Anda di halaman 1dari 4

IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Lembah Pantai, Kuala Lumpur _____________________________________________________________________________________ KERTAS CADANGAN PROGRAM REKREASI EKSPEDISI KAYAK

2010 JABATAN HAL EHWAL PELAJAR

1.0

TUJUAN

Kertas Cadangan ini dikemukakan untuk mendapat kelulusan ahli Mesyuarat Majlis Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran (M3P).
2.0 TAJUK PROGRAM REKREASI EKSPEDISI KAYAK 2010 3.0 PENGENALAN

Program rekreasi merupakan salah satu daripada aktiviti yang sering dilakukan oleh pelajar. Pada kali ini, program rekreasi yang akan akan diadakan adalah ekspedisi kayak 2010 di Port Dickson, Negeri Sembilan yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar 2010/2011 melalui Exco Sukan dan Rekreasi. Melalui program ini, pelbagai manfaat yang boleh diperolehi oleh pelajar dari segi fizikal, mental dan sahsiah. Pada masa yang sama, program ini juga mampu memupuk perpaduan antara pelajar IPG KBA. Ia juga bertujuan untuk menjadikan para pelajar sebagai guru pelatih yang serba boleh daripada pelbagai aspek. Justeru, aktiviti sukan dan rekreasi merupakan salah satu elemen penting dalam IPG KBA. 4.0 OBJEKTIF 4.1 Memupuk semangat kerjasama dan sikap bantu membantu dalam kalangan pelajar IPG KBA. 4.2 Memberi pengalaman, kemahiran dan latihan untuk pelajar mengendalikan kayak dengan betul. 4.3 Memberi pengalaman kepada guru-guru pelatih tentang cabaran yang bakal dihadapi apabila mereka mengajar di kawasan pedalaman yang memerlukan pengangkutan air sebagai jalan utama. 4.4 Menjadikan program ini sebagai salah satu langkah dan latihan awal untuk pelajar berhadapan dengan keadaan dan situasi sebenar apabila menjadi guru nanti.

4.5

Meningkatkan daya tahan fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial melalui program yang diatur.

4.6

Meningkatkan kemahiran kognitif guru-guru pelatih terutamanya dalam aspek pengurusan dan penyelenggaraan program.

4.7 4.8

Memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar melalui sukan kayak. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara para pelajar IPG KBA.

5.0

ASAS PERTIMBANGAN

5.1

Program ekspedisi kayak 2010 yang bakal dijalankan ini, adalah di bawah program Majlis Perwakilan Pelajar 2010/2011 melalui Exco Sukan dan Rekreasi dengan kerjasama dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG KBA.

5.2

Butiran program adalah seperti berikut: Tajuk program Tarikh cadangan Tempat Peserta : Program Ekspedisi Kayak 2010 : 9 Oktober 2010 (Sabtu) : Port Dickson, Negeri Sembilan : 40 orang

6.0

IMPLIKASI

6.1

Melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan, ia akan membina sahsiah guru yang berketrampilan dan mampu menghadapi cabaran dan arus globalisasi.

6.2

Melatih bakal-bakal guru untuk mengendalikan program yang melibatkan pihak luar, pihak IPG KBA mengikut prosedur yang teratur dan betul.

6.3

Memantapkan ketahanan fizikal dan mental bakal-bakal guru ke arah melahirkan guru-guru yang bersemangat tinggi dan optimis melalui ekspedisi yang mereka lalui.

6.4 6.5

Menjadikan para pelajar IPG KBA aktif dalam bidang kokurikulum. Menggalakkan para pelajar IPG KBA untuk mengamalkan budaya hidup sihat.

6.6 Sebagai salah satu langkah untuk pelajar menggunakan masa dengan bermanfaat dan berfaedah.

7.0

ANGGARAN PERBELANJAAN

Perbelanjaan bagi Program Ekspedisi Kayak 2010 ini adalah ditanggung oleh pelajar sepenuhya. Namun, kami memohon jasa baik dari pihak institut untuk memberi kebenaran menggunakan bas dan peralatan IPG KBA supaya program ini dapat dijalankan dengan sempurna.

8.0

SYOR

Majlis Perwakilan Pelajar IPG KBA melalui Exco Sukan Dan Rekreasi 2010/11 berharap supaya pihak pentadbiran memberi pertimbangan dan kelulusan dalam menjalankan Program Ekspedisi Kayak 2010. Segala kerjasama dari pihak tuan kami dahului dengan jutaan terima kasih.

9.0

KESIMPULAN Program yang dirangka ini memberi banyak faedah dan manfaat dalam melahirkan guru yang berdisiplin, mempunyai semangat dan jati diri serta ketrampilan yang tinggi dalam apa juga bidang dan lapangan. Justeru, diharap program ini mendapat kelulusan dari pihak institut supaya aktiviti yang dirancang ini dapat dijalankan dengan sempurna.

10.0

PENUTUP Diharap ahli mesyuarat MPPP mengambil maklum dan mempertimbangkan dengan sewajarnya kertas cadangan ini.

Disediakan oleh

(MOHAMAD TAHIR BIN KAMARUZAMAN) Ketua Jabatan Jabatan Hal Ehwal

2.1 Butiran program adalah seperti berikut: Tajuk program Tarikh cadangan Tempat Hari Peserta : Program Ekspedisi Kayak 2010 : 9 Oktober 2010 : Port Dickson, Negeri Sembilan : Sabtu : 40 orang

Anda mungkin juga menyukai