Anda di halaman 1dari 10

KOLEJ MATRIKULASI PERAK

UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL


SUBJEK : WU01 PENDIDIKAN ISLAM

TAJUK : HIKMAH IDDAH

TUTORAN : M1T6a
SEMESTER : 1
SESI: 2017/2018
DEFINISI IDDAH

Setiap wanita yang telah ditalak perlu menunggu dalam tempoh waktu yang tertentu sebelum
dibenarkan untuk berkahwin kembali. Selain itu, wanita tersebut juga perlu mematuhi
beberapa peraturan dan syarat yang akan dibincangkan.Allah mensyariatkan iddah kerana ia
mengandungi hikmah yang tidak ternilai.

Dari segi bahasa : Mengira/menghitung

Dalam istilah feqah : Tempoh menunggu yang telah ditetapkan oleh syarak, yang perlu
Dilalui oleh seorang wanita yang telah diceraikan oleh suaminya,
sama ada cerai hidup ataupun cerai mati.

Menurut Ensiklopedia : Iddah ialah masa wanita menunggu dan menahan diri dari menikah
setelah wafatnya suami atau perpisahan dengannya. Iddah hukumnya
adalah wajib atas wanita jika terpenuhi sebab-sebabnya.

.
KATEGORI-KATEGORI IDDAH YANG DITENTUKAN SYARA’

Seperti yang telah ditentukan oleh syarak, iddah bagi wanita adalah berbeza-beza berdasarkan
kategori masing-masing. Berikut ialah kategori-kategori iddah berdasarkan syarak :-

STATUS IDDAH
a) Talak atau fasakh ketika hamil
b) Iddah bagi wanita yang tidak hamil
c) Iddah wanita yang kematian suami
d) Iddah wanita hamil yang kematian suami
e) Iddah bagi wanita yang kehilangan suami
f) Iddah wanita mustahadah
g) Menetap di rumah suami bagi wanita iddah
h) Iddah bagi wanita yang belum disetubuhi
i) Iddah bagi wanita yang mengajukan khulu’

Talak atau fasakh ketika hamil


-Bagi wanita yang hamil iddahnya sehingga dia melahirkan anaknya
Allah berfirman:
“…Dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh iddahnya ialah sehingga mereka
melahirkan anak yang dikandungnya …”
(Surah At-Talaaq [65]:4)
Ummu Salamah menceritakan:
“Seorang wanita daripada Aslam yang bernama Subai’ah telah menjadi isteri kepada
seorang. Kemudian suaminya mati krtika dia sedang hamil. Kemudian, dia dilamar oleh Abu
As-Sanabil bin Bu’kuk, tetapi dia menolak untuk berkahwin dengannya. Lelaki itu berkata,
“Demi Allah, masa untuk kamu berkahwin belum sampai. Kamu perlu menunggu dahulu
sehingga berakhir dua ketentuan (bersalin ataupun 4 bulan sepuluh hari)”. Subai’ah pun
menunggu selama kira-kira sepuluh malam. Kemudian dia didatangi nifas (bersalin). Selepas
itu dia menemui Rasulallah. Baginda bersabda kepadanya, “Kahwinlah”.

(Hadis riwayat Jamaah)


Iddah bagi wanita yang tidak hamil
-Sekiranya dia masih mengalami haid setiap bulan, iddahnya adalah 3 kali quru’(haid)
-Jika dia tidak didatangi haid kerana umur yang terlalu tua ataupun masih terlalu
muda,iddahnya adalah 3 bulan.

Iddah wanita yang kematian suami


-Iddahnya adalah 4 bulan 10 hari, sebagaimana firman Allah:
“Dan orang yang meninggal dunia antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri,
hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka(beriddah) selama 4 bulan 10 hari…”
(Surah Al-Baqarah
[2]:234)

Iddah wanita hamil yang kematian suami


Masalah ini diperselisihkan oleh para ulama’:-
1) Menurut sekumpulan sahabat nabi dan ulama’ feqah terkemuka:
- wanita tersebut perlu menunngu tempoh terpanjang antara dua ketentuan iaitu tempoh
sehingga melahirkan anak dalam kandungannya ataupun 4 bulan 10 hari.
- Mazhab ini disandarkan kepada sebahagian sahabat Rasulallah antaranya Abdullah bin
Abbas
-Mazhab ini mempraktikkan tindakan berate-hatiyang sempurna dalam melaksanakan nas Al-
Quran.

2) Mazhab yang disandarkan kepada Abdullah bin Mas’ud :


-Iddahnya bagi wanita tersebut adalah sehingga wanita tersebut melahirkan anak.
-Mazhab ini disokong oleh bnayak nas dalam as-Sunah yang diriwayatkan dengan
rangkaian sanad yang sahih.

Iddah bagi wanita yang kehilangan suami


-Iddahnya sama seperti wanita yang pernah disetubuhi. Ini berdasarkan,

Firman Allah S.W.T:


“Dan orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-
isteri, hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beriddah) selama empat puluh hari...”
(Surah Al-Baqarah (2):234)
Iddah wanita mustahadah
-Iddah bagi wanita yang masih mengalami haid adalah 3 kali suci
-Iddah bagi wanita tua ataupun wanita menopous adalah 3 bulan

Menetap di rumah suami bagi wanita iddah


-Wanita dalam iddah diwajibkan menetap di rumah suaminya sehingga tempoh tamat
-Dia tidak dibenarkan keluar dan suaminya juga tidak dibenarkan menghalaunya.
-Jika ketika ditalak wanita tesebut tidak berada dalam rumah suaminya,wajib dia kembali ke
rumah suaminya.

Iddah bagi wanita yang belum disetubuhi


-Tiada iddah bagi wanita tersebut(dicerai/ditalak)
Firman Allah S.W.T:
“Wahai orang yang beriman, apabila kamu berkahwin dengan wanita-wanita beriman,
kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu menyentuhnya, maka tiadalah bagimu
menghitung masa iddahnya”
(Surah Al-Ahzab (33):49)

Iddah bagi wanita yang mengajukan khulu’


1.Masa iddah khulu’ ialah 3 kali suci haid
-Majoriti ulama’selain Al-Hanabilah cenderung menyamakan antara khulu’ dan talak.
-Oleh itu, iddah wanita yang mengkhulu’ suaminya ialah 3 kali quru’(suci daripada haid)

2.Masa iddah khulu’ ialah 1 kali suci haid


-Pendapat Al-Hanabilah mengatakan bahawa khulu’ adalah fasakh, bukan talak
-Pendapat ini telah difatwakan sebelumnya oleh:
i) Khalifah Uthman bin Affan
ii)Ibnu Umar
iii)Ibnu Abbas
-Hal ini juga ditegaskan di dalam riwayat daripada Rasulullah SAW:-
(Hadis Hasan Ghorib):
Dari Ibnu Abbas ra, bahawa: “ isteri Thabit bin Qais mengkhulu’ suaminya, maka
Rasulullah menjadikan masa iddahnya sekali mendapat haid”
(HR Abu Daud dan Tarmizi serta disahihkan oleh Al-Albani)

-Namun begitu,jika wanita yang mengkhulu’ suaminya hanya suci 1 kali haid, ia layak
menerima pinangan daripada orang lain (namun bukan mengikut pendapat jumhur ulama’ )
LARANGAN-LARANGAN BAGI WANITA DALAM IDDAH

Wanita yang sedang menjalani ‘iddah talak raj’ie mempunyai batas hukum yang
perlu dipatuhi sepanjang berada dalam tempoh tersebut. Hal ini demikian kerana
hubungan atau pertalian perkahwinan antara suami isteri yang bercerai secara talak
raj’ie masih wujud.

Antara perkara-perkara yang perlu dipatuhi ialah:


1.Haram menerima pinangan lelaki ajnabi
2. Haram berkahwin dengan lelaki ajnabi
-Jika perkahwinan dilangsungkan dalam tempoh tersebut, pernikahan adalah tidak
sah dan pasangan itu wajib dipisahkan
3. Tidak dibenarkan berpindah atau tinggal di rumah lain yang tidak diduduki semasa
dalam ikatan perkahwinan
-Suami dilarang halau keluar isteri yang diceraikan
-Suami wajib menanggung seluruh nafkah isteri termasuk nafkah tempat tinggal.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Talaq, ayat 1 yang bermaksud:


“...Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya
(sehingga selesai iddahnya), dan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar (dari
situ), kecuali (jika) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata...
-Selain itu, mereka boleh meninggalkan rumah tersebut sekiranya terdapat bahaya dan
kemudaratan yang boleh mengancam keselamatan nyawa dan harta benda.

5. Tidak boleh berkabung.


-Bahkan wanita tersebut dituntut bersolek dan berhias kepada suaminya sebagai
dorongan bagi membangkitkan keinginan suami untuk rujuk kembali.
Batasan Hukum Semasa dalam Tempoh Iddah Talak Bai’n

1. Haram menerima pinangan lelaki ajanbi


2. Haram berkahwin dengan lelaki ajnabi.
3. Tidak dibenarkan keluar rumah kecuali terdesak atau keperluan
-Keperluan: Bekerja, mendapatkan rawatan perubatan dll
-Namun begitu, dengan syarat wanita tersebut perlu menjaga peraturan dan adab-
adab seperti yang disyariatkan Islam.
-Bermusafir dan ibadat fardhu haji juga tergolong dalam larangan keluar rumah.
4. Tidak dibenarkan berpindah atau tinggal di rumah yang tidak menjadi kebiasaan .
-Suami perlu menyediakan tempat tinggal dan dilarang menghalau isteri yang
diceraikan.
-Apabila berlaku kemudaratan atau bahaya sahaja mereka dibolehkan keluar dan
meninggalkan rumah tersebut sehingga tiada lagi kemudaratan.
5. Disunatkan berkabung
-Wanita disunatkan tidak berhias kerana amalan berhias mendorong kepada
maksiatan dan kerosakan serta membawa kepada fitnah.

Batasan Hukum semasa dalam Tempoh Iddah Kematian Suami


1. Haram menerima pinangan lelaki ajnabi
2. Haram berkahwin dengan lelaki ajnabi.
-Jika dilangsungkan dalam tempoh ini, tidak sah dan pasangan wajib dipisahkan.
3. Tidak dibenarkan keluar rumah termasuk bermusafir kecuali dalam had dan batas
yang diperlukan sahaja.
-Keperluan penting : Bekerja, mendapatkan rawatan perubatan,beli barang
keperluan asasi dan dengan syarat wanita tersebut perlu menjaga peraturan dan adab
seperti yang disyariatkan Islam.
4. Berpindah atau tinggal di rumah lain yang tidak mnjadi kebiasaannya tinggal
sepanjang tempoh perkahwinan.
-Jika terdapat bahaya atau kemudaratan barulah dibolehkan meninggalkan rumah
tersebut sehingga hilang bahaya itu.
5. Wajib berkabung sepanjang tempoh iddah
-Wanita perlu meninggalkan amalan berhias.
KEPENTINGAN DAN HIKMAH IDDAH

1. Bagi memastikan kekosongan rahim terlebih dahulu


-Untuk mengelakkan percampuran benih antara suami dahulu dengan suami
baharu dikahwini.

2. Bagi iddah talak raj’ie, ia sebagai ruang kepada suami dan isteri .
-Supaya mereka dapat berfikir dan menilai semula segala tindakan dan kesilapan yang
telah dilakukan termasuklah kesan daripada penceraian yang berlaku.
-Di samping itu, ia juga dapat member peluang kepada suami untuk kembali rujuk
kepada isteri.

3. Bagi wanita yang kematian suami, iddah sebagai tempoh berkabung.


-Supaya wanita tersebut dapat menghormati dan mengingati nikmat perkahwinan
dahulu.
-Sebagai tanda menjaga hak suami dan menzahirkan kesetiaan isteri kepada arwah
suaminya.
-Sebagai lambang pengabdian diri terhadap perintah Allah SWT
SUMBER RUJUKAN

1. Muhammad Thoriq Akhyar al-Medani (2014). Feqah untuk Wanita. Pustaka


Azhar

2. Jabatan Kemajuan Islam.(2015). Garis Panduan Beriddah bagi Wanita yang


Bercerai atau Kematian Suami. 2 Disember 2015,
http://www.islam.gov.my/rujukan/garis-panduan/124-garis-panduan-ber-iddah-
bagi-wanita-yang-bercerai-atau-kematian-suami

3. Ahmad Sarwat, Lc .(2017).. Isteri Khulu’, berapa lama iddahnya? Isnin, 18


Septenber 2017https://m.eramuslim.com/nikah/isteri-khulu-039-berapa-lama-
iddahnya.htm

Anda mungkin juga menyukai