Anda di halaman 1dari 31

PROSES

PEMBELAJARAN
AINUN SAADAH BINTI KAMARUZAMAN
NOR ATIRAH BINTI REDZUAN
NURUN SYAZWANI BINTI MD RADZI
KESEDIAAN BELAJAR
Merujuk kepada keadaan dalaman individu yang bersedia dan

berupaya untuk mempelajari sesuatu dengan tujuan memperolehi


pengalaman yang baru.

Bruner (1966), kesediaan belajar ialah apa jua yang dapat

disampaikan secara berkesan kepada kanak-kanak di peringkat


perkembangannya.
AFEKTIF

JENIS
KESEDIAAN
BELAJAR

PSIKOMOTOR KOGNITIF
KEMATANGAN

ASPEK EMOSI PENGALAMAN

FAKTOR
KESEDIAAN
BELAJAR
ASPEK SOSIAL MOTIVASI

KEMAHIRAN
PEMERHATIAN
ASAS
IMPLIKASI KESEDIAAN BELAJAR TERHADAP
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1. Proses PnP yang dirancang mengikut kebolehan dan


pengetahuan sedia ada murid.
2. Memenuhi keperluan asan seseorang murid
(fisiologi).
3. Memberikan kemahiran asas yang cukup yang
diperlukan seseorang murid.
4. Bangkitkan naluri ingin tahu murid melalui set
induksi.
PENANGGAPAN
DEFINISI PENANGGAPAN
proses penyusunan maklumat deriaan khasnya
pada deria perhatian dan pendengaran.
Mohd Daud Hamzah (1990)

Konsep membolehkan kita mengumpulkan


pelbagai jenis perkara dan benda yang kita
alami ke dalam kumpulan atau kategori.
Untuk menyelesaikan masalah dan untuk
menghasilkan kombinasi idea-idea baru yang
kreatif.
Konsep Penaggapan

Seseorangitudapatmengingatdengan
mudah,menganalisis,menghubung
dengansituasiyanglaindan
mengumpulkanmaklumatyangberguna
dandapatmenyelesaikanmasalahuntuk
tujuan-tujuantertentu.
1. Konsep Konjunktif
Konjunktif adalah konsep yang dihadkan kepada dua atau
beberapa sifat yang tergabung. Contohnya, burung mesti
mempunyai bulu dan mempunyai sayap sebelum ia boleh
terbang.
TEORI JEROME BRUNER
Bruner (1966) mengatakan bagi membentuk konsep yang
baik, pelajar perlu tahu ciri-ciri konsep. Dalam hal
membentuk konsep, Bruner mengemukakan tiga jenis
konsep.
2. Konsep Disjunktif
Konsep disjungtif memerlukan atribut yang berlainan untuk
membezakan sesuatu kategori. Contohnya berkaitan dengan
burung yang tidak boleh terbang seperti ayam dan penguin
tidak dapat dimasukkan dalam kategori yang sama.
3. Konsep Hubungan atau Gabungan
Konsep hubungan mempunyai ciri-ciri yang saling berkaitan.
Sebagai contoh apabila terdapat jerebu, kualiti udara turun
dan orang ramai jatuh sakit. Ini menunjukkan jerebu
mempunyai perkaitan dengan indeks kualiti udara dan
kesihatan manusia.
Faktor-faktor mempengaruhi penanggapan
Pengalaman
Pengalaman seseorang akan membantunya
membentuk konsep. Satu ransangan atau
pengalaman yang telah dialami dapat dikodkan
dengan lebih senang.

Imaginasi

Imaginasi adalah kebolehan mental seseorang


membayangkan sesuatu walaupun objek atau orang itu
tiada di depan matanya. Daya imaginasi yang tinggi akan
memudahkan seseorang memahami konsep yang abstrak.
Penguasaan Bahasa

Pembentukan konsep memerlukan perbendaharaan kata


dan pengungkapan ayat, penggunaan perkataan dan
struktur ayat yang baik sahaja yang akan dapat
menggambarkan sesuatu konsep dengan tepat.

Contoh-contoh

Bagi membolehkan pembentukan konsep yang baik, pelajar


perlu mengetahui segala ciri-ciri konsep. Hal ini boleh
diperoleh daripada contoh-contoh yang banyak. Contohnya
benda hidup beranak untuk membiak tetapi ada juga benda
hidup yang bertelur.
Kejelasan Fakta

Minda mudah membentuk konsep apabila fakta mempunyai


sifat-sifat yang jelas. Contohnya seperti bunga, sifatnya
berwarna-warni, mempunyai kelopak, terletak dihujung
tangkai.

Kecerdasan

Kecerdasan merujuk kpd kebolehan mental utk mengubah


(shaping) persekitarannya supaya memenuhi keperluannya
(Piaget, 1950). Melibatkan pemikiran peringkat tinggi seperti
menganalisis, mensintesis pengalaman lama dengan baru,
membuat penilaian dan sebagainya.
INGATAN DAN LUPAAN
INGATAN
Ingatan merupakan proses mental yang menyimpan perkara-
perkara yang telah dipelajari dan kemudian mengeluarkannya
kembali sebagai tindak balas dalam situasi yang diperlukan,
seperti menyelesaikan masalah atau aktiviti pengajaran dan
pembelajaran selanjutnya.
Fein (1978), beliau mentafsirkan ingatan sebagai pemprosesan
maklumat yang diterima dalam otaknya, menyimpan dan
mengeluarkannya.
Verno (1980), berpendapat ingatan merupakan bentuk menyimpan
maklumat-maklumat yang bermakna untuk menjadi pengalaman
pada masa hadapan.
JENIS-JENIS INGATAN
1. INGATAN SENSORI.
Ingatan sensori berfungsi sebagai rakaman deria. Masa proses ingatan
sensori ini adalah sangat singkat, biasanya berlaku beberapa saat
sahaja. Ini adalah kerana ransangan yang diterima sampai ke bahagian
organ deria tidak akan kekal lama, tetapi dihantar terus ke stor ingatan
jangka pendek dengan serta merta.
3. INGATAN JANGKA PENDEK.
berfungsi menerima maklumat dari ingatan sensori untuk diproses untuk
sementara waktu sahaja, iaitu dalam 15-30 saat sahaja. Ia menggunakan
tempoh yang singkat ini untuk memerhati maklumat yang berguna,
mengekodkannya dalam satu sistem yang mudah diingat, kemudian
menghantarnya ke stor ingatan jangka panjang
3. INGATAN JANGKA PANJANG
Berfungsi menerima dan proses maklumat yang telah diekodkan secara
kasar dari ingatan jangka pendek untuk disimpan dalam masa yang
lebih lama, mungkin di antara beberapa minit hingga bertahun-tahun.
Maka maklumat yang diterima akan diproses semula dan dipindahkan
kepada satu sistem yang lebih mudah, lebih sistematik dan lebih
sempurna, seperti dalam sistem fail yang dibahagikan mengikut jenis
dan kategori supaya mudah disimpan dan mudah dikeluarkan.
LUPAAN
Proses lupaan adalah bertentangan dengan proses ingatan.
Segala maklumat yang telah diterima dalam stor ingatan tetapi
tidak dapat diingat atau dikeluarkan kembali sebagai tindak
balas adalah dilenyapkan dalam proses lupaan.
Menurut Erikson (1963), lupaan merupakan satu motif di mana
maklumat yang tertentu sengaja dilupai kerana dianggap tidak
penting, kurang seronok atau tidak berguna berdasarkan
kesedaran mental seseorang.
JENIS-JENIS LUPAAN
1. LUPAAN KEUSANGAN
Berlaku apabila maklumat yang disimpan dalam ingatan jangka panjang
dilupai akibat jarang digunakan. Ini bermaksud kod-kod maklumat yang
disimpan tidak aktif dan tidak dipanggil semula.
2. LUPAAN KEGAGALAN
Individu-individu gagal untuk memanggil semula maklumat yang spesifik.
Setiap kali manusia mempelajari maklumat baru, otak akan mewujudkan
satu tanda halus ingatan untuk maklumat tersebut. Jika maklumat ini
tidak dilatih dan dipanggil balik, ia akan lama kelamaan hilang begitu
sahaja.
3. LUPAAN PENGGANTIAN
Berlaku apabila maklumat baru menggantikan segala ingatan yang lama.
4. LUPAAN GANGGUAN
Berlaku akibat gangguan yang berlaku akibat pembelajaran baru atau
pembelajaran lama.
5. LUPAAN TERDESAK
Berlaku akibat sesuatu pengalaman pahit atau sesuatu peristiwa yang
menyakitkan.
6. LUPAAN KEBIMBANGAN/KETAKUTAN
Berlaku dalam keadaan yang tertekan seperti individu yang bimbang atau
semasa murid-murid berada di dalam dewan peperiksaan.
7. LUPAAN LEDAKAN MAKLUMAT
Maklumat yang terlalu banyak untuk dipelajari dan yang tidak mempunyai
kaitan di antara satu sama lain juga boleh menyebabkan proses lupaan.
CARA MENINGKATKAN INGATAN DAN
MENGURANGKAN LUPAAN
Guru perlu menggunakan bahan pembelajaran yang bermakna dan berkaitan dengan
kehidupan murid-murid
Guru meningkatkan isi pembelajaran dengan menggunakan pelbagai cara iaiti daripada
senang kepada susah, maujud kepada abstrak, dekat kepada jauh dan kecil kepada besar.
Memeringkatkan kaedah pembelajaran melalui interaksi guru murid dua hala, pelajar
bebas bertanya dan mengeluarkan pendapat serta merancang aktiviti pembelajaran
menarik dan berkesan.
Menyusun jadual waktu di mana subjek yang susah seperti matematik, kimia dan fizik di
sebelah pagi, manakala subjek seperti seni di sebelah tengah hari atau petang.
Menggunakan kaedah mnemonik dan singkatan. Ia digunakan bagi mengingat jenis
memori dalam ingatan jangka panjang.
Guru perlu menjarakkan isi pelajaran yang ingin disampaikan. Elakkan mengajar satu sesi
pengajaran dengan maklumat atau isi pelajaran yang terlalu padat.
PEMINDAHAN
PEMBELAJARAN
Kecekapan dan kebolehan menggunakan pengalaman,
pengetahuan atau kemahiran sedia ada dalam ingatan untuk
aplikasi kepada proses pembelajaran
Secara ringkasnya, pemindahan belajar ialah dengan
mengambil sesuatu yang telah dipelajari dan
menggunapakainya semula di situasi yang berlainan.
JENIS JENIS PEMINDAHAN PEMBELAJARAN

1. PEMINDAHAN POSITIF
.PEMINDAHAN MENDATAR

Pengalaman seseorang dan individu tersebut dapat mengaplikasikannya


kepada suatu situasi yang serupa atau peringkat kesukaran yang sama.
.PEMINDAHAN MENEGAK

penambahbaikan pengalaman sedia ada kepada satu tahap yang lebih


tinggi.
2. PEMINDAHAN NEGATIF
Pembelajaran lama yang mengganggu pembelajaran baru dan
menyebabkan kekeliruan dan menyebabkan pemindahan
pembelajaran yang salah.
UNSUR
KESAMAAN

PRINSIP-PRINSIP
PENGUKUHAN
KONSEP PEMINDAHAN LATIHAN ASAS
PEMBELAJARAN

KEPELBAGAIAN
RANSANGAN
IMPLIKASI PEMINDAHAN PEMBELAJARAN
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
1. Penentuan pencapaian objektif yang eksplisit.
2. Mengutamakan pemerolehan konsep dan memupuk
kemahiran berfikir.
3. Penyusunan organisasi yang sistematik.
4. Mengajar menggunakan konsep dengan contoh yang
bersesuaian.
SEKIAN,
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai