Anda di halaman 1dari 28

Ibadah (Puasa)

2: 183-187
MUHAMMAD UZAIR BIN IZHAM
PENSYARAH KOLEJ TEKNOLOGI DARUL NAIM KUALA LUMPUR
َ ُ‫ين ِمن قَ ْبلِ ُك ْم لَ َعلَّ ُك ْم تَتَّق‬
﴿ ‫ون‬ َ ‫ب َعلَى الَّ ِذ‬
َ ِ‫الصيَا ُم َك َما ُكت‬
ِّ ‫ب َعلَ ْي ُك ُم‬ َ ‫يَا َأيُّهَا الَّ ِذ‬
َ ِ‫ين آ َمنُوا ُكت‬
﴾١٨٣

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa


sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu,
supaya kamu bertaqwa.
‫ين‬َ ‫ َو َعلَى الَّ ِذ‬ ۚ ‫ضا َأ ْو َعلَ ٰى َسفَ ٍر فَ ِع َّدةٌ ِّم ْن َأي ٍَّام ُأ َخ َر‬
ً ‫ان ِمن ُكم َّم ِري‬
َ ‫فَ َمن َك‬ ۚ ‫ت‬ ٍ ‫َأيَّا ًما َّم ْع ُدو َدا‬
‫ِإن‬ ۖ ‫ لَّ ُك ْم‬O‫ َوَأن تَصُو ُموا َخ ْي ٌر‬ ۚ ُ‫ا فَهُ َو َخ ْي ٌر لَّه‬O‫فَ َمن تَطَ َّو َع َخ ْي ًر‬ ۖ ‫ين‬ٍ ‫ي ُِطيقُونَهُ فِ ْديَةٌ طَ َعا ُم ِم ْس ِك‬
﴾١٨٤﴿‫ون‬ َ ‫ُكنتُ ْم تَ ْعلَ ُم‬

Puasa itu ialah beberapa hari tertentu, maka sesiapa di antara kamu
yang sakit, atau bermusafir (bolehlah berbuka), kemudian wajib ia
berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari² yang lain dan wajib
atas orang² yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya)
membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa
yang dengan sukarela memberi fidyah lebih dari yang ditentukan itu,
maka itu adalah suatu kebaikan baginya, dan berpuasa itu lebih baik
bagi kamu daripada memberi fidyah kalau kamu mengetahui.
‫فَ َمن‬ ۚ ‫ت ِّم َن ْالهُ َد ٰى َو ْالفُ ْرقَا ِن‬ ٍ ‫اس َوبَيِّنَا‬ َّ ‫ن‬ ‫ل‬ِّ ‫ل‬ ‫ى‬ ً
‫د‬ ُ ‫ه‬ ُ
‫آن‬ ْ
‫ر‬ ُ ‫ق‬ ْ
‫ال‬ ‫ه‬
ِ ‫ي‬ِ ‫ف‬ ‫ل‬
َ ‫نز‬ ‫ان الَّ ِذي ُأ‬ َ ‫َش ْه ُر َر َم‬
َ ‫ض‬
ِ ِ
‫ي ُِري ُد‬ ۗ ‫ضا َأ ْو َعلَ ٰى َسفَ ٍر فَ ِع َّدةٌ ِّم ْن َأي ٍَّام ُأ َخ َر‬ ً ‫ان َم ِري‬َ ‫ َو َمن َك‬ ۖ ُ‫ص ْمه‬ ُ َ‫َش ِه َد ِمن ُك ُم ال َّش ْه َر فَ ْلي‬
‫اللَّـهُ بِ ُك ُم ْاليُ ْس َر َواَل ي ُِري ُد بِ ُك ُم ْال ُع ْس َر َولِتُ ْك ِملُوا ْال ِع َّدةَ َولِتُ َكبِّرُوا اللَّـهَ َعلَ ٰى َما هَ َدا ُك ْم‬
﴾١٨٥﴿ ‫ُون‬ َ ‫َولَ َعلَّ ُك ْم تَ ْش ُكر‬

Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi


sekalian manusia, dan menjadi keterangan² yang menjelaskan petunjuk dan
perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara
kamu yang menyaksikan anak bulan maka hendaklah ia berpuasa dan sesiapa
yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah
ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain.
Sesungguhnya Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak
menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu
cukupkan bilangan puasa dan supaya kamu membesarkan Allah kerana
mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
‫ۖفَ ْليَ ْستَ ِجيبُوا لِي‬ ‫ان‬
ِ ‫اع ِإ َذا َد َع‬ َّ
‫د‬ ‫ال‬ َ ‫ة‬‫و‬َ ْ
‫ع‬ ‫د‬
َ ُ‫يب‬‫ج‬ِ ‫ُأ‬ ۖ  ٌ‫ك ِعبَا ِدي َعنِّي فَِإنِّي قَريب‬ َ َ ‫ل‬‫َأ‬‫َوِإ َذا َس‬
ِ ِ
﴾١٨٦﴿ ‫ون‬ َ ‫ ُش ُد‬O‫َو ْليُْؤ ِمنُوا بِي لَ َعلَّهُ ْم يَ ْر‬

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka


(beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir
(kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa
apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut
seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka
beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
‫ث ِإلَ ٰى نِ َساِئ ُك ْم‪ ۚ ‬هُ َّن لِبَاسٌ لَّ ُك ْم َوَأنتُ ْم لِبَاسٌ لَّه َُّن‪َ  ۗ ‬علِ َم اللَّـهُ َأنَّ ُك ْم‬ ‫صيَ ِام ال َّر‪O‬فَ ُ‬ ‫ُأ ِح َّل لَ ُك ْم لَ ْيلَةَ ال ِّ‬
‫ب اللَّـهُ‬ ‫اشرُوهُ َّن َوا ْبتَ ُغوا َما َكتَ َ‬ ‫اب َعلَ ْي ُك ْم َو َعفَا َعن ُك ْم‪ ۖ ‬فَاآْل َن بَ ِ‬ ‫ون َأنفُ َس ُك ْم فَتَ َ‬ ‫ُكنتُ ْم تَ ْختَانُ َ‬
‫لَ ُك ْم‪َ  ۚ ‬و ُكلُوا َوا ْش َربُوا َحتَّ ٰى يَتَبَي ََّن لَ ُك ُم ْال َخ ْيطُ اَأْل ْبيَضُ ِم َن ْال َخ ْي ِط اَأْل ْس َو ِد ِم َن ْالفَ ْج ِر‪ ۖ ‬ثُ َّم‬
‫ك ُح ُدو ُد اللَّـ ِه‬ ‫اج ِد‪ ۗ ‬تِ ْل َ‬
‫ون فِي ْال َم َس ِ‬ ‫اشرُوهُ َّن َوَأنتُ ْم َعا ِكفُ َ‬ ‫صيَا َم ِإلَى اللَّي ِْل‪َ  ۚ ‬واَل تُبَ ِ‬ ‫َأتِ ُّموا ال ِّ‬
‫اس لَ َعلَّهُ ْم يَتَّقُ َ‬
‫ون‬ ‫َّ‬ ‫ن‬ ‫ل‬‫ِ‬ ‫ل‬ ‫ه‬
‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫ت‬ ‫ا‬‫َ‬ ‫ي‬ ‫آ‬ ‫ُ‬ ‫ه‬‫ـ‬‫َّ‬ ‫الل‬ ‫ُ‬
‫ن‬ ‫ِّ‬ ‫ي‬‫َ‬ ‫ب‬‫ُ‬ ‫ي‬ ‫ك‬
‫َ‬ ‫ِ‬ ‫ل‬‫ذ‬‫َ‬ ‫ٰ‬ ‫َ‬
‫ك‬ ‫‪ ‬‬‫ۗ‬ ‫‪ ‬‬‫ا‬‫َ‬ ‫ه‬ ‫ُو‬ ‫ب‬ ‫ر‬
‫َ‬ ‫ْ‬
‫ق‬ ‫﴾‪ ﴿١٨٧‬فَاَل تَ‬
‫ِ‬
Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh)
dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian
bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah
mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia
menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang
setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan
oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata
kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan
malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga
waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu
ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan
Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah
menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya
mereka bertaqwa.
Makna Puasa
• Bahasa: Menahan diri
• Istilah: Menahan diri dari makan, minum, jima’ dengan niat bermula
terbit fajar hingga terbenam matahari secara sempurna dengan
meninggalkan perkara yang dilarang dan yang diharamkan.
• Puasa ada 3 Peringkat:
1. Puasa Orang Awam
2. Puasa Orang Khusus
3. Puasa Orang Paling Khusus
Jenis-jenis Puasa
1. Puasa orang awam meninggalkan dua syahwat
2. Puasa orang khusus menahan lisan, pendengaran, penglihatan,
tangan dan kaki serta seluruh anggota badan daripada dosa
3. Puasa orang paling khusus adalah puasa menahan hati dari maksiat
dan pemikiran² duniawi.
5 Amalan dalam bulan Ramadhan
1. Puasa O‫صيَا ُم‬ ِّ ‫ل‬OO‫ ا‬O‫تِ َب َعلَ ْي ُك ُم‬O‫ ُك‬- sabar
2. Sedekah  ُO‫ه‬O َّ‫ َو َخ ْي ٌر ل‬Oُ‫ه‬OOO‫ط َّو َع َخ ْي ًرا َف‬ َ OOO‫نت‬ َ yakin
َ ‫ َم‬OOO‫ف‬-
3. Al-Quran‫ن‬Oُ ‫لقُرْ آ‬OO‫ا‬ ْ O‫ي ِه‬OOO‫نز َل ِف‬ ‫ض َان َّ ُأ‬ َ ‫ ُر َر َم‬O‫ ْه‬O ‫ َش‬- faham
ِ ‫ل ِذي‬OO‫ا‬
4. Doa‫ع ِإ َذا َد َع ِان‬O ‫ا‬ َّ
‫د‬ ‫ل‬OO‫ا‬ َ ‫ة‬ ‫و‬
َ ‫ع‬ْ ‫د‬
َ ‫يب‬ُ ‫ج‬ِ ‫– ُأ‬bersungguh
ِ
5. I’tikaf  ‫اج ِد‬ ْ ‫ي‬OOO‫ون ِف‬
ِ ‫ل َم َس‬OO‫ا‬ َ ُ‫ا ِكف‬O‫ َع‬O‫اشرُو ُه َّن َوَأنتُ ْم‬
ِ َ‫ب‬OOO‫ َواَل ُت‬ ۗ- khusyuk
5 Hadaf dari 5 Amalan Ramadhan
1. Pengikut orang² yang baik O‫ ْب ِل ُك ْم‬OO‫نق‬ َّ ‫تِ َب َعلَى‬O‫ َما ُك‬O‫َك‬
َ ‫ل ِذ َين ِم‬OO‫ا‬
2. Meyakini kebaikan dibalas kebaikan ُO‫ه‬O َّ‫ َو َخ ْي ٌر ل‬Oُ‫ه‬OOO‫َف‬
3. Syukur‫ُون‬ َ ‫ ْش ُكر‬OOO‫ َت‬O‫َولَ َعلَّ ُك ْم‬
4. Rushd‫ون‬ َ ‫رْ ُش ُد‬OO‫ َي‬O‫ َعلَّهُ ْم‬O َ‫ل‬
5. Taat ‫ ْق َربُوهَا‬OOO‫اَل َت‬OOO‫ َف‬O‫لَّـ ِه‬OO‫ُح ُدو ُد ا‬O ‫ ْل َك‬OOO‫ِت‬

 Hadaf paling besar Taqwa: O‫ َعلَّهُ ْم‬O َ‫اسل‬َّ ‫ن‬‫ل‬ O ِ ‫ل‬ O


‫ه‬
ِ ِ ‫ت‬‫ا‬َ ‫ي‬O‫آ‬ O
ُ ‫ه‬ ‫ـ‬َّ ‫ل‬ OO‫ا‬ ُ
‫ِّن‬ ‫ي‬َ ‫ب‬OO‫ي‬
ُ ‫ك‬
َ ‫ل‬
ِ َ
‫ذ‬ ٰ O‫ َك‬ /‫ون‬
َ ُ‫تَّق‬OOO‫ َت‬O‫ َعلَّ ُك ْم‬O َ‫ل‬
ِ
َ ُ‫تَّق‬OO‫َي‬
‫ون‬
‫‪Definisi Taqwa‬‬
‫‪1.‬‬ ‫الخوف من الجليل‬
‫‪2.‬‬ ‫العمل بالتنزيل‬
‫‪3.‬‬ ‫ورضا بالقليل‬
‫‪4.‬‬ ‫واإلستعداد ليوم الرحيل‬
Kelebihan-Kelebihan Ramadhan
1. Bulan penghapus dosa
2. Dibuka pintu syurga
3. Dibuka pintu langit
4. Dibuka pintu rahmat
5. Ditutup pintu neraka
6. Dibelenggu Syaitan
1) Adakah difardukan ke atas muslimin puasa
sebelum Ramadhan?
• Kebanyakan mufassir: tidak difardhukan kecuali puasa bulan
Ramadhan
• Qatadah dan A’ta’ mengatakan orang muslimin dahulu berpuasa 3
hari setiap bulan.
2) Apakah sakit dan safar yang dibolehkan
untuk berbuka puasa?
• Zahiriyyah: Apa² sakit walaupun ianya kecil seperti berdarah gusi dan
musafir yang pendek.  ‫فَر‬O ‫ َّم ِريضًا َأ ْو َعلَٰى َس‬O‫ َان ِمن ُكم‬O‫نك‬َ ‫ َم‬OOO‫َف‬
• Mazhab 4: Sakit yang kuat yang boleh membawa kepada mudharat
pada badan, atau akan melambatkan sembuh dan musafir yang
panjang yang menyukarkan. ‫ل ُعس َْر‬OO‫ا‬ ْ O‫ ُك ُم‬OOO‫ ِري ُد ِب‬OO‫ليُ ْس َر َواَل ُي‬OO‫ا‬
ْ O‫ ُك ُم‬OOO‫ ِب‬Oُ‫لَّـه‬OO‫ ِري ُد ا‬OO‫ُي‬
Pada ayat ini Allah menerangkan berkehendakkan memudahkan jika
benar berlaku kepayahan bukan semata² sakit.
• Kata al-Qurtubi, bagi orang sakit itu ada dua:
1. Tidak mampu berpuasa maka wajib berbuka
2. Boleh berpuasa tetapi dengan kepayahan maka harus berbuka
3) Berapakah kadar musafir yang dibolehkan
untuk berbuka?
• Al-Auzaie: Perjalanan satu hari atau 8 Farsakh kerana perjalanan
kurang sehari membolehkan seseorang pulang ke rumah
• As-Syafie dan Ahmad: Dua hari atau 16 Farsakh kerana ia kadar yang
membolehkan seseorang mengqasarkan solat
• Abu Hanifah dan Atthauri: Tiga hari atau 24 Farsakh kerana ia kadar
yang diijma’kan dibolehkan berbuka dan selainnya adalah khilaf. Ia
diambil dari pada sapu ke atas khuf untuk musafir dibenarkan selama
3 hari.
4) Adakah iftar bagi sakit dan safar rukhsah
atau ‘azimah?
• Zahiriyyah: Wajib bagi orang yang sakit dan musafir berbuka dan
digantikan pada hari lain seperti ayat dan hadith: tiada kebaikan bagi
yang berpuasa ketika musafir
• Jumhur Fuqaha’: Ia adalah rukhsah sebagaimana hadith daripada
Anas r.a: Kami bermusafir bersama Nabi SAW di bulan Ramadhan,
tidak dikeji orang yang berbuka oleh yang berpuasa dan sebaliknya.
Adapun hadith ahli zahir itu dalam konteks seorang yang dalam
keadaan sakit yang teruk
5) Adakah puasa afdhal atau berbuka?
• Abu Hanifah, As-Syafie dan Malik: Puasa lebih afdhal bagi yang
َ ‫َوَأ‬
mampu kerana Allah berfirman: O‫ ُك ْم‬O َّ‫صُو ُموا َخ ْي ٌر ل‬OOO‫نت‬
• Ahmad: Berbuka lebih afdhal kerana mengambil rukhsah kerana ia
adalah kurniaan Allah.
• Umar Abdul Aziz: Paling afdhal adalah paling mudah bagi seseorang
6) Adakah wajib qadha’ puasa berturut²?
• Ali r.a, Ibn Umar dan Sya’bi: sesiapa yang berbuka kerana uzur atau
safar maka perlu puasa berturut² kerana ‫لقضاء‬OO‫ ا‬seperti ‫ألداء‬OO‫ا‬
• Jumhur Ulama’: qadha’ dibolehkan samaada berturut atau pun
berasingan kerana Allah SWT berfirman: ‫ ُأ َخ َر‬O‫ َّدةٌ ِّمْنَأيَّا ٍم‬O‫ ِع‬OOO‫َف‬
Ayat ini tidak menetapkan cara menqadha’kan puasa kecuali hanya
menyatakan perlu menggantikan bilangan hari berbuka.
• Abu Ubaidah al-Jarrah berkata sebgaimana Allah ingin memudahkan
manusia untuk berbuka begitulah juga ketika mengqadha’kannya.
َّ ‫? َو َعلَى‬
7) Apakah tafsiran ayat ُO‫ُونَه‬O‫ ِطيق‬OO‫ل ِذ َين ُي‬OO‫ا‬
• Sebahagian ulama’ mengatakan bahawa puasa pada asalnya
diturunkan secara pilihan untuk dilaksanakan atau tidak. Kemudian di
mansukhkan dengan ayat‫ض َان‬َ ‫ ُر َر َم‬O‫ ْه‬O ‫ َش‬yang mana ditaklifkan berpuasa
sebanyak sebulan penuh.
• Kata Ibn Abbas: Ayat tersebut tidak dimansukhkan tetapi ia turun
kepada orang² tua yang tidak berkemampuan berpuasa.
8) Apakah hukum bagi ibu hamil dan
menyusukan anak?
• Wanita yang hamil atau menyusukan anak jika takut memudaratkan
anaknya maka dibenarkan untuk berbuka ia seperti hukum sakit.
• Adakah qadha’ sahaja atau beserta fidyah?
o Abu Hanifah: wajib qadha’ sahaja kerana ia mengambil hukum sakit
bahkan ia sakit yang berat. Manakala orang tua tidak berkemampuan
puasa walaupun selain Ramadhan maka dikenakan fidyah berbeza
dengan wanita hamil dan menyusu hanya tidak mampu ketika itu
o As-syafie dan Ahmad: wajib kedua-duanya kerana termasuk dalam
َّ ‫ َو َعلَى‬. Ada riwayat jika takut akan anak sahaja maka
ayat ُO‫ ِطيقُونَه‬OO‫ل ِذ َين ُي‬OO‫ا‬
kena qadha’ dan fidyah, jika takut dirinya atau keduanya maka
dikenakan qadha’ sahaja.
9) Bagaimana diisbatkan Ramadhan?
• Jumhur: Diisbatkan Ramadhan dengan melihat anak bulan walaupun
oleh seorang saksi yang adil atau dikira penuh 30 Syaaban manakala
untuk syawal diisbatkan melalui cukup 30 hari Ramadhan atau melalui
dua orang saksi yang adil
• Malik: Tidak dapat tidak perlu dua orang saksi untuk mengisbatkan
masuknya bulan Ramadhan dan Syawal.
10) Adakah perbezaan tempat menggunakan
satu kesaksian atau berbeza?
• Hanafiyyah, Malikiyyah dan Hanabilah: Tidak terpakai perbezaan
tempat kerana apabila Nampak anak bulan maka diwajibkan berpuasa
• Syafiiyyah: setiap ahli sesuatu negara itu mengikut penyaksian mereka
terhadap anak bulan ditempat masing-masing.
• Kesimpulan: Tempat yang mempunyai kesamaan atau hampir waktu
terbit atau terlihat anak bulan maka cukup dengan satu penyaksian
seperti satu negara. Jika berbeza waktu terlihat anak bulan diguna
pakai mengikut negara tersebut.
11) Hukum tersalah berbuka puasa bukan
pada waktunya?
• Mazhab 4: Puasa itu terbatal dan wajib untuk qadha’ tanpa fidyah
kerana puasa ini mesti dengan kepastian berdalilkan‫ ْش َربُوا َحتَّٰى‬O‫َو ُكلُوا َوا‬
ْ ‫َأْل ْس َو ِد ِم َن‬OO‫ل َخي ِْط ا‬OO‫ا‬
‫لفَجْ ِر‬OO‫ا‬ ْ ‫ض ِم َن‬
ُ َ‫ ْبَأْلي‬OO‫ل َخ ْيطُ ا‬OO‫ا‬
ْ O‫ ُك ُم‬O َ‫تَبَي ََّنل‬OO‫ي‬.
َ
• Zahiriyyah dan Hassan al-Basri: Puasa itu sahih dan tidak perlu qadha
kerana hadith menyebutkan O‫ عليه‬O‫ستكره‬O‫لنسيانوماا‬OO‫لخطأ وا‬OO‫ عنأمتيا‬O‫رفع‬.
• Tarjih: adalah Jumhur seperti pembunuhan yang tanpa sengaja
dikenakan denda
12) Adakah berjunub menyebabkan puasa
tidak sah?
• ‫ب اللَّـهُ لَ ُك ْم‬ ِ َ‫فَاآْل َن ب‬. Ayat ini dirujuk bahawa junub itu tidak
َ َ‫اشرُوهُ َّن َوا ْبتَ ُغوا َما َكت‬
menafikan puasa kerana dibenarkan makan,minum, jima’ dari
permulaan malam hingga akhirnya. Jika orang yang berjima’ dan
masih dalam keadaan itu hingga terbit fajar maka teruskan berpuasa
sebagaimana dalil ‫الصيَا َم ِإلَى اللَّي ِْل‬ ِّ ‫ثُ َّم َأتِ ُّموا‬. Jika puasa tidak sahih maka
tidaklah Allah memerintahkan untuk menyempurnakannya.
• Dalam Hadith:‫غتسل‬OO‫ ي‬O‫م‬OOO‫ ث‬O‫ائم‬OO‫صبح جنبا وهو ص‬OO‫اني‬OO‫لنبيص ك‬OO‫أنا‬
13) Adakah wajib qadha’ puasa sunat jika
membatalkannya dengan sengaja?
• Mazhab Hanafi: Wajib Qadha’
• Mazhab Syafie dan Hanbali: Tidak wajib qadha’ kerana ialah perkara
sunat
• Mazhab Maliki: Jika sengaja dibatalkan maka perlu qadha’, tetapi jika
ada halangan dan kesulitan maka tidak perlu qadha’.
14) Apakah itu iktikaf dan di masjid mana?
• Iktikaf: Berada di rumah Allah dengan niat Ibadah. Syarat iktikaf mesti
di masjid.
1. Dibenarkan iktikaf hanya di Masjidil Haram, Masjid Nabawi, Masjid
al-Aqsa
2. Dibolehkan beriktikaf hanya di masjid yang mempunyai jamaah
sahaja. Ini pandangan ibn Mas’ud dan Malik
3. Dibenarkan untuk beriktikaf di mana-mana masjid
15) Berapakah tempoh iktikaf dan adakah
disyaratka berpuasa?
• Mazhab Hanafi: Tempoh paling singkat sehari semalam dan mesti
berpuasa
• Mazhab Maliki: Paling singkat 10 hari dan mesti berpuasa
• Mazhab Syafie: paling pendek walaupun hanya seketika dan boleh
beriktikaf tanpa berpuasa tetapi afdalnya berpuasa.

Anda mungkin juga menyukai