Anda di halaman 1dari 4

NILAI DAN KEPENTINGAN BIODIVERSITI KEPADA MANUSIA

Pemuliharaan biodiversiti memberi jaminan pengekalan sumber semulajadi. Tempat perlindungan hidupan liar. Tempat pembiakan semulajadi.

Biodiversiti merangkumi semua bentuk kehidupan flora dan fauna. 1) Penyelidikan dan Pembangunan (R&D). Biodiversiti telah dijadikan tempat untuk menjalankan pelbagai Penyelidikan dan Pembangunan (R&D). Sebagai contoh, penyelidikan berkaitan hutan simpan yang dijalankan di Pahang. Penyelidikan yang dijalankan terhadap biodiversiti menjamin kelestarian alam. Selain itu, kajian terhadap biodervisiti juga akan menjadi disiplin penting di Institusi Pengajian Tinggi. 2) Membekalkan makanan. Flora dan fauna akan membekalkan sumber makanan. Rantaian makanan akan terpelihara. 3) Sebagai sumber perubatan. Tanaman seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Ubi Jaga, Serai Wangi dan Misai Kucing boleh dijadikan sebagai sumber perubatan alternatif. Perubatan herba boleh mengubati penyakit tertentu. Sebagai contoh, daun misai kucing dapat menyembuhkan penyakit tekanan darah tinggi dan akar pokok bakawali pula dapat mengubati penyakit diabetis. 4) Mengekalkan habitat.

5) Sebagai penstabil cuaca. Menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen melalui proses fotosintesis. Menstabilkan kitaran hidrologi. Memberikan keseimbangan suhu. Mengurangkan kesan rumah hijau

1) Memelihara ekosistem a. Mengawal punca air b. Memelihara tanah c. Menyimpan Nutrien dan kitar semula d. Membaik pulih pencemaran e. Kestabilan iklim f. Memperbaiki ekosistem 2) Sumber Biologi a. Sandaran makanan b. Sumber perubatan c. Penghasilan makanan d. Sumber biotechnologi 3) Faedah Sosial dan Estetika a. Penyelidikan dan Pendidikan b. Rekreasi c. Nilai Kebudayaan

Kemandirian Manusia Sejagat

Biodiversiti memberikan kita udara yang bersih, air, makanan, pakaian, ubat dan semua keperluan utama kita untuk hidup.

Langkah-langkah Mengekalkan Keseimbangan Biodiversiti : 7. Pemuliharaan kepelbagaian biologi. Aktiviti penanaman semula telah dijalankan untuk memulihara biodiversiti. Hidupan liar telah dikawal, dijaga dan dilindungi agar tidak pupus. Sebagai contoh, perlindungan terhadap Orang Utan, rusa dan badak sumbu. Mengisytiharkan sebagai tapak warisan dunia seperti Pulau Sipadan. 8. Penyelidikan dan Pembangunan (R&D). Kajian dan penyelidikan yang dilakukan terhadap sisa kelapa sawit. Sebagai contoh, tandan kelapa sawit telah dijadikan sumber biogas manakalasisanya pula diproses menjadi kertas. 9. Pembangunan lestari. Pembangunan yang tidak mengenepikan alam sekitar (mesra alam). Setiap pembangunan harus mendapat penilaian kesan alam sekitar (EIA) daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) 10. Pendidikan sains dan biologi Subjek Sains dan Biologi telah diperkenalkan di setiap sekolah yang memberikan penekanan tentang keperluan pengekalan biodiversiti. Menerapkan kepentingan biodervisiti dalam subjek lain (merentas kurikulum). 11. Program kitar semula. Penggunaan bahan kitar semula yang mesra alam. Sebagai contoh, besi buruk, kertas, plastik dan kaca. Menyediakan pusat pembuangan barang-barang yang boleh dikitar semula. 12. Penggunaan teknologi mesra alam. Menggunakan teknologi mesra alam.

Faedah Ekosistem dan Perkhidmatan Biodiversiti mengawal interaksi ekosistem dan proses biologi lain yang kompleks termasuklah kitaran nutrien, pendebungaan, pembentukan dan perlindungan tanah, kawalan banjir dan kawalan iklim. Riadah dan Nilai Kebudayaan Biodiversiti menyediakan nilai estetik, pendidikan, rekreasi, keagamaan dan kebudayaan. Biodiversity juga memainkan peranan penting dalam pembentukan kepelbagaian budaya bagi banyak komuniti. Menyokong Kehidupan Biodiversiti menyokong kehidupan di bumi ini pada masa ini dan pada masa hadapan dengan membenarkan organisma hidup untuk menyesuaikan diri dan berkembang mengikut perubahan keadaan alam sekitar.

LANGKAH DAN USAHA KERAJAAN DALAM MEMPERTAHANKAN KEPELBAGAIAN BIODIVERSITI DI MALAYSIA

Bina pusat untuk spesies yang berbahaya Tanaman semula Kitar semula dan guna semula Meningkatkan hutan simpanan (taman menara)

Sebagai contoh, penggunaan kereta mesra alam, teknologi hampas kelapa dan biogas kelapa sawit. Penggunaan mikro organisma untuk menjalankan proses pereputan, rawatan air atau sisa kumbahan. Penutup : Biodiversiti perlu dikekalkan untuk diwarisi oleh generasi akan datang

Bengkel Pengurusan Biodiversiti membentuk sikap manusia terhadap sumber biodiversiti. Pendedahan tentang kepentingan biodiversiti terhadap masyarakat sejak kecil amat penting membentuk sikap dan tingkah laku manusia apabila menguruskan sumber biodiversti.

AKTIVITI MANUSIA YANG BOLEH MENYEBABKAN KEPUPUSAN SPESIS . Kemusnahan Dan Perubahan Habitat Aktiviti pemusnahan manusia yang paling jelas ialah pembalakan dan penerokaan kawasan baru untuk pembangunan. Aktiviti-aktiviti ini akan memusnahkan sesuatu habitat dan spesies haiwan dalam sesuatu jangka masa

tertentu. Penerokaan kawasan-kawasan hutan boleh memusnah atau mengecilkan habitat haiwan tertentu seperti harimau dan gajah yang memerlukan kawasan yang luas untuk aktiviti-aktiviti hidup. Kawasan hutan yang kecil akan mengurangkan kemampuan haiwan-haiwan ini mencari makanan dan juga mencari pasangan untuk tujuan pembiakan. Kematian dan pengurangan bilangan adalah kesan utama yang akan berlaku disebabkan masalah ini. 2. Pembakaran Hutan Pembakaran hutan secara terbuka akan menyebabkan spesies-spesies flora dan fauna terancam yang ada di kawasan tersebut akan musnah. Lebih menyedihkan, kebakaran hutan yang besar dan tidak dapat dikawal akan memusnahkan sesuatu spesies haiwan selama-lamanya. 3. Pemburuan Haram Pemburuan haram berlaku akibat permintaan tinggi daripada negara-negara seperti Amerika Syarikat, Britian dan Eropah terhadap haiwan-haiwan eksotik yang hanya terdapat di Malaysia. Dianggarkan hampir 200,000 spesies primat dijual untuk tujuan penyelidikan setiap tahun sehingga menyebabkan beberapa spesies haiwan tersebut hampir pupus kini. 4. Keperluan Barangan Berasaskan Haiwan Pembunuhan terhadap harimau, memerang, paus, badak, dan gajah untuk tujuan mendapatkan kulit, gading dan bahagianbahagian lain yang dikatakan memberi kekuatan kepada manusia terus berleluasa. Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan Cina menyebabkan Harimau Malaya kini hanya tinggal jumlah yang sedikit sahaja. 5. Pencemaran Alam Hidupan seperti ikan lumba-lumba dan paus pembunuh (killer wale) semakin pupus disebabkan pencemaran air terutama disebabkan oleh tumpahan minyak dan kegiatan manusia yang suka mengotorkan laut. 6. Perubahan Suhu Dunia

Fenomena El-Nino umpamanya menyebabkan peningkatan suhu dunia secara mendadak, menyebabkan ada sesetengah spesies haiwan dan tumbuhan terancam terutama yang tidak sesuai dengan cuaca panas.

Cth: pembinaan petempatan, penerokaan hutan, pembalakan (hutan hujan khatulistiwa/ hutan tropika)

Perubahan iklim dunia/ faktor semula jadi Cabaran dalam pengekalan biodivesiti dunia Kemusnahan kepada kepelbagaian biologi daratan & akuatik Cth: banjir, kemarau, tanah runtuh, tsunami Sikap pengguna Menggunakan sumber biologi secara tidak lestari / tidak mesra alam Kepupusan biologi Kemusnahan habitat haiwan/ hidupan Cth: pembalakan, pemburuan

PENGURUSAN BIODIVERSITI YANG LEMAH AKAN MENYEBABKAN BIOSFERA Kegiatan pembangunan dan eksploitasi ekonomi Menghapuskan habitat Keseimbangan biodiversiti / ekosistem terjejas

Anda mungkin juga menyukai