Anda di halaman 1dari 14

HIKMAH IDDAH

Disediakan oleh : Nur Amirah


DEFINISI IDDAH
• Setiap wanita yang telah ditalak perlu menunggu dalam tempoh waktu yang tertentu sebelum
dibenarkan untuk berkahwin kembali. Selain itu, wanita tersebut juga perlu mematuhi beberapa
peraturan dan syarat yang akan dibincangkan.Allah mensyariatkan iddah kerana ia mengandungi hikmah
yang tidak ternilai.

• Dari segi bahasa : Mengira/menghitung


 
• Dalam istilah feqah : Tempoh menunggu yang telah ditetapkan oleh syarak, yang perlu
Dilalui oleh seorang wanita yang telah diceraikan oleh suaminya,
sama ada cerai hidup ataupun cerai mati.
 
• Menurut Ensiklopedia : Iddah ialah masa wanita menunggu dan menahan diri dari menikah
setelah wafatnya suami atau perpisahan dengannya. Iddah hukumnya
adalah wajib atas wanita jika terpenuhi sebab-sebabnya.
KATEGORI-KATEGORI IDDAH YANG DITENTUKAN SYARA’

STATUS IDDAH
• Talak atau fasakh ketika hamil
• Iddah bagi wanita yang tidak hamil
• Iddah wanita yang kematian suami
• Iddah wanita hamil yang kematian suami
• Iddah bagi wanita yang kehilangan suami
• Iddah wanita mustahadah
• Menetap di rumah suami bagi wanita iddah
• Iddah bagi wanita yang belum disetubuhi
• Iddah bagi wanita yang mengajukan khulu’
Talak atau fasakh ketika hamil
• -Bagi wanita yang hamil iddahnya sehingga dia melahirkan anaknya

Allah berfirman:
“…Dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh iddahnya ialah sehingga mereka
melahirkan anak yang dikandungnya …”
(Surah At-Talaaq [65]:4)

Iddah bagi wanita yang tidak hamil


• -Sekiranya dia masih mengalami haid setiap bulan, iddahnya adalah 3 kali quru’(haid)
• -Jika dia tidak didatangi haid kerana umur yang terlalu tua ataupun masih terlalu muda,iddahnya
adalah 3 bulan.
Iddah wanita yang kematian suami

• -Iddahnya adalah 4 bulan 10 hari,

Sebagaimana firman Allah:


“Dan orang yang meninggal dunia antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri,
hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka(beriddah) selama 4 bulan 10 hari…”
(Surah Al-Baqarah [2]:234) 
 
Iddah wanita hamil yang kematian suami
• Masalah ini diperselisihkan oleh para ulama’:-
1) Menurut sekumpulan sahabat nabi dan ulama’ feqah terkemuka:
- wanita tersebut perlu menunngu tempoh terpanjang antara dua ketentuan iaitu tempoh sehingga
melahirkan anak dalam kandungannya ataupun 4 bulan 10 hari.
- Mazhab ini disandarkan kepada sebahagian sahabat Rasulallah antaranya Abdullah bin Abbas
-Mazhab ini mempraktikkan tindakan berate-hatiyang sempurna dalam melaksanakan nas Al-Quran.
 
2) Mazhab yang disandarkan kepada Abdullah bin Mas’ud :
-Iddahnya bagi wanita tersebut adalah sehingga wanita tersebut melahirkan anak.
-Mazhab ini disokong oleh bnayak nas dalam as-Sunah yang diriwayatkan dengan rangkaian sanad
Iddah bagi wanita yang kehilangan suami

• -Iddahnya sama seperti wanita yang pernah disetubuhi. Ini berdasarkan,

• Firman Allah S.W.T:

“Dan orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri,
hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beriddah) selama empat puluh hari...”

(Surah Al-Baqarah (2):234)


Iddah wanita mustahadah

• -Iddah bagi wanita yang masih mengalami haid adalah 3 kali suci

• -Iddah bagi wanita tua ataupun wanita menopous adalah 3 bulan

• Menetap di rumah suami bagi wanita iddah

• -Wanita dalam iddah diwajibkan menetap di rumah suaminya sehingga tempoh tamat

• -Dia tidak dibenarkan keluar dan suaminya juga tidak dibenarkan menghalaunya.

• -Jika ketika ditalak wanita tesebut tidak berada dalam rumah suaminya,wajib dia kembali ke rumah suaminya.

 
Iddah bagi wanita yang belum disetubuhi

• -Tiada iddah bagi wanita tersebut(dicerai/ditalak)

Firman Allah S.W.T:

“Wahai orang yang beriman, apabila kamu berkahwin dengan wanita-wanita beriman,
kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu menyentuhnya, maka tiadalah bagimu menghitung
masa iddahnya”

(Surah Al-Ahzab (33):49)


Iddah bagi wanita yang mengajukan khulu’

1.Masa iddah khulu’ ialah 3 kali suci haid

• -Majoriti ulama’selain Al-Hanabilah cenderung menyamakan antara khulu’ dan talak.

• -Oleh itu, iddah wanita yang mengkhulu’ suaminya ialah 3 kali quru’(suci daripada haid)

2.Masa iddah khulu’ ialah 1 kali suci haid

• -Pendapat Al-Hanabilah mengatakan bahawa khulu’ adalah fasakh, bukan talak

• -Pendapat ini telah difatwakan sebelumnya oleh:

i) Khalifah Uthman bin Affan

ii)Ibnu Umar

iii)Ibnu Abbas
LARANGAN-LARANGAN BAGI WANITA DALAM IDDAH
 
1.Haram menerima pinangan lelaki ajnabi

2. Haram berkahwin dengan lelaki ajnabi

3. Tidak dibenarkan berpindah atau tinggal di rumah lain yang tidak diduduki semasa dalam
ikatan perkahwinan

Firman Allah SWT dalam surah Al-Talaq, ayat 1 yang bermaksud: “...Janganlah kamu
mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai iddahnya), dan
janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar (dari situ), kecuali (jika) mereka melakukan
perbuatan keji yang nyata... 

4. Tidak boleh berkabung.


Batasan Hukum Semasa dalam Tempoh Iddah Talak Bai’n

1. Haram menerima pinangan lelaki ajanbi

2. Haram berkahwin dengan lelaki ajnabi.

3. Tidak dibenarkan keluar rumah kecuali terdesak atau keperluan

-Keperluan: Bekerja, mendapatkan rawatan perubatan dll

-Bermusafir dan ibadat fardhu haji juga tergolong dalam larangan keluar rumah.

4.Tidak dibenarkan berpindah atau tinggal di rumah yang tidak menjadi kebiasaan.

5. Disunatkan berkabung
Batasan Hukum semasa dalam Tempoh Iddah Kematian Suami

1. Haram menerima pinangan lelaki ajnabi

2. Haram berkahwin dengan lelaki ajnabi.

3. Tidak dibenarkan keluar rumah termasuk bermusafir kecuali dalam had dan batas yang
diperlukan sahaja.

-Keperluan penting : Bekerja, mendapatkan rawatan perubatan,beli barang keperluan asasi dan
dengan syarat wanita tersebut perlu menjaga peraturan dan adab seperti yang disyariatkan Islam.

4. Berpindah atau tinggal di rumah lain yang tidak mnjadi kebiasaannya tinggal sepanjang
tempoh perkahwinan.

5. Wajib berkabung sepanjang tempoh iddah


KEPENTINGAN DAN HIKMAH IDDAH
1. Bagi memastikan kekosongan rahim terlebih dahulu

2. Bagi iddah talak raj’ie, ia sebagai ruang kepada suami dan isteri .

 3. Bagi wanita yang kematian suami, iddah sebagai tempoh berkabung.

- dapat menghormati dan mengingati nikmat perkahwinan dahulu.

-Sebagai tanda menjaga hak suami dan menzahirkan kesetiaan isteri kepada arwah suaminya.

-Sebagai lambang pengabdian diri terhadap perintah Allah SWT 

Anda mungkin juga menyukai