Anda di halaman 1dari 2

ANALISIS TEKS

SAJAK MAKSUD

Di pohon sana Pada dahan sebatang pokok, lebah sedang membuat


pada dahan pohon tualang sarang. Lebah ialah sejenis serangga yang cergas dan
lihatlah lebah-lebah sentiasa hidup bermuafakat. Sikap ini ialah sikap yang
sudah membuat sarang terpuji bagi lebah.
serangga yang cergas
sentiasa hidup sepakat
sikap yang terpuji.

Ada ratu ada pekerja Dalam keluarga lebah ada ratu atau pekerja.
berkumpul dan bekerjasama Walaubagaimanapun, semua lebah hidup berkumpul dan
madu manisnya bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Madu
penawar penyakit manusia. yang dihasilkan oleh lebah sangat manis dan menjadi
penawar kepada penyakit  manusia.

Lebah-lebah Penyajak membuat kesimpulan bahawa lebah-lebah yang


pada dahan pohon tualang ada pada dahan pokok memberi kesedaran tentang
kau membuat aku sedar kepentingan usaha. Selain itu, manusia perlu berbuat jasa
harus selalu berusaha dalam hidup seperti lebah yang berjasa melalui madunya
dan meniggalkan jasa yang istimewa.
seperti madumu yang
istimewa

Tema
Sikap dan jasa lebah dimana lebah mempunyai pelbagai sikap terpuji seperti rajin dan
bekerjasama, di samping berjasa kepada manusia. Lantaran itu, kita perlu mencontohi
lebah yang mengamalkan kehidupan bermasyarakat dan berjasa kepada hidupan lain.

Persoalan

1. Kerajinan sejenis serangga


2. Permuafakatan dalam kehidupan
3. Jasa sejenis serangga
4. Hidup bersatu padu tanpa mengira kedudukan
Gaya Bahasa
Gaya Bahasa Contoh
     Pengulangan perkataan ada ‘ada ratu ada pekerja’
1.    Pengulangan
     Pengulangan frasa ‘ pada dahan pohon tualang’

2.    Sinkof
Seperti madumu yang istimewa.
(penggunaan singkatan
kata)

Ada ratu ada pekerja


1.    Asonansi (pengulangan
dalam baris sajak di atas, vokal “a” diulang sebanyak 7 kali
huruf vokal)

2.    Aliterasi Serangga yang cergas


dalam baris sajak di atas, konsonan “g” diulang sebanyak 4 kali

Nilai Murni

1. Bekerjasama Bukti : berkumpul dan bekerjasama


2. Kerajinan Bukti : lihatlah lebah-lebah sudah membuat sarang
3. Bersatu padu Bukti : sentiasa hidup sepakat
4. Berjasa Bukti : penawar penyakit manusia

Pengajaran

1.    Kita perlu bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan untuk mendapatkan hasil
yang terbaik.
2.    Kita perlu bersikap rajin demi mencapai kesempurnaan dalam hidup.
3.    Kita akan menikmati kejayaan jika menjadikan sikap bersatu padu sebgai amalan
kehidupan.
4.    Sebagai manusia yang berhati murni, kita perlu berjasa kepada pihak-pihak yang
memerlukan bantuan.

Anda mungkin juga menyukai