Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN BAHANG

Jabatan Pendidikan Negeri Sabah


Peti Surat 712,
89507 PENAMPANG
SABAH

PANDUAN TEKS PENGACARA


MAJLIS PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN
SESI PETANG SK BAHANG, PENAMPANG

ARAHAN :
SEMUA MURID DIMINTA UNTUK BERADA DI DALAM KELAS
MASING-MASING DAN BERDIRI DENGAN SENYAP. PERHATIAN
KEPADA SEMUA MURID PERHIMPUNAN AKAN DIMULAKAN
SEBENTAR LAGI. SILA BERSEDIA DAN SENYAP.

PEMBUKAAN
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Yang Berusaha Guru Besar ………………………………………………….,
Yang Dihormati Guru Penolong Kanan …………………………………………..,

Guru-guru serta murid-murid sekalian.

Bersyukur kita kerana dengan izinNya kita dapat bersama-sama


berkumpul pada petang ini dalam majlis perhimpunan sekolah.
Semoga perhimpunan ini akan mendapat rahmat daripadaNya.

DOA
Sebagai pembuka tirai perhimpunan kita pada hari ini,
dipersilakan ……………………………… untuk mengetuai bacaan doa.
Majlis mempersilakan.

- ( MURID MEMBACA DOA ) -


Terima kasih kepada ……………………………………. atas bacaan doa itu
tadi.

NYANYIAN LAGU
ARAHAN :
SEMUA MURID DIMINTA UNTUK BERDIRI TEGAK DAN SENYAP.
ANGKAT TANGAN DAN LURUSKAN BARISAN.

Seterusnya kita akan menyanyikan 3 buah lagu iaitu nyanyian Lagu


Negaraku diikuti Lagu Sabah Tanah Airku dan Lagu Sekolah.

Diharapkan semua dapat menyanyikan lagu dengan bersemangat.

- LAGU NEGARAKU -
- LAGU SABAH TANAH AIRKU -
- LAGU SEKOLAH -

BACAAN IKRAR DAN RUKUN NEGARA


Seterusnya majlis mempersilakan murid yang bertugas minggu ini
untuk mengetuai bacaan ikrar. Dipersilakan.

- IKRAR RUKUN NEGARA -


Terima kasih diucapkan. Semua murid dipersilakan duduk.

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU LALU


Majlis perhimpunan kita pada hari ini diteruskan lagi dengan
mempersilakan Guru Bertugas pada minggu lalu bagi
menyampaikan laporan. Dipersilakan.

- GURU BERTUGAS MINGGU LALU MEMBUAT PELAPORAN -

Terima kasih diucapkan. Diharapkan apa yang telah disampaikan


tadi dapat menjadi panduan buat kita semua.
Untuk makluman, guru bertugas pada minggu ini
ialah : ……………………………………………..

UCAPAN DAN PESANAN DARI GURU-GURU


Seterusnya majlis menjemput mana-mana guru yang ingin
membuat pengumuman atau pun pesanan.

UCAPAN GURU BESAR / GURU PENOLONG KANAN


Seterusnya majlis mempersilakan ( GURU BESAR / PENOLONG
KANAN ………………………..) untuk menyampaikan ucapan. Majlis
mempersilakan.

Terima kasih kepada ( GURU BESAR / PENOLONG


KANAN …………………. ) atas ucapan yang telah disampaikan tadi.
Semoga nasihat, teguran, amanat itu dapat dijadikan panduan ke
arah yang lebih baik dan bermanfaat.

BERSURAI
Bagi mengakhiri majlis perhimpunan kita pada hari ini, diminta
semua murid untuk meletakkan tangan didada dan mengucapkan
terima kasih kepada semua guru.

- MURID BEREDAR KE KELAS MASING-MASING MENGIKUT BARISAN-

Anda mungkin juga menyukai