Anda di halaman 1dari 14

Senarai Kandungan

Bilangan

Perkara

Muka Surat

Kertas Soalan Tugasan

Senarai Kandungan

Pengenalan

Faktor-Faktor Dan Jenis-Jenis Masalah Yang

Mempengaruhi Penguasaan Matematik Murid


Pendidikan Khas
5

Intervensi Matematik Murid Pendidikan Khas

Kesimpulan

Refleksi

10

Rujukan

13

Lampiran

14

Pengenalan
Kaedah Khas Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik merupakan sebahagian
daripada kursus dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Matapelajaran ini memberi
tumpuan kepada pendekatan kaedah, strategi dan teknik dalam pengajaran Matematik
kepada murid pendidikan khas.
Konsep Matematik ialah satu bahasa istimewa dan penting yang harus dipelajari oleh
semua orang kerana kita mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian kita sama ada kita
sedar ataupun tidak. Contohnya, dalam urusan jualbeli di kedai runcit. Jika kita hendak
menguasai bahasa bidang tersebut cara dan teknik Matematik itu harus diketahui. Sebagai
Guru Pendidikan Khas kita patut sentiasa berusaha mengatasi masalah pembelajaran
murid-murid yang lemah dalam pembelajaran Matematik. Kemahiran-kemahiran asas
seperti nombor, operasi tambah, tolak, operasi darab dan operasi bahagi merupakan
kemahiran yang patut dikuasai oleh murid.
Sebelum kita memulakan sebarang rancangan untuk membantu anak didik kita, kita
patut mengenalpasti tahap kemahiran Matematik murid-murid yang memerlukan kelas
pembelajaran khas Matematik dan sebelum kita memulakan sebarang rancangan pelajaran
untuk mereka adalah wajar kita mengenalpasti sama ada menerusi Rancnagan Pendidikan
Individu, ujian, teori Piaget, analisis hasil kerja murid, pemerhatian, terapi seni dan menerusi
ujian ketajaman penglihatan ataupun pendengaran. Lantaran itu, kita sebagai guru
Pendidikan Khas patut sentiasa peka terhadap teknik-teknik menggunakan kemahiran
tersebut demi memastikan agar kita benar-benar menjadi guru yang efisien, cekap dan
amanah.

Faktor Dan Jenis-Jenis Masalah


Matematik merupakan satu cara yang sistematik yang membolehkan manusia
mengetahui nilai dan kuantiti seperti laju, hala, saiz dan benda-benda di bumi. Matematik
bermula dari pengiraan bilangan. Matematik memberikan kita strategi untuk menyusun,
menganalisa dan mensintesis data yang kebanyakannya merupakan nombor. Di samping
itu, matematik juga dianggap sebagai

satu bahasa dengan simbol dan operasi yang

tersendiri. Simbol dan ungkapan matematik menjadikan operasi matematik lebih ringkas,
cepat dan tepat demi memudahkan kefahaman dan proses pemikiran manusia yang
menggunakannya. Sebagai kesimpulan, matematik boleh diertikan sebagai satu cara
berfikir, satu bidang pengajian tentang pola, suatu seni yang mengkategori mengikut urutan
dan konsistensi, dan suatu bahasa yang tersendiri.
Namun begitu, pada masa kini banyak murid pendidikan khas masih belum dapat
menguasai kemahiran mengira di mana mereka mempunyai masalah dalam menguasai
Matematik ini. Terdapat banyak faktor dan jenis masalah yang boleh mempengaruhi
penguasaan Matematik mereka seperti faktor fizikal, emosi dan kognitif. Malah jenis
masalah dalam pembelajaran matematik di kalangan murid pendidikan khas ialah persepsi
visual dan auditori, masalah memori dan masalah bahasa.
Dalam faktor kognitif, mengikut kajian Jean Piaget, kematangan kognitif kanakkanak berkembang dari operasi konkrit kepada operasi formal seiring dengan peningkatan
umurnya. Kematangan kognitif ini mempengaruhi kesediaan seseorang untuk belajar dan
menjadi prasyarat untuk mempelajari matematik, sains dan mata pelajaran lain yang
memerlukan kemahiran berfikir. Kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk
berfikir, memberi pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di
persekitaran masing-masing. Ia melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategori,
merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain.
Kemahiran kognitif ini amat penting untuk kelangsungan hidup seseorang individu.
3

Perkembangan kognitif kanak-kanak juga memberi penekanan terhadap pembinaan


pemikiran kanak-kanak. Ia berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang
berlaku dalam satu peringkat perkembangan kepada yang seterusnya. Apabila seseorang
murid mempunyai masalah kognitif seperti syndrome down, lembam, kerencatan akal dan
sebagainya maka mereka boleh mempunyai masalah dalam penguasaan Matematik.
Mereka mempunyai masalah dalam memahami konsep Matematik dan tidak dapat
mengingatkan formula-formula yang digunakan untuk menyelesaikan masalah. Sebagai
contoh, seorang murid tidak dapat faham dan mengingat formula operasi tambah yang telah
diajarkan oleh guru. Murid itu asyik melakukan kesalahan yang sama dalam menyelesaikan
soalan yang diberikan oleh guru.
Selain itu, emosi juga merupakan satu faktor yang boleh mempengaruhi
penguasaan matematik murid. Faktor emosi merujuk kepada kadar pencapaian kestabilan
dalam perasaan seperti kepuasan, keinginan, minat dan sebagainya. Kematangan sosial
dan emosi adalah kesediaan belajar asas yang menentukan kesanggupan seseorang
pelajar berkongsi pengalaman dan menjalankan aktiviti pembelajaran bersama murid-murid
lain. Ahli-ahli psikologi dan fisiologi sependapat bahawa emosi melibatkan perasaan, gerak
hati dan tindak balas fisiologi. Gerak hati atau desakan dalaman yang mengarahkan sesuatu
jenis pelakuan mungkin terjadi dalam perbagai gabungan dan peringkat, secara umum,
emosi dapat diertikan sebagai suatu pengalaman yang penuh perasaan, yang melibatkan
penyelarasan dalaman secara am dengan keadaan mental dan fisiologi yang bergerak
dalam diri individu dan kemudiannya diperlihatkan dalam bentuk tingkah laku yang nyata.
Apabila murid tidak mempunyai emosi yang stabil maka ia juga akan mempengaruhi proses
pembelajaran mereka. Mereka tidak dapat memberi perhatian kepada guru semasa guru
tengah mengajar di depan kelas. Sebagai contoh ialah seorang murid asyik menangis di
dalam kelas semasa guru tengah mengajar dan tidak mengikut arahan yang telah diberikan
oleh guru.
Kematangan fizikal juga merupakan salah satu faktor yang boleh mempengaruhi
penguasaan matematik. Kematangan fizikal merujuk pada perkembangan fisiologi dan
psikologi seseorang individu mengikut peringkat umurnya. Mengikut kajian, faktor warisan
baka dan persekitaran turut mempengaruhi kesediaan belajar individu. Malahan faktor
kematangan fisiologi dan psikologi

juga penentu kadar tinggi rendah kesediaan belajar

seseorang itu. Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar
pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan
manusia. Semasa pembesaran kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam ketinggian,
berat badan, menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih
kompleks. Perubahan-perubahan ini mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secara
4

langsung dan tidak langsung (Hurlock, 1978). Masalah kecacatan fizikal merujuk kepada
kanak-kanak yang mengalami ketidakupayaan fizikal, dan memerlukan pengubatan atau
peralatan khas seperti pendakap atau kerusi roda. Ia termasuk ketidakupayaan berbentuk
neorologi yang melibatkan otak dan urat saraf yang rosak serta kecacatan ortopedik yang
melibatkan tulang, sendi dan otot. Di antara masalah yang di kategorikan sebagai kecacatan
fizikal ialah seperti cerebral palsy, epilepsy dan sebagainya.
Jenis-jenis masalah pembelajaran matematik di kalangan murid kurang upaya pula
terdiri daripada masalah visual atau auditori, memori, dan bahasa. Visual adalah salah
satu panca indera untuk mengenali cahaya dan menafsirkannya. Organ yang digunakan
untuk melihat adalah mata. Banyak binatang yang indra penglihatannya tidak terlalu tajam
akan menggunakan organ lain untuk mengenali lingkungannya, misalnya pendengaran
untuk kelawar. Persepsi auditori atau pendengaran merujuk kepada kemampuan untuk
mengenali suara. Ini dilakukan terutama oleh sistem pendengaran yang terdiri dari telinga,
saraf dan otak.Tidak semua suara dapat dikenali oleh murid. Beberapa spesies dapat
mengenali amplitud dan frekuensi tertentu. Apabila dipaksa mendengar frekuensi yang
terlalu tinggi terus menerus, sistem pendengaran dapat menjadi rosak. Kanak-kanak boleh
dikategorikan sebagai mempunyai masalah penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut
tidak dapat diperbetulkan dan mengganggu pembelajaran.
Kanak-kanak yang bermasalah penglihatan mempunyai penglihatan yang terbatas
atau buta. Keupayaan motor mereka sebenarnya tidak terjejas dari segi neurologi tapi
dipengaruhi pergerakan meraka yang terhad. Mereka tidak boleh meneroka persekitaran
seperti kanak-kanak normal yang lain. Ini juga boleh memberi kesan ke atas perkembangan
personaliti. Murid-murid ini mempunyai konsep kendiri yang lemah dan memerlukan
perhatian yang lebih. Oleh itu, guru perlu sentiasa membarikan lebih banyak perhatian
kepada mereka untuk menggalakkan mereka dalam

dalam kehidupan. Di samping itu,

pengalaman yang terhad dalam dunia visual juga memberi kesan pada perkembangan
bahasa mereka. Misalnya, seorang kanak-kanak normal boleh memberi pelbagai contoh
untuk perkataan bulat dan menghuraikannya dengan jelas jika dibandingkan dengan kanakkanak yang mempunyai masalah penglihatan. Murid yang mempunyai masalah penglihatan
akan menghadapi masalah penguasaan matematik juga kerana mereka tidak dapat melihat
nombor-nombor dengan jelas. Hal ini demikian akan menyebabkan mereka selalu membuat
kesalahan dalam soalan matematik dan susah untuk menguasai kemahiran tersebut.
Memori adalah sebuah fungsi dari kepercayaan seseorang tentang sesuatu yang
didapatkan dari proses berfikir tentang seseorang atau sesuatu yang melibatkan otak dalam
pengambilan

informasi.

Ingatan

adalah

proses

manusia

mempertahankan

dan
5

menggambarkan pengalaman masa lalunya dan menggunakan hal tersebut sebagai sumber
informasi

saat

ini.

Proses

dari

mengingat

adalah

menyimpan

suatu

informasi,

mempertahankan dan memanggil kembali informasi tersebut. Ingatan terbagi dua menjadi
ingatan implisit dan eksplisit. Proses tradisional dari mengingat melalui ingatan jangka
pendek dan ingatan jangka panjang. Murid pendidikan khas yang mempunyai tahap kapasiti
memori yang kurang baik selalunya akan dapat memahami system nombor asas tetapi tidak
mampu untuk mengigati semula fakta-fakta nombor tersebut dengan pantas. Pelajar yang
penguasaanya terhadap fakta asas pengiraan tidak berada pada tahap automaticiti,
selalunya perlu menghabiskan masa serta usaha yang banyak dalam proses pengiraan
sebelum memperolehi jawapan yang diinginkan. Selain dari itu, memori berbentuk visual
(gambaran) juga memainkan peranan yang penting di mana pelajar mungkin akan
mengalami kesukaran untuk mengingati pelbagai bentuk geometrik yang berbeza atau
jumlah sudut yang terdapat di dalam suatu gamba rajah.
Definisi bahasa menyatakan bahawa bahasa adalah merupakan alat untuk manusia
berkomunikasi. Oleh itu ketidakupayaan berbahasa akan menjejaskan keberkesanan
komunikasi seseorang. Bahasa adalah menggunakan pemahaman terhadap kombinasi kata
dengan

tujuan

untuk

berkomunikasi.

Adanya

bahasa

membantu

manusia

untuk

berkomunikasi dan menggunakan simbol untuk berfikir hal-hal yang abstrak dan tidak
diperoleh melalui panca indera. Dalam mempelajari interaksi pemikiran manusia dan bahasa
dikembangkanlah cabang ilmu psikolinguistik. Para murid pendidikan khas yang tidak
berkeupayaan dalam pembelajaran matematikal kadang-kadang akan turut juga dibelenggu
oleh masalah kelemahan dalam penggunaan bahasa pertuturan(oral) dan pembacaan.
Gangguan bahasa yang mereka hadapi mungkin akan mengakibatkan timbulnya kekeliruan
untuk mengenalpasti istilah atau terminalogi matematik seperti campur, tolak, darab, nilai
bawa kehadapan, nilai pinjaman atau diambil dan sebagainya. Keidakmampuan mereka
untuk membaca atau memahami struktur tersirat bahasa matematikal akan menyebabkan
mereka gagal untuk merancang serta melaksanakan tugasan untuk menyelesaikan masalah
yang diberikan.

Intervensi Pengajaran
Intervensi

awal

didefinisikan

sebagai

usaha

tersusun

untuk

meningkatkan

perkembangan bayi dan kanak-kanak yang mengalami tumbesaran lambat (Fatimah


Bivi,2002). Intervensi awal bermaksud memberi perkhidmatan rawatan, pemulihan,
bimbingan dan khidmat nasihat kepada kanak-kanak dan juga ibu bapa sebaik sahaja
sesuatu kecacatan dikesan atau dikenalpasti dialami oleh kanak-kanak (Kail, 2001). Dalam
mengatasi masalah pembelajaran matematik di kalangan murid yang mempunyai masalah
pembelajaran, program intervensi hendaklah dijalankan. Program intervensi adalah satu
program yang direka khusus bagi membantu mengatasi masalah pembelajaran terhadap
murid-murid yang lemah. Bagi menjalankan sesuatu program intervensi, guru matematik
hendaklah mengenalpasti murid yang terlibat terlebih dahulu. Murid yang telah dikenal pasti
lemah ini akan diberi kelas intervensi.
Dalam pendekatan intervensi berpusatkan keluarga, kanak-kanak dilihat sebagai
sebahagian daripada sistem sesebuah keluarga. Apabila ibubapa dilibatkan dalamproses
intervensi, keluarga itu akan menjadi elemen yang mustahak dalam proses pemulihan
kanak-kanak berkenaan. Ini turut memperbaiki interaksi di antara kanak- kanak dengan
golongan dewasa. Intervensi berpusatkan keluarga memerlukan komitmen yang tinggi
daripada setiapahli sesebuah keluarga. Secara tidak langsung, pendekatan ini juga mampu
mengeratkan hubungan kekeluargaan dan meningkatkan kefahaman tentang keperluan
individu berkeperluan khas.
Guru juga hendaklah mengajar secara langsung menurut urutan yang tersusun.
Nyatakan kepada murid secara terus apa yang patut dilakukan, apa yang patut disebut dan
apa yang patut ditulis. Guru perlu menggunakan banyak contoh dan ilustrasi untuk
menerangkan sesuatu konsep. Pengajaran hendaklah dibahagikan kepada langkah-langkah
kecil dan disampaikan langkah demi langkah. Guru juga perlu sentiasa memberi maklum
balas sama ada murid berjaya menguasai sesuatu butir maklumat. Aktiviti-aktiviti

pembelajaran yang disusun hendaklah menarik dan melibatkan murid untuk mengambil
bahagian secara aktif.
Isi-isi penting sesuatu pelajaran disampaikan dalam bentuk grafik atau visual.
Sesetengah penyusunan grafik disampaikan secara lengkap manakala yang lain
disampaikan dengan meninggalkan ruang-ruang kosong untuk diisi oleh murid.
Pengajaran dan pembelajaran Matematik bagi tajuk tambah dengan mengumpul
semula bagi dua digit dengan dua digit, aktiviti yang boleh melakukan ialah aktiviti konkrit,
kemudian diikuti dengan aktiviti semi konkrit dan diakhiri dengan pengiraan secara abstrak.
Menurut C. Thomas dalam Open University Malaysia (2007), aktiviti konkritsemi konkrit
abstrak merupakan urutan aktiviti intervensi khusus yang tepat dan mesti diberikan kepada
kanak-kanak dalam memupuk kefahaman yang betul tentang matematik melalui
penggunaan konsep, kemahiran dan masalah-masalah matematik yang menggunakan
perkataan secara tersusun. Perubahan aktiviti konkrit kepada semi konkrit hanya berlaku
apabila murid telah menguasai kemahiran tambah dengan mengumpul semula dengan
melalui aktiviti konkrit dan begitulah selanjutnya. Setelah murid benar-benar mantap
mengira dengan menggunakan aktiviti semi konkrit, barulah murid didedahkan membuat
latihan pengiraan secara abstark. Penggunaan buku kotak adalah lebih sesuai semasa
membuat latihan mengira tersebut.
Dalam pengajaran secara individu yang boleh dirancangkan ialah penggunaan
dekak-dekak boleh dipilih untuk aktiviti konkrit. Misalnya dalam mengira 33 + 29 =. Murid
akan menambahkannya dengan cara menggunakan dekak-dekak. Sebelum itu murid telah
menguasai hubungan sa dan puluh pada dekak-dekak.
Setelah murid dapat melakukan kiraan tambah dengan mengumpul semula dengan
menggunakan dekak-dekak, murid mula dapat membuat kesimpulan apabila jumlahnya
melebihi daripada 10 maka satu akan dikumpulkan kepada tempat puluh. Penguasaan
murid menyelesaikan kiraan ditunjukkan apabila murid dapat membuat kiraan semakin
pantas.
Kemudian barulah guru memperkenalkan aktiviti mengira secara semi konkrit.
Misalnya dalam soalan 33 + 29 = ______. Murid dibimbing untuk menggunakan simbolsimbol yang sesuai untuk membuat kiraan.
Perubahan aktiviti konkrit kepada semi konkrit hanya berlaku apabila murid telah
menguasai kemahiran tambah dengan mengumpul semula dengan melalui aktiviti konkrit
dan begitulah selanjutnya

Setelah murid benar-benar mantap mengira dengan menggunakan aktiviti semi


konkrit, barulah murid didedahkan membuat latihan pengiraan secara abstark. Penggunaan
buku kotak juga sesuai semasa membuat latihan mengira tersebut.

Kesimpulan
Dalam pendidikan matematik, guru perlu arif dalam strategi pengajaran dan
pembelajaran yang dapat memupuk pelajar membina konsep dan menguasai kemahiran di
samping menghayatinya dalam kehidupan seharian. Guru matematik perlu memaparkan
sifat-sifat yang matang, berfikiran terbuka, kreatif, inovatif, konstruktif, rasional dan bijaksana
(Nik Azis, 1996).
Kaedah pengajaran yang berkesan merupakan tonggak kejayaan seseorang pelajar.
Jika pelajar merasakan kaedah pengajaran yang diterima adalah berkesan maka ini akan
secara tidak langsung mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Penggunaan kaedah
dan strategi yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan
memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi
pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan.
Oleh itu sebagai guru kita haruslah mengetahui dan mengenali pelajar-pelajar
dengan lebih dekat serta bersifat prihatin. Pelbagaikan kaedah mengajar untuk menarik
minat pelajar-pelajar supaya dapat belajar dengan lebih seronok dan mudah faham juga
dapat mengaplikasikan ilmu itu dalam kehidupan seharian. Jika sebaliknya maka akan
berlakulah masalah ketidakupayaan dalam pembelajaran matematik, jika ada yang tidak
berkeupayaan maka hendaklah kita membantu supaya murid itu akan berjaya dalam
kehidupan juga dalam mempelajari matematik.
Ringkasnya,

intervensi

awal

boleh

meningkatkan

intelek,

meningkatkan

perkembangan fizikal dan meningkatkan penguasaan bahasa kanak-kanak berkeperluan


khas. Intervensi awal yang sistematik menghalang kewujudan masalah lain, mengurangkan
tekanan kepada keluarga, dan mengurangkan pembinaan institusi khas. Dengan adanya
intervensi awal yang teratur, keperluan untuk pendidikan khas di peringkat persekolahan

dapat dikurangkan dan ini menjimatkan perbelanjaan negara yang dikhaskan untuk
kemudahan penjagaan, kesihatan dan pendidikan.

Refleksi
Daniel Lim Lay Kuan
2013340120
Salam sejahtera saya ucapkan kepada pensyarah matapelajaran Kaedah Khas
Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik yang saya sayangi iaitu Puan Mageswari A/P
Marie. Atas bantuan beliau yang berturut-turut, saya ingin mengucapakan jutaan terima
kasih kepada beliau.
Penjelasan tentang tugasan ini telah dilaksanakan semasa waktu kuliah dan
penjelasan yang diberi oleh puan sangat jelas kepada saya dan tentulah saya dapat
menyiapkan tugasan ini dengan senang hati. Saya telah mencari banyak maklumat dalam
pusat sumber institut dan dari internet. Tugasan ini memerlukan saya menghasilkan satu
laporan esei mengenai faktor-faktor dan jenis-jenis masalah yang mempengaruhi
penguasaan Matematik dalam kalangan murid pendidikan khas serta cadangkan intervensiintervensi pengajaran yang sesuai. Tambahan lagi, saya perlu menghasilkan satu bahan
bantu mengajar interaktif multimedia dan satu multisensori yang sesuai dan inovatif
berdasarkan salah satu kemahiran asas matematik yang dipilih untuk murid-murid
pendidikan khas. Semua ini memberikan saya perangsang untuk menyiapkan tugasan ini
dengan bersungguh-sungguh.
Selain itu, saya juga selalu berbincang tugasan ini dengan beliau di dalam kelas
supaya dapat menghasilkan tugasan yang terbaik saya dapat buat. Beliau telah memberikan
banyak idea yang berkesan dan mendidik kami dengan baik dan sabar hati. Dengan ini,
tentulah kami dapat menyiapkan tugasan ini dalam tempoh masa yang ditentukan.
10

Dalam tugasan ini, banyak ilmu pengetahuan telah saya memperolehi seperti konsep
matematik, faktor dan jenis masalah yang akan mempengaruhi penguasaan Matematik
dalam kalangan murid pendidikan khas. Matematik merupakan satu cara yang sistematik
yang membolehkan manusia mengetahui nilai dan kuantiti seperti laju, hala, saiz dan bendabenda di bumi. Matematik bermula dari pengiraan bilangan. Matematik memberikan kita
strategi untuk menyusun, menganalisa dan mensintesis data yang kebanyakannya
merupakan nombor. Di samping itu, matematik juga dianggap sebagai satu bahasa dengan
simbol dan operasi yang tersendiri. Simbol dan ungkapan matematik menjadikan operasi
matematik lebih ringkas, cepat dan tepat demi memudahkan kefahaman dan proses
pemikiran manusia yang menggunakannya. Faktor dan jenis masalah pula yang boleh
mempengaruhi penguasaan Matematik ialah seperti faktor fizikal, emosi dan kognitif. Malah
jenis masalah dalam pembelajaran matematik di kalangan murid pendidikan khas ialah
persepsi visual dan auditori, masalah memori dan masalah bahasa. Kerja kursus ini juga
dapat membantu saya dalam mengulang kaji pada ilmu-ilmu yang puan sudah mengajar
kepada kami.
Tambahan lagi, banyak pengalaman yang telah saya menimpa semasa saya
membuat bahan bantu mengajar interaktif multimedia dan multisensori. Penggunaan bahan
bantu mengajar bertujuan untuk membantu guru mengajar dengan lebih berjaya selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mengutamakan kepentingan terhadap
keperluan murid-murid. Sehubungan itu, bahan bantu belajar dapat dilihat sebagai medium
yang berupaya menyerlahkan bakat dan potensi murid-murid dalam sesuatu subjek yang
mana mereka akan meneroka bahan tersebut dan meningkatkan daya pemikiran mereka
supaya menjadi lebih kreatif dan kritis. Inilah pembangunan pendidikan yang kita inginkan
terhadap murid-murid masa kini. Dengan menggunakan bahan bantu belajar yang
bersesuaian, murid-murid akan mengalami proses pembelajaran yang lebih interaktif dan
segar, dan mampu mempengaruhi minat murid-murid untuk meneruskan tumpuan terhadap
proses pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula,murid-murid juga akan mudah tertarik
dengan subjek tersebut jika kita menggunakan konsep bermain sambil belajar dengan
menggunakan bahan bantu belajar dan ianya dapat memberi kefahaman kepada muridmurid dengan mudah dan cepat. Selain itu, intervensi juga amat penting dalam membantu
murid pendidikan khas dalam menguasai kemahiran Matematik. Guru perlu mengenalpasti
masalah-masalah yang dihadapi oleh murid sebelum merancangkan intervensi. Intervensi
yang diberikan oleh guru juga perlu sesuai dengan keadaan murid supaya intervensi yang
diberi berjaya dalam membantu murid.
Bahan bantu multisensori yang saya hasilkan ialah Kalender Matematik . Kalender
Matematik ini adalah untuk mengajar seorang hingga dua orang murid sahaja. Kalender
11

Matematik ini mempunyai operasi tambah dan tolak di dalam kalender itu. Pengetahuan
sedia ada murid sebalum menggunakan kalender ini ialah mereka telah memahami konsep
nombor. Kalender ini juga mempunyai gambar pop up yang boleh dirasai oleh murid supaya
murid dapat memahami konsep bilangan. Nombor-nombor, operasi tambah tolak dan
jawapan di dalam kalender ini boleh ditukarkan. Guru boleh mengajar murid operasi tambah
dahulu dan seterusnya meminta murid untuk menyusun kalender itu dengan menggunakan
nombor dan jawapan yang betul. Dalam kalender ini juga mempunyai dua gambar yang
berbeza iaitu gambar telur dengan oren. Murid juga perlu menyusun mengikut gambar yang
sama dan untuk menyemak jawapan betul atau tidak murid boleh melihat pada gambar
grafik di belakang muka surat itu. Jika gambar di belakang muka surat itu betul maka
jawapan murid itu adalah betul. Kalender ini dapat membantu murid dalam mempelajari
murid kerana ia mempunyai gambar pop up yang boleh dirasai oleh murid tentang bilangan
dan nombor-nombor itu dapat ditukar. Murid boleh menukar nombor itu dan ini telah
membantu murid dalam memikir jawapan yang betul. Selain itu, bahan interaktif media yang
saya hasilkan ialah Mari Mengira. Bahan multimedia ini juga merupakan satu permainan
dimana murid perlu menjawab soalan yang diberikan. Soalan yang diberikan adalah operasi
tambah di mana soalan dumulakan dengan gambar bersama nombor kepada gambar dan
seterusnya nombor sahaja. Ini juga boleh dijadikan penilaian di mana setakat mana murid
dapat memahami tentang operasi tambah.
Saya akan menggunakan ilmu-ilmu yang saya mempelajari dalam tugasan ini
semasa saya mengajar pada masa depan. Saya akan mengenalpasti tentang faktor-faktor
dan jenis-jenis masalah yang mempengaruhi penguasaan Matematik murid pendidikan khas
dahulu. Selepas itu, saya akan merancangkan intervensi yang boleh membantu murid itu
dan seterusnya melaksanakan intervensi itu. Saya juga akan membuat bahan bantu
mengajar untuk membantu mereka supaya mereka tidak bosan dan dapat lebih memahami
pengajaran guru. Semasa dalam menyiapkan tugasan ini, saya mendapati bahawa masih
ada banyak ilmu yang perlu saya mempelajari.
Akhir sekali, saya gemar akan tugasan ini kerana saya dapat menambah banyak
ilmu pengetahuan yang akan digunakan pada masa depan. Dengan itu, apa yang dipelajari
hari ini akan berkesan pada hari kelak. Walaupun tajuk tugasan ini amat baru bagi saya,
tetapi dengan bantuan rakan-rakan sekumpulan dan ajaran puan, saya telah berjaya
menyiapkan tugasan ini pada masa yang ditetapkan
Sekian, terima kasih

12

Rujukan

Open Universty Malaysia, (2007). HBSL2203: Kaedah Pembelajaran Khas Matematik.


Selangor : Meteor Doc. Sdn Bhd.
Saunders, W.,(1992). The Constructivist Perspective: Implication and Teaching Strategies for
Science. School Science and Mathematics, 92(3), 136-141.
Chua Tee Tee & Koh Boh Bon. 1992. Pendidikan Khas dan Pemulihan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Lerner, J.W. (2003)., Learning disabilities : Theories, diagnosis and teaching strategies.
Boston: Houghton Mifflin Co.
Md. Nor Bakar (1995). "Masalah Pengkonsepan dalam Matematik ". Jurnal Pendidikan UTM.
1(1): 72 - 80.
Kanak-kanak Belajar Matematik. http://www.my-rummy.com [18 Februari 2008]
Mohd. Salleh Lebar,(1999). Masalah Pengajaran dan Pembelajaran Kanak-kanak
Berkeperluan Khas Dalam Pendengaran. Serdang. Universiti Putera Malaysia.
Hj. Zulkiply b Hj. Yaakob. Intervensi Awal. IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat,
Johor.

13

LAMPIRAN
14

Anda mungkin juga menyukai