Anda di halaman 1dari 2

 

Nama   OOI JIA FENG   No. KP.   980612025409


 
Pelajar
  Program PISMP :   Mode   SEPENUH MASA
PROGRAM
  IJAZAH
SARJANA MUDA
PERGURUAN
  Opsyen BAHASA Kumpula 2017 / 06 - BAHASA
     
MELAYU n MELAYU : PISMP
  Praktikum   Fasa 2
  Minggu  5
Tarikh   2020-10-12
 
Jurnal
  Kategori   Interpersonal dan Intrapersonal
Pensyarah   ROZEHA BINTI HARUN
 
Major
Guru   Nurul Aidah @ Khasittaton binti Deraman
  Pembimbin
g
  Sekolah   Sekolah Kebangsaan Wangsa Melawati
Tajuk   Masalah murid kurang mengikut arahan
 
Jurnal

  Isu Yang Difokuskan


Minggu ini merupakan minggu kelima saya melaksanakan sesi praktikum di Sekolah
Kebangsaan Wangsa Melawati. Dalam minggu ini, isu yang difokuskan adalah saya
menghadapi masalah murid kurang mengikut arahan. Masalah ini timbul murid-murid
  yang agak nakal membuat bising dan tidak mahu mengikut arahan yang diminta.
Selain itu, mereka kadang-kadang mengganggu rakan-rakan lain yang sedang
melaksanakan aktiviti yang saya berikan. Oleh itu, saya telah menegur mereka
sekiranya mereka melakukan perkara tersebut.
  Analisis Yang Difokuskan
Berdasarkan analisis saya, saya mendapati masalah ini timbul kerana mereka
menganggap arahan yang diberikan tidak penting dan tidak takut kepada hukuman dan
  dendaan yang akan dikenakan. Dengan ini, komunikasi melalui arahan kurang
berkesan akibat daripada sikap murid-murid yang tidak mengikut arahan dan sering
membuat masalah tingkah laku mempengaruhi rakan yang lain.
Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman tau Kajian
 
Lepas)
  Menurut Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2009), terdapat situasi, iaitu
murid cuba mencabar kuasa guru dan menimbulkan konflik di dalam bilik darjah.
Guru perlulah selesaikan masalah ini dengan baik seperti memanggil murid yang
bermasalah secara individu. Dengan ini, murid dapatlah mengelakkan pertelingkahan
di hadapan murid-murid lain.
  Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah
a) Membina hubungan yang baik dan mesra dengan murid-murid dengan sering
berbual dengan murid-murid tersebut tentang diri, keluarga dan minat mereka. b)
Selain itu, guru boleh memanggil murid-murid tersebut untuk berbincang dan
 
berkongsi masalah yang mereka hadapi secara individu. c) Setelah mengetahui dan
memahami seseorang murid dengan lebih dekat, mungkin dapat dikenal pasti punca
mereka berkelakuan tertentu.
  Tempoh Masa Penyelesaian
  1 Minggu
  Tindakan Sususlan
Saya akan menguruskan pelbagai situasi yang pelbagai dengan lebih baik agar setiap
aktiviti dan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar.
 
Dengan menyesuaikan diri dalam suasana yang baharu ini, saya juga dapat
menumpukan perhatian untuk menjalani pratikum dengan jayanya.
Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :
1. Memberi pujian kepada murid yang menyiapkan lembaran kerja sendiri dengan baik.
Murid yang berjaya membuat lembaran kerja sendiri dengan cemerlang didapati amat
gembira setelah saya memuji mereka dan saya yakin mereka akan terdorong untuk
mengulanginya pada sesi pdp akan datang.
2. Memberi hukuman kepada murid yang melakukan kesalahan meniru. Saya memberi
hukuman menyalin soalan lembaran kerja sebanyak 5 kali terhadap murid yang didapati
meniru kerja kawan dengan harapan supaya mereka tidak berani untuk mengulanginya
lagi.
Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada)
1. Memberi pujian kepada murid yang menyiapkan lembaran kerja sendiri dengan baik. Murid
yang berjaya membuat lembaran kerja sendiri dengan cemerlang didapati amat gembira
setelah saya memuji mereka dan saya yakin mereka akan terdorong untuk mengulanginya
pada sesi pdp akan datang.
2. Memberi hukuman kepada murid yang melakukan kesalahan meniru. Saya memberi
hukuman menyalin soalan lembaran kerja sebanyak 5 kali terhadap murid yang didapati
meniru kerja kawan dengan harapan supaya mereka tidak berani untuk mengulanginya lagi.
  Rujukan
Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah
 
Laku. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar

Anda mungkin juga menyukai