Anda di halaman 1dari 7

PENGENALAN

Pengurusan murid merupakan satu bidang yang penting di sekolah. Hal ini kerana
pelaksanaannya di sesebuah sekolah tersebut akan mencerminkan prestasi sekolah. Kepimpinan
sekolah seharusnya memainkan peranan yang lebih daripada hanya menjalankan fungsi
pentadbiran dan penyelenggaraan.

Tajuk ini akan membincangkan bagai mana pengurusan yang khusus kepada pelajar yang
berkeperluan khas (Pelajar Pelbagai Upaya). Program-program  pendidikan yang menggunakan
kaedah-kaedah khusus dan sesuai untuk memenuhi keperluan-keperluan perkembangan fizikal,
intelek, emosi dan social individu-individu yang berkeperluan khas, khususnya pelajar cerdas
yang memiliki pelbagai upaya.

Menurut Ormrod (2000) tidak semua manusia dilahirkan memiliki kesempurnaan dari
segi fizikal, mental, emosi, dan sosialnya. Mereka ini dikenali sebagai individu berkeperluan
khas. Remaja yang di kategori sebagai berkeperluan khas ialah; Masalah pembelajaran, cacat
bahasa/percakapan, gangguan emosi, Autisma, Kecacatan Mental, Anggota, trauma, cacat
penglihatan, pendengaran, dan lain-lain yang berpunca dari kesihatan serta termasuklah pelajar
yang memiliki pelbagai upaya (pintar cerdas).

Pelajar pelbagai upaya atau pelajar pintar cerdas boleh belajar dengan cepat kerana
mereka boleh menggunakan kemahiran metakognitif terlebih awal. Mereka mungkin
mempelajari kemahiran ini  dengan meniru perlakuan ibu bapa. Menurut Gardner (1983),
berdasarkan Teori kecerdasan Pelbagai yang dikemukakan oleh beliau, ia membawa maksud
kecerdasan yang berasaskan potensi biologi dan psikologi.

Sternberg & Zhang (1995) “Kanak-kanak pintar cerdas mempunyai kebolehan pelbagai
secara superior seperti asas pengetahuan dan kebolehan untuk mengingat semula maklumat dari
ingatan yang tersimpan, mengguna kemahiran dan strategi menyelesaikan masalah serta
kemahiran metakognitif yang akan meregulasi, mengawal penggunaan strategi menyelesaikan
masalah.

Menurut Suppiah Nachiappan et al.(2009), selain berhadapan dengan remaja yang


bermasalah dan mengalami kecacatan, guru juga berhadapan dengan pelajar yang mempunyai
keistimewaan luar biasa dalam kategori pintar cerdas atau pelbagai upaya. Golongan ini juga
sering diabaikan kerana guru beranggapan mereka sudah dapat menguasai isi pelajaran dengan
cepat berbanding rakan-rakan yang lain. Ciri-ciri pelajar cerdas adalah seperti berikut:-

                                                      I.            Mempunyai perbendaharaan kata yang lebih luas


berbanding rakan yang lain,

                                                   II.            Mempunyai kematangan dari segi menggunakan


sesuatu istilah dengan bermakna,

                                                III.            Mempunyai keistimewaan dalam matematik,

                                                IV.            Berusaha ke arah kesempurnaan,

                                                   V.            Tidak mudah berpuas hati dengan jawapan yang terlalu


mudah,

                                                VI.            Selalu bertanya sesuatu perkara dengan lebih mendalam,

                                             VII.            Petah berkomunikasi.

Menurut Thunstone (1938), berpendapat kecerdasan meliputi tujuh keupayaan berasingan iaitu:-

1.      Kelancaran nombor (verbal comprehension)

2.      Kefahaman lisan (word fluency)

3.      Kelancaran perkataan (numerical fluency)

4.      Visualisasi ruang (spatial visualization)

5.      Ingatan perkaitan (associative memory)

6.      Kelajuan tanggapan (perceptual speed)

7.      Penakulan (reasoning)

Oleh itu, pelajar-pelajar yang tergolong dalam golongan pelajar pelbagai upaya seharusnya diberi
perhatian dan seharusnya di ajar menggunakan modul yang sesuai bagi mereka. Guru-guru juga
perlu mengambil berat tentang persekitaran pembelajaran yang sesuai bagi membantu
perkembangan bakat dan kepintaran yang mereka miliki.
4.1  Pelajar pintar cerdas

Pelajar pintar cerdas seringkali dikaitkan dengan kanak-kanak yang mempunyai kebolehan
intelek dan kecerdasan yang tinggi. Menurut Ross (1993), pelajar pintar cerdas didefinisikan
sebagai pelajar yang dikenal pasti semasa pra sekolah, sekolah rendah atau sekolah menengah
yang menunjukkan prestasi bakat yang cemerlang atau menunjukkan potensi untuk melakukan
pencapaian di tahap yang sangat tinggi berbanding dengan rakan sebaya yang lain. Walaupun
begitu, pelajar pintar cerdas ini boleh dikategorikan kepada beberapa aspek iaitu konservatif,
pelbagai dimensi dan fokus kepada potensi atau prestasi. Pelajar pintar cerdas ini mempunyai
potensi dan prestasi dari segi intelek, kreativiti, bakat kepimpinan dan kecemerlangan dalam
bidang akademik yang khusus.

Ciri-ciri pelajar pintar cerdas adalah seperti mempunyai perbendaharaan kata yang lebih luas
berbanding rakan-rakan yang lain, mempunyai kematangan dari segi penggunaan istilah,
keistimewaan dalam matematik, mencari kesempurnaan kendiri, tidak mudah berpuas hati
dengan jawapan yang mudah dan petah berkomunikasi. Pelajar pintar cerdas ini boleh dikaitkan
dengan Teori Hierarki Keperluan Maslow. Hal ini kerana, keperluan manusia merupakan unsur
yang diperlukan untuk memenuhi kekurangan manusia sama ada dari aspek fizikal, rohani dan
sosial. Menurut Maslow lagi, keperluan manusia terdiri daripada lima tahap utama iaitu
keperluan fisiologi, keperluan keselamatan, keperluan kasih sayang, penghargaan kendiri dan
kesempurnaan kendiri. Keperluan-keperluan ini merupkan aspek penting terhadap pelajar pintar
cerdas.

Kurikulum untuk pelajar pintar cerdas sama ada di sekolah rendah atau sekolah menengah adalah
berasaskan kepada kurikulum akademik. Walau bagaimanapun, pengubahsuaian kurikulum
untuk pelajar pintar cerdas diperlukan untuk memenuhi keperluan mereka. Perkara ini kerana,
kurikulum yang sedia ada di peringkat sekolah kurang sesuai untuk pelajar pintar cerdas kerana
mereka memiliki IQ yang tinggi. Antara kurikulum yang berkaitan dengan pelajar pintar cerdas
perlu memasukkan proses berfikir secara kritis dan kreatif. Kurikulum istimewa untuk pelajar
pintar cerdas harus melibatkan kedua-dua bidang antara orientasi dan disiplin. Perkara ini kerana
pelajar pintar cerdas patut meneroka isu-isu ilmu dan pengetahuan.

Selain itu, pemilihan gaya pembelajaran dan pengajaran pelajar pintar cerdas juga perlu diambil
kira. Hal ini kerana kualiti pengajaran yang baik akan mencapai prestasi yang baik kepada
pelajar. Prestasi yang baik ini akan dibawa bersama oleh pelajar dalam proses pembelajaran
mereka. Antara pemilihan gaya pembelajaran dan pengajaran yang sesuai untuk pelajar
berkeperluan khas adalah seperti fungsi pembelajaran adalah melebihi tahap dalaman pelajar
dengan menggunakan kaedah pembelajaran formal dan tidak formal dalam pembelajaran.
Dengan adanya pemilihan gaya pembelajaran ini, pembelajaran dan pengajaran kepada pelajar
pintar cerdas akan meningkat.

4.2   Autisme

Sebagaimana individu yang lain, pelajar-pelajar autisme juga berhak untuk mendapatkan
pendidikan yang sesuai dengan keupayaan dan keperluan mereka. Mengikut Persatuan Autisme
Malaysia (NASOM), autisme bermaksud kecelaruan neurologikal otak sehingga menjejaskan
fungsi otak dalam aspek-aspek kognitif, bahasa dan komunikasi, sosial dan emosi. Walau
bagaimanapun, pelajar autisme ini boleh mendapatkan pendidikan melalui tiga cara mengikut
tahap masalah yang mereka hadapi. Hal ini kerana, pelajar autisme tidak menghadapi masalah
yang sama dan ada antara mereka menghadapi masalah autisme yang ringan, sederhana dan
berat. Bagi pelajar autisme ini mereka boleh mendapatkan pendidikan sama ada pendidikan di
sekolah kerajaan, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan pusat pendidikan swasta. Setiap
sekolah ini memberikan pendidikan yang berbeza kepada pelajar mengikut tahap masalah yang
dihadapi oleh mereka.

Dari segi pembelajaran pula, pelajar autisme ini boleh dididik melalui program bersepadu dan
terancang. Pembelajaran secara bersepadu ini adalah disebabkan oleh kepelbagaian masalah lain
seperti masalah tingkah laku, emosi, komunikasi, sosial dan kognitif. Bagi mencapai objektif
pembelajaran pelajar autisme ini guru-guru haruslah mengadakan hubungan yang baik antara ibu
bapa pelajar. Hal ini kerana, kemahiran dan pendekatan yang diajar di sekolah akan
diaplikasikan oleh ibu bapa di rumah terhadap anak-anak yang menghidap autisme ini. Antara
pendekatan yang dijalankan adalah dari segi tingkah laku pelajar. Sesetengah pelajar autisme
sukar untuk menghentikan dan mengubah tingkah laku yang kurang sesuai semasa di sekolah.
Oleh sebab itu, guru haruslah bekerjasama dengan ibu bapa untuk menghentikan tingkah laku
yang kurang sesuai tersebut.

Selain itu, pendidikan inklusif juga perlu dijalankan terhadap pelajr autism ini. Melalui program
ini, pelajar autism yang menunjukkan pretasi yang baik di dalam kelas akan mendapat peluang
untuk meningkatkan lagi keupayaannya. Pelajar-pelajar ini akan ditempatkan di dalam kelas
normal bersama-sama denga pelajar yang lain. Pelajar-pelajar autism ini boleh belajar bersama-
sama dengan rakan-rakan sebaya mereka yang normal. Sewaktu di awal kemasukkan mereka ke
dalam kelas pelajar normal, mereka akan ditemani oleh guru pendidikan khas supaya pelajar ini
tedapat menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru. Justeru itu, pelajar autism ini dapat diatasi
dalam pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Oleh sebab itu, kerjasama antara ibu bapa dan
guru amatlah digalakkan terutamanya dalam menyediakan maklumat yang berkaitan dengan
anak-anak mereka. dengan itu, anak-anak mereka akan dapat mengikuti program pendidikan
yang sesuai dan program ini dapat dirancang dengan mengambil kira keupayaan pelajar-pelajar
autism ini.

4.3   Disleksia

Disleksia merupakan keadaan di mana seseorang mengalami masalah membaca yang amat
serius. Istilah lain yang digunakan untuk mengambarkan masalah ini ialah buta huruf. Keadaan
ini biasanya dikaitkan dengan masalah urat saraf. Pelajar yang mengalami masalah disleksia ini
biasanya berpunca dari kecelaruan pada bahagian otak. Masalah disleksia ini boleh dibahagikan
kepada tiga bahagian iaitu disparaxia (masalah koordinasi motor-mata-tangan), diskalkulia
(merujuk kepada masalah matematik) dan disgrafia (merujuk kepada bahasa).
Bagi mengatasi masalah pelajar disleksia ini pendekatan multi sensori merupakan pendekatan
yang paling sesuai. Hal ini kerana pendekatan multi sensori menggabungkan beberapa deria
seperti deria rasa atau sentuhan, penglihatan, pendengaran dan pergerakan. Deria-deria ini
dijalankan serentak bagi memudahkan kaedah pengajaran terhadap pelajar disleksia. Contohnya,
guru boleh menggunakan huruf yang dibuat daripada kayu. Melalui huruf  tersebut pelajar boleh
mendengar guru menyebut bunyi huruf tersebut dengan betul. Selain itu pelajar juga boleh
melihat huruf tersebut kemudian menyebut kembali huruf tersebut dan menekapkan huruf
tersebut dengan menggunakan jari. Kaedah ini sesuai untuk mengatasi masalah pelajar disleksia
atau pelajar yang berkeperluan khas.

Anda mungkin juga menyukai