Anda di halaman 1dari 1

Latihan 1 (esei)

Sabun adalah garam natrium atau garam kalium bagi asid lemak manakala
detergen adalah garam natrium bagi asid organik yang dinamakan asid sulfonik. Keduadua detergen dan sabun mempunyai sifat-sifat yang sama dan juga berbeza.
Pertamanya ialah bahan mentah sabun adalah lemak haiwan dan sayuran tetapi
bahan mentah bagi detergen adalah petroleum. Struktur bagi sabun dan detergen
adalah terdiri kepala dan ekor. Perbezaannya dalam struktur adalah kepala sabun
adalah karboksil manakala kepala detergen adalah sulfonik. Seterusnya, bahagian ekor
sabun dan detergen mempunyai rantai hidrokarbon. Selain itu,tindakan mencuci sabun
kurang berkesan dalam air liat dan air berasid kerana skum akan terbentuk. Namun,
tindakan mencuci detergen adalah berkesan pada air liat dan air berasid kerana tidak
akan membentuk skum.
Seterusnya, detergen lebih berkesan daripada sabun sebagai pencuci dalam air
perigi. Air perigi dikelaskan sebagai air liat. Sabun tidak berkesan dalam air liat. Hal ini
demikian kerana air liat mengandungi pelbagai jenis garam galian seperti garam
natrium, garam kalsium dan garam magnesium. Ion kalsium dan ion magnesium yang
hadir dalam air liat dapat bergabung dengan ion sabun seperti ion palmitat untuk
membentuk mendakan putih iaitu kekat.
2CH3(CH2)14COO- (ak) + Ca2+
(ion palmitat)

(ion kalsium)

[CH3(CH2)14COO]2Ca
(kalsium palmitat) kekat

Kekat yang terbentuk akan terapung pada permukaan air. Jadi, tindakan pembersihan
hanya bermula selepas semua ion kalsium dan ion magnesium dalam air liat telah
lengkap bertindak balas dengan ion sabun. Di samping itu,

Anda mungkin juga menyukai