Anda di halaman 1dari 8

PENDIDIKAN LUAR

OLEH: MOHD ZAIRI BIN HUSAIN, PENSYARAH, JABATAN PJK, IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR BAHRU

Tujuan Perkhemahan
Sbg. proses P&P Melatih berdikari dan konsep kendiri positif Latihan jasmani Meredakan ketegangan emosi Orientasi sosial Pengisian masa lapang

Definisi
Ford ( 1981 ) mendefinisikan PL sebagai program yang meliputi penggunaan persekitaran semula jadi bagi tujuan mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang sedia ada. Ini merangkumi perkembangan pengetahuan, kemahiran dan sikap khususnya penggunaan masa senggang. Hammerman et.al ( 1985 ) telah mendefinisikan pendidikan luar sebagai landasan untuk mengenal pasti pelbagai pengetahuan yang boleh dipraktikkan dalam situasi seharian. Knapp ( 1981 ) menyatakan bahawa pendidikan luar sebagai alat untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan

Falsafah Pendidikan Luar


Alam semula jadi merupakan sebuah makmal hidup yang kaya dengan sumber ilmu. Ia boleh digabungjalinkan dengan amalan yang boleh memperkayakan pengetahuan, pengalaman dan memupukkan nilai-nilai murni bagi melahirkan individu yang sihat dari segi mental, rohani dan jasmani dalam usaha mewujudkan intergrasi di kalangan masyarakat ke arah perpaduan nasional.

Matlamat
Pendidikan luar yang telah diubahsuai selaras dengan matlamat humanization of education. Perkembangan potensi insan dari segi intelek, rohani dan emosi diberi penekanan yang sama dengan aspek jasmani.

Matlamat Pendidikan Luar


Matlamat pendidikan luar adalah untuk membina dan mengekalkan keadaan mental, fizikal, emosi dan sosial yang sihat serta melahirkan warganegara yang berpengetahuan luas, berdisiplin dan bersatu padu. Oleh itu, pendidikan luar haruslah mengandungi unsur-unsur pendidikan, etika, dan perpaduan.

Perancangan Pendidikan Luar


Pembentukan Jawatankuasa Induk sebagai penggerak perancangan awal. Jawatan kuasa dianggotai oleh beberapa jawatan seperti berikut: Penaung Pengerusi Setiausaha Bendahari Perlantikan Jawatankuasa Kerja Selepas JK induk bermesyuarat kali pertama, JK kerja dilantik untuk membuat draf yang berkaitan dengan bidang masing-masing seperti: JK Pengangkutan JK Peralatan JK Makanan JK Tugas-Tugas Khas JK Penempatan JK Keselamatan JK Program JK Aktiviti JK Laporan dan Rekod

Perancangan Pendidikan Luar


Penyediaan Kertas Kerja Kertaskerja mestilah mengandungi beberapa perkara penting supaya perancangan program jelas diketahui oleh pihak pentadbiran. Antara perkara penting adalah seperti berikut:

Tajuk Tarikh Matlamat Objektif Plan tindakan Pengisian Program Sumber tenaga Sumber kewangan Kawalan Penilaian

Persiapan awal Pendidikan Luar


Tinjauan - perlu dilakukan sebelum program dijalankan. Banyak faktor yang perlu diberi perhatian seperti kesesuaian tempat, keselamatan kawasan, sumber air dan makanan, sistem perhubungan dan lain-lain faktor yang difikirkan perlu. Surat menyurat surat-surat untuk dalaman seperti permohonan kelulusan program kepada pengetua, perlantik jawatan kuasa, permohonan peralatan dan sebagainya. Surat-surat kepada kepada berbagai pihak luar seperti pihak pengurusan kawasan perkhemahan, polis, hospital dan lain-laian lagi. Sumber kewangan perlu jelas sumber kewangan. Sebagai contoh kutipan dari ahli atau tajaan mana-mana pihak. Perancangan perbelanjaan perlu sedia satu senarai perancangan perbelanjaan seperti pembelian bahan makanan, alatan dan sebagainya. Persediaan alatan Alatan yang hendak digunakan perlu diperiksa, dan dibaik pulih jika perlu atau ditambah jika kurang, dikelaskan dan dikumpulkan di satu tempat. Pengangkutan - Perlu tahu apa jenis pengangkutan yang diperlukan. Buat tempahan supaya tidak berlaku kesulitan.

Perlaksanaan Pendidikan Luar


Konsep Pendidikan Luar apakah jenis konsep PL yang hendak dilaksanakan. Biasanya bergantung kepada jenis aktiviti. Konsep PL boleh diberi kepada 3 jenis iaitu: Berasaskan aktiviti darat Berasaskan aktiviti air Campuran kedua aktiviti. Kriteria pemilihan kawasan Faktor Keselamatan tempat yang selamat digunakan seperti bebas dari gangguan orang luar, bebas dari unsur kemalangan seperti tanah runtuh, serangan binatang buas dan sebagainya. Faktor Keselesaan Mempunyai kawasan yang luas dan boleh dibuat perancangan penempatan. Faktor Kemudahan Mempunyai sumber air, mudah dapatkan bekalan makanan, perhubungan jalanraya dan komunikasi telefon, bantuan kecemasan dan lain-lain lagi. Merancang plan lokasi perkhemahan Perlu dirancang kawasan penempatan yang bersesuaian dengan faktor pemilihan kawasan.

Pengurusan dan Pengendalian Alatan


Jenis alatan dan pengendalian Alatan Perkhemahan Khemah-khemah dan tali-temali Alatan pertukangan seperti parang, cangkul, penggali dan lainlain. Alatan dapur dan memasak Periuk belanga Pinggan mangkuk, sudu, cawan Besen-besen, bekas air dll Pisau, parang dan sebagainya. Alatan aktitiviti Senaraikan dan asingkan ikut keperluan setiap aktiviti.

Penyimpanan dan penyelenggaraan peralatan

Zon/ tempat peralatan yang berbeza Alat memasak Alat aktiviti air darat Alat pertukangan atau kraf khemah Petugas yang bertanggung jawab. Ada pegawai yang bertugas untuk keluarkan alatan dan menyimpan semula. Mencatat atau merekodkan penggunaan peralatan.

Penyediaan Makanan
Sistem penyediaan kumpulan kecil Penyediaan makanan dilakukan mengikut kumpulan kecil seperti kumpulan aktiviti. Kumpulan merancang menu dan mendapatkan bekalan makanan sendiri. Cara ini lebih mudah tetapi memerlukan peralatan yang banyak. Sesuai untuk murid sekolah menengah.

Penyediaan Makanan
Sistem penyediaan pusat Sistem ini kerap dilakukan kerana mudah dilaksanakan. Peralatan memasak yang mencukupi dan mudah diurus. Hanya satu rancangan menu digunakan. Sesuai untuk perkhemahan sekolah rendah.

Penyediaan Makanan
Sistem penyediaan individu Makanan disediakan secara paket dan mencukupi untuk tempoh perkhemahan. Individu menyediakan makanan secara bersendirian dengan menggunakan peralatan memasak yang ringkas seperti messtin, solid foil dan dapur pakai buang. Sesuai untuk program yang lasak dan tapak perkhemahan beredar.

Pantri / dapur makanan

Perlu disediakan untuk sesuatu program perkhemahan terutama bagi system masak berpusat atau berkumpulan. Ini memudahkan untuk menyemak dan mengawal bekalan makanan. Pantri merupakan kawasan larangan dan hanya orang bertugas dibenarkan berada dikawasan tersebut. Perlu pastikan semua petugas mestilah berkeadaan bersih.

Kawalan Keselamatan dan Kecemasan


Sistem kawalan sediakan jadual giliran kawalan malam. Kod Laluan Gunakan kod yang diketahui dan telah disahkan oleh semua ahli. Peralatan lampu suluh, tongkat, wisel, buku catatan. Peti ubat yang lengkap dan terkawal. Ada petugas yang ditetapkan untuk memberi bantuan bantu mula. Sediakan tempat khas untuk peserta yang sakit atau cedera.

Pemilihan Aktiviti
Aktiviti dipilih berasaskan beberapa faktor:Tenaga mahir. (Guru atau jurulatih luar)

Benar-benar layak dan diikhtiraf oleh badan-badan yang berkaitan. Bagi aktiviti air perlu ada pengiktirafan bronze medallion. Mempunyai disiplin dan beretika. Berkeadaan baik dan selamat digunakan. Disahkan standard piawai contoh aktiviti tali. Peralatan yang digunakan perlu disahkan standard piawai oleh UIAA ( United International Association de Alpine ).

Peralatan yang mencukupi dan selamat.


Pemilihan Aktiviti ( Samb)


Keadaan tempat keselamatan tempat yang hendak digunakan.

Tahu sepenuhnya tentang keadaan tempat aktiviti seperti laut, lereng bukit dan sebagainya. Tahu aras kesukaran kawasan seperti kederasan arus atau ketinggian bukit. Masa yang diperlukan untuk melakukan aktiviti. Perancangan masa perlu bersesuaian dengan tahap murid.

Masa yang hendak digunakan


Pemilihan Aktiviti ( Samb)


Bilangan peserta.

Bilangan peserta yang sedikit lebih mudah dikendalikan. Jika ramai, perlu rancang aktiviti sesuai dan mudah dikawal. Faktor-faktor lain perlu diambil kira seperti cuaca, latar belakang peserta, kemahiran pertolongan cemas dan sebagainya

Lain faktor yang difikirkan perlu.

Penyediaan Laporan
Laporan perlu disediakan selepas amali dijalankan. Dicadangkan kandungan laporan seperti berikut: Salinan kertas kerja. Surat-surat yang dikeluar dan diterima. Laporan dari setiap jawatan-kuasa dan refleksi. Refleksi keseluruhan.

Kesimpulan
Perlaksanaan program Pendidikan Luar secara keseluruhannya boleh dibahagikan kepada 3 fasa iaitu: Fasa Sebelum

Fasa Semasa Fasa selepas

Mesyuarat atau perbincangan Penyediaan kertas kerja Tinjauan kawasan Kutipan wang dan perancangan perbelanjaan Persediaan Persiapan dan alatan Perlaksanaan program yang dirancang. Refleksi semasa. Pengemasan alatan. Penyediaan laporan

Sekian, Terima Kasih


Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru.

Anda mungkin juga menyukai