Anda di halaman 1dari 7

Penulisan merupakan penghasilan teks karangan, iaitu melibatkan proses dan

hasil. Proses adalah menulis dan mengeluarkan idea, manakala hasil adalah
buah fikiran yang telah dikeluarkan menjadi sebuah cerita yang lengkap.

Kebanyakan pelajar lemah serta kurang menguasai permulaan ayat bagi menulis
perenggan-perenggan isi. Adakalanya, mereka dapat menyatakan idea namun
idea yang ingin disampaikan oleh mereka gagal difahami dengan jelas kerana
gaya penulisan ayat mereka pula tidak gramatis. Dengan ini saya telah
memperincikan elemen yang perlu ada dalam penulisan karangan dengan lebih
jelas.

Kaedah Menulis karangan

Perlu ada perancangan penulisan perenggan:

- Pengenalan

- Isi

- Kesimpulan

Perenggan Pengenalan

o Perlu mengandungi kata kunci iaitu ayat umum dengan ayat khusus.


o Ayat umum menggambarkan secara keseluruhan isu yang hendak
diperkatakan.
o Ayat khusus pula berfungsi memberikan gambaran terperinci terhadap
perkara atau isu yang diperkatakan.
o Boleh bersifat takrifan terhadap tajuk karangan, bersifat peribahasa, atau
pernyataan terhadap pendirian penulis.

Perenggan Isi

o Perlu ada ayat topik dalam setiap perenggan isi.


o Ayat topik juga dikenali sebagai isi utama karangan yang sesuai dengan
pernyataan ayat khusus yang diperkenalkan dalam perenggan pengenalan.
o Ayat topik boleh dibina di awal, di tengah atau di akhir perenggan.
o Namun, pelajar dikehendaki memilih untuk meletakkan ayat topik di
awal perenggan.
o Pada bahagian ini, pelajar dikehendaki membuat huraian terhadap ayat
topik atau isi utama, memberikan bukti atau contoh serta kesimpulan
terhadap ayat topik yang dibincangkan.

Kesimpulan

o Perlu logik dan memuaskan hati guru (pemeriksa).


o Boleh menggunakan bentuk seperti berikut:
 Kesimpulan terhadap isu yang diperkatakan, atau;
 Mesej atau petua yang ingin disampaikan, atau;
 Pengulangan tema.

Formula Penulisan Karangan

Ayat Topik (AT) + Ayat Huraian (AH) + Ayat Bukti/Contoh (AC) + A

= Sebuah perenggan lengkap.

Apa yang dimaksudkan dengan formula di atas?

Formula di atas merujuk kepada perenggan isi hendaklah sekurang-kurangnya


mengandung empat ayat hingga enam ayat dalam setiap perenggan seperti yang
dinyatakan di bawah ini:

a. Ayat Topik

b. Ayat Huraian

c. Ayat Bukti/Contoh

d. Ayat Penegas

Ayat topik

o Ayat yang mengandung kata kunci jawapan yang menjawab kepada persoalan karangan.
o Ayat topik  ini boleh diletakkan di bahagian awal, di tengah, atau di hujung sesuatu perenggan.
Ayat Huraian

o Ayat huraian pula huraian tentang isi utama yang dikemukan yang bertujuan untuk memberikan
menyokong isi-isi utama.
o Karangan yang baik akan mengemukakan beberapa ayat huraian.

Ayat Bukti/Ayat Contoh

o Ayat bukti atau ayat contoh pula ialah ayat-ayat yang mengandung bukti atau contoh yang berkai
memperkuat hujah.
o Bukti dan contoh yang dikemukakan mestilah bukti yang sahih dan bukan bukti atau contoh yang sen

Ayat Penegas

o Ayat penegas ialah ayat yang memberikan penegasan terhadap isi dan huraian.
o Ayat ini biasanya mempunyai penanda wacana seperti “Tegasnya”, “Oleh itu”, "Pendek kata" dan “Se

RANGKA KARANGAN (Faedah Bersukan)

Pendahuluan 

o Defnisi Sukan
Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk
pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan
sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu.
Misalnya, berenang secara bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira
sebagai sukan tetapi berenang bersendirian dikolam atau laut dilihat sebagai
aktiviti rekreasi.

Isi (1)

Dapat menyihatkan tubuh badan. (AT)

o Apabila kita bersukan seperti berbasikal, bermain bola sepak, bermain


badminton, dan sebagainya, badan akan mengeluarkan peluh dan berlaku
pembakaran lemak dalam tubuh badan kita. (AH)
o Kesannya, badan kita menjadi sihat dan cergas serta tidak berasa lesu
ketika belajar di dalam kelas. (AC)
o Pendek kata, melalui aktiviti bersukan ini mampu menyihatkan tubuh
badan daripada penyakit. (AP)

Isi (2)

Dapat mengeratkan hubungan dan menambah kenalan. (AT)

o Kita dapat berkenalan dengan sesiapa sahaja tidak mengira umur, bangsa
mahupun agama. (AH)
o Kebiasaannya, ketika kita berjoging atau beriadah di taman-taman, kita
akan bertegur sapa dengan sesiapa sahaja yang berada di kawasan
tersebut. (AH)
o Hal ini secara langsung dapat mengeratkan hubungan dan perpaduan
antara kaum dapat dipupuk.(AC)
o Oleh itu, bersukan ini dapat mengeratkan hubungan dan menambah
kenalan secara meluas tidak kira di mana jua kita berada. (AP)

Isi (3)

 Mengisi masa lapang secara bermanfaat. (AT)

o Semasa sesi latihan permainan atau beriadah berjalan, kebiasaannya


ketika waktu lapang. (AH)
o Hal ini daripada kesibukan kita menyertai sesi latihan dan beriadah dapat
menghindarkan diri daripada terjebak dalam gejala sosial yang tidak sihat
seperti menagih dadah, merokok, mencuri dan sebagainya. (AH+AC)
o Jelaslah bahawa, mengisi masa lapang dengan menyertai sukan sedia
ada dapat mengelakkan diri daripada perkara tidak berfaedah. (AP)

Isi (4)

 Dapat mengharumkan nama baik sekolah, masyarakat dan negara. (AT)

o Sekiranya kita berbakat dalam bidang sukan, kita akan dapat mewakili
pasukan sekolah, daerah, negeri mahupun negara. (AH)
o Apabila kita berjaya memenangi mana-mana kejohanan sukan, maka kita
telah berjaya mengharumkan nama sekolah, masyarakat dan negara sekali
gus. (AH)
o Kemenangan ini juga dapat membuatkan nama kita turut dikenali sebagai
atlet yang berjaya di dalam sukan terkemuka. (AH)
o Contoh, Khairul Hafiz Jantan merupakan seorang pelajar sekolah, tetapi
beliau telah merangkul pingat emas di Sukan Asean di Indonesia. Lantas,
kemenangan yang diperolehi beliau telah meletakkan sekolah dan negara
Malaysia dipersada dunia.(AC)
o Oleh itu, menyertai sukan ini secara tidak langsung membuatkan diri kita
lebih dikenali keran berjaya mengharumkan nama sekolah, masyarakat dan
negara. (AP)

Penutup

Secara keseluruhannya, tidak menjadi satu kerugian pada diri kita jika kita
bergiat aktif dalam bersukan. Malah, bersukan dapat membantu diri kita untuk
lebih maju kehadapan serta lebih bersifat profesional dalam setiap tindakan yang
dilakukan. Marilah kita bersama-sama menyahut seruan kerajaan untuk menjadi
rakyat Malaysia masyarakat yang cerdas dan cergas.


  
  
  
  

30Apr
CONTOH KARANGAN TERBAIK (FAEDAH BERSUKAN)

22May
BAHASA DALAM PENULISAN KARANGAN

30May
PENGOLAHAN DALAM PENULISAN KARANGAN
Komen

Belum ada komen, jadilah yang pertama memberi komen.


NOORFATINZAMRI (D20171077762)
hak cipta © 2021 Hak cipta terpelihara
Dikuasai oleh SITE123 - How to create a website

 LAMAN UTAMA
 KUASA JUARA-KRU
 PENGHARGAAN
 LAGI  

  
  
I BUILT MY SITE FOR FREE

USING 

 
    CREATE YOUR WEBSITE
 

Anda mungkin juga menyukai