Anda di halaman 1dari 5

Mata Pelajaran : Matematik

Tarikh : 20 Julai 2014


Masa : 8:00 9:00 pagi
Tempoh : 1 jam
Darjah : 4 Cerdas
Bilangan Murid : 20 orang
Bidang Pembelajaran : Nombor dan operasi
Tajuk : Perpuluhan
Standard Kandungan : Murid dibimbing untuk ;
8.1 Mengetahui nombor perpuluhan hingga tiga tempat perpuluhan
Standard Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid berupaya untuk;
i. Mengenal, menamakan dan menulis perpuluhan menggunakan gambar rajah
ii. Menyebut dan menulis nombor perpuluhan sehingga tiga tempat perpuluhan
dalam perkataan dan angka
Pengetahuan Sedia Ada : Pada P&P yang lepas, murid telah dapat;
Mengenal perpuluhan hingga dua tempat perpuluhan
Penerapan Nilai : Kerjasama, keberanian, ketekunan, berdikari
Bahan Bantu Belajar : Gambarajah, petak Bingo
EMK : Keusahawanan












Fasa Isi Kandungan Aktiviti Cadangan Komunikasi
Persediaan (5 minit)

Teori Kecerdasan
Pelbagai:
Linguistik
Visual
Interpersonal
Kaedah:
Perbincangan
Kolaboratif
Ulangkaji pengajaran
perpuluhan di Tahun 3
1. Murid diminta untuk menyebut nombor
perpuluhan yang ditulis oleh guru di papan putih
Contoh :
0.7 : sifar perpuluhan tujuh
0.08 : sifar perpuluhan sifar lapan
2. Murid ditanya nombor perpuluhan yang mana
lebih besar
Jawapan : 0.7
3. Murid diminta untuk menyatakan nilai tempat
setiap angka dalam nombor perpuluhan yang
diberi
4. Pengajaran diteruskan setelah guru pasti murid
telah menguasai kemahiran yangdiperlukan
Bagaimana cara untuk
menyebut nombor
perpuluhan 0.7?









Nilai : Keberanian
Imaginasi (15 minit)
Teori Kecerdasan
Pelbagai:
Logikal
matematik
Visual
Kaedah:
Tunjuk cara
Menggunakan gambar
rajah petak seribu bagi
menerangkan nilai
nombor perpuluhan
1. Murid ditunjukkan perwakilan petak seribu bagi
nombor perpuluhan 0.3, 0.03 dan 0.03
2. Murid diajar cara menyebut nombor perpuluhan
yang mempunyai tiga tempat perpuluhan
3. Murid diminta untuk menyebut beberapa nombor
perpuluhan lain yang mempunyai tiga tempat
perpuluhan
Contoh : 0.123, 0.871, 0,008, 0.031
Petak seribu digunakan
kerana nombor perpuluhan
yang mempunyai tiga
tempat perpuluhan adalah
perseribu


Nilai: Ketekunan
Perkembangan (30
minit)

Teori Kecerdasan
Pelbagai:
Interpersonal
Logikal
Matematik
Linguistik

Kaedah:
Perbincangan
Kolaboratif

Permainan BINGO
Nombor-nombor yang
perlu diisi dalam petak
Bingo :
0.333, 0.008, 0.712,
0.886, 1.412, 0.486,
0.387, 0.399, 1.005,
0.135, 0.367, 0.112,
0.874, 0.224, 0.986,
0.476, 0.231, 0.476,
0.997, 0.799, 0.114,
0.363, 0.446, 0.564,
0.314
1. Murid menjalankan aktiviti ini secara
berpasangan
2. Murid menyusun nombor-nombor yang
disenaraikan oleh guru di papan putih di dalam
petak Bingo yang diberi
i. Susunan nombor adalah mengikut
kehendak murid
ii. Setiap nombor hanya boleh ditulis sekali
sahaja
3. Nombor yang dilorek adalah mengikut nombor
yang dicabut daripada bekas dalam permainan
bekas beracun
4. Pasangan yang pertama sekali mendapat Bingo
akan dikira sebagai pemenang.
Jalankan aktiviti ini
bersama rakan di sebelah
anda
Susun nombor-nombor
perpuluhan yang cikgu
sudah tulis di hadapan ini
di dalam petak Bingo kamu






Nilai: Kerjasama
Tindakan (10 minit)
Teori Kecerdasan
Pelbagai:
Logikal
Matematik
Kaedah:
Perbincangan
Kolaboratif
Menjawab soalan 1. Murid diminta untuk menjawab beberapa soalan
dalam buku teks di muka surat 91
2. Buat perbincangan jawapan
3. Murid diminta untuk membuat kerja rumah bagi
soalan nombor 3 muka surat 91
Penutup:
Guru membuat rumusan bagi fokus pembelajaran
pada hari ini
Sila jawab semua soalan









Nilai:Berdikari
Pentaksiran Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan di lembaran kerja yang diberi. Murid perlu betul semua
soalan sebelum bergerak kepada kemahiran berikutnya.

Anda mungkin juga menyukai