Anda di halaman 1dari 9

Tempoh Iddah Bagi Wanita Yang Kematian Suami

`Iddah kerana kematian ialah `iddah yang diwajibkan kepada isteri yang


kematian suami:

1. Jika perempuan itu mengandung semasa kematian suaminya,


maka `iddahnya berakhir dengan kelahiran anaknya sama
ada `iddah itu mengambil masa yang panjang atau pendek.
2. Jika isteri tidak mengandung atau suaminya telah lama hilang
melebihi empat tahun, maka `iddahnya adalah dengan
berakhirnya empat bulan sepuluh hari.

Nas ilahi menyebut:

‫ش ًرا‬ ْ ‫صنَ ِبَأنفُسِ ِهنَّ َأ ْر َب َع َة َأ‬


ْ ‫ش ُه ٍر َو َع‬ ً ‫ۖ والَّذِينَ ُي َت َو َّف ْونَ مِن ُك ْم َو َي َذ ُرونَ َأ ْز َو‬
ْ ‫اجا َي َت َر َّب‬ َ

Maksudnya: Dan mereka yang meninggal dunia dari kalangan kalian


serta meninggalkan isteri-isteri hendaklah mereka itu (para isteri)
menahan diri mereka (beriddah) selama empat bulan sepuluh hari.

Surah al-Baqarah (234)

Di dalam sebuah hadis, Ummu ‘Atiyyah R.anha meriwayatkan


bahawasanya Nabi ‫ ﷺ‬berkata:

‫وغا‬ ْ ‫س َث ْو ًبا َم‬


ً ‫ص ُب‬ ُ ‫ش ًرا َوالَ َت ْل َب‬
ْ ‫ش ُه ٍر َو َع‬ ْ ‫ج َأ ْر َب َع َة َأ‬
ٍ ‫ث ِإالَّ َعلَى َز ْو‬ ٍ َ‫ت َف ْو َق َثال‬ ٍ ‫ام َرَأةٌ َعلَى َم ِّي‬ْ ‫الَ ُت ِح ُّد‬
‫ار‬ٍ ‫س طِ ي ًبا ِإالَّ ِإ َذا َط ُه َر ْت ُن ْب َذ ًة مِنْ ُق ْسطٍ َأ ْو َأ ْظ َف‬ ُّ ‫ب َوالَ َت ْك َت ِحل ُ َوالَ َت َم‬ٍ ‫ص‬ ْ ‫ِإالَّ َث ْو َب َع‬ 

Maksudnya: Janganlah seorang wanita itu berihdad (berkabung) ke atas


si mati melebihi tiga hari melainkan ke atas suami iaitu selama empat
bulan sepuluh hari. Dan janganlah dia memakai pakaian bercorak dan
berwarna-warni melainkan pakaian yang berwarna putih dan dia juga
tidak boleh bercelak serta memakai wangian. Adapun ketika haid maka
diperbolehkan baginya untuk mengenakan sedikit wangian dengan
cebisan kapas/kain untuk menghilangkan bau tidak enak.

Riwayat Muslim (938)


Mafhum & Maksud Ihdad

Antara maksud dan makna pada bahasa adalah tegahan, daripada itu
seorang wanita di tegah untuk berhias dan yang membawa kepada
maknanya semata-mata untuk menzahirkan rasa sedih. [Lihat Lisan
al-‘Arab, al-Misbah al-munir dan Mukhtar al-Sihah dalam perkataan “
‫]”حدَد‬
َ

Sedangkan pada makna istilah, ia memberi maksud seorang wanita di


tegah untuk berhias dan yang membawa kepada maknanya pada
tempoh tertentu dalam keadaan tertentu. Yang demikian itu menegah
daripada bermalam selain daripada rumahnya. [Lihat Fath al-
Qadir (3/293),  Ibn ‘Abidin (2/616), al-Khattab (4/154), Nihayah al-
Muhtaj (7/140) & al-Mughni li Ibn Qudamah (9/166)]

Hukum Ihdad Pada Kematian Suami

Ijmak dan sepakat ulama’ bahawa wajib berihdad (berkabung) dalam


‘iddah kematian suami daripada nikah yang sahih sekalipun belum
bersama lagi. Hal ini, berdalilkan sabda Nabi SAW:

ْ ‫ج َأ ْر َب َع َة َأ‬
‫ش ُه ٍر‬ ٍ ‫الَ َي ِحل ُّ الِ ْم َرَأ ٍة ُتْؤ مِنُ ِباهَّلل ِ َوا ْل َي ْو ِم اآلخ ِِر ُت ِح ُّد َعلَى َم ِّي‬
ٍ ‫ ِإالَّ َعلَى َز ْو‬،ٍ‫ت َف ْو َق َثالَث‬
ْ ‫َو َع‬
‫ش ًرا‬

Maksudnya: “Tidak halal bagi wanita yang beriman dengan Allah dan


hari akhirat untuk berkabung di atas si mati melebihi 3 malam kecuali ke
atas suaminya selama 4 bulan 10 hari.”

Riwayat Al-Bukhari (1281)

Hikmah Pensyariatan Berkabung

Terlalu banyak hikmah pensyariatan berkabung dengan sebab kematian


suaminya. Antaranya:

 untuk menzahirkan kesetiaan


 meraikan hak suaminya yang besar
Ini kerana ikatan perkahwinan adalah sesuci ikatam yang tidak
seharusnya pada syarak dan juga adab akhlak untuk dilupai begitu
sahaja. Memang tidak munasabah selepas kematian si isteri memakai
pakaian yang hebat dan berhiasan serta berwangi-wangian kemudian
keluar daripada rumah seperti wanita yang lain. Hal ini tidak
menzahirkan sebarang penghormatan kepada suaminya yang telah
meninggal dunia. Justeru, para ulama’ dan imam-imam mazhab yang
empat telah membuat kesimpulan berkaitan dengan hukum-
hakam ihdad antara lain kata mereka:

 bahawa sesungguhnya ihdad wajib ke atas kematian suami untuk


menzahirkan rasa dukacita dan menunaikan janjinya. Begitu juga
kerana terputusnya nikmat perkahwinan dan bukan semata-mata
nikmat dunia tetapi melangkaui akhirat. Ini kerana, nikah menjadi
sebab kejayaan mereka di dunia dan akhirat.
 Begitu juga pensyariatan ihdad kerana mencegah niat lelaki untuk
bersama dengannya kerana kalau dia berhias-hias sudah pasti
membawa ke arah itu dan ini tidak dibenarkan sama sekali
[Lihat Hasyiah Sa’di Jalbi ‘ala Syarh Fath al-Qadir, 3/291]

Perkara Yang Wajib Dijauhi Semasa Ihdad

Para ulama’ telah menyebut beberapa perkara yang wajib dijauhi ketika
di dalam keadaan ihdad. Antaranya, setiap apa yang diiktibar sebagai
perhiasan sebagai syarak atau uruf sama ada berkaitan dengan tubuh
badan, pakaian atau yang boleh menarik pandangan umum kepadanya
seperti keluar daripada rumahnya atau yang boleh membawa kepada
peminangan kepadanya. Inilah kadar disepakati.

Begitu juga dengan berkenaan bermalam, hendaklah dirumahnya sendiri


dan tidak dibolehkan di rumah orang lain. Hal ini berdasarkan riwayat
Mujahid, katanya: Telah ramai sahabat Rasulullah SAW mati syahid
dalam peperangan Uhud justeru isteri-isteri mereka bertemu dengan
Rasulullah SAW seraya berkata: “Ya Rasulullah, kami merasa bimbang
waktu malam adakah mungkin kami tidur di rumah salah seorang dari
kalangan kami dan apabila pagi, kami segera pulang ke rumah kami?”.
Jawab Baginda SAW: “Bercakaplah di sisi salah seorang dikalangan
kamu hingga apabila kamu mahu tidur maka pulanglah setiap orang ke
rumah masing-masing”. (Riwayat Abdul Razak di dalam Musannafnya,
7/36)

Berkenaan dengan hal yang lain, sebahagian hukumnya adalah haram


sebahagain ulama’ yang lain mengatakan tidak. Antaranya:

 Memakai pakaian yang bercorak dan berwarna-warni


 Memakai pakaian hitam dan putih serta bercorak tanpa za’faran
atau wangian

Perkara Yang Harus Dilakukan

Perempuan yang dalam keadaan iddah boleh keluar dari rumahnya


untuk menunaikan hajat keperluannya pada waktu siang hari sama ada
dia telah diceraikan atau kematian suami. Ini berdasarkan hadith Jabir
yang berkata:

‫ت ال َّن ِب َّي صلى هللا عليه وسلم‬ ِ ‫ُطلِّ َق ْت َخالَتِي َفَأ َرادَ ْت َأنْ َت ُجدَّ َن ْخلَ َها َف َز َج َرهَا َر ُجل ٌ َأنْ َت ْخ ُر َج َفَأ َت‬
‫صدَّ قِي َأ ْو َت ْف َعلِي َم ْع ُرو ًفا‬ َ ‫سى َأنْ َت‬ َ ‫ َبلَى َف ُجدِّي َن ْخلَكِ َفِإ َّنكِ َع‬:َ‫َف َقال‬

Maksudnya: Ibu saudaraku telah diceraikan dengan talak 3. Dia tetap


keluar untuk menguruskan kebun tamarnya kemudian bertembung
dengan seorang lelaki yang menegahnya. Selepas itu, ibu saudaraku
mengadu kepada Nabi SAW lantas Nabi bersabda: “Keluarlah dan
uruskanlah kebun tamarmu. Mudah-mudahan kamu dapat bersedekah
daripadanya atau melakukan kebaikan”.

Riwayat Muslim (1483).

Hukum Wanita Beriddah Menyertai Kempen Pilihanraya

Telah kita ketahui bahawa bagi wanita yang kematian suami, iddah serta
ihdadnya adalah selama 4 bulan 10 hari dan telah kami jelaskan juga
berkaitan perkara-perkara yang boleh dilakukan dan juga perkara yang
tidak boleh dilakukan ketika sedang menjalani tempoh ‘iddah dan juga
berkabung pada pebincangan sebelum ini.

Melihat kepada situasi yang berlaku, dalam permasalahan ini, para


ulama’ memberikan rukhsah buat para mu’taddah(orang yang
ber’iddah) untuk keluar dari rumah meskipun terdapat tegahan dan
larangan dari nas dan rukhsah yang diberikan itu adalah yang berkait
dengan hajat dan juga maslahah mu’taddah.

Antara yang boleh dikategorikan sebagai hajat dan juga maslahah adalah
seperti keluar untuk bekerja, membeli barangan rumah yang penting
seperti makanan, minuman dan sebagainya (sekiranya tiada orang lain
yang boleh membantunya seperti anak-anak melainkan dirinya), keluar
untuk menghadiri kuliah/kelas bagi mereka yang belajar (yang mana jika
dia tidak menghadiri kelas sepanjang tempoh iddah tersebut akan
memberi kesan kepada pelajarannya). Kesemua ini, dikira sebagai hajat
keperluan dan maslahah.  

Berdasarkan kepada hujahan di atas, maka kami cenderung kepada


hukumnya HARUS BERSERTA DHAWABIT (KRITERIA). Kami sandarkan
kepada pendapat jumhur ulama’ di kalangan imam yang empat bahawa
perempuan dalam keadaan ‘iddah boleh keluar dari rumahnya jika
wujudnya keperluan. Dalil yang kuat berdasarkan hadith Jabir RA riwayat
Muslim (1483).

Justeru, dalam hal ini  untuk menjadi calon kami kemukakan beberapa
dhawabit. Antaranya:

1. Tidak keluar rumah dengan sewenang-wenangnya tanpa hajat


dan bukanlah keluarnya dia dengan tujuan maksiat serta
hendaklah dia menjaga auratnya di luar rumah.
2. Jika dapat mewakilkan kepada kaum keluarga seperti anak-anak
ataupun rakan-rakan lain maka alangkah baiknya.
3. Menjaga tatasusila dan adab ketika di dalam ihdad (berkabung).
4. Menjarakkan diri daripada perkara yang membawa kepada
fitnah.
5. Tidak berhias-hias seperti emas, perak permata dengan memakai
gelang dan rantai.
6. Tidak memakai wangi-wangian termasuk juga bukhur ataupun
minyak wangi.
7. Hendaklah dia keluar ke rumah dan selesaikan segala urusan
keperluannya itu pada waktu siang hari manakala padu
malamnya hendaklah dia berada dan bermalam di rumahnya.

Semoga dengan jawapan ini akan melegakan semua pihak untuk


memahami hukum dengan lebih tuntas lagi dan mendalam.
 

Fatwa Ulama’

Untuk mengemaskinikan tarjihan kami berkenaan isu calon wanita ini,


adalah baik jika kita rujuk kepada pandangan beberapa tokoh ulama’,
antaranya:

Pertama: al-Syeikh Abdul Karim al-Khasowanah, Mufti Am Jordan.

Hukumnya harus tetapi dengan syarat:

 Tiada yang dapat menggantikannya.


 Keluar yang sedikit dan bukannya dalam masa yang lama.
 Selamat dirinya.
 Tempat yang dituju untuk keluar itu hampir.

Asas hujah ini berdasarkan kitab Tuhfah al-Muhtaj (8/261-262)

Kedua: Syeikh Muhammad Bin Soleh al-‘Uthaymeen, bekas anggota


kibar ulama’ Arab Saudi.

Hukum asal hendaklah wanita kekal dirumahnya kecuali perlu untuk dia
keluar kerana hajat. Maka keluarlah di siang hari dan bukannya di
malam hari. Lihat al-Liqa’ al-Shahr (7/20) dan Fatawa Nur ‘ala al-
Darb (10/464)

Ketiga: al-Syeikh al-Munajjid, salah seorang ulama’ di Arab Saudi

Harus keluar dari rumah bagi yang beriddah jika berlaku hajat dan
darurat tetapi keluar pada siang hari sahaja dan bukannya pada waktu
malam. Ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Mujahid berkenaan
beberapa isteri sahabat dari kalangan syuhada’ Uhud. Lihat Musannaf
Abd al-Razzaq al-Son’aani (12077).
 

Keempat: Dr. Abdullah al-Tayyar, Ahli Majlis Fatwa di al-Qasim

Tidak harus keluar kecuali kerana hajat dan darurat seperti bekerja,
pergi ke hospital dan lain-lain. Adapun selain daripada hajat darurat
maka dia tidak boleh keluar kecuali seepas berlalu 4 bulan 10 hari. Lihat
jawapannya di dalam Manar al-Islam.

Kelima: Sheikh Dr. Abdul Rahman al-Kilani, Pengerusi Rabitah Ulama’


Jordan.

Kami sempat mengajukan persoalan berkenaan isu ini kepada Syeikh Dr.
Abdul Rahman al-Kilani yang kebetulan sekarang ini sedang berada di
Malaysia dan berikut merupakan intipati jawapan beliau:

Calon wanita bagi pilihanraya berhajat (memerlukan) untuk dirinya


keluar dari rumah disebabkan dia ingin bertemu dengan orang ramai,
duduk dan mendengar permasalahan mereka. Adakah kesemua perkara
ini turut dikira sebagai suatu hajat (keperluan) yang membolehkan
dirinya untuk keluar ? Jika mengambil kira bahawa calon wanita ini
memiliki kelayakan dari sudut keilmuan yang mencukupi, dari sudut
status kewarganegaraan maka ini juga diambil kira sebagai perkara yang
membolehkan untuk keluar. Telah warid dalil yang menunjukkan
bahawa seorang perempuan apabila terdapat keperluan baginya untuk
keluar dari rumah maka boleh untuknya keluar. Di antara dalilnya adalah
apa yang telah sabit bahawa sebahagian isteri para sahabat yang mana
suami-suami mereka telah mati syahid ketika peperangan Uhud. Maka
mereka mengadu berkenaan keadaan mereka kepada Rasulullah
S.A.W maka baginda mengizinkan mereka itu untuk berkumpul di
salah satu rumah dari kalangan mereka pada siang hari. Kemudian
pada waktu malam mereka bersurai dan bermalam di rumah mereka
sendiri. Ini jelas menunjukkan bahawa keluar disebabkan terdapatnya
keperluan maka hukumnya harus. Majoriti ulama kontemporari telah
membenarkan wanita yang berada dalam keadaan iddah untuk keluar
dari rumah mereka bagi tujuan berkerja. Seperti wanita tersebut
merupakan seorang doktor, guru, para pegawai, dan dia tidak mampu
untuk tidak menghadiri tugas dan tanggungjawabnya tersebut selama
empat bulan sepuluh hari. Maka dia keluar daripada rumahnya untuk
hajat pekerjaan. Sama juga keadaannya bagi seorang wanita yang
menjadi calon pilihanraya. Dengan makna keluarnya dia dari rumah
untuk urusan tersebut merupakan suatu keperluan baginya serta tidak
ada orang lain yang dapat menggantikan tempatnya dari sudut
keilmuan, kepemimpinan dirinya, maka boleh untuk keluar kerana ini
merupakan keperluan yang berkait dengan dirinya dan masyarakat
awam. Boleh untuk wanita tersebut keluar, duduk serta mendengar
permasalahan orang awam. Manakala yang haram buat dirinya adalah
supaya tidak dipinang, berkahwin, berhias-hiasan, dalam tempoh iddah
ini.

Penutup

Alhamdulillah, selesailah sudah perbahasan isu ini dengan melihat


kepada maslahah dan juga maqasid al-Syariah. Walaupun hukumnya
harus akan tetapi dhawabit yang telah ditetapkan oleh para fuqaha’ dan
ulama’ serta nas yang sarih perlu diraikan berdasarkan dhawabit yang
telah kami kemukakan. Tambahan pula, pada zaman kini banyak
teknologi maklumat yang boleh digunapakai untuk menyampaikan
matlamat, buah fikiran dan kempen. Begitu juga banyaknya wakil dan
petugas yang boleh mengambil alih tugasan seseorang wanita dalam
keadaan ‘iddah yang perlu dihormati.

Sebelum mengakhiri perbincangan ini, saya menasihatkan kepada yang


terbabit dalam pilihanraya agar mendahulukan akhlak islamiyyah dan
sakhsiah yang unggul ketika kita berkempen dan mengemukakan hujah
serta alasan masing-masing. Ingatlah antara sesame kita terdapatnya
hubungan ukhuwah Islamiyyah yang wajib kita pelihara.

Semoga pencerahan ini menatijahkan kesan yang baik kepada kita untuk
beramal dengan sebaik mungkin perintah tuhan dan syariat Islam yang
sewajarnya kita memelihara dan menyunjungnya. Amin.

Akhukum fillah,

S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri


Mufti Wilayah Persekutuan

Anda mungkin juga menyukai