Anda di halaman 1dari 1

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan

perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi.
Kurniakanlah kepada kami kebaikan dengan berkat keagungan zat-Mu yang maha mulia wahai
Tuhan pentadbir sekalian alam.

Ya Allah Ya Tuhanku. Berkatilah majlis kami pada hari ini dan engkau permudahkan urusan
kerja majlis kami pada pagi ini. sesungguhnya engkaulah yang memudahkan yang susah itu
menjadi senang.

Sempena majlis perpisahan dan perpindahan Cik Lim Boon Yuan yang diraikan pada saat ini
kami menadah tangan memohon kehadrat-Mu ya Allah agar kami diberkati, dikurniakan rahmat
dan nikmat yang berpanjangan, sihat sejahtera yang berkekalan

Kami berdoa ke hadrat-Mu Ya Allah agar guru-guru yang berpindah dikurniakan kekuatan fizikal
dan mental untuk meneruskan kerja mereka dalam suasana berbeza serta dapat menjalankan
tugas-tugas mereka dengan jayanya

Jadikanlah guru-guru kami yang masih dalam perkhidmatan ini agar dapat meneruskan tugas-
tugas mereka dengan cemerlang dan berkualiti demi memajukan masyarakat dan Negara.

Anda mungkin juga menyukai