Anda di halaman 1dari 2

Latar Belakang

Menurut Chang & Park (2014), terdapat empat bahagian yang dikenalpasti dapat
meningkatkan kepuasan pelajar dalam pembelajaran STEM, iaitu (i) gaya mengajar, kaedah atau
strategi pengajaran yang diberikan guru dalam pengajaran dan pembelajaran, (ii) pengetahuan
dan persiapan guru menyampaikan bahan pengajaran di kelas, (iii) sikap guru terhadap
pengajaran, subjek, siswa, dan (iv) beban kerja. Dari pelbagai isu tersebut sekolah perlu
menggalakkan guru untuk meningkatkan kualiti secara maksimum, supaya dapat mencapai
matlamat KPM. Terdapat hasil kajian yang menyatakan bahawa satu faktor yang membatasi
kepada keberkesanan guru ialah pengetahuan kandungan guru dalam mata pelajaran yang diajar
(Pearson & Pearson, 2017). Hal ini disokong oleh (Kyriakides et al., 2009) yang melihat
permasalahan ini sebagai limitasi kepada guru untuk menerapkan pendidikan STEM dalam PdPc.
Guru-guru memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan hasrat KPM dalam memacu
pendidikan STEM di peringkat global. Kajian ini sekurang-kurangnya menjadi batu loncatan
dalam membantu guru-guru menguasai dan mengatasi cabaran dalam pendidikan STEM dan
seterusnya menambah baik pedagogi dalam PdPc. Di samping itu juga dapat membangunkan
kerangka panduan pengajaran dan pembelajaran STEM untuk guru.

Objektif Kajian Kaedah Hasil yang diharapkan Sumbangan


Untuk membangunkan kerangka Analisis Dapat merangka modul Guru
panduan pengajaran dan pembelajaran dokumen panduan pengajaran dan
STEM untuk guru pembelajaran STEM
Mengenalpasti tahap penguasaan guru Pemerhatian Guru kurang menguasai Guru
menerapkan pendidikan STEM dalam Temubual pendidikan STEM disebabkan
proses Pengajaran dan Pemudahcaraan oleh beberapa kekangan.
(PdPc).
Mengkaji hubungan antara penguasaan Pemerhatian Penguasaan guru dalam Guru
guru dalam menerapkan pendidikan Analisis pendidikan STEM Pelajar
STEM dan hasil penguasaan pelajar dokumen mempengaruhi penguasaan
dalam PdPc. pelajar dalam PdPc
Mengkaji masalah-masalah yang Temubual Dapat mengatasi masalah KPM
dihadapi oleh oleh guru dalam Pemerhatian yang dihadapi oleh guru Sekolah
penerapan pendidikan STEM. Guru

. Objektif

Kajian ini mempunyai beberapa objektif untuk dicapai. Antaranya ialah :

- Untuk membangunkan kerangka panduan pengajaran dan pembelajaran STEM untuk guru

- Mengenalpasti tahap penguasaan guru menerapkan pendidikan STEM dalam proses Pengajaran
dan Pemudahcaraan (PdPc).

- Mengkaji hubungan antara penguasaan guru dalam menerapkan pendidikan STEM dan hasil
penguasaan pelajar dalam PdPc.

-Mengkaji masalah-masalah yang dihadapi oleh oleh guru dalam penerapan pendidikan STEM.

4. Skop Kajian

Kajian ini mengfokuskan kepada tahap penguasaan guru terhadap penerapan STEM dalam PdPc
di sekolah menengah sahaja dan tidak melibatkan guru sekolah rendah. Kajian ini dijalankan di
daerah Jasin Melaka dan tidak melibatkan daerah-daerah lain. Namun, responden haruslah guru
yang mengajar mata pelajaran Matematik, Sains, Kimia, Biologi, Fizik, Reka Bentuk Teknologi
dan teknologi kerana ianya kajian yang berfokuskan mata pelajaran STEM. Cara pengutipan data
ialah dengan menggunakan temu bual dan pemerhatian.

Anda mungkin juga menyukai