Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN JAWATANKUASA SETIAUSAHA

Sebelum
Setiausaha merupakan satu jawatan yang agak berat. Saya amat bersyukur
kerana dapat menyelesaikannya dengan mudah kerana dibantu oleh rakan dan juga
pensyarah penyelia kami. Dalam pada itu, bagi mengurangkan beban kerja saya
telah mengahihkan tugas dengan rakan sekelas supaya diselesaikan pada masa
yang diberikan. Tugas pertama yang telah saya buat adalah membuat kertas kerja.
Kertas kerja merupakan suatu yang sangat penting dalam sesuatu program. Jika
tiada kertas kerja maka tidak boleh menjalankan program. Dengan itu, saya dapat
satu pengalaman yang luas dalam membuat kertas kerja dan mudah untuk saya
mengapikasinya pada masa akan datang bila saya jadi seorang guru. Kemudian,
saya menunjukkan kertas kerja yang disiapkan kepada pensyarah dengan
bimbingan beliau telah membuat pembetulan. Selepas itu, saya telah mendapatkan
kelulusan daripada pihak atasan supaya program kami dapat dilaksanakan.
Semasa
Saya telah mencatat urutan program supaya dapat menghasilkan laporan
selepas program tersebut untuk tujuan pendokumentasian.
Selepas
Laporan lengkap bagi program tersebut telah disediakan. Kemudian saya
juga telah membuat AJK dokumentasi dalam menyediakan fail bagi program ini
supaya dapat membuat rujukan pada masa akan datang dan melaporkan aktiviti
yang dijalankan.

Anda mungkin juga menyukai