Anda di halaman 1dari 21

PKU 3102

PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

TAJUK 6 BAHASA KANAK-KANAK AUTISME

6.0 Sinopsis

Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan bahasa kanak-kanak Autisme yang
meliputi ciri-ciri kanak-kanak autisme, masalah bahasa kanak-kanak autisme, implikasi
terhadap intervensi bahasa, dan keberkesanan komunikasi

6.1 Hasil Pembelajaran

i. Menghuraikan definisi kanak-kanak autisme.

ii. Menjelaskan ciri-ciri kanak-kanak autisme dari segi psiko-motor, kognitif


dan afektif.

iii. Membincangkan masalah bahasa kanak-kanak autisme dari segi bentuk


bahasa, kandungan bahasa dan penggunaan bahasa.

iv. Menghuraikan implikasi terhadap intervensi bahasa yang meliputi kaedah


penilaian bahasa, strategi / teknik intervensi yang spesifik dan
keberkesanan komunikasi

66
PKU 3102
PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

6.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK

Definisi kanak-kanak autisme: Istilah autisme berasal dari


perkataan autos yang bererti diri sendiri dan Isme yang
bererti aliran. Ini bermakna autisme membawa maksud
keadaan yang menyebabkan kanak-kanak menumpukan
perhatian dalam dunianya sendiri.

Ciri-ciri kanak-kanak autisme


 Aspek psiko-motor
 Aspek kognitif
 Aspek afektif
Bentuk bahasa:
 Fonologi
 Morfologi
 Sintaksis
Masalah bahasa kanak-kanak 
autisme
 Bentuk bahasa
 Kandungan bahasa Kandungan Bahasa
 Penggunaan bahasa  Semantik

 Implikasi terhadap intervensi


bahasa
Penggunaan Bahasa
- Kaedah penilaian bahasa  pragmatik
- Strategi / teknik
intervensi yang spesifik

Keberkesanan komunikasi

67
PKU 3102
PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

6.3 Pengenalan

Definisi Kanak-Kanak Autisme

Istilah autisme berasal dari perkataan autos yang bererti diri sendiri dan Isme yang
bererti aliran. Ini bermakna autisme membawa maksud keadaan yang menyebabkan
kanak-kanak menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri
(http://www.pts.com.my/modules.php?name=News&file=article&sid=489). Autisme adalah
kategori ketidakupayaan yang dicirikan dengan gangguan dalam komunikasi, interaksi
sosial, gangguan deria, pola bermain, dan perilaku emosi. Gejala autisme mula
kelihatan sebelum kanak-kanak berumur tiga tahun. Keadaan ini dialami di sepanjang
kehidupan kanak-kanak itu. Kanak-kanak autisme sering menimbulkan kekeliruan bagi
penjaganya kerana mereka kelihatan normal tetapi memaparkan tingkah laku dan pola
perkembangan yang berbeza. Pemahaman dan tanggapan yang salah terhadap
keadaan kecacatan ini membawa kepada kelewatan perkembangan yang serius dalam
semua bidang perkembangan terutamanya dalam bidang kemahiran sosial dan
komunikasi. Kebanyakan kanak-kanak autisme juga mengalami terencat akal tetapi
dalam pelbagai tahap. Dalam kemahiran koordinasi mata-tangan, sama ada mereka
menghadapi masalah ataupun mereka lebih maju dalam aspek itu dan kemahiran lain.
Mereka mungkin tidak dapat bertutur, hanya mengeluarkan bunyi-bunyi ataupun meniru
apa yang diperkatakan orang lain. Mereka juga tidak suka disentuh ataupun berhubung
dengan orang lain ataupun mungkin selalu berpaut pada sesiapa sahaja

Manakala menurut Viayan a/l Gopal autisme merujuk kepada gangguan


perkembangan pervasif ( pervasif developmental disorder ). American Psychiatric
Association (1994) pula menyatakan bahawa gangguan ini berkisar pada tiga perkara
utama iaitu gangguan interaksi sosial, komunikasi dan tingkah laku berulangan yang
streotaip dan terhad. Menurut Trevarthen et al. (1998) hampir kesemua kes autisme
menghadapi gangguan interaksi sosial, masalah kemahiran berkomunikas dan aspek
imaginasi. Namun begitu, tahap gangguan ini tidak sama di antara satu individu autisme
berbanding yang lain (Wing 1976). Kanak-kanak autisme kategori teruk menghadapi

68
PKU 3102
PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

masalah yang serius berbanding dengan kanak-kanak autisme kategori ringan dan
berfungsi tinggi (Jordan 1997).

Persatuan Autisme Amerika Syarikat telah mendefinisikan autisme sebagai


ketidakupayaan yang rencam yang pada kebiasaannya kelihatan pada masa kanak-
kanak itu belum meningkat umur tiga tahun. Keadaan ini adalah kesan daripada
kecelaruan neurologikal yang mengganggu fungsi otakkanak autisme. Autisme dan
tingkah laku yang berkaitan dengannya dianggarkan terdapat dalam 1 daripada 500
individu. Kekerapan kanak-kanak lelaki mengalami autisme adalah empat kali ganda
daripada kanak-kanak perempuan.

Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia ( NASOM ) pula menjelaskan autisme


sebagai suatu kekurangan seumur hidup dan menampakkan kesannya dalam masa 30
bulan yang pertama seseorang bayi. Komunikasi antara mereka adalah terbantut dan
mereka tidak dapat berhubung secara langsung. Mereka juga mempunyai masalah
tingkah laku. Individu autisme mempunyai kelebihan intelek yang luas. Kerap sekali,
mereka menunjukkan kelebihan dalam bidang matematik atau kemahiran mekanikal
ataupun dalam seni muzik, ” rote memory ” dan lain-lain.”

6.4 Ciri-ciri kanak-kanak autisme

6.4.1 Aspek psiko-motor

Kanak-kanak autisme dikatakan mempunyai tingkah laku berikut:


 Sama ada hiperaktif ataupun hipoktif.
 Melakukan perbuatan ataupun gerakan yang sama dan berulangkali seperti
bergoyang-goyang, mengepak-ngepak, mendekatkan mata ke televisyen, berlari
atau berjalan mundar-mandir.
 Tidak suka pada perubahan
 Dapat duduk dengan lama tanpa berbuat apa-apa dan reaksi.
 Sensitif pada sentuhan

69
PKU 3102
PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

 Tidak suka dipegang ataupun dipeluk.


 Sensitif dengan bunyi yang kuat dan menutup telinga.
 Suka mencium dan menjilat mainan atau benda lain
 Kurang sensitif pada rasa sakit ataupun takut
 Tidak bermain mengikut cara biasa, dan suka memutar-mutar ataupun
melambung-lambung dan menyambut mainan atau apa saja yang dipegang.
 Suka dengan objek-objek yang berputar seperti kipas.
 Apabila menyukai sesuatu benda, terus dipegang dan membawa ke mana
sahaja.

6.4.2 Aspek kognitif

Kanak-kanak autisme mempunyai perkembagan kognitif yang berbeza dengan kanak-


kanak lain. Walaupun kebanyakan kanak-kanak autisme mempunyai daya kognitif yang
lemah, terdapat sebahagian kecil daipada mereka yang mempunyai keupayaan kognitif
yang tinggi dan mempunyai bakat yang mengkagumkan (Modul OUM, 2007).

Kebanyakan individu autisme mempunyai tumpuan yang singkat atau terhad namun
begitu keadaan ini tidak pula berlaku apabila mereka memberi tumpuan yang
berlebihan kepada perkara yang mereka sukai. Keadaan ini dikenali sebagai stimulus
overselecivity iaitu perkara atau rangsangan yang menjadi tumpuan secara berlebihan.
Mereka mungkin tertarik dan memberi tumpuan kepad satu aspek daripada satu
perkara yang sepatutnya dilihat secara menyeluruh. Misalnya hanya tertarik dan
menumpukan perhatian kepada warna merah pada barang permainan tanpa
mempedulikan bentuk dan kegunaannya. Oleh kerana tumpuan perhatian merupakan
peringkat pertama dalam pemerosesan maklumat, maka kegagalan mengenal pasti
aspek yang bersesuaian bagi permainan tersebut menyebabkan keupayaan mereka
untuk bermain ataupun belajar adalah terhad(Modul OUM, 2007).

Kanak- kanak autisme berkeupayaan menerima input daripada deria tetapi mereka
tidak berupaya memilih maklumat yang penting. Oleh itu maklumat awal ini akan

70
PKU 3102
PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

dikekalkan dalam bentuk asal (uncoded form). Mengikut kebiasaan proses yang berlaku
dalam otak manusia, input yang diterima akan diproses dan disimpan dalam bentuk
ingatan jangka pendek atau ingatan jangka panjang dan akan dikeluarkan semula
apabila diperlukan. Namun bagi kanak- kanak autisme mereka tidak boleh
mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lama dan juga tidak berupaya
membuat penyesuaian terhadap maklumat untuk proses pembelajaran.

Kanak- kanak autisme tidak mampu menumpukan perhatian kepada perkara- perkara
kecil yang boleh dikaitkan dengan ingatan masa lalu dan mengimbas kembali untuk
melihat penting yang ada. Selain itu mereka sukar membuat atau memahami jenaka,
membuat analogi dan tidak memahami kiasan.

Namun begitu, terdapat individu yang mempunyai kemahiran tertentu yang tinggi
melebihi ukuran umum misalnya kecerdasan yang tinggi atau mempunyai bakat yang
sangat luar biasa, misalnya dalam matematik, seni lukis dan muzik. Ada di antara
mereka yang boleh menyelesaikan masalah matematik yang rumit dalam masa yang
singkat, dapat bermain piano hanya dengan mendengarnya sahaja dan menghasilkan
kerja seni seperti lukisan dan ukiran yang sangat cantik.

6.4.3 Aspek afektif

Bahagian ini membicarakan aspek afektif dari segi perkembangan emosi dan
perkembangan sosial.

6.4.3.1 Perkembangan Emosi


Kanak- kanak autistik sukar membuka hubungan secara emosi dengan orang lain
kerana mereka tidak sedar bahawa perasaan tertentu boleh ditunjukkan dalam cara
yang tidak disalah faham. Sebagai contoh, kanak- kanak autistik dianggap telah
menunjukkan emosinya apabila kelihatan ketawa geli hati seorang diri. Namun
persoalannya adalah sama ada tingkah laku itu wujud dalam keadaan sosial yang betul.

71
PKU 3102
PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

Individu autistik juga tidak menyembunyikan perasaan suka atau tidak suka kepada
orang lain dan ada kalanya menunjukkan kemesraan yang melampau. Selain itu,
individu autistik menunjukkan beberapa ekspresi muka yang berbeza- beza, kedudukan
(posture) badan yang kaku dan suara yang mendatar atau monotonous. Dapat
disimpulkan di sini bahawa ketidaklangsungan, kurang berperaturan dan emosi yang
keterlaluan yang ditunjukkan oleh individu autistik adalah kerana sememangnya secara
semulajadi mereka kurang berminat untuk berkomunikasi. Dari segi afektif, kanak-
kanak autisme didapati sering marah, ketawa dan menangis tanpa sebab, mengamuk
tanpa terkawal jika tidak dituruti kemahuannya atau dilarang daripada melakukan
sesuatu yang diingininya. Mereka juaga suka merosakkan apa sahaja yang ada di
sekitarnya jika emosi terganggu. Selain itu, mereka uga akan menyerang sesiapa
sahaja yang berhampiran jika emosi terganggu. Ada kalanya kanak-kanak autisme
mencederakan diri sendiri dan tiada rasa simpati dan tidak memahami perasaan orang
lain.

6.4.3.2 Perkembangan Sosial


Kanak- kanak autistik mempunyai masalah apabila berinteraksi dengan orang lain.
Mereka kerap dikatakan cuba mengelak daripada bertentang mata apabila bercakap,
tidak mahu memulakan perbualan dan tidak suka bermain dengan rakan- rakan lain.
Sesetengah kanak- kanak autistik kurang berupaya meniru apa yang orang lain buat
kepada mereka. Misalnya, mereka tidak senyum apabila orang lain senyum kepadanya,
tidak membalas lambaian atau tidak bertepuk tangan ketika semua orang bertepuk
tangan.
Masalah tingkah laku sosial kanak- kanak autistik dapat dikategorikan kepada tiga iaitu:
a. Penghidratan sosial (social avoidant) iaitu individu autistik akan mengelak
daripada sebarang bentuk interaksi sosial. Kerap kali mereka akan menjauhkan
diri apabila ada orang hendak berinteraksi dengan mereka.
b. Bersikap tidak acuh/ peduli (socially indifferent) iaitu mengambil sikap tidka peduli
dengan keadaan sekelilingnya walaupun tidak pula menghindari pergaulan.
Mereka hanya berinteraksi dengan orang lain apabila memerlukan sesuatu
daripada orang itu.

72
PKU 3102
PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

c. Kekol atau janggal ketika bersosial (socially awkward) berlaku apabila individu
autistik cuba berkawan tetapi tidak berupaya mnegekalkan hubungan itu.
Keadaan ini berlaku kerana mereka hanya bercakaptentang diri sendiri dan tidak
memahami bahawa orang lain juga mempunyai idea, perasaan, kepercayaan,
sikap dan emosi. Oleh itu mereka tidak dapat menjangkakan apa yang akan
disebut atau dibuat oleh orang lain dalam pelbagai situasi sosial.

Aktiviti 1

Anda telah mengikuti secara ringkas nota berkaitan dengan ciri-ciri


kanak-kanak autisme. Selepas ini anda dikehendaki untuk membuat
nota ringkas dalam bentuk pengurusan grafik berkaitan dengan ciri-
ciri kanak-kanak autisme.

Berehatlah sebentar

6.5 Masalah Bahasa Kanak-Kanak Autisme

Menurut Micheal Rutter (1979), masalah kanak-kanak autisme tidak hanya


menggunakan bahasa pertuturan yang sedikit, sebaliknya bagi kanak-kanak yang boleh
bertutur, bahasa yang mereka gunakan adalah bahasa yang abnormal. Ramai kanak-
kanak dengan masalah autisme tidak mempunyai bahasa pertuturan langsung iaitu di
antara 28 hingga 61 peratus (dalam Kuder, 2003).

Bahasa kanak-kanak autisme adalah terhad dan tidak fleksibel. Bagi yang boleh
bertutur mereka banyak bergantung kepada ingatan secara hafalan daripada
menggunakan peraturan asas bahasa secara kreatif. Topik perbualan adalah terhad
serta mempunyai masalah dalam bahasa (gesture) yang bersesuaian.

Masalah bahasa kanak-kanak autistik dapat dibahagikan kepada tiga iaitu bentuk
bahasa, kandungan bahasa dan penggunaan bahasa.

73
PKU 3102
PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

6.5.1 Bentuk bahasa

Bentuk bahasa kanak-kanak autistik dapat dibahagikan kepada tiga iaitu fonologi,
morfologi dan sintaksis.

6.5.1.1 Fonologi
Kajian terhadap proses pertuturan kanak-kanak autisme mendapati
perkembangan fonologi kanak-kanak autisme adalah sama dengan
perkembanagn kanak-kanak normal, namun mengalami kelewatan dalam urutan
perkembangan fonologi. Ramai pengkaji melaporkan bahawa kanak-kanak autisme
mempunyai masalah berkenaan ciri-ciri suprasegmental dalam pengeluaran bunyi
(tekanan dan sebutan). Mereka digambarkan bercakap seolah-olah meyanyi,
mempunyai keadaan turun naik dalam kesungguhan vokal iaitu terlalu tinggi dan terlalu
lembut. Mereka juga menggunakan sebutan yang tidak sesuai dengan maksud sesuatu
perkataan iaitu menggunakan sebutan yang tinggi bagi perkataan yang bukan soalan.
Mereka sering mempunyai masalah luahan yang rendah dalam suara dan bercakap
dalam monotone. Masalah ini adalah disebabkan oleh ketidakupayaan untuk
memproses ciri-ciri pertuturan suprasegmental, namun kajian gagal membuktikan
hipotesis tersebut (Kuder 2003).

Ada di antara pengkaji yang menyatakan bahawa kanak- kanak autistik lemah dalam
menghasilkan pertuturan yang nonsegmental atau dikenali juga sebagai prosodi.
Kelainan prosodi yang ditunjukkan adalah seperti berikut (Modul OUM,2007),
i. Irama yang stereotaip atau berlagu- lagu dengan bunyi yang dipanjangkan secara
berlebihan
ii. pengeluaran bunyi vokal yang berubah- ubah turun naiknya dan tidak seperti
biasa
iii. pertuturan yang monotonus dengan suara yang terhad.
iv. tidak menunjukkan perbezaan dalam intonasi dalam percakapan

74
PKU 3102
PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

6.5.1.2 Morfologi

Kajian terhadap perkembangan morfologi kanak-kanak autisme mendapati terdapat


persamaan dan perbezaan antara perkembangan bahasa kanak-kanak autisme
dengan kanak-kanak normal. Fein & Waterhouse (1979) telah membuat kajian terhadap
pemerolehan morfem antara kanak-kanak autisme dengan kanak-kanak yang
mengalami masalah schizophrenic dan kanak-kanak yang kurang upaya, didapati tidak
terdapat perbezaan yang ketara sama ada dengan jumlah morfem yang digunakan atau
dari segi kekerapan penggunaan forfem (dalam Kuder, 2003).

Berdasarkan beberapa kajian yang talah dijalankan oleh penulis didapati kanak-kanak
autisme kerap meninggalkan imbuhan . Contohnya

Ayat kanak-kanak autisme: Saya sedang lari


Ayat yang sepatutnya : Saya sedang berlari

6.5.1.3 Sintaksis

Kajian terhadap perkembangan sintaksis kanak-kanak autisme mendapati


perkembangan sintaksis mereka perlahan dan mempunyai masalah dari segi
penggunaan bahasa dalam situasi sosial. Gunningham (1968), telah membuat kajian
terhadap perkembangan pertuturan ke atas seorang kanak-kanak autisme selama lima
tahun (umur 6 hingga 1 tahun) dan mendapati MLU kanak-kanak itu meningkat secara
mendadak dari 19 ayat kepada 30 ayat dalam masa 6 bulan pertama. Beliau juga
mendapati bahawakanak-kanak autisme sering meninggalkan tatabahasa morfem dan
fungsi perkataan (dalam Kuder, 2003).

Pierre & Bartolucci (1977) telah membuat kajian untuk membandingkan perkembangan
sintaksis dalam kalangan kanak-kanak autisme, kanak-kanak kecacatan mental dan
kanak-kanak normal. Mereka mendapati perkembangan sintaksis dalam kalangan

75
PKU 3102
PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

kanak-kanak autisme jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan kanak-kanak normal.


Mereka menggambarkan bahasa pertuturan kanak-kanak autisme kurang kompleks
berbanding dengan kanak-kanak lain walaupun kanak-kanak autisme menggunakan
struktur ayat atau bahasa yang sama (dalam Kuder, 2003). Cantwell et.al (1978) dan
Pierre & Bartolucci (1977) juga mebuat kesimpulan bahawa kanak-kanak autisme
mempunyai masalah semasa menggunakan aturan sintaksis dalam bahasa pertuturan
mereka.

Berdasarkan beberapa kajian yang talah dijalankan oleh penulis didapati kanak-kanak
autisme kerap melakukan kesilapan dari segi sintaksis. Contohnya

Ayat yang dibuat oleh kanak-kanak autisme: Bola tendang saya.

Ayat yang sepaptutnya : Saya tendang bola.

6.5.2 Kandungan Bahasa (Semantik)

Bahasa Idiosinkratik
Kanak- kanak autistik dikatakan mempunyai bahasa mereka tersendiri iaitu maksud
perkataan dan frasa yang dikeluarkan adalah unik. Semua bentuk bahasa yang
dikeluarkan menunjukkan proses semantik yang ganjil dan kekurangan dalam
kefahaman. Mereka berkecenderungan mengingati perkataan- perkataan yang mereka
belajar pertama kalinya tetapi gagal membuat generalisasi untuk menggunakan
perkataan tersebut dalam situasi yang baru.

Tidak banyak kajian mengenai keupayaan semantik oleh kanak- kanak autisme. Apa
yang dinyatakan adalah ia adalah satu masalah yang rumit bagi individu yang
menghidap autisme. Kesukaran untuk mengorganisasi, menggunakan dan
menyelesaikan masalah adalah bentuk masalah kemahiran semantik yang dikatikan
dengan autisme. Ricks & Wing (1975) membuat kesimpulan bahawa pentakrifan ciri -
ciri adalah sukar dalam menggunakan simbol kepada bentuk kategori dan abstrak.

76
PKU 3102
PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

Brook & Bowler (1992) mencadangkan bahawa autisme adalah satu contoh kecacatan
pertuturan semantik- pragmatik (dalam Kuder, 2003).

Kesemua di atas menyatakan bahawa kesukaran proses semantik adalah satu ciri
autisme. Kajian mendapati bahawa kanak- kanak autisme menggunakan bahasa
idiosinkratik dan neologins dalam pertuturan .Volden dan Lord (1991) mendefiniskan
bahasa idiosinkratik sebagai penggunaan ayat atau frasa dalam keadaan berbeza
untuk menyampaikan maksud yang spesifik. Neologins merupakan ayat yang bukan
standard. Mereka juga mengeluarkan perkataan yang berbeza. Kajian ini menunjukkan
kanak- kanak autisme akan mengalami masalah dalam penggunaan ayat yang betul.
Kanak-kanak autisme yang mengalami masalah semantik dikatakan mengalami
kesukaran untuk mengorganisasi, menggunakan dan menyelesaikan masalah bahasa.

6.5.3 Penggunaan bahasa (Pragmatik)

Satu ciri untuk menjelaskan tentang autisme ialah dari segi hubungan sosial. Maka
tidak hairanlah jika kita mendapati kanak- kanak autisme mengalami masalah dari segi
aspek pragmatik bahasa. Tambahan pula, kanak- kanak autisme disifatkan sebagai
kaku dan ketidaksesuaian bersosial (Shapiro & Fish 1969). Tigerman- Faber (2002)
telah menyenaraikan masalah pragmatic berkaitan autisme (dalam Kuder, 2003):
i. memula dan menamatkan interaksi
ii. mengekalkan topik perbualan
iii. melaksanakan peranan pendengar dan penyampai maklumat
iv. menggunakan pergerakan untuk mencapai matlamat komunikasi.

Selain itu, kanak-kanak autisme juga menghadapi masalah dari segi penggunaan
bahasa ialah masalah penggunaan kata ganti nama. Penggunaan kata ganti nama
dalam pertuturan kanak- kanak autisme kerap menimbulkan kekeliruan terutamanya
yang melibatkan rujukan jantina seperti ‘he’ atau ‘ she’. Kata ganti nama kedua ‘you’
digunakan untuk dirinya dan ‘I’ untuk orang lain. Keadaan ini berlaku kerana kanak-

77
PKU 3102
PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

kanak autisme sukar memahami dan menggunakan perkataan yang berubah maknanya
mengikut konteks (Modul OUM, 2007).

Kanak-kanak autisme juga mengalami masalah ekolalia. Ekolalia bermaksud kanak-


kanak autisme mengulang- ulang apa yang dicakapkan tanpa niat untuk berkomunikasi
dan berlaku secara automatik. Secara kasar, kita dapat membezakan jenis ekolalia
seperti berikut:
i. Ekolalia serta- merta (immediate ecolalia)- iaitu pengulangan yang tepat dan
serta- merta apabial perkataan disebut.
ii. Ekolalia lewat (delayed ecolalia)- diucapkan agak lewat atau agak lama selepas
perkataan disebut.
iii. Ekolalia ringan (mitigated)- pengulangan segera tetapi terdapat perubahan apa
yang dipertuturkan.

Walaupun kanak- kanak lain juga ada kalanya mengalami ekolalia, namun bagi kanak-
kanak autisme ekolalia terjadi dengan kekerapan yang tinggi dan dalam jangka masa
yang lama (mungkin hingga agak dewasa). Mereka kurang faham apa yang didengar
dan akan meniru sahaja sebutan berkenaan.

Oleh kerana kanak-kanak autisme ini megalami masalah dari segi pragmatik, maka
mereka tidak berani untuk berkomunikasi dengan ibu bapa, rakan-rakan, guru dan
orang disekelilingnya. Mereka jarang berkomunikasi secara spontan dan juga
menghasilkan cara berkomunikasi yang lemah.

Aktiviti 2

Anda telah didedahkan dengan masalah bahasa kanak-kanak


autisme. Buat kajian terhadap masalah bahasa kanak-kanak autisme
yang berada di kelas anda. Buat laporan ringkas berkaitan dengan
dapatan anda.

6.6 Implikasi terhadap intervensi bahasa

78
PKU 3102
PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

Kaedah penilaian bahasa

Pengujian Untuk Kanak- Kanak Autisme


Ramai orang mengatakan bahawa adalah sukar untuk mengendalikan pengujian
terhadap kanak- kanak autisme kerana mereka mempunyai masalah tingkah laku,
emosi yang tidak menentu, tidak dapat memberi perhatian, tidak mahu mengikut arahan
dan sebagainya. Namun begitu, kebanyakan pengkaji percaya bahawa ujian intelektual
dan ujian pencapaian dapat dijalankan kepada kanak- kanak autisme dengan berkesan
dan dapat digunakan dapatannya untuk merancang program untuk mereka (OUM,
2007).

Jenis- jenis ujian yang biasa dilakukan ke atas kanak- kanak autistik adalah:
1. Ujian Kecerdasan/ Intelektual
Ramai orang beranggapan bahawa dalam setiap individu autisme adalah genius
atau dikenali sebagai Asperger Syndrome. Keadaan ini disebabkan kemahiran-
kemahiran tertentu yang mereka miliki adalah tinggi. Namun begitu, disebalik
keupayaan luar biasa ini, kanak- kanak autisme menunjukkan kelewatan dalam
proses mental dalam ujian kecerdasan formal. Di antara 50-70 peratus kanak- kanak
autisme mengalami kerencatan akal, yang kebanyakan skor kecerdasan (IQ)
mereka adalah di antara 35 ke 50.

Perkara pokok di sini bukanlah IQ individu tetapi keupayaan merek berfungsi dalam
masyarakat. Namun begitu, ujian kecergasan merupakan komponen utama dalam
menentukan kelayakan individu autisme untuk menerima perkhidmatan pendidika
khas. Terdapat berbagai jenis ujian kecerdasan yang terdapat di pasaran seperti:
 The Wachsler Scales of Intelligence (terdapat banyak versi)
 Stanford Binet Intelligence Scale
 Kauffman Brief Intelligence Test
 McCarthy Scales of Children’s abilities
 Slosson Intelligence Test dan lain- lain lagi

79
PKU 3102
PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

2. Ujian Tingkah Laku


Ujian tingkah laku dijalankan untuk mengetahui maklumat fungsian tingkah laku
individu tersebut. Fokus ujian adalah untuk mengenal pasti apa yang berlaku
(antecedents) tingkah laku dan akibat daripada setiap tingkah laku. Dengan
mengenal pasti antecedent atau akibat bagi tingkah laku, ahli profesional akan cuba
mencari jalan mengubah tingkah laku tersebut. Kombinasi pendidikan dan ujian
tingkah laku akan memberi gambaran menyeluruh tentang kekurangan setiap
individu supaya program khas dapat dibentuk untuk memenuhi keperluan khusus
individu autisme.

Strategi / teknik intervensi yang spesifik

Selain itu, Kuder (2003) juga ada mencadangkan perkhidmatan intervensi untuk kanak-
kanak autisme. Menurut Kuder, proses intervensi bagi kanak- kanak autistik bermula
sebaik saja masalah ini dikesan. Tumpuan intervensi pada peringkat permulaan
tertumpu kepada rawatan perubatan dan pengurusan tingkah laku. Rawatan perubatan
yang luas digunakan untuk kanak- kanak autistik adalah penggunaan ubatan Ritalin
untuk merawat masalah kurang tumpuan dan hiperaktif. Selain itu, pengambilan vitamin
B6 bersama dengan magnesium juga dapat membantu meningkatkan kesedaran dan
tumpuan perhatian kanak- kanak autistik.

Pengurusan tingkah laku merangkumi pelbagai strategi dan teknik yang digunakan
untuk menambah atau mengekalkan tingkah laku sasaran (positif) dan mengurang atau
menghapus tingkah laku kurang sesuai. Di antara teknik yang digunakan adalah seperti
pengasingan, kejelakan, time out, shaping, memberi ganjaran, dendaan dan
sebagainya.

Walaupun rawatan perubatan digunakan, namun tidak ada ubat yang dapat
menyembunyikan autisme. Namun, program pendidikan yang sesuai dan berstruktur
serta pengurusan intervensi semasa awal kanak- kanak lagi boleh memainkan peranan

80
PKU 3102
PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

penting dalam membantu mengembangkan fungsi dan potensi mereka pada kemudia
hari kelak. Mengenal pasti dan mendiagnos autisme pada peringkat awal boleh
membantu menyediakan perkhidmatan- perkhidmatan yang bersesuaian untuk mereka.
Selain menerima perkhidmatan yang sesuai, intervensi awal juga bermatlamat
mengelak kemungkinan penempatan di sekolah khas.
Perkhidmatan intervensi awal sangat penting bagi kanak- kanak autistik untuk
membantu mengurangkan masalah autistik yang mereka alami. Selain rawatan
perubatan dan pengurusan tingkah laku, perkhidmatan intervensi awal sememangnya
dibentuk bagi memenuhi keperluan individu kanak- kanak autistik termasuklah
pendidikan terancang. Di Amerika Syarikat, program intervensi dijalankan melalui
kerjasama di antara agensi seperti berikut:
i. perkhidmatan dan bantuan teknologi
ii. perkhidmatan jururawat sekolah
iii. latihan dan kaunseling ibu bapa
iv. perkhidmatan pemakanan/nutrisi
v. program kebudayaan dan kesenian- terapi seni, muzik dan tarian
vi. terapi cara kerja dan
vii. terapi bahasa dan pertuturan

Intervensi awal bagi kanak- kanak autisme bermula dengan pembentukan RPI
individualized family service plan (IFSP) yang akan memenuhi keperluan- keperluan
dalam bidang kemahiran sosial, kemahiran urus diri, komunikasi dan pengurusan
tingkah laku.

Di Malaysia, program intervensi kanak- kanak autusme dilaksanakan melalui program


pra sekolah. Kanak- kanak autisme yang akan memasuki alam persekolahan akan
melalui program pra sekolah terlbih dahulu bagi memastikan mereka bersedia untuk
ditempatkan dalam Tahun Satu. Di sini, kemahiran urus diri dan pengurusan tingkah
laku diutamakan selain pengenalan kepada asas- asas mata pelajaran bahasa Melayu,
Agama dan Moral dan Matematik.

81
PKU 3102
PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

Manakal Wetherby (1986), mencadangan strategi/ teknik intervensi bagi kanak-kanak


autisme (dalam OUM, 2007). Menurut Wetherby (1986), kesediaan untuk belajar
bersungguh-sungguh harus diberi penekanan dalam intervensi bahasa kanak-kanak
autisme:
 kanak-kanak perlu diajar untuk menunjukkan keperluan melalui komunikasi-
pertuturan dan pergerakan tidak verbal contoh, membuat memek muka.
 fokus kepada perkembangan komunikasi kanak-kanak autisme.
 para professional harus lebih fleksibel dalam mengikut cara membimbing kanak-
kanak untuk mencapai kejayaan.
 ahli-ahli klinikal perlu memikirkan bahawa perkembangan mental mempunyai kaitan
dengan komunikasi yang baik dan tidak baik.
 penjaga perlu memikirkan tentang ‘social content of language invension. Ianya tidak
cukup dengan hanya mengajar kanak-kanak tentang kemahiran bahasa,
persekitaran sosial harus diubah selaras dengan kegunaan dan kebolehan.

Berikut disenaraikan beberapa strategi / teknik intervensi spesifik yang boleh


dilaksanakan untuk memperbaiki bahasa kanak-kanak autisme

Picture Exchange Communication System (PECS)

Salah satu cara untuk mengatasi masalah bahasa dan komunikasi dalam kalangan
kanak-kanak autisme ialah dengan menggunakan Picture Exchange Communication
System (PECS). Menurut Wallin (2004), PECS ialah sistem komunikasi augmentatif
yang dibentuk untuk membantu individu memperolehi salah satu cara untuk
berkomunikasi dengan orang lain. Manakala menurut Hallahan dan Kaufman (2006),
PECS memungkinkan individu untuk membuat permintaan, memilih item-item, dan
menyatakan perasaan dengan menggunakan kad-kad gambar sebagai pertukaran
kepada komunikasi dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran. PECS
pada mulanya dibina untuk murid-murid autisme, namun, program ini telah berjaya
dilaksanakan kepada pelajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran yang

82
PKU 3102
PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

signifikan. Program PECS menggabungkan kaedah tingkahlaku dan teknik pengajaran


incidental untuk memperkembangkan komunikasi sosial kanak-kanak bermasalah
pembelajaran (dalam Zaleha Tambi Adam, 2009)

Langkah-Langkah Pelaksanaan PECS


Terdapat enam fasa dalam pengajaran PECS:
Fasa 1:
A jar murid secara spontan untuk menyatakan bahan atau aktiviti yang mereka perlukan
dengan kad gambar. Murid membuat latihan dengan menggunakan satu kad pada satu-
satu masa. Peneguhan serta merta apabila murid-murid dapat melaksanakan aktiviti.

Fasa 2:
Guru menambah perbendaharaan kata murid dengan menambah junlah kad yang
digunakan, tetapi masih mengunakan satu kad pada satu-satu masa.

Fasa 3:
Guru mengajar murid untuk mendiskriminasi kad-kad gambar yang banyak untuk
mengenal pasti kad yang diperlukan oleh murid dengan meletakkan beberapa kad
gambar di papan hitam

Fasa 4:
Guru mengajar struktur ayat asas kepada murid dengan menggunakan ayat, contoh
Saya mahu ……………… (dipasangkan dengan gambar berdasarkan kehendak murid )

Fasa 5 dan 6:
Guru menambah perbendaharaan murid dengan kata sifat dan lain-lain perkataan,
untuk menambah komunikasi murid.
Contoh: Saya dengar …………………….
Saya lihat …………………….

83
PKU 3102
PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

Cadangan lain terhadap intervensi bahasa dalam kalangan kanak-kanak autisme:.

Discrete Trial Training


Maksud Discrete Trial Training
 trial adalah satu unit asas yang bermula dengan stimulasi
 Cadangan langkah pelaksanaan
- Mulakan dengan stimulasi (arahan guru)
- Respon kanak-kanak selaras dengan satu tempoh sebellum stimulasi
seterusnya
- Pengukuhan – pada reaksi yang betul
- Respon salah beri tindak balas verbal diikuti dengan pembetulan

Privotal – Response Model

Maksud
Prinsip yang berkaitan analisa tingkah laku. Pembelajaran menumpukan kepada
privotal area meliputi respon pelbagai ingatan, motivasi, respon yang sesuai dan
kawalan tingkah laku
Cadangan langkah pelaksanaan
- Intervention setting : persekitaran yang khusus – berkaitan dengan
perkembangan kanak-kanak
- Jumlah intervensi – menyediakan intervensi yang paling efektif dalam
masa yang singkat
- Intervention agent – bilangan individu yang terlibat (tenaga pengajar
seperti ahli keluarga)
- Tingkah laku sasaran

Developmental Individual Difference Relationship-based Model (DIR)


Maksud
fokus kepada tiga elemen, iaitu tahap perkembangan fungsi emosi kanak-kanak,
perbezaan reaksi sensori, perubahan dan ‘motor planning dan hubungan kanak-kanak
dengan orang lain

84
PKU 3102
PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

Cadangan langkah pelaksanaan


- membentuk perasaan kanak-kanak secara sengaja
- membina kognitif, bahasa dan sosial asas secara sengaja
- perkembangan melalaui enam fungsi perkembangan emosi
- menggabngkan teknik intervensi lama ke dalam program komprehensif –
reaksi mudah untuk membentuk symbol komunikasi

6.7 Keberkesanan komunikasi

Berdasarkan perbincangan berkaitan dengan masalah bahasa kanak-kanak autisme,


dapat dibuat kesimpulan bahawa kanak-kanak disleksia menghadapi masalah untuk
berkomunikasi dengan orang lain. Mereka tidak mempunyai sebarang niat dan
keinginan untuk berkomunikasi dengan orang lain. Mereka tidak akan memberitahu
atau menunjuk kepada barang yang dikehendaki, sebaliknya memegang tangan bapa
atau ibu dan membawanya ke tempat barang itu. Sangat sukar mendapat perhatian
mereka ketika bercakap dan mereka juga tidak memberi perhatian terhadap apa yang
orang lain sedang lakukan. Kanak- kanak autistik juga sukar memahami badan dan
juga ekspresi orang lain. Sebab itulah mereka tidak dapat mentafsir dengan tepat
perasaan orang lain dan kerap memberi tindak balas yang tidak sesuai atau salah. Oleh
itu kanak-kanak autisme peulu

Oleh itu, kanak- kanak autistime perlu diberi bimbingan dan dorongan untuk
meningkatkan tingkah laku postif dan mengurangkan tingkah laku yang kurang sesuai.
Mereka perlu diberi peluang bergaul dengan rakan sebaya lain yang bukan autistik
supaya mereka dapat belajar bergaul dan mempelajari kemahiran sosial yang dijangka
berlaku dalam situasi sebenar. Sesuatu kemahiran sosial seperti berbual misalnya
memerlukan penguasaan beberapa kemahiran seperti hubungan mata, bahasa badan
yang bermakna, nada dan intonasi suara yang sesuai dan kemahiran menyoal dan
menjawab soalan. Apabila individu autistik mengalamai masalah dalam kemahiran
sosial, maka mereka perlu diperkenalkan dengan kemahiran yang mudah yang
diperlukan sebelum diperkenalkan kepada tingkah laku yang lebih kompleks.

85
PKU 3102
PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

Aktiviti 3

Pilih strategi/intervensi yang sesuai, dan laksanakan strategi tersebut


kepada murid autisme di kelas anda. Buat laporan berbaitan dengan
strategi/ intervensi yang telah dilaksanakan.
.

Tutorial
Banding-bezakan masalah-masalah bahasa dan komunikasi seorang kanak-
kanak autisme dan kanak-kanak masalah pendengaran tahap moderate.
Jelaskan perkara yang harus dipertimbangkan dalam mengatasi masalah
bahasa bagi kedua-dua kumpulan tersebut.

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan

“ SELAMAT BERJAYA”

Bahan Rujukan

Bloom, L. & Lahey, M.(1978) Language Development and Language Disorders. New
York : Wiley

Kuder, S. J. (2003) Teaching Students with Language and Communication


Disabilities. Boston: Allyn & Bacon.

Martin, D. (2000) Teaching children with speech and language difficulties. London:
David Fulton Pub.

Owens, R. (2001) Language Development : An Introduction. (5 th Ed.). Boston : Allyn


& Bacon.

Reed, V. A. (2005) An Introduction to Children with Language Disorders (3rd ed.)


Boston : Allyn & Bacon.

86

Anda mungkin juga menyukai