Anda di halaman 1dari 36

'IDDAH & RUJU’

SITI NUR ADAWIAH BINTI NOR AZMI


2018822634
NOOR ADZRIE BIN MOHD NOOR
2018814458
LWD01B
‘IDDAH
DEFINISI & PENGERTIAN
SUDUT BAHASA

• Diambil daripada perkataan al-’adad yang bermaksud nombor


• Al-’adad bermaksud membilang, mengira , menghitung

SUDUT ISTILAH

• Satu tempoh menunggu yang ditentukan oleh syara’ selepas bercerai atau kematian
suami sebagai tanda pengabdian diri kepada Allah, atau berdukacita kerana berpisah
dengan suami, atau untuk memastikan dia tidak mengandung anak bekas suaminya
DALIL PENSYARIATAN
AT-TALAQ: 1
Wahai Nabi! Apabila kamu hendak menceraikan isteri-isterimu, maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan
'iddahnya, dan hitunglah masa 'iddah itu (dengan betul), serta bertakwalah kepada Allah, Tuhan kamu. Janganlah kamu
mengeluarkan mereka dari rumah-rumah mereka, dan janganlah (dibenarkan) mereka keluar, kecuali mereka melakukan perbuatan
keji yang nyata. Dan itulah hukum-hukum Allah; dan sesiapa yang melanggar hukum-hukum Allah maka sesungguhnya ia telah
berlaku zalim kepada dirinya. Engkau tidak mengetahui boleh jadi Allah akan mengadakan sesudah itu sesuatu perkara.

AT-TALAQ: 4

Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh
'iddah mereka) maka 'iddahnya ialah tiga bulan; dan (demikian) juga perempuan-perempuan yang tidak berhaid. Dan perempuan-
perempuan mengandung, tempoh 'iddahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya. Dan (ingatlah) sesiapa
yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya.
DALIL PENSYARIATAN
AL-BAQARAH: 228
Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah
halal bagi mereka menyembunyikan anak yang dijadikan oleh Allah dalam rahim mereka, jika mereka beriman kepada Allah dan hari
akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali isteri-isteri itu semasa 'iddah jika suami-suami bertujuan hendak
berdamai. Dan isteri-isteri itu ada hak yang sama seperti kewajibannya secara yang sepatutnya; dan suami mempunyai satu
kelebihan atas isterinya. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

AL-AHZAB: 49

Wahai orang yang beriman, apabila kamu berkahwin dengan wanita-wanita beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum
kamu menyentuhnya, maka tiadalah bagimu menghitung masa 'iddahnya. Maka berilah mut'ah kepada mereka, dan lepaskanlah
mereka dengan cara yang baik.
HUKUM ‘IDDAH

 Berdasarkan dalil-dalil tersebut, hukum ‘iddah menurut syarak


adalah WAJIB ke atas wanita yang bercerai atau kematian
suami.

 Hukum berkabung menurut syarak adalah WAJIB ke atas wanita


yang kematian suami.
JENIS-JENIS ‘IDDAH

1 ‘Iddah kerana perceraian

2 ‘Iddah kerana kematian


‘IDDAH KERANA PERCERAIAN
‘IDDAH ‘IDDAH ‘IDDAH TIADA
MELAHIRKAN
QURU’ BULAN KANDUNGAN ‘IDDAH

Tempoh ‘iddah Tempoh ‘iddah


adalah 3 kali quru’ Tempoh ‘iddah adalah sehingga Tiada tempoh iddah
iaitu datang haid lalu adalah 3 bulan melahirkan selepas perceraian
suci daripadanya kandungan

Untuk isteri yang tiada Untuk isteri yang Untuk isteri yang
Untuk isteri masih haid atau belum
sedang diceraikan sebelum
datang haid dan datang haid atau
telah putus haid
mengandung ketika persetubuhan
tidak mengandung
(menopause) diceraikan berlaku

“Wanita-wanita yang Dan perempuan-perempuan dari “ Dan perempuan- “Apabila kamu berkahwin dengan
ditalak hendaklah kalangan kamu yang putus asa perempuan mengandung, wanita-wanita beriman, kemudian
menahan diri dari kedatangan haid, … maka kamu ceraikan mereka sebelum
'iddahnya ialah tiga bulan; dan
tempoh ‘iddahnya ialah kamu menyentuhnya, maka
(menunggu) tiga kali (demikian) juga perempuan- hingga mereka melahirkan tiadalah bagimu menghitung
quru” perempuan yang tidak berhaid.” anak yang dikandungnya” masa 'iddahnya.”
al-Baqarah 228 at-Talaq: 4 at-Talaq: 4 Al-Ahzab: 49
‘IDDAH KERANA KEMATIAN

PEREMPUAN Tempoh ‘iddah “ Dan perempuan


perempuan mengandung,
adalah sehingga
YANG melahirkan
tempoh ‘iddahnya ialah
hingga mereka melahirkan

MENGANDUNG
anak yang dikandungnya”
kandungan at-Talaq: 4

“Orang yang meninggal


PEREMPUAN Tempoh ‘iddah dunia di antaramu dengan
meninggalkan isteri-isteri,
YANG TIDAK adalah 4 bulan 10 (hendaklah para isteri itu)
menunggu (ber’iddah)
hari
MENGANDUNG empat bulan sepuluh hari”
al-Baqarah 234
ISU-ISU SEMASA BERKAITAN IDDAH
 Tempoh ‘iddah bagi isteri yang bercerai talak raj`ie/ba’in dan menghidap istihadhah

Tempoh ‘iddah adalah


a. Haid tidak menentu tetapi masih
3 kali quru’ iaitu 3 kali
dapat mengetahui kebiasaan
datang haid lalu suci
perjalanan darah haidnya.
daripadanya

b. Haid tidak menentu dan


tidak mengetahui kebiasaan perjalanan Tempoh ‘iddah adalah 3
haidnya atau tidak dapat membezakan bulan
antara darah haid dan istihadhah.

http://www.islam.gov.my/rujukan/garis-panduan/124-garis-panduan-ber-iddah-bagi-
wanita-yang-bercerai-atau-kematian-suami
BATASAN HUKUM DALAM
TEMPOH IDDAH
◦ Haram menerima pinangan lelaki ajnabi.

◦ Haram berkahwin dengan lelaki ajnabi. Jika perkahwinan dilangsungkan semasa


dalam tempoh tersebut, pernikahan itu adalah tidak sah dan pasangan tersebut wajib
dipisahkan.

◦ Tidak dibenarkan keluar rumah kecuali dengan keizinan suami bagi talak raj’ie.

◦ Tidak dibenarkan keluar rumah kecuali dalam had dan batas yang diperlukan sahaja
bagi talak ba’in dan kematian suami.

◦ Tidak dibenarkan berpindah atau tinggal di rumah lain yang bukan menjadi
kebiasaannya tinggal semasa masih dalam ikatan perkahwinan.
BATASAN HUKUM DALAM
TEMPOH IDDAH
◦ Tidak boleh berkabung bagi talak raj’ie. Bahkan mereka dituntut untuk
bersolek dan berhias kepada suaminya sebagai dorongan bagi
membangkitkan keinginannya untuk ruju' semula.

◦ Disunatkan berkabung dan meninggalkan amalan berhias bagi talak ba’in


kerana dibimbangi dengan berhias itu boleh mendorong kepada maksiatdan
kerosakan serta membawa kepada fitnah.

◦ Wajib berkabung bagi wanita yang kematian suami sepanjang tempoh


`iddah. Oleh itu, sepanjang dalam tempoh tersebut, mereka wajib
meninggalkan semua perkara yang mempunyai unsur-unsur berhias sama
ada pada pakaian atau tubuh badan.
Nor Radhiah bt Ramli v Aziz bin Othman
[2010] 2 SHLR 161
◦ Permohonan ini adalah untuk menentukan sah atau tidak menurut hukum Syarak,
suatu akad nikah perkahwinan antara pemohon dengan responden, yang telah
dilangsungkan pada 16 Ogos 2008.
◦ Sebelum itu, hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Terengganu telah
mensabitkan tidak sahnya akad nikah perkahwinan di antara pemohon dengan Engku
Ahmad Hisham bin Engku Abdullah dan juga mensabitkan berlakunya persetubuhan
syubhah antara mereka. Oleh itu, perkahwinan mereka itu diperintahkan firaq mulai 28
Julai 2008.
◦ Dengan kedudukan ini bermakna, mulai 28 Julai 2008, pemohon tidak boleh
melangsung akad nikah perkahwinan baru dengan mana-mana lelaki, selain dengan
Engku Ahmad Hisham bin Engku Abdullah, sehingga tamat tempoh iddah sucinya.
Dalam persoalan ini pemohon dikira suci, tatkala datangnya kitaran haid selepas suci
kali ketiga dari tarikh 28 Julai 2008.
◦ Namun, pemohon telah berkahwin dengan responden pada 16 Ogos 2008.
◦ Mahkamah memutuskan bahawa:

(i) Akad nikah antara pemohon dengan responden yang yang dilangsungkan pada 16
Ogos 2008 adalah fasid mengikut hukum Syarak kerana pemohon masih belum
tamat tempoh iddah nya ketika akad nikah itu dilangsungkan.
(ii) Oleh itu, syarat kepada rukun nikah kedua iaitu pengantin perempuan, dalam akad nikah
perkahwinan responden dengan pemohon tidak dipatuhi dan menjadikan rukun nikah itu
menjadi tidak sempurna.
(iii) Persetubuhan antara pemohon dengan responden dalam masa akad nikah mereka
yang tidak sah itu adalah persetubuhan syubhat. Perkahwinan mereka itu dengan ini
hendaklah diperintahkan firaq. Pemohon dalam permohonan ini diwajibkan ber iddah.
(iv) Pemohon hendaklah menjalani tempoh iddah dengan iddah tiga kali suci dalam iddah
bain sughra bagi perkahwinannya yang tidak sah dengan Engku Ahmad Hisham bin
Engku Abdullah. Seterusnya, pemohon hendaklah
menjalani tempoh iddah dengan iddah tiga kali suci dalam iddah bain sughra bagi
perkahwinannya yang tidak sah dengan responden pula setelah tempoh iddah yang
pertama tadi.
PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG
SEKSYEN 47(16)
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003
• Sesuatu talaq raj’i yang dilafazkan oleh suami melainkan dibatalkan
terlebih dahulu, sama ada secara nyata atau tafsiran, atau dengan
perintah daripada Mahkamah, tidak boleh berkuatkuasa untuk
membubarkan perkahwinan itu sehingga habisnya tempoh ‘iddah.

SEKSYEN 47(17)
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003
• Jika isteri hamil pada masa talaq itu dilafazkan atau pada masa
perintah itu dibuat, talaq atau perintah itu tidak boleh berkuat kuasa
untuk membubarkan perkahwinan itu sehingga berakhir kehamilan itu.
HIKMAH ‘IDDAH
 ‘Iddah adalah perlu bagi memastikan kebersihan rahim dan mengelakkan
kecelaruan/kekeliruan tentang siapakah bapa bagi anak hasil daripada
perkahwinan dengan bekas suami.
 Memberi ruang dan waktu untuk berfikir dan mempertimbangkan semula
kepentingan-kepentingan yang ada terhadap keluarga dan anak-anak.
 Memberi peluang yang cukup kepada suami untuk membolehkannya ruju’.
 Menzahirkan perasaan dukacita dan menjaga kehormatan suami dan serta
keluarganya.
 Menukar adat jahiliyah yang mewajibkan isteri yang kematian suami berkurung di
dalam rumah selama setahun dan isteri dikehendaki melumur badanya dengan
minyak hitam dan memakai pakaian kotor dan cemar.
RUJU’
DEFINISI & PENGERTIAN

SEGI BAHASA

• Ruju' bermaksud kembali

SEGI SYARAK

• Ruju' ialah mengembalikan isteri yang telah diceraikan dengan talaq raj'ie kepada
ikatan perkahwinan dengan suaminya menggunakan lafaz tertentu dalam tempoh
iddah.

• Ruju' hanya boleh dilakukan jika isteri itu telah diceraikan dengan talaq raj'ie iaitu talaq
satu dan talaq dua sahaja. Sebaliknya jika isteri itu diceraikan dengan talaq bain, maka
ruju' tidak boleh dilakukan.
DALIL PENSYARIATAN
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan suami-suami mereka lebih berhak kembali (ruju' kepada) isteri-isteri mereka, dalam masa iddah jika mereka
hendak berdamai."
(Surah al-Baqarah, ayat 228)

Firman Allah SWT yang bermaksud:


"Talaq (yang boleh diruju' kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (ruju' dan) memegang terus (isterinya
itu) dengan cara sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya ) dengan cara yang baik."
(Al-Baqarah ayat 229)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:


"Tiga perkara yang dibuat bersungguh-sungguh ia akan menjadi bersungguh-sungguh, dan jika dibuat main-main
pun akan menjadi bersungguh-sungguh, iaitu nikah, cerai dan ruju'."
(Riwayat: Abu Daud & Inu Majah)
RUKUN RUJU'
◦ Majoriti ulama' ahli Fiqh telah bersepakat bahawa ruju' mempunyai TIGA rukun utama
iaitu :

1 Suami

Isteri

Sighah

◦ Manakala kewujudan saksi hanya disunatkan sahaja.


1. SUAMI
◦ Hendaklah suami itu telah baligh. Tidak sah ruju' suami yang belum
baligh.
◦ Hendaklah suami itu berakal. Tidak sah ruju' suami yang dalam
keadaan gila.
◦ Hendaklah suami meruju' dengan sukarela. Tidak sah ruju' suami yang
dipaksa.
◦ Hendaklah suami itu kekal dalam Islam. Tidak sah ruju' suami yang telah
murtad.
2. ISTERI

◦ Disyaratkan isteri itu sudah disetubuhi. Isteri yang belum disetubuhi, jika
diceraikan maka akan terputus ikatan perkahwinan antara keduanya, tanpa
boleh diruju' kerana si isteri itu tidak mempunyai iddah.

◦ Isteri yang diruju' itu mesti ditentukan secara khusus. Jika suami itu
menceraikan beberapa orang isterinya kemudian ia ruju' kepada salah
seorang dari mereka dengan tidak ditentukan siapa yang diruju'nya, maka
ruju'nya itu tidak sah.
2. ISTERI

◦ Disyaratkan isteri itu diceraikan dengan talaq raj'ie. Jika ia ditalaq dengan
talaq bain, maka ia tidak dapat diruju' lagi.

◦ Terjadinya ruju' itu semasa isteri dalam iddah. Isteri tidak menafikan tempoh
iddahnya masih ada ketika ia diruju'.

◦ Hendaklah isteri itu tidak murtad ketika diruju'.


3. SIGHAH

◦ Hendaklah disebutkan dengan perkataan yang diertikan kepada si isteri


seperti 'engkau' atau nama isteri itu atau dengan isyarat tunjuk kepada si isteri.

◦ Disyaratkan sighah itu perkataan tunai, ertinya tidak digantungkan


(dita'liqkan) dengan sesuatu. Contohnya perkataan suami: "Saya ruju' kepada
kamu jika kamu suka." Atau "aku kembali kepada kamu jika si anu datang."
Ruju yang digantungkan dengan perkataan seperti diatas tidak sah.
JENIS LAFAZ RUJU'

Lafaz Sareh •Iaitu lafaz yang terang dan jelas seperti kata suami: "Saya kembali
kepada isteri saya." atau kata suami "Aku ruju' kepadamu."

Lafaz •Iaitu lafaz yang menggunakan bahasa sindiran atau kiasan yang
membawa maksud ruju' seperti kata suami: "Saya pegang
engkau.", "Engkau masih isteri aku." Jika menggunakan lafaz

Kinayah kinayah maka disyaratkan agar suami itu berniat untuk ruju' ketika
melafazkan perkataan sindiran tersebut.
CARA-CARA RUJU’

Shafie:
• Dengan perkataan sahaja bagi yang boleh berkata-kata

Hanafi:
• Membenarkan rujuk melalui perbuatan dengan jalan persetubuhan sahaja
CARA-CARA RUJU’
Maliki:
• Membenarkan rujuk dengan perbuatan tetapi niat rujuk mestilah disertakan sekali
dalam perbuatan tersebut.
• Perbuatan yang dikira rujuk adalah termasuk persetubuhan, menyentuh atau
melihat faraj isteri.

Hanafi:
• Mempunyai pandangan yang agak terbuka sedikit tentang rujuk melalui perbuatan
ini iaitu rujuk dengan perbuatan dibolehkan dengan cara persetubuhan, berciuman,
bersentuhan atau melihat faraj isteri dengan perasaan
Norhasnizar bt Yusoff v Sazli bin Yeop
[2009] 2 SHLR 185
◦ Plaintif telah memfailkan kes tuntutan penceraian dengan persetujuan bersama di
bawah peruntukan s 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) 2003.

◦ Sebelum kes ini dibicarakan, mahkamah telah terlebih dahulu mengesahkan lafaz
talak yang telah dilafazkan oleh defendan dengan talak satu dan plaintif telah diarah
beriddah sehingga bersalin kerana ketika lafaz talak pada Jun 2003, beliau sedang
mengandung tiga bulan.

◦ Setelah melafazkan talak tersebut, defendan terus keluar rumah dan hanya pulang
semula selepas sebulan. Selepas defendan balik telah berlaku persetubuhan antara
mereka tanpa ada apa-apa lafaz atau perkataan yang menjurus kepada rujuk.
Defendan dalam keterangannya menjelaskan bahawa selepas balik ke rumah, telah
berlaku hubungan kelamin di antara mereka. Defendan hanya berkata ketika itu
(hubungan kelamin) 'minta maaf' dan tiada lafaz rujuk. Defendan menjelaskan
bahawa semasa setubuh tersebut beliau berniat untuk kembali kepada plaintif.
◦ Mahkamah memutuskan bahawa:

(i) Mahkamah telah mensabitkan bahawa plaintif dan defendan telah sah bercerai
talak satu pada Jun 2003, maka jelaslah pasangan ini mempunyai hak untuk rujuk
kerana mereka bercerai secara talak raj'ie. Plaintif telah diarah beriddah sehingga
bersalin kerana ketika lafaz talak pada Jun 2003, beliau sedang mengandung tiga
bulan. Justeru itu tempoh iddah plaintif adalah panjang iaitu bermula Jun 2003
sehingga 8 Disember 2003.

(i) Mahkamah mengambil pendirian dalam memutuskan isu rujuk dengan perbuatan ini
adalah berpandukan pendapat dari mazhab Syafie. Atas dasar itu, adalah tidak sah
rujuk di sisi Syafie dengan perbuatan (setubuh) sama ada dengan niat ataupun
tidak.
TEMPOH RUJU'

◦ Tempoh ruju' bermula daripada saat isteri diceraikan hinggalah


tamat tempoh 'iddah atau mana-mana tempoh 'iddah yang
terpanjang, jika isteri menjalani dua tempoh 'iddah.

◦ Jika tempoh 'iddah telah tamat, maka suami itu tidak boleh lagi
melakukan ruju' melainkan dengan akad nikah dan mas kahwin
yang baru.
TEMPOH RUJU'
Keadaan Isteri Yang Diceraikan Tempoh Ruju'

◦ Isteri yang masih berhaid & tidak hamil ◦ Hingga tamat 3 kali suci

◦ Isteri yang hamil ◦ Hingga bersalin atau keguguran

◦ Isteri yang belum berhaid / putus haid ◦ 3 bulan (hijrah)


Abdullah Fuad bin Mamat v Maliza bt Awang
[2013] 1 SHLR 76

◦ Perceraian talaq satu kali pertama (raj'i) berlaku secara lafaz soreh oleh pemohon melalui
panggilan telefon. Pada masa berlaku perceraian, responden berada dalam pantang
(nifas bid'i) kerana bersalin anak pertama mereka berdua dan antara punca perceraian
ialah perselisihan faham yang berlaku antara mereka berhubung di mana tempat
responden akan berpantang selepas bersalin.

◦ Seterusnya pemohon mendakwa telah meruju' semula responden/isteri pada 13 Julai 2011
di rumah ibu bapa responden dengan melafaz kata-kata ruju' berikut;

'Petang ini abang ruju' semula Ija (responden) jadi isteri abang semula macam sebelum ini'
◦ Responden semasa talaq berlaku berada dalam keadaan nifas kerana baru bersalin.
Oleh itu 'iddah perceraian pemohon dan responden ialah 'iddah raj'i dan responden
hendaklah ber'iddah dengan tiga kali suci bermula dari tarikh berlaku perceraian.
Berdasarkan kepada fakta kes, perceraian talaq satu kali pertama (raj'i) semasa
responden baru beberapa hari melahirkan anak, dan dalam masa pantang 13 hari,
bermakna responden masih lagi dalam tempoh 'iddah raj'i dari perceraian yang
berlaku itu

◦ Di dalam kes ini, mahkamah sabitkan ruju' berlaku dan sabit bahawa pemohon/suami
dan responden/isteri kembali semula sebagai suami isteri yang sah mengikut hukum
syarak sebagaimana perkahwinan yang terdahulu bermula dari tarikh ruju' berlaku
Haslina bte Majid lwn Jamel bin Mat Noh (2006)

◦ Suami telah melafazkan dua talaq berselang lebih kurang setahun

◦ Di antara isu kes ialah sama ada ruju’ yang dilafazkan adalah sah

◦ Mahkamah mendapati ruju’ adalah sah kerana dilakukan selepas tiga


minggu lafaz talaq (isteri masih di dalam ‘'iddah)
RUJU’ TANPA KERELAAN ISTERI

◦ Rujuk merupakan hak mutlak suami ke atas isterinya. Hak ini hanya ada pada
suami dan tidak pada isteri. Suami berhak untuk merujuk kepada isterinya
walaupun tidak meminta izin kepada isterinya terlebih dahulu.

◦ Walau bagaimanapun dalam situasi isteri tidak rela bersama dengan


suaminya untuk hidup bersama, isteri mempunyai hak untuk membuat
permohonan di Mahkamah Syariah berkenaan dengan ketidakrelaan isteri
terhadap rujuk yang dibuat oleh suami.
◦ “Dan janganlah kamu rujuki mereka (isteri-isteri) untuk
memberi kemudharatan, kerana dengan demikian
kamu menganiaya mereka. Barangsiapa berbuat
demikian, maka sungguh ia telah berbuat zalim
terhadap dirinya sendiri. Dan janganlah kamu jadikan
hukum-hukum Allah permainan…”
(Surah al-Baqarah, 2: 231)

Anda mungkin juga menyukai