Anda di halaman 1dari 1

Rumusan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030

Petikan membincangkan tentang satu rangka tindakan yang


telah dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia, iaitu Wawasan
Kemakmuran Bersama 2030 untuk tempoh 2021 hingga 2030.

Antara objektif paling utama rangka tindakan ini dikeluarkan


adalah untuk menstruktur semula ekonomi negara agar menjadi
lebih progesif dan bernilai tinggi dengan penyertaan masyarakat
yang menyeluruh di semua peringkat. Selain itu, jurang pendapatan
antara negeri, golongan yang kaya dengan miskin serta penduduk
bandar dan luar Bandar dapat dirapatkan. Di samping itu, Wawasan
Kemakmuran Bersama 2030 ini dapat membina negara yang bersatu,
makmur dan beramanah serta kestabilan politik turut dicapai.

Secara keseluruhan, rangka tindakan atau lebih tepat lagi


iltizam untuk menjadikan negara Malaysia sebuah negara yang terus
membangun dari segi semua perspektif. Rangka tindakan ini
merupakan satu panduan untuk Kerajaan Malaysia dan rakyat jelata
untuk membangunkan negara bersama-sama dalam 10 tahun
sebelum menjelang 2030. Tambahan pula, rakyat tidak akan
mengalami ketidaksaksamaan antara satu sama lain serta Malaysia
akan muncul sebagai paksi ekonomi Asia. Akhirnya, tiga objektif
utama Wawasan Kemakmuran 2030 akan tercapai menjelang 2030
sekali gus menjadikan negara sebuah negara yang maju.

Anda mungkin juga menyukai