Anda di halaman 1dari 1

,

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berkumpul

dalam Program Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Daerah Jempol dan Jelebu Tahun 2019 pada

hari ini. Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba ilmuMu

yang sangat luas bagi mengembangkan potensi kami sebagai hambaMu yang engkau redhai.

Wahai tuhan kami, kurniakanlah kepada kami sifat rajin membaca kerana dengannya kami akan

memperolehi ilmu pengetahuan kerana dengan ilmu kami akan dapat membaiki diri kami dan

dapat memilih jalan yang betul serta dapat mengabdikan diri kepada-Mu dengan cara yang lebih

baik.

Wahai tuhan kami, bukakanlah kepada kami pintu kebijaksanaan, kurniakanlah kepada kami

kefahaman para anbiya dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang benar serta berikanlah

kekuatan untuk mengikutinya.

Wahai tuhan kami, Kurniakanlah kepada kami kesihatan anggota badan, kecergasan

minda,ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani

cabaran semasa , berdaya saing serta mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat

dan negara

Anda mungkin juga menyukai