Anda di halaman 1dari 5

Agama: Al-Quran Mengeluarkan Manusia dari Jerebu Kemaksiatan.

Baru-baru ini bumi Malaysia tercinta ini diuji. Kepekatan jerebu telah mengakibatkan manusia jadi tidak
keruan. Tidak bisa bekerja, belajar dan melakukan aktiviti luar dek kerana suasana persekitaran yang
membimbangkan. Pelbagai pula ragam manusia yang mendepani ujian ini. Gembira. Sedih. Kecewa.
Beraneka perasaan manusia normal yang terzahir dari jiwa.

Namun pernahkah kita terfikir jika jerebu itu berkabus dalam jiwa kita yang lahir akibat kemaksiatan
yang dilakukan hingga membawa kita jauh dari rahmat tuhan, maka siapa atau apakah alternative yang
boleh diusahakan agar hati itu kembali membawa sinaran?

Al-Quran. Ya, Al-Quran!

Al-Quran ibarat hujan yang turun membasahi bumi tatkala jerebu mengaburkan pandangan mata.
Sebagaimana hujan memungkinkan manusia melihat persekitaran seperti sedia kala setelah jerebu
menutupi penglihatan, lebih lagi al-Quran menerangi hidup manusia hingga ke akhirat sana dengan
memandu mata hati kepada Allah.

Allah s.w.t berfirman:

َ ‫ ٰ َذل َِك ْال ِك َتابُ اَل َري‬ 


َ ‫ه ًُدى لِّ ْل ُم َّتق‬  ۛ‫فِي ِه‬  ۛ‫ْب‬
﴾٢﴿ ‫ِين‬

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang keraguan padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang
sempurnanya) ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa. [al-Baqarah: 2]

Al-Quran merangkumi kesempurnaan yang mutlak

Berdasarkan ayat yang pendek diatas, ia menjelaskan kepada manusia bahawa setiap sisi keagungan al-
Quran. Bagaimana?

1. Al-Quran datangnya dari Allah bukan dari manusia (Rasulullah)

ُ‫ٰ َذل َِك ْال ِك َتاب‬


Allah s.w.t menggunakan perkataan di atas yang membawa maksud (itulah kitab). Jika kita baca
kebanyakan terjemahan, maka hasilnya seperti terjemahan di atas. Namun dalam bahasa Arab, boleh
untuk digunakan isyarat bagi sesuatu perkara yang dekat pada diri manusia dengan menggantikan
isyarat yang jauh yang ghaib.

Ia membawa maksud walaupun mushaf al-Quran itu ada dalam genggaman manusia sekarang ini,
namun hakikatnya isinya datang dari alam ghaib (Allah). Oleh itu, isyarat kitab ini pada terjemahan
adalah benar.

2. Tiada sebarang keraguan


‫ْب‬
َ ‫َري‬
Dalam menggambarkan bahawa al-Quran itu tiada sebarang keraguan padanya, Allah tidak
menggunakan perkataan syak (sama maksud dalam arab) untuk menyifatkan kesempurnaan al-Quran.
Ulama’ tafsir menyebutkan bahawa perkataan syak itu hanyalah tidak merangkumi suatu yang tidak
jelas tetapi raib (seperti di atas) membawa maksud yang lebih luas iaitu tidak boleh ditukar ganti dan
tiada upaya manusia untuk menyelewengkannya. i

3. Petunjuk kekal hingga ke akhir zaman

 ‫ه ًُدى‬
Disini perkataan huda didatangkan dalam bentuk kata nama yang menjelaskan bahawa ia bersifat
umum. Bahkan kata nama tidak berkaitan dengan sebarang masa berlainan dengan kata kerja. Ia
menggambarkan bahawa al-Quran sebenarnya sangat bersesuaian menjadi panduan bagi manusia
sepanjang masa tidak terhad pada waktu yang tertentu.

Adapun perkataan tersebut (huda) juga didefinisikan dalam pelbagai takrifan iaitu petunjuk, ilham,
peringatan dan sebagainya. Hakikatnya, jelas pada kita, sememangnya Al-Quran itu adalah panduan
dalam setiap perkara dalam kehidupan manusia terutama mereka yang bertaqwa. Penghibur ketika
berduka, bersyukur ketika gembira.ii

Ramadhan bulan Al-Quran

Allah memberi pengiktirafan bahawa bulan ramadhan merupakan bulan al-Quran. Bahkan jika kita cuba
semak semula perkataan ramadhan hanya disebutkan sekali sahaja. Itupun ia amat berhubung kait
dengan al-Quran seperti firman-Nya:

“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan
menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara
yang benar dengan yang salah.”  (Al-Baqarah: 185)

Justeru, ramadhan bukan sekadar bulan berpuasa, ibadah tarawaikh dan selainnya, ia juga bulan
kelahiran al-Quran bahkan ia merupakan ‘hadiah hari lahir’ teragung bagi setiap insan. Bahkan
disebutkan dalam tafsir Al-Hafiz Ibn Kathir bahawa ayat ini bukan sahaja berkaitan dengan Al-Quran
bahkan suhuf Ibrahim, Taurat, dan juga Injil  turut diturunkan pada malam-malam dalam bulan
Ramadhan.

Mulianya ramadhan waktu petunjuk-petunjuk untuk umat tertentu (kitab samawi) dan petunjuk
sekalian manusia (al-Quran) diturunkan.

Perkara yang perlu diingatkan semula berkenaan al-Quran adalah, jika kita mempunyai kemampuan
maka jangan jadikan ia hanya sebagai bahan bacaan tetapi selangilah ia dengan sedikit perbahasan
(tadabbur) supaya hati kita lebih dekat dengan apa yang cuba disampaikan oleh Allah. Jangan terburu-
buru. Jika tidak mampu cukup sekadar perbaiki bacaan kerana hakikat pembacaan yang sempurna itu
lebih penting kerana melibatkan solat seseorang itu diterima atau tidak.

Oleh itu, jika seseorang itu berpuasa ditambah pula dengan bacaan al-Quran, dia akan dapati dirinya
semakin dekat dengan bantuan Allah. Hal ini kerana Allah sendiri memberi perakuan setelah menyeruh
kita berpuasa dan menceritakan tentang kelebihan ramadhan yang diturunkan al-Quran, Allah
berfirman:

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka):
sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka), Aku perkenankan permohonan orang
yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. [al-Baqarah:186]

Puasa mendidik nafsu, al-Quran juga begitu

Nafsu manusia ibarat air. Tidak boleh dipisahkan dari dalam diri manusia. Tinggal lagi kita perlu control
dengan baik supaya ia mendatangkan bermanfaat. Air jika dalam kuantiti mencukupi bisa beri banyak
manfaat pada manusia, tetapi dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan kita lemas dan hanyut.

Puasa atau menahan diri dari lapar dan dahaga antara elemen penting untuk menundukkan nafsu.
Walaubagaimanpun bukan puasa semata-mata, al-Quran juga berupaya mendidik nafsu kita. Ia
memperkenalkan hakikat dari diri manusia (nafsu) kepada diri mereka sendiri sejauhmana kekuatannya
atau kelemahannya.

Al-Quran juga memperkenalkan kita kepada Allah dan memberitahukan kewajipan kita terhadap-Nya
serta ia juga berfungsi untuk menunjukkan kepada kita kepelbagaian sarana yang dapat menolong untuk
memperjuangkan diri sendiri dan mencetuskan arus komitmen terhadap ketaatan kepada Allah dengan
ikhlas dan jujur.

Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya (7) Serta mengilhamkannya (untuk
mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa (8)
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah
bersih (dengan iman dan amal kebajikan) (9), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan
dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)
(10). [asy-syams: 7-10]

Dalam pada seseorang berjuang melawan hawa nafsunya, al-Quran bertindak memperkenalkan kepada
manusia kondisi nafsu tersebut sama ada memilih baik atau buruk. Faktor manusia mengenal nafsunya
sendiri amat dominan kerana dia mampu untuk mengawal daripada pujuk rela nafsunya kepada
ketaatan kerana dia mengatahui bahawa nafsu itu hanya menyuruh sesuatu yang ada dalam diri
manusia (hati) dan akan peroleh sama ada manfaat atau mudharat adalah batang tubuhnya melalui
pilihannya sendiri.iii
Kesimpulan: Al-Quran Khabar pemusnah kebatilan

Syeikh Dr Solah Abdul Fatah Al-Khalidi, seorang ulama’ tafsir terkemuka Jordan ada sebut dalam
muqaddimah kitabnya:

“Sesungguhnya ayat al-Quran mengandungi janji yang tertentu, janji kebaikan Allah kepada hamba-Nya
yang benar-benar beriman, tentang kemenangan islam bakal tertegak dan merasuki bumi, hingga
memperlihat kebenaran islam kepada semua agama, dan berdirinya yang haq ke atas yang batil serta
musnahlah orang-orang kafir serta sekutunya.” iv

Hakikatnya al-Quran memberi jalan petunjuk kepada orang yang bertaqwa dan memberi berita buruk
kepada yang ingkar perintah-Nya. Justeru, berkesempatan pada bulan Ramadhan yang juga merupakan
bulan al-Quran ini, marilah sama-sama kita merebut peluang keemasan dan jutaan pahala dek kerana
segala amalan dilipat kaliganda melalui pembacaan al-Quran sebagaimana hadis baginda s.a.w:

“Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Al-Quran maka baginya adalah satu kebaikan,
sedangkan kebaikan itu dilipatkan menjadi sepuluh kali. Aku tidak mengatakan alif, lam, mim itu satu
huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf”.

(HR At-Tirmidzi oleh ibn Mas’ud, hadis hasan sahih)


i
Tafsir Fathul Qadhir

ii
Islamweb.net

iii
Panduan Kembali kepada al-Quran, Dr Majdi Al-Hilali, m/s 179-180.

iv
Janji al-Quran tentang Kejayaan Islam, Dr Solah Khalidi, m/s 8

Anda mungkin juga menyukai