Anda di halaman 1dari 4

KATA TUGAS: KATA ADVERBA

Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, atau
frasa sendi nama.
Teliti ayat-ayat berikut:
1.
2.
3.

Kami sering memperkatakan hal itu.


Dia datang ke sini diam-diam.
Setinggi-tinggi bangau terbang, akhirnya hinggap di belakang kerbau
juga.

Perkataan sering, diam-diam dan setinggi-tinggi dalam ayat 1 3 ialah kata


adverba yang menerangkan kata kerja memperkatakan, datang dan terbang.
4.
5.
6.

Badan adik kurang sihat.


Gadis itu malu tersipu-sipu.
Sudah besar panjang anak gadisnya.

Dalam ayat 4 6, kata adverba kurang, tersipu-sipu dan panjang menerangkan


kata adjektif sihat, malu dan besar.
7.
8.
9.

Kami serta-merta ke rumahnya apabila mendengar berita tersebut.


Ibu kerap ke hospital semenjak nenek sakit.
Orang tua itu sering ke tepi danau menyendiri.

Dalam ayat 7-9 serta-merta, kerap dan sering ialah kata adverba yang
menerangkan frasa sendi nama.
Perhatikan bahawa dalam ayat-ayat di atas, kata adverba dapat hadir sama ada
di hadapan atau di belakang unsur yang diterangkan.
Cuba anda kenal pasti kata adverba yang hadir:
i.
ii.

di hadapan unsur yang diterangkan


di belakang unsur yang diterangkan.

nab_munsyi dewan/jpm_ippm/2008

BENTUK KATA ADVERBA


Kata adverba dapat digolongkan kepada empat bentuk, iaitu:
1.
2.
3.
4.

Kata adverba jati


Kata adverba yang asalnya kata adjektif
Kata adverba yang asalnya kata kerja
Kata adverba bentuk gandaan

Kata Adverba Jati


Kata adverba jati terdiri daripada perkataan yang sememangnya berfungsi
sebagai penerang kepada golongan kata yang terdiri daripada kata kerja dan
frasa kerja, kata adjektif dan frasa adjektif atau frasa sendi nama yang tidak
termasuk dalam mana-mana golongan kata lain.
Contohnya:
semalam
kelmarin
esok
lusa
tulat
kelak
sekarang
dahulu
tadi
barang kali
kemudian

sering kali
acap kali
kerap kali
julung kali
sentiasa/senantiasa
kadang-kadang
kadang-kala
saling
sekaligus
jarang kali

serentak
sempat
langsung
nyaris
begitu
begini
demikian
pertama kali
agaknya
nanti

Kata Adverba Yang Asalnya Kata Adjektif


Kata adverba jenis ini berasal daripada kata adjektif yang berfungsi sebagai
penerang kepada kata kerja, kata adjektif, atau frasa sendi nama.
Contohnya:
bertiup kencang
ketawa besar
hampir terjatuh

sakit kuat
besar panjang
tinggi lampai

nab_munsyi dewan/jpm_ippm/2008

segera ke pejabat
dari rumah selalu
sering di pejabat

Kata Adverba Yang Asalnya Kata Kerja


Kata adverba ini berasal daripada kata kerja yang berfungsi sebagai penerang
kepada kata kerja, kata adjektif, atau frasa sendi nama.
Contohnya:
berjalan mengiring
terbang mengawan
berenang melentang

hitam berkilat
tenang membiru
putih berseri

di rumah sendirian
ke hutan menyendiri

Kata Adverba Bentuk Gandaan


Kata adverba bentuk gandaan ialah perkataan yang mengalami proses
pengandaan yang berfungsi menerangkan kata kerja, kata adjektif, atau frasa
sendi nama. Tiga bentuk kata adverba berganda ialah:
1.
2.
3.

Kata adverba penggandaan penuh


Kata adverba penggandaan separa, dan
Kata adverba penggandaaan berentak

Kata adverba penggandaan penuh


Kata adverba penggandaan penuh ialah perkataan yang terhasil daripada proses
menggandakan seluruh kata dasarnya.
Contohnya:
betul-betul
sedikit-sedkit
jarang-jarang

laju-laju
malam-malam
pura-pura

cepat-cepat
sama-sama
tinggi-tinggi

Kata adverba penggandaan separa


Kata adverba penggandaan separa terhasil daripada proses menggandakan kata
dasarnya yang mengandungi imbuhan tanpa menggandakan imbuhannya, yakni
proses penggandaan separa.
Jenis penggandaan separa:
i.
Penggandaan separa berawalan
ii.
Penggandaan separa berakhiran

nab_munsyi dewan/jpm_ippm/2008

Kata adverba penggandaan separa berawalan


Kata adverba penggandaan separa berawalan ialah perkataan yang terhasil
daripada proses menggandakan hanya kata dasar tetapi tidak awalannya.
Contohnya:
bermalam-malam
berdikit-dikit
sekali-kali

terkial-kial
terkedek-kedek
tersipu-sipu

Kata adverba penggandaan separa berawalan se- yang turut menerima bentuk
-nya. Contohnya:
selama-lamanya
seikhlas-ikhlasnya
sebaik-baiknya

semahu-mahunya
secepat-cepatnya
sesungguh-sungguhnya

Kata adverba penggandaan separa berakhiran


gila-gilaan
habis-habisan
besar-besaran

kecil-kecilan
mati-matian

Kata adverba penggandaan berentak


Kata adverba penggandaan berentak ialah perkataan yang terhasil daripada
proses menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu.
Contohnya:
menangis sedu-sedan
-pukang lari lintang
kedengaran hingar-bingar

bekerja tungkus-lumus
datang serta-merta
berjalan huyung-hayang

Rujukan:
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008). Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan
Pustaka
Nik Safiah Karim(2007). Liku-liku Bahasa. Shah Alam : K Publishing Sdn Bhd

nab_munsyi dewan/jpm_ippm/2008

Anda mungkin juga menyukai