Anda di halaman 1dari 1

Ya Allah Ya Tuhan Kami

Kami merafakkan kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan
menghadiri Perkhemahan Pandu Puteri Islam Malaysia Peringkat Daerah Jelebu pada kali
ini

Ya Allah, Ya Qahhar Ya Jabbar

Sesungguhnya kami berkumpul bagi menghubungkan silaturrahim, bertukar pendapat di samping


menyumbang buah fikiran dalam membentuk generasi yang berguna pada masa hadapan.
Berkatilah usaha ini Ya Allah

Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin

Engkau fahamkan kami dan keturunan kami tentang agama islam, engkau perbaikilah akhlak
kami dan engkau hiasi kami dengan akhlak yang baik dan terpuji serta hindari kami dari sifat keji
dan lalai yang merugikan dan bimbinglah kami ke jalan kebenaran

Ya Hayyun Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwalikram

Jadikanlah kami orang-orang yang mendengar kebaikan lantas bersegera melakukan kebaikan
dan jadikanlah kami orang yang mendengar dan mengetahui keburukan lantas bersegera
meninggalkan keburukan.

Ya Allah ,Ya Farijal Hammi Wa Ya Kashifal Ghammi

Kurniakanlah kepada kekuatan fizikal,mental dan rohani agar kami dapat menempuh ujian yang
mendatang daripada-Mu

Ya Allah

Berkatilah usaha-usaha kami. Mudah-mudahan dengan usaha-usaha kami yang sedikit ini, kami
berjaya di dunia dan di akhirat serta menjadi manusia yang berbakti kepada agama dan Negara.

Anda mungkin juga menyukai