Anda di halaman 1dari 10

Autisme merupakan kecacatan perkembangan tegal (Bahasa Inggeris: pervasive

developmental disorder) yang melibatkan fungsi otak. Autisme dianggap sebagai sejenis
kecacatan neurologi dan bukan kecacatan psikiatris (Bahasa Inggeris: psychiatric disorder)
mudah, walaupun ciri-ciri biasa termasuk masalah dengan perhubungan sosial, dan
komunikasi emosi, dan juga pola biasa berkaitan dengan minat, aktiviti dan perangai.
Autisme juga melibatkanmasalah dengan integrasi deria. Biasanya, autisme kelihatan pada
usia awal tiga tahun. Dianggarkan bahawa autisme membabitkan dalam 2 hingga 6 kes setiap
1,000 orang, dan autisme 4 kali lebih kerap dalam kanak-kanak lelaki berbanding perempuan
(dari "Autism Society of America": http://www.autism-society.org/site/PageServer ).
Autisme lebih kerap dikalangan lelaki berkulit putih.

Pada masa kini, autisme boleh dirawat tetapi tidak dapat dipulihkan. (Walaupun terdapat
organisasi bergelar Sembuhkan Autisme Sekarang "Cure Autism Now"). Diagnosis dan
latihan awal amat penting bagi perkembangan masa hadapan kanak-kanak.

Sindrom Asperger dipercayai sebagai bentuk autisme fungsi tinggi, tetapi ini bukanlah
sentiasa benar. Perbezaan utama antara sindrome Kanner, dengan autisme klassik, dan
sindrome Asperger adalah Asperger tidak mempunyai kelewatan jelas dalam pertuturan, dan
kecergasan adalah biasa atau lebih. Dalam autisme Kanner terdapat kelewatan jelas dalam
pertuturan dan biasanya mempunyai kecergasan rendah dari kebiasaan . Autisme Kanner
dengan IQ<80 dirujuk sebagai "fungsi rendah autisme", sementara sindrome Kanner dengan
IQ>80 dikenali sebagai "autisme fungsi tinggi".

Pandangan lain mengenai kecacatan ini adalah autisum adalah berterusan on a continuum,
dengan itu boleh juga dikenali sebagai masalah spektrum autistik autistic spectrum disorder.
Masalah berterusan ( continuum ) lain yang berkait adalah Kegagalan Integrasi Deria (
Sensory Integration Dysfunction ) yang berkaitan dengan bagaimana cara kita menyelaras
maklumat yang kita terima daripada deria kita. Autism, Sindrom Asperger, dan Kegagalan
Integrasi Deria adalah berkait rapat dan saling bertindan.

Sesetengah individu yang berjaya dipercayai mengalami autism pada peringkat tertentu.
Bagaimanapun, autism lebih kerap di dapati pada individual yang mempunyai permasalahan
pembelajaran learning disabilities.

Terdapat dua jenis autism utama, autism regresif dan autism awal bayi ( early infantile autism
). Autism awal bayi hadir semasa kelahiran sementara autism regresif bermula ketika berusia
18 bulan.

Terdapat lonjakan dalam kes yang dilapurkan sedunia tentang kes autism pada 10 tahun
terakhir. Terdapat banyak spekulasi mengenai mengapa ini berlaku, tanpa sebarang bukti
khusus yang menyokong theori tertentu. Bagaimanapun, kajian telah menolak spekulasi
bahawa peningkatan ini disebabkan oleh peningkatan dalam kaedah diognistik.

Pada abad terakhir, populasi di Amerika Syarikat meningkat 13%. Terdapat peningkatan
dalam kecacatan tidak berkait dengan autism sekitar 16%. Peningkatan kadar autism pula
adalah 173%.

Beberapa perkara perlu disebutkan di sini adalah:

fenomena idiot savant kadang-kala dilihat pada mereka yang mempunyai autism
autism, asperger semakin kerap dianggap sebagai keupayaan masyarakat yang
berterusan ( continuum of social capability ).

penyelidikan terkini (kontrovesi) di UK mencadangkan kemungkinannya terdapat


kaitan antara autism dan vaksin MMR

analisa autism sebagai kebutaan minda ( mind blindness" ) -- ketidak mampuan


mencipta model fikiran orang lain. Contoh biasa adalah "where does X look for the
object they stored, but which was moved by Y" -- see theory of mind

terdapat dakwaan terkini bahawa autism kemungkinannya didorong oleh keracunan


logam berat/logam raksa (tiada sokongan dalam penulisan perubatan utama.?)

increasingly common claims of sucessful treatment of autism in children with the


gluten-free, casein-free diet & mercury chelation therapy

RDI is a treatment program targeting the core social/relationship deficits of autism

Both Oliver Sacks and Torey Hayden have written about their autistic patients or pupils,
respectively. Temple Grandin has also written about her own life. Donna Williams
(Autism:an inside-out approach, ISBN 1-85302-387-6) gives an interesting perspective on the
experience of the person with autism.

47,000 hidap autisme

Date: 30 July 2008

Ibu bapa perlu tahu cara mengetuk pintu rahsia anak sebelum boleh mendekati dan
berinteraksi dengan anak autisme. Jika pintu rahsia ini tidak ditemui, anak anda makin sukar
didekati dan mungkin terus hidup dalam dunianya sendiri.

Anak autisme sering dilabel sebagai kanak-kanak bodoh, degil, berkelakuan pelik,
mementingkan diri dan berkemungkinan besar keciciran dalam pelajaran.

Walaupun kebanyakan kanak-kanak autisme ada masalah terencat akal, tetapi melalui
pendidikan sewajarnya mereka mampu memiliki kehidupan baik, malah mungkin lebih
berjaya daripada individu normal.

Dunia kanak-kanak autisme masih menjadi misteri kerana tiada siapa tahu apa yang bermain
dalam fikiran mereka, khususnya apabila mereka mula buat perangai, sama ada tidak
mengendahkan orang lain, asyik mengulangi perkara sama atau melakukan perkara yang
boleh mencederakan diri.

Autisme adalah gangguan perkembangan otak yang dicirikan masalah hubungan sosial,
komunikasi, emosi, kurang kebolehan imaginasi dan bermain serta menunjukkan tingkah laku
terhad dan berulang; biasanya berkaitan minat, aktiviti dan perangai.

Dianggarkan satu daripada 500 kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah ini dan statistik
menunjukkan kini ada kira-kira 47,000 penduduk negara kita menghidap autisme. Daripada
jumlah ini, empat atau lima orang bagi 10,000 pesakit mengalami autisme tulen yang
mengakibatkan mereka kehilangan keupayaan memahami keadaan sekeliling, kecuali diri
sendiri.

Hampir 70 peratus kanak-kanak autisme ada masalah terencat akal pada tahap berbeza. Ini
sebabnya proses pembelajaran mereka lebih lambat, ada masalah berinteraksi, berkomunikasi
dan tingkah laku.

Kekurangan dialami kanak-kanak ini menyebabkan mereka tidak faham perasaan orang lain,
tiada usaha menggembirakan orang lain dan tidak pandai berinteraksi secara spontan.

Pun begitu, bukan semua individu autisme mengalami masalah pembelajaran kerana ada yang
berjaya dan menjadi orang ternama seperti Albert Einstein, Bela Bartok dan Bill Gates.
Mereka berkongsi masalah sama, iaitu mengalami Sindrom Asperger iaitu sejenis autisme.

Individu autisme menunjukkan perlakuan yang sangat berbeza dengan kanak-kanak normal.
Antara ciri utama kanak-kanak autisme ialah:

a. Tidak mampu bersosial Perkembangan sosial kanak-kanak autisme sangat perlahan,


menyebabkan mereka jauh ketinggalan berbanding rakan sebaya dan menunjukkan perlakuan
sangat berbeza daripada normal seperti:
Tidak menghiraukan orang lain.
Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain.
Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap.
Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang).
Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran.
Lebih suka bermain sendiri.
Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi.

b. Tidak boleh bertutur dan berkomunikasi


Lambat bercakap.
Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang.
Tidak boleh berkomunikasi dengan baik.
Bercakap dalam nada pelik seperti menyanyi atau bercakap macam robot.
Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual hanya satu pihak (hanya mereka yang
bercakap).
Mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya.
Kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan pertuturan
mereka kedengaran seperti orang dewasa.

c. Mempunyai masalah dalam pemikiran dan perlakuan


Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan. Mereka
mudah terganggu jika disuruh melakukan perubahan.
Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta
mainan berpusing dan memutar objek.
Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan
perlakuan di luar kawalan.
Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang.
Tidak boleh duduk diam.
Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang dewasa.

d. Masalah tingkah laku


Suka mengasingkan diri biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif
seperti mengamuk, marah-marah, agresif (yang tidak ditujukan kepada sesiapa) atau
perlakuan yang merosakkan seperti mencederakan diri.
Bersikap pasif tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik
dan buruk. Jadi mereka biasanya terbabit dalam masalah yang dicetuskan orang lain.
Tidak tahu bersosial jika melakukan kesalahan, ia sangat mudah dikesan.
Aktif tetapi berperangai 0pelik kanak-kanak autisme jenis ini suka mendapatkan
perhatian orang lain dan biasanya mereka diejek atau dibuli kanak-kanak lain.

Memiliki ciri yang disenaraikan di atas mengakibatkan kanak-kanak autisme sukar didekati.
Ada ibu bapa kecewa selepas gagal mengubah anak mereka dan membiarkan kanak-kanak
itu membesar tanpa pendidikan sewajarnya. Lebih mengecewakan, ada guru sekolah
menganggap kanak-kanak autisme sebagai bodoh.

Kanak-kanak autisme bukan golongan berisiko atau bodoh, cuma guru dan ibu bapa tidak
tahu cara mendekati mereka. Oleh kerana mereka ada masalah perlakuan, pemikiran dan
tidak pandai bersosial, perkembangan kanak-kanak autisme secara umumnya lebih perlahan
daripada kanak-kanak normal.

Kanak-kanak autisme perlukan perhatian, bimbingan dan sokongan

BUDAK lelaki itu sememangnya comel. Berkulit cerah, rambut nipis keperangan dengan
mengenakan baju Melayu biru biji kundang, menyerlahkan lagi sisi bergaya dalam dirinya.
Gelagatnya juga menghiburkan sesiapa saja yang melihatnya. Bibirnya pula sentiasa
menguntum senyuman. Segala-galanya tampak sempurna seperti anak sebaya usianya.
Tetapi, apabila lensa jurufoto New Straits Times Press (NSTP), Saifulizan Tamadi, tiba-tiba
terjatuh, di depannya ketika ingin merakam gambar bersama ibunya, ramai mata berpaling ke
arahnya kerana, dia tiba-tiba tergelak besar tanpa henti.
Ammar memang macam inilah, dia akan ketawa biarpun sesuatu perkara itu tidak
melucukan. Itulah tanda normal kanak-kanak autisme, kata ibunya, Nuraihan Hamsiah
Abdul Salam, 33, memberikan penerangan perbezaan nyata ditunjukkan anaknya itu.

Muhammad Ammar Lutfi Muhammad Yusri, 6, antara satu dalam ribuan komuniti autisme di
dunia ini. Ia bukanlah jenis kecacatan luar biasa, apabila statistik menunjukkan seorang
daripada setiap 150 kanak-kanak yang lahir mempunyai autisme tipikal. Bilangan kanak-
kanak autisme juga dilaporkan meningkat 30 peratus dalam tempoh tiga tahun kebelakangan
ini.

Namun, Ammar dikira amat bertuah kerana ibu dan ayahnya, Muhammad Yusri Adam, 34,
cepat mengenal pasti dia mengidap autisme seawal usia tiga tahun, lantas mengambil jalan
bijak, menghantarnya ke kelas khas memperbaiki kekurangan dirinya.
Lantaran kini, kemampuan Ammar juga membanggakan, pada usia sebegitu, dia mampu
menguruskan diri dengan baik termasuk ke bilik air dan memakai pakaian tanpa dibantu.
Pertuturannya juga semakin difahami.

Sebelum ini, Ammar mudah marah dan naik angin apabila keinginan diri tidak dipenuhi. Dia
tidak bercakap sebaliknya mengeluarkan bunyi seperti em..em..jadi bagaimana kita nak
faham? Mulalah dia akan marah.

Tetapi hari ini, Alhamdulillah, dia semakin ok dan tidak mudah marah lagi. Apabila ingin
makan dan minta sesuatu, dia boleh sampaikan dengan baik kepada kami. Kalau ingin ke
bilik air, sudah pandai lakukan sendiri dan faham bagaimana untuk membuang najis.
Sebelum ini memang payah nak suruh dia duduk atas mangkuk tandas sebab tidak suka
dengan proses berkenaan. Hari ini segala-galanya lebih mudah untuk Ammar dan saya,
katanya yang nyata begitu sabar melayani si kecil.
Autisme ialah kekurangan yang menjejaskan proses komunikasi dan pembelajaran seseorang
kanak-kanak. Walau bagaimanapun, jika dikesan awal, pembabitan keluarga dan kaedah
pendidikan sesuai, masalah anak autisme boleh diuruskan dengan baik.

Nuraihan berkata, Ammar kini belajar di Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia


(NASOM) Setia Alam, Klang, selain turut mengikuti kelas terapi pengucapan secara berkala.

Berkongsi kisah, Nuraihan berkata, beliau menetap lama di Jepun mengikut suaminya
berkhidmat di sana dan mula mengesan kekurangan anaknya ketika berada di negara terbabit.

Pada usianya tiga tahun, dia lambat bercakap. Tapi ketika itu kami sangka ia biasa bagi
kanak-kanak lelaki.
Percampuran bahasa antara Melayu, Inggeris dan Jepun juga memungkinkan dia keliru, itu
fikir saya.

Tapi yang saya amat perasan, bila bermain sesuatu, dia suka menyusun. Blok mainan atau
duit syiling, biasanya budak-budak sebayanya suka membentuknya menjadi objek tertentu
atau disepah saja, tetapi dia sebaliknya. Dia akan susun menjadi cantik. Tidak kiralah secara
memanjang atau bagaimana bentuknya yang pasti susunan itu tampak amat sempurna untuk
kanak-kanak kecil pada usia dua atau tiga tahun. Saya pernah cuba alihkan susunan yang
dilakukannya itu, tetapi akan marah teramat sangat.

Kalau anak lain tidak kisah mainan atau pensel warnanya hilang, Ammar pula akan
menunjukkan susunan dalam kotak warna, pensel yang hilang itu tanpa henti dalam emosi
marah dan amat serius. Malah jika mainan hilang atau rosak seperti roda kereta tidak
berfungsi, ia melihatnya sebagai suatu yang serius. Mungkin orang lain, melihat aksinya itu
sebagai sesuatu yang menghiburkan, tetapi tidak bagi kami. Kami sedih serta tertekan dengan
perbuatannya itu, katanya.

Memasuki playschool di Jepun dengan keadaan semua kanak-kanak mendengar arahan


guru, seperti beratur, bermain baik-baik dengan rakan, Ammar sebaliknya dicop nakal bila
dia enggan mengikut aturan diberikan.

Pernah Ammar main sorok-sorok dengan kawannya, tetapi apabila kawannya menyorok dan
lari daripada dirinya, dia menangis dan menyangkakan kawannya tidak mahu bermain
dengannya. Melihatkan dirinya yang berbeza itulah yang menguatkan semangat saya dan
suami untuk mencari jalan menghantarnya ke kelas khas.

Di Jepun yuran ke sekolah khas sangat mahal. Satu sesi kira-kira RM300. Justeru, kami
memutuskan untuk kembali ke ibu kota kerana yuran dikenakan NASOM masih dalam
kemampuan kami. Kami amat gembira dengan perubahan serta perkembangan dilalui
Ammar, katanya yang kini menjadi suri rumah sepenuh masa untuk memberikan tumpuan
sepenuhnya kepada Ammar. Walaupun terpaksa berhenti kerja, beliau reda demi kebaikan
permata hatinya itu.

Selain kelas, Ammar memerlukan perhatian penuh ibunya termasuk dibacakan buku cerita
atau dilawan cakap supaya aspek komunikasinya cepat berkembang. Ammar suka melukis
dan gemar menunjukkan lukisan berwarna-warni hasil nukilannya, bertemakan keluarga
bahagia.
Bagi Nuraihan, setiap ibu bapa perlu peka dengan perubahan dihadapi anaknya dan jika guru
atau orang sekeliling mengatakan anak autisme nakal atau degil, ibu bapa tidak seharusnya
cepat melatah.

Kerjasama dengan guru atau berusaha sendiri untuk merujuk anak ke pakar kanak-kanak
kerana dengan usaha sedemikian saja dapat mengesan kekurangan di hadapi mereka.

Autisme adalah kekurangan berpanjangan, justeru, dapatkan bantuan supaya si kecil dapat
hidup lebih sempurna dan tidak janggal di mata orang lain. Hakikatnya tanggungjawab
membesarkan anak autisme memang amat mencabar serta banyakkan sabar dengan kerenah
si kecil.

Walaupun kawan dan keluarga mungkin cuba menyokong, tetapi mereka tidak dapat
memahami kesukaran dalam membesarkan anak autisme. Orang ramai boleh mengkritik ibu
bapa saja dan dan segala-gala keperitan itu ditanggung sendiri, katanya meluahkan rasa dan
tidak pernah lupa berdoa ketika bersolat supaya terus diberi kekuatan.

Nasihat beliau, kanak-kanak seperti ini kadangkala garang tidak bertempat. Justeru, ibu perlu
memahami dan tidak malu menerangkan orang ramai mengenai anak autisme kerana dengan
membuka mulut dan memberitahu orang ramai mengenai keadaan anak, boleh mendidik
mereka mengenai autisme.

Mereka juga sebetulnya memerlukan sokongan. Ibu bapa tidak seharusnya melihat mereka
sebagai berbeza kerana mereka sebenarnya istimewa. Menyertai persatuan berkaitan
autisme juga antara cara terbaik mendekati, memahami atau berkongsi pengalaman dengan
ibu bapa yang mempunyai anak berkenaan, katanya.

INFO
Autisme

Disifatkan sebagai kurang upaya sepanjang hayat yang menghalang perkembangan


pembelajaran, komunikasi, bahasa, emosi dan sosial kanak-kanak. Ia biasanya muncul dalam
tempoh 30 bulan pertama kehidupan insan.

Autisme berbeza antara kanak-kanak dan dari semasa ke semasa. Simptom yang biasa
dialami ialah masalah tidur, makan dan masalah pergi ke tandas, memudaratkan tingkah laku
sendiri, suka melakukan sesuatu secara berulang-ulang dan tingkah laku stimulatory. (self-
stimulatory behavior).

Penghidap autisme mempunyai pelbagai keupayaan intelek. Selalunya, mereka boleh


menunjukkan kebolehan luar biasa dalam kemahiran matematik, mekanikal, muzik,
menghafal dan sebagainya.

Statistik menunjukkan seorang dalam setiap 150 kanak-kanak yang lahir mempunyai autisme
tipikal. Bilangan kanak-kanak dengan autisme amat mengejutkan bila ia meningkat sebanyak
30 peratus dalam tempoh tiga tahun lalu.

Faktor:

Autisme berlaku tanpa mengira sempadan etnik, masyarakat, status sosial ekonomi, latar
belakang pendidikan dan gaya hidup. Tiada punca sebenar kenapa ia berlaku.
Empat kali lebih kerap berlaku kepada lelaki berbanding perempuan.

Kenapa masyarakat perlu ambil berat

Autisme berlanjutan sepanjang hayat. Ia mempengaruhi setiap aspek kehidupan manusia,


malangnya hingga kini belum ada penawar ditemui.

Satu dalam setiap 150 orang kanak-kanak lahir mempunyai autisme tipikal.

Satu dalam setiap 100 kanak-kanak mempunyai gangguan dalam spektrum autistik.

NASOM

Ditubuhkan 1986 oleh sekumpulan ibu bapa dan profesional. Didaftarkan, 3 Mac 1987,
sebagai pertubuhan kebajikan sukarela kebangsaan dan bertujuan menyediakan pendidikan,
bantuan, jagaan dan perlindungan bagi anak autisme dan ahli keluarga mereka.

NASOM menubuhkan 14 Program Intervensi Awal dan tiga Program Vokasional bagi orang
yang disengajakan dengan autisme di Malaysia.

Mempunyai misi menyokong hak orang autisme dan memberikan peluang mereka belajar dan
menjalani kehidupan yang produktif dan memuaskan.

Antara matlamat penubuhannya untuk mengenal pasti dan menggalakkan rawatan,


pendidikan, kebajikan dan penerimaan orang autisme; mengawasi dan melindungi orang
autisme; memberi bantuan dan nasihat kepada keluarga menghidap autisme dan menjadi
sumber berguna dalam kajian penyelidikan dan pembangunan kaedah, terapi, rawatan
autisme serta masalah berkaitan.

Istilah autisme berasal daripada perkataan autos yang bererti diri sendiri dan isme yang
bererti aliran. Ini bermakna autism membawa maksud keadaan yang menyebabkan kanak-
kanak menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri. Autisme adalah kategori
ketidakupayaan yang dicirikan dengan gangguan komunikasi,interaksi social,gangguan
deria,pola bermain dan perilaku emosi. Gejala autism mula kelihatan sebelum kanak-kanak
berumur tiga tahun. Keadaan ini dialami sepanjang kehidupan kanak-kanak itu.

Kanak-kanak autism sering menimbulkan kekeliruan bagi penjaganya kerana mereka


kelihatan normal tetapi memaparkan tingkah laku dan pola perkembangan yang
berbeza.Pemahaman dan tanggapan yang salah terhadap keadaan kecacatan ini membawa
kepada kelewatan perkembangan terutamanya dalam bidang kemahiran sosial dan
komunikasi.

Kebanyakan kanak-kanak autism juga mengalami terencat akal tetapi dalam pelbagai tahap.
Dalam kemahiran koordinasi mata-tangan,sama ada mereka menghadapi masalah ataupun
mereka lebih maju dalam aspek itu dan kemahiran lain. Mereka mungkin tidak dapat
bertutur,hanya mengeluarkan bunyi-bunyi ataupun meniru apa yang diperkatakan orang lain.
Mereka juga tidak suka disentuh ataupun berhubung dengan orang lain ataupun mungkin
selalu berpaut kepada sesiapa sahaja.
Kanak-kanak autism dapat dididik. Keunikan corak pembelajaran mereka disebabkan oleh
ketidakupayaan kognitif dalam memproses maklumat. Ketidakupayaan ini dapat diatasi
dengan mengadakan program pembelajaran yang berstruktur dan menggalakkan rangsangan.
Program pembelajaran yang berstruktur ini perlu dimulakan seawal mungkin dengan ibu bapa
bertindak sebagai guru. Program pembelajaran bagi kanak-kanak adalah bercorak ke arah
analisis tingkah laku dan menggalakkan penggunaan pertuturan dan komunikasi.

Kanak-kanak dengan tahap autism yang teruk perlu diajar secara individu tetapi bagi mereka
yang berada pada tahap sederhana dan ringan,integrasi dengan kanak-kanak normal
menjadikan mereka lebih efektif. Penjaga dan guru perlu mengenalpasti faktor pengukuhan
bagi mereka seperti biskut ataupun lain-lain sebagai tambahan bagi pujian,di samping
menggunakan peneguhan sosial bagi memastikan mereka menunjukkan tingkah laku yang
baik dan mengekalkan pembelajaran. Adalah penting bagi mengekalkan jadual yang biasa
diikuti dengan menjadikan persekitaran sebagai sesuatu yang dapat dijangka oleh kanak-
kanak. Apabila perlu membuat perubahan,penjaga dan guru perlu bersedia kerana kanak-
kanak autism menjadi tidak selesa dan menunjukkan tingkah laku menentang. Bagi aspek
komunikasi,peningkatan boleh dilakukan dengan menggunakan pergerakan dan isyarat yang
sesuai.

Anda mungkin juga menyukai