Anda di halaman 1dari 6

Bulatkan jawapan yang paling sesuai.

1. Tiga orang peserta ekspedisi mendaki Gunung Tahan tersesat __________ dalam
hutan.
A. di
B. ke
C. pada
D. dari

2. Markah ujian yang diperoleh Amirah hanya separuh _________ markah yang
dijangkakan.
A. dari
B. dengan
C. daripada
D. kepada

3. Joey membeli hadiah __________ ibunya bersempena sambutan hari jadi ibunya.
A. daripada
B. untuk
C. demi
D. kepada

4. Pemandangan _________ tepi pantai itu sangat indah _________ waktu petang.
A. di ... pada
B. dari ... daripada
C. ke ... kepada
D. dari ... pada

5. Progran Latihan Khidmat Negara bertujuan untuk menyemai sikap cinta


___________ negara.
A. kepada
B. pada
C. dengan
D. akan

6. Sampah di kawasan perumahan itu tidak dikutip _________ seminggu yang lalu.
A. dari
B. sejak
C. hingga
D. dalam

7. Ahli lembaga syarikat itu sedang berbincang _________ cara-cara _________


meningkatkan produktiviti syarikat.
A. akan ... demi
B. tentang ... untuk
C. dengan ... bagi
D. oleh ... untuk

FAIZAHJAYA 1
8. Para perajurit sanggup menggadaikan nyawa _________ mempertahankan tanah
air.
A. bagi
B. demi
C. dengan
D. oleh

9. Encik Ahmad tidak mahu masuk campur _________ hal rumah tangga anak
lelakinya.
A. di
B. oleh
C. dalam
D. antara

10. Pak Ali sanggup menggadaikan tanah pusakanya ________ membiayai pelajaran
anaknya si luar negara.
A. untuk
B. dengan
C. akan
D. terhadap

11. Seminar Bahasa Melayu itu telah dihadiri oleh para peserta ___________ Sabah
dan Sarawak.
A. daripada
B. hingga
C. sampai
D. dari

12. Projek perumahan Mega sudah terbengkalai ____________ tiga tahun yang lalu.
A. dari
B. sejak
C. hingga
D. sampai

13. Kejayaan kita dalam pelajaran bergantung ____________ daya usaha kita
sendiri.
A. oleh
B. pada
C. kepada
D. daripada

14. ”Hadiah itu __________ kamu, Zetty, ” kata Salina.


A. pada
B. untuk
C. dengan
D. kepada

FAIZAHJAYA 2
Soalan 15 berdasarkan gambar

15. Air sungai itu __________ kerana sampah sarap dibuang ke dalamnya.
A. jernih
B. hitam
C. kotor
D. bersih

16. Semua seluarnya sudah menjadi __________ kerana badannya sudah berisi.
A. ketat
B. besar
C. singkat
D. longgar

17. Roziah yang ringan mulut itu sungguh_____________dengan semua orang


walaupun dengan orang yang baru dikenalinya.
A. sombong
B. senang
C. ramah
D. kasar

18. Mata Aminah ____________ kerana terkena air sabun.


A. pedas
B. lebam
C. pedih
D. panas

19. Cik Loh sangat ________ mendengar lagu yang dinyanyikan oleh biduanita itu.
A. ghairah
B. asyik
C. tekun
D. leka

20. Tiang-tiang elektrik di tebing itu ________ selepas berlakunya gegaran.


A. serong
B. bengkok
C. bongkok
D. condong

FAIZAHJAYA 3
21. Micheal Lim mengalirkan air mata kerana terlalu __________ mendengar berita
tentang kemalangan itu.
A. sedih
B. hairan
C. terkejut
D. gembira

22. Sarung bantal adik berbau ___________ kerana telah lama tidak dicuci.
A. hapak
B. tengik
C. hamis
D. hancing

23. Amirul berjalan dengan __________ kerana dia hendak cepat sampai di
rumahnya.
A. tertib
B. gopoh
C. pantas
D. cermat

Soalan 23 berdasarkan gambar

24. Kemalangan jalan raya itu berpunca daripada __________ pemandunya.


A. kelajuan
B. kelalaian
C. keberanian
D. kesibukan

25. Seluar itu tidak ____________ untuk abang kerana pinggangnya besar.
A. masuk
B. muat
C. muak
D. mual

FAIZAHJAYA 4
26. Kucing hitam itu mencuri ikan yang_____________digoreng oleh kakak.
A. baru
B. lama
C. segar
D. hanyir

27. Walaupun umur adik baru empat tahun, tetapi dia____________bercakap.


A. laju
B. petah
C. bising
D. pandai

28. “Masukkan se __________ garam ke dalam lauk itu,” kata Mak Cik Salmah
kepada Jamilah.
A. cuit
B. cubit
C. cekak
D. genggam

29. Polis melepaskan lima __________ tembakan ke arah perompak itu.


A. butir
B. das
C. biji
D. pucuk

30. Buku itu berharga dua belas ringgit se __________.


A. papan
B. keping
C. naskhah
D. rangkap

31. Ayah membeli dua __________ petai di gerai itu.


A. gelung
B. papan
C. mata
D. biji

32. Beberapa __________ cendawan tumbuh di atas rumput.


A. batang
B. helai
C. kaki
D. titik

33. Ayah membeli lima __________ nasi lemak.


A. bungkus
B. ulas
C. buah
D. ketul

FAIZAHJAYA 5
34. Ibu menggunakan lima __________ sabun untuk membuat gubahan bunga
sabun itu.
A. batang
B. biji
C. buku
D. potong

35. Di belakang rumah Malek ada __________ anak sungai.


A. sebuah
B. sebatang
C. sebidang
D. sebaris

36. Budak itu baru dapat menyebut beberapa______________ perkataan.


A. patah
B. batang
C. potong
D. rangkap

37. Beberapa __________ rokok bertaburan di lantai.


A. puntung
B. berkas
C. kotak
D. patah

38. Leman dan Timah bergelar sebagai ___________ suami isteri sejak 5 tahun lalu.
A. sekawan
B. segerombolan
C. sepasang
D. selembar

39. Ayah membelikan adik __________ langsat dan __________ rambutan.


A. segugus ... setangkai
B. segugus ... seikat
C. sebiji ... selonggok
D. setangkai ... segugus

40. __________ senapang dan beberapa __________ peluru telah dijumpai di tepi
bangunan itu.
A. Sebatang ..... biji
B. Sedas ..... buah
C. Selaras ..... butir
D. Sekaki ..... butir

FAIZAHJAYA 6

Anda mungkin juga menyukai