Anda di halaman 1dari 3

Sajak "Lebah dan Madu"

Maksud

Rangkap 1:
Pada dahan pokok tualang, kelihatan sekumpulan lebah membuat
sarang. Lebah-lebah itu menggambarkan sikap yang terpuji, iaitu
sebagai serangga yang cergas dan sentiasa hidup bermuafakat.

Rangkap 2:
Koloni lebah itu mempunyai ketua atau pemimpin, iaitu ratu lebah.
Ratu yang mengatur dan mengawasi aktiviti pekerja membuat sarang
dan madu. Penghasilan madu (dari bunga-bungaan terpilih) dengan
rasanya yang manis, kemudian menjadi penawar (yang mujarab) bagi
penyakit yang dihidapi manusia.

Rangkap 3:
Pemerhatian terhadap lebah pada dahan pohon tualang berkenaan
menyedarkan penyajak (manusia yang peka) bahawa seseorang itu
harus sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam sesuatu
pekerjaan. Selain itu. seseorang itu juga hendaklah meninggalkan
jasa sebagaimana lebah yang menghadiahi manusia dengan madu
yang istimewa.


Tema

Kesedaran untuk mencontohi lebah yang sentiasa bekerjasama, dan
sepakat, selain berjasa kepada hidupan lain.


Persoalan

1 Ketekunan dalam melakukan sesuatu pekerjaan

2 Permuafakatan dalam sebarang pekerjaan

3 Kerajinan dalam menyempurnakan sesuatu tugasan

4 Ketaatan terhadap pemimpin

5 Kebijaksanaan dalam mengatur organisasi

6 Hidup berjasa sesama makhluk

7 Kepekaan terhadap sifat terpuji makhluk lain


Nilai

1. Bekerjasama - Kerjasama yang terjalin antara lebah sehingga
mampu membuat sarang pada dahan pokok tualang.

2. Kerajinan - Kerajinan lebah dalam usaha membuat sarang dan
menghasilkan madu.

3. Bersatu padu - Hidup lebah yang sentiasa bermuafakat dan
bersatu padu telah membawa kejayaan.

4. Berjasa - Lebah berjasa besar kepada manusia kerana madunya
menjadi penawar kepada penyakit.

5. Taat kepada pemimpin - Pekerja lebah mematuhi arahan ratu
sebagai pemerintah.


Pengajaran

1. Kita hendaklah tekun dalam melakukan sesuatu pekerjaan

2. Kita hendaklah sentiasa bermuafakat dan bersungguh-sungguh
dalam melakukan sesuatu pekerjaan

3. Kita hendaklah mematuhi arahan ketua

4. Kita hendaklah bijak dalam memimpin

5. Kita wajiblah hidup berjasa sesama makhluk

6. Kita hendaklah mencontohi sifat-sifat terpuji yang dimiliki oleh
makhluk lain

Anda mungkin juga menyukai