Anda di halaman 1dari 2

Tangan ke hadapan angkat, turun, angkat, turun.

Baris, senang diri. Baris, baris sedia……….

Semua guru dan murid bersedia untuk menyanyikan 3 buah


lagu iaitu lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya dan lagu sekolah,
Melaka Maju. Nyanyi dengan penuh bersemangat dan tangan
diletakkan di sisi.

Semua murid diminta duduk.(Pastikan semua murid duduk


dahulu barulah boleh memulakan majlis). Yang Dihormati Tuan
Guru Besar, Puan Aminah bte Umar, guru-guru penolong kanan,
guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum
warahmatullahiwabarakatuh dan selamat pagi. Saya
………………............... selaku pengawas yang bertugas pada minggu
ini ingin menjemput guru yang bertugas pada minggu lepas iaitu
Encik/Puan/Cik …………………………………. untuk menyampaikan
laporannya. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Encik/Puan/Cik


………………………………….Kini saya ingin menjemput guru yang
bertugas pada minggu ini iaitu Encik/Puan/Cik……………………..
untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan ini mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Encik/Puan/Cik


………………………………….Kini, majlis menjemput Tuan Guru
Besar, Puan Safiah binti Sharif untuk menyampaikan sepatah dua
kata. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih kepada Tuan Guru Besar. Sampai disinilah


sahaja perhimpunan kita pada pagi ini. Semua murid diminta berdiri.
(Pastikan semua murid berdiri dahulu) Pengawas yang bertugas
melafaz ikrar dan membacakan doa diminta ke hadapan.
Dipersilakan.
PERHATIAN

i) Pengacara perlu peka dengan situasi. Contohnya jika Guru


Besar tiada, tidak perlu menyebut namanya.
ii) Sila bertanya dengan guru-guru yang lain jika mereka ingin
melaporkan/ menyampaikan ucapan.
iii) Pengacara perlu bersuara dengan lantang supaya audiens
dapat mendengar dengan jelas.
iv) Pakaian mestilah kemas dan menarik.
v) Baca teks dengan lancar dan minimakan kesilapan semasa
menyebut sesuatu.

- YAKIN BOLEH-

Anda mungkin juga menyukai