Anda di halaman 1dari 18

Unsur yang hadir dalam

binaan frasa nama


secara terperinci
Disediakan oleh:
Arif shafiq
Ooi Jia Feng
Kata bilangan
• Menurut Tatabahasa Dewan (2011), kata bilangan merupakan sejumlah
perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama dan hadir
sebelum frasa tersebut.

• Jenis kata bilangan


1. Bilangan cardinal (dua, dua puluh)
2. Bilangan yang tidak tentu (segala, beberapa, semua)
3. Bermaksud himpunan (beratus-ratus, ketiga-tiga)
4. Bermaksud pisahan (masing-masing, tiap-tiap)
5. Bermaksud pecahan (setengah, sepertiga)
Penjodoh bilangan
• Segolongan kata nama tunggal yang menjadi pasangan pada kata
bilangan untuk menjadi sejenis penerang bentuk atau keadaan pada
kata nama yang mengikutinya.
Contohnya:
i. Segugus bintang
ii. Sebutir peluru
iii. Dua puluh pintu kedai
iv. Selembar benang
v. Sesisir pisang
Kata Panggilan
• Menjadi unsur frasa nama yang hadir sebelum kata nama inti

• Contohnya
1. Tun
2. Profesor
3. Puan
4. Tunku
5. Haji
Kata Nama
• Kata nama ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti
bagi binaan frasa nama, dan lazimnya perkataan demikian
menamakan orang, tempat, benda atau konsep. Sebagai contoh,
berikut ini dikemukakan beberapa binaan frasa nama yang
menunjukkan kedudukan kata nama sebagai inti frasa nama dan
perkataan-perkataan lain sebagai penentu atau penerangnya.
Penggolongan Kata Nama
Golongan kata nama boleh dikelompokkan berdasarkan ciri-
ciri makna perkataan kepada tigakumpulan iaitu:
• kata nama khas
•   kata nama am
•   kata ganti nama
Kata nama khas
• Kata yang digunakan untuk menyebut nama benda, orang, haiwan,
dan tempat secara khusus.
• Huruf pertama kata nama khas mesti ditulis dengan menggunakan
huruf besar sama ada di pangkal ataupun pertengahan ayat.

• Contohnya:
1. Cikgu Yati
2. Proton Saga
3. Menara Kuala Lumpur
Kata nama am
• Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama
sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak
bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan
sebagainya.

Dengan kata lain perkataan nama am digunakan bagi menyebut
sesuatu secara am atau umum.
Manusia , ayah, perempuan, kerani, polis,
orang guru, doktor, askar dll
binatang ayam, gajah, kerbau anjing, kuda,
burung, ikan dll
tumbuh- pokok, betik, rumput, lalang dll
tumbuhan
benda pasir, kayak, radio, rumah.
Motorkar, pen, buku, dll
tempat pejabat, pulau, sekolah, kampung,
bandar, negeri dll
Kata ganti nama
• Kata ganti nama seperti yang telah diterangkan, ialah perkataan yang
menjadi  pengganti kata nama khas dan kata nama am. Kata ganti
nama boleh dibahagikan lagi kepada dua golongan kecil, iaitu kata
ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri. Kata nama diri pula
dibahagikan lagi kepada ganti nama diri orang dan kata nama diri
tanya
Kata ganti nama tunjuk
• Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang menjadi pengganti kata
nama dan mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara
yang dirujuk itu.
• Ada dua kata ganti nama tunjuk iaitu ini untuk menunjuk pada yang
dekat dan itu menunjuk pada yang jauh.
Kata ganti nama diri
• Kata ganti nama diri terbahagi pula kepada dua golongan, iaitu:

(i)Kata ganti nama diri tanya


(ii) Kata ganti nama diri orang
Kata ganti nama diri tanya
• Kata ganti nama jenis ini ialah perkataan yang merujuk benda atau
orang dalam bentuk tanya. Ada tiga kata ganti nama diri tanya iaitu:
• apa-yang merujuk benda atau perkara
• siapa-yang merujuk orang
• mana-yang merujuk benda atau orang
Kata ganti nama diri orang
• Kata ganti nama jenis ini mengandungi perkataan yang merujuk diri
orang tertentu, iaitu diri orang pertama, diri orang kedua dan diri
orang ketiga, seperti yang ditunjukkan di bawah ini:
• a) kata ganti nama diri orang pertama: saya, aku, beta, patik, kami,
dan kita
• b) kata ganti nama diri orang kedua: anda, engkau, awak, dan kamu
• c) kata ganti nama diri orang ketiga: ia, dia, mereka, dan –nya
• Kata ganti nama orang ketiga –nya boleh juga berfungsi sebagai
penekan dan pembenda.
Kata penentu
Kata penentu dibahagi kepada dua, iaitu penentu hadapan dan penentu
belakang.
• Penentu hadapan ialah unsur-unsur yang hadir di hadapan kata nama,
dan unsur-unsur itu terdiri daripada kata bilangan yang boleh diikuti
oleh penjodoh bilangan
• Penentu belakang pula ialah unsur-unsur yang hadir sesudah kata
nama, dan unsur-unsur itu terdiri daripada kata penentu itu dan ini.
Penentu hadapan- merujuk kepada
Tatabahasa Dewan m/s 372
Penerang
• Merujuk kepada m/s 364.
Sekian,terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai