAM

Murid

(i) Memperkembangkan sosio-emosi dan menyesuaikan diri dalam persekitaran


pembelajaran yang formal
(ii) Memperolehi pengetahuan dan kemahiran asas mengikut Sukatan Pelajaran Tahun
Satu
(iii) Mencapai tahap perkembangan kognitif yang hampir sama untuk memudahkan
proses pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya

Guru

(i) Menangani perbezaan murid yang berlainan latar belakang dan pengalaman dan
aspek kognitif, afektif dan psikomotor
(ii) Membantu murid menyesuaikan diri di kelas Tahun Satu
(iii) Menyatupadukan pendekatan prasekolah dengan pendekatan yang lebih formal di
Tahun satu

VISI

Merealisasikan Program Transisi Guru Penyayang dengan cemerlang.

Misi

Menyusun pendekatan dan strategi yang paling berkesan berdasarkan kepada keperluan serta
kemampuan sekolah bagi mencapai kecemerlangan.

4
MAKLUMAT SEKOLAH

: Sekolah Kebangsaan Nanga Sama


Nama dan alamat D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kapit,
sekolah 96800 Kapit, Sarawak

No.Telefon : Tiada
Nama Guru besar : Puan Kunchi Anak Bantin
Kod Sekolah : YBB 7113
Jenis Sekolah : SK
Lokasi : Luar Bandar
Jumlah Murid Tahun 1 : Sembilan orang
Bilangan Kelas Tahun 1 : Satu kelas
Guru Kelas : Rayson Anak Josin
1. Zulaikha Binti Abdul Rahman (Sains)
2. Rayson Anak Josin (Bahasa Melayu)
Senarai Guru Mata 3. Muhamad Zahari Bin Hashim (Matematik/PJK)
Pelajaran Tahun satu 4. Ting Ko Shing (Pend.Moral)
2019 5. Ting Ko Shing (Bahasa Inggeris)
6. Rurien Dawie Anak Umpi
(Pend. Kesenian)

5
PELAN TINDAKAN
PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG TAHUN 1
2019

Bil Aktiviti / Program Tarikh Catatan


1 Mengadakan mesyuarat dengan Guru Besar, 22.11.2018 Guru Besar,
PK1, PK HEM, PKKK, guru-guru Tahun PK1, PK HEM,
Satu termasuk guru B&K tentang program PKKK,
transisi Tahun 2019 guru-guru
Tahun Satu, guru
B&K
3 Perbincangan dengan guru-guru Tahun 23.11.2018 Semua guru
Satu tentang rancangan dan pelaksanaan matapelajaran
program transisi selama 3 minggu. Tahun Satu

4 Perbincangan tentang hasil program transisi 24.11.2018 Guru


yang telah disediakan Tahun Satu

5 Hantar rancangan Program Transisi 2019 ke 25.11.2018 PK1


PPD

6 Keceriaan kelas Tahun Satu


- penyusunan meja dan kerusi 30.12.2018
- penghiasan papan kenyataan dan kelas hingga Guru Kelas
- kebersihan kelas 03.01.2019 Tahun 1

7 Pendaftaran murid Tahun 1 02.01.2019


8 Pelaksanaan program transisi sekolah Guru Besar
(3 minggu) 02.01.2019 PK1, PK HEM,
hingga PKKK,
22.01.2019 Semua guru Tahun
9 Majlis Penutupan Program 22.01.2019 1, guru B&K

6
JAWATANKUASA PROGRAM TRANSISI & GURU PENYAYANG 2019
SK NANGA SAMA, KAPIT, SARAWAK

Penasihat
PN. KUNCHI ANAK BANTIN
(Guru Besar)

Pengerusi
EN. SENGALANG AK UBENG
(PK PENTADBIRAN)

Naib Pengerusi I Naib Pengerusi II


EN.RURIEN DAWIE AK UMPI EN. ANGKING AK TUMANG
(PK HEM) (PK KK)

Setiausaha
EN. RAYSON ANAK JOSIN
(Guru Kelas Tahun 1)

Naib Setiausaha
EN. MOHD ZAHARI BIN HASHIM
(Guru B&K)

Ahli Jawatankuasa
PN. TING KO SHING
CIK. ZULAIKHA BINTI ABDUL RAHMAN

7
SENARAI NAMA MURID TAHUN 1
2019

Bil NAMA JANTINA

1 ADITIA ANAK ANGGANG L

2 AMANDA OROMOCHI ANAK MAUSITUNG P

3 CHRISTINA TAYANG ANAK DIGAT P

4 CORRYSIA OLLYVIA ANAK JANTING P

5 FARISYA ARQILLA ANAK SALANG P

6 FELICIA ANAK WELLINGTON P

7 ISABELLA NATASHA ANAK MANYEI P

8 NADA ANAK BANYAN P

9 RUSSELL PAULUS ANAK ANGKING L

8
MAKLUMAT GURU MATAPELAJARAN TAHUN 1
2019

BIL. NAMA MURID MATA PELAJARAN JAWATAN DI


SEKOLAH
En.Rurien Dawie
1. Pendidikan Kesian GPK HEM
Ak Umpi
Pn. Kunchi Anak
2. Bahasa Iban Guru Besar
Bantin
Matematik/
En. Zahari Bin
3. Pend.Jasmani Guru Akademik Biasa
Hassim
&Kesihatan
4. En.Rayson Ak Josin Bahasa Melayu Guru Akademik Biasa

Bahasa Inggeris / Guru Akademik Biasa


5. Pn. Ting Ko Shing
Pendidikan Moral
Cik. Zulaikha Binti Guru Akademik Biasa
6. Sains
Abdul Rahman

9
LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI
PROGRAM TRANSISI & GURU PENYAYANG 2019
SK NANGA SAMA, KAPIT, SARAWAK

Program Transisi & Guru Penyayang telah dijalankan dengan jayanya di Sk Nanga
ssama, Kapit, Sarawak. Program ini telah dijalankan selama tiga minggu iaitu bermula pada 2
Januari hingga 22 Januari 2019. Seramai sembilan orang murid tahun satu sesi 2019 telah
terlibat dalam program ini dengan dikelolakan oleh guru-guru matapelajaran sambil dipantau
oleh pihak pentadbir. Hasil kerjasama semua warga sekolah, program ini telah berjaya
mencapai matlamat dan objektif dengan lancar. Pelbagai aktiviti telah diadakan meliputi
beberapa kategori iaitu aktiviti dalam bilik darjah dan luar bilik darjah.

Aktiviti dalam bilik darjah lebih mengutamakan mempersiapkan murid untuk


menghadapi suasana Pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang formal. Guru memperkenalkan
pembelajaran asas bagi mata pelajaran masing-masing. Aktiviti ini berupaya membantu guru
mengenalpasti tahap kecekapan intelektual murid serta mengetahui kompetensi murid dalam
setiap matapelajarn. Dengan itu, guru dapat menyediakan bahan-bahan PdP yang bersesuaian
dengan tahap kecekapan murid semasa melaksanakan PdP yang formal kelak.

Aktiviti luar bilik darjah pula dijalankan bagi membantu murid mempelajari rutin
persekolahan harian terutama bagi yang bermalam di asrama. Murid-murid di ajar tentang
jadual rutin harian, adab berada di dewan makan, etiket sosial dan cara menjaga kebersihan
diri. Murid turut dibawa melawat kawasan di persekitaran sekolah seperti pejabat, dewan
makan, asrama, tandas dan banyak lagi. Selain itu murid turut didedahkan tentang peraturan
sekolah dan asrama. Praktikal tatasusila masuk ke kelas dan memberi kata hormat kepada
guru dan rakan-rakan turut dilaksanakan. Pelbagai ragam dan gelagat murid dapat dilihat dan
murid berjaya melaksanakan tugasan yang diberikan dengan jayanya.

Pada minggu pertama, aktiviti yang dijalankan menjurus kepada memperkenalkan


identiti sekolah kepada murid-murid. Antara aktiviti tersebut adalah melawat sekitar kawasan
sekolah, penerangan tentang rutin harian persekolahan, penerangan tentang peraturan sekolah
serta peraturan di beberapa kawasan lain seperti perpustakaan, dewan makan, asrama dan
tandas. Selain itu, murid turut didedahkan dengan amalan menjaga kebersihan diri seperti
cara memberus gigi, membasuh tangan sebelum makan dan lain-lain lagi. Disamping itu,

10
murid diberi peluang untuk mengenali semua warga sekolah melalui aktiviti suai kenal.
Murid diminta mengambil semua tanda tangan warga SKNS dalam satu borang yang telah
dibekalkan. Melalui aktiviti ini, murid akan lebih peka dan cakna dengan keadaan sekeliling
disamping dapat membina kemahiran bersosial dalam diri mereka.

Pada minggu kedua, murid mula didedahkan dengan konsep asas alam pembelajaran
bagi setiap mata pelajaran seperti mengenal nombor, mengenal huruf, aktiviti asas mewarna
dan sebagainya. Mereka turut diperkenalkan dengan pergerakan asas dan pendidikan jasmani
dan kesihatan. Keterujaan murid-murid melaksanakan aktiviti telah menggambarkan bahawa
program ini telah berjaya menarik minat murid untuk memulakan sesi pembelajaran yang
formal dan perubahan iklim pembelajaran tidak menjadi suatu masalah kepada mereka untuk
menjalani sesi pembelajaran dengan lancar.

Pada minggu ketiga, aktiviti pembelajaran semakin ditingkatkan. Murid juga telah
diberi buku teks sebagai permulaan kepada sesi pembelajaran dalam bilik darjah yang
sebenar. Murid mula diperkenalkan dengan teknik asas menulis dan membaca. Pada
penghujung minggu ketiga, majlis penutupan telah diadakan dengan meriah dan jayanya
dengan kehadiran para ibu bapa tahun 1. Majlis berjalan dengan lancar dan teratur. Sila rujuk
lampiran untuk melihat gambar-gambar aktiviti sepanjang program berlangsung.

11
LAMPIRAN

12
PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 2019

13
14
MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM

15
16
SESI MENGHAYATI HASIL KERJA MURID SEPANJANG
PROGRAM TRANSISI

17

Anda mungkin juga menyukai