Anda di halaman 1dari 19

Nilai Keindahan

Ku Zam Zam ku Idris


 Menurut Ku ZamzamkuIdris,Terdapat 3 jenis rasa
yang mempengaruhi masyarakat Melayu dalam
menilai keindahan sesuatu bentuk seni itu :

 Rasa Kehalusan
 Rasa Kesesuaian
 Rasa Keaslian
Rasa Kehalusan
 

 Apabila kita menilai keindahan sesuatu objek kita


sering dihubungkaitkan dengan kehalusan.Misalnya
menilai gerak geri dan sebagainya.Dalam masyarakat
Melayu, maksud kehalusan itu berbagai-bagai.
 
 Dari segi bentuk, halus menggambarkan tidak besar
atau kasar.Sifat yang lembut dan licin, nyaring, merdu
dan mersik adalah merupakan sifat-sifat kehalusan.
 
 Dari segi pekerjaan, kehalusan merupakan kerja
yang amat teliti yang dapat menghasilkan sesuatu
yang baik dan bernilai.
 
 Setiap karya seni mempunyai bentuk yang
tersendiri yang berlainan antara satu sama lain dan
sekaligus dapat membezakan antara satu karya
dengan karya yang lain.
 Di dalam karya seni ia dapat dilihat dari 2 sudut,
iaitu :
 
 1) Bentuk yang nyata - rupa dan bentuk
- warna
- garisan
- rupa
- dimensi
 2) Bentuk yang tidak nyata –

 Faktor dalaman yang mempengaruhi penciptaan


sesuatu karya seperti penggunaan
 simbol, daya kepekaan, pencipta dan nilai moral
serta kepercayaan yang dianuti.
 
 Dalam masyarakat Melayu, ukuran kehalusan
dalam karya seni dapat diperhatikanmelalui bentuk
karya yang nyata yang menggabungkan 3 aspek,
iaitu kesempurnaan,kekemasan dan keseimbangan.
 
 Kesempurnaan bentuk wujud dalam komposisi
corak (reka bentuk), motif (reka corak), warna-
warna yang digunakan dan keterlibatan daya rasa
pencipta dalam menghasilkan karya.
 Merujuk kepada seni kraftangan Melayu, corak atau reka
bentuk itu ialah penyusunan bentuk-bentuk visual seperti
garis, ruang, warna, tekstur dan lain-lain dan juga hiasan yang
terdapat.Wujud 2 jenis corak yang biasa digunakan, iaitu
geometrik yang menggunakan pelbagai bentuk garis-garis
sebagai bentuknya dan organik, iaitu bentuk-bentuk yang
hidup.
 
 Dalam seni ukiran, bentuk geometrik terdapat pada perabot
rumah, misalnya yang berbentuk tiga segi atau empat segi dan
juga terletak pada tingkap dan jejenang pintu.
 Keindahan yang dinilai melalui kehalusan bentuk terpancar
dalam aspek kesempurnaan corak, motif atau hiasan karya
kraftangan itu.Ciri kesempurnaan itu dapat dilihat dari
berbagai-bagai sudut :
 
 * Corak yang abstrak dan yang lebih indah dari yang
natural.Misalnya motif binatang dan tumbuhan dalam ukiran
yang dilakukan melalui corak awan larat dll.Nilai
kesempurnaan abstrak ini amat sesuai pula dengan nilai Islam
tentang kesenian keseluruhannya.
 
 * Kesempurnaan corak juga dihasilkan bila garis-garis
yang diciptakan adalah sempurna, iaitu tepat dan rupa
bentuk menepati bentuk objektif yang ingin diciptakan.
 Misalnya untuk mengukir kepala ayam pada tongkat,
garis-garis yang lengkap harus dihasilkan untuk
membentuk muncung jambul, balung dan
mata.Sesungguhnya setiap motif bunga yang kembang
haruslah memperlihatkan bahagian-bahagian
tangkainya, kelopak, sari-sari bunga dll.
 * Bentuknya yang kemas dan strukturnya tersusun dengan bersih, rapi serta
lengkap penciptaannya.Unsur-unsur yang nyata terdapat dalam satu-satu karya
yang tidak nyata seperti idea, pengalaman dan emosi tidak dapat menjamin
sesuatu karya seandainya kompenan-kompenan itu tidak dipilih, disusun atau
diatur dengan rapi sebelum di lahirkan dalam bentuk konkrit.

 Kemasnya sesuatu penciptaan bentuk karya itu bergantung kepada 3 unsur


penting, iaitu unsur yang nyata, unsur yang tidak nyata dan daya kreativiti
pencipta membentuk dan menyusun bahan-bahan tersebut.Faktor kekemasan
berkait rapat dengan faktor keseimbangan dalam menghasilkan karya yang
indah.Sesuatu karya seni ukir itu haruslah seimbang, iaitu unsur-unsur yang
disatukan itu bukan sahaja kemas tetapi juga secocok, sepadan, setimpal dan
tidak berat sebelah.
 
Rasa Kesesuaian
 

 Konsep kesesuaian yang digunakan sebagai salah


satu pengukur keindahan membawa maksud
kepadanan, berpatutan, serasi atau secocok.
 
 Dalam satu-satu karya seni ukir, unsur kesesuaian
ini akan wujud dalam bentuk karya yang
terangkum di dalamnya corak, motif, warna dll.
 
 Dari segi corak, keindahan karya akan terpancar
bila corak atau reka bentuk yang dihasilkan itu
bersesuaian dengan fungsinya.Misalnya bentuk
kepala ayam pada hulu keris yang dikenali sebagai
‘ayam patah tengkuknya’ atau kepala burung yang
dikenali sebagai ‘hulu pekaka’ dianggap indah
kerana kesesuaian dengan fungsinya.Sarung hulu
keris seharusnya mempunyai bentuk yang sesuai
dengan penahan genggaman semasa digunakan.
 Selain sesuai dari segi fungsi pemilihan corak
yang indah, ia juga mestilah sesuai dengan nilai
norma masyarakat penciptanya.Misalnya corak
bangau yang terdapat pada perahu, mencerminkan
sistem kepercayaan orang Melayu bahawa perahu
yang diukir sebegini rupa akan membawa tuah,
dan mendatangkan hasil tangkapan ikan yang
banyak kerana bangau adalah simbol kepada
kepandaian menangkap ikan
 Motifyang indah misalnya untuk objek dinding
yang besar seperti dinding rumah, motif awan larat
yang berkembang besar amatlah sesuai
digunakan.Selain daripada corak dan motif, dari
aspek kesesuaian dan pilihan warna juga adalah
penting.Minat pada kegunaan warna yang tidak
garang adalah sesuai dengan sifat orang Melayu
yang digalakkan oleh Islam, iaitu bersederhana.
 
 Tataletak ukiran tersebut :
 
 Ayam Berlaga :
 
 - di bawah anak tangga rumah, ia
membawa pengertian tidak sukaberlaga
 atau bergaduh.
Rasa Keaslian

 Walaupun keaslian pada hakikatnya didefinisikan


sebagai sesuatu yang tulen dan yang jati, tetapi dalam
penciptaan karya seni, keaslian yang dimaksudkan
bukanlah bermaksud tidak wujudnya pengaruh-
pengaruh luar tetapi yang dipentingkan ialah keaslian
idea pencipta berkonsepkan sesuatu yang baru dari
model yang diambil sehingga melakukan karya yang
baru dan asli, dibantu dengan penggayaan atau
pengurangan yang terdapat pada objek.
 Untuk melahirkan ciri keaslian sesuatu karya,
aspek gaya dan bahan yang digunakan dapat
membantu seseorang pencipta itu.Konsep gaya
menonjolkan sifat atau cara yang digunakan oleh
seorang pencipta dalam menghasilkan sesuatu
hasil seni.
 
 Rumusan : Islam menggalakkan kesenian yang menciptakan
karya yang tidak bercanggah dengan hukum
Tuhan.Masyarakat Melayu sangat patuh akan perintah
tersebut.
 Pelahiran corak dalam bentuk asalnya itu, iaitu
menggambarkan manusia dan binatang dalam bentuk asal
ditakuti akan membawa sifat-sifat yang bercanggah pada
penciptanya yang mungkin akan berpendapat bahawa ia juga
menghasilkan sesuatu hasil ciptaan sebagaimana ciptaan
Tuhan.
 3nilai inidapat dikesan dalam karya seni orang Melayu.

Anda mungkin juga menyukai