Anda di halaman 1dari 5

Selamat sejahtera dan Salam 1 Malaysia kepada pensyarah.

Saya diberi tugasan untuk


mengarang satu penulisan akademik atas beberapa aspek berdasarkan sebuah situasi yang
diberi. Situasinya begini, saya telah ditempatkan untuk mengajar di sebuah sekolah di pinggir
Bandar. Saya tidak pernah menjejak kaki di tempat tersebut tetapi saya percaya yang saya
boleh membuat pembaharuan kepada murid-murid di sekolah tersebut. Saya juga mendapati
murid tadi sekolah tersebut terdiri daripada pelbagai kaum yang datang dari pelbagai tempat di
Malaysia. Ada antara mereka merupakan anak kepada ibu tunggal yang melakukan dua
pekerjaan yang membolehkan mereka berjumpa hanya di hujung minggu. Separuh daripada
murid berada di garis kemiskinan, Melayakkan mereka mendapat Rancangan Pemakanan
Tambahan (RMT). Kebanyakan mereka bertutur menggunakan dialek masing- masing dan
kurang kemampuan berkomunikasi secara berkesan dalam Bahasa Melayu mahupun Bahasa
Inggeris. Selain masalah kepelbagaian murid, saya sangat terkejut dengan keadaan fizikal
sekolah dan bilik darjah yang memerlukan banyak pengubahsuaian dan baik pulih.
Sekolah pinggir bandar dimaksudkan dengan sekolah yang terletak jauh dari bandar. Ia
juga boleh dikatakan sebagai sekolah luar bandar. Dalam bahasa Inggeris pula orang utih
menyatakan sebagai rural area school.
Saya telah menganalis situasi serta telah memberi beberapa pandangan tentang
kepelbagaian sosiobudaya. Perkara pertama adalah pelbagai kaum yang datang dari negeri
-negeri

yang berlainan di Malaysia. Contohnya, murid Melayu, Cina, India, Kristian,

Singh,Orang asli dan lain lain lagi

belajar di satu sekolah. Selain itu, mereka juga dari

pelbagai negeri.Hal ini ini akan menyebabkan hubungan antara satu murid dengan yang lain
tidak begitu erat kerana mereka tidak mengenali antara satu sama lain secara mendalam. Boleh
juga dikatakan sebagai murid- murid tersebut tidak menganggap rakan-rakan sekelasnya
sebagai satu keluarga, Malah mereka melihat seperti orang ketiga dalam kehidupan mereka.
Contoh terdekat yang boleh kita nampak pada hari ini, di sekolah kebangsaan, kaum Melayu
dengan kelompoknya, yang Cina dengan kelompoknya sendiri dan selebihnya. Murid murid
memandang kepada kepentingan kaumnya sendiri. Hal ini bukanlah suatu perkara kecil dan
tidak patut dipandang dengan sebelah mata sahaja. Pada pandangan saya, guru yang
bertanggungjwab mesti peka dengan masalah ini dan tidak menyebabkan segolongan pelajar
tercicir dari proses pengajarannya. Agama dan kepercayaan merupakan suatu isu yang amat
sensitif. Oleh yang demikian, agama dan kepercayaan murid tidak harus dipertikaikan. Guru

mesti dedahkan proses sosiolisasi antara kaum kepada murid supaya murid dapat bergaul
tanpa mengira anutan agama. Kelas yang mempunyai pelbagai kaum dan sosio budaya
memerlukan sikap percaya antara satu sama lain. Aktiviti yang dirancang mestilah berupaya
untuk menanam semangat saling mempercayai antara satu sama lain.dalam jiwa murid
Perkara kedua adalah, ada segelintir

murid yang anak kepada ibu tunggal yang

melakukan dua pekerjaan yang membolehkan mereka berjumpa dengan ibu mereka
hanya pada hujung minggu. Hal ini menunjukkan betapa eratnya hubungan antara ibu
dengan anak sendiri. Situasi ini juga boleh merumuskan bahawa ibu tidak akan tahu apa yang
sedang berlaku dalam hidup anaknya. Kerja siang malam dan cari duit untuk anaknya tidak
cukup. Kita sebagai ibu mestilah mengambil berat tentang kelakuan mereka dan mesti meluang
masa bagi anaknya untuk mendidik mereka dengan betul.
Perkara seterusnya adalah, separuh daripada murid berada di garis kemiskinan dan
mereka layak dapat Rancangan Pemakanan Tambahan (RMT). Saya juga berpendapat
bahawa mereka layak untuk mendapat beberapa kemudahan seperti Tuition Baucer pecuma,
Biasiswa (pakaian, kasut, beg sekolah, alat tulis dan buku) dan lain-lain lagi. Hal ini demikian
kerana, mereka tidak mampu beli barang keperluan sekolah. Guru juga tidak boleh harap
ataupun gantung pada murid untuk membawa bahan bagi proses pengajaran dan pembelajaran
(PdP). Contohnya, Guru Dunia Seni Visual meminta membawa peralatan seni seperti berus,
warna air, kertas lukisan tetapi hanya murid yang mampu akan membawa alat seninya.
Bayangkan bagaimana pula dengan yang tidak mampu.
Selain itu, perkara murid bertutur menggunakan dialek masing-masing dan kurang
kemampuan. Jika situasi dalam kelasnya begini, mesti bahasa yang ditutur tidak dapat
difahami oleh murid antara satu sama lain. Contohnya, dialek Sarawak tidak dapat difahami
oleh murid Kedah. Jika tidak dapat berbahasa Melayu standard serta Bahasa Inggeris, murid
tersebut akan gagal dalam kedua-dua mata pelajaran. Pada pandangan saya,
mengawal penggunaan bahasa dialek di dalam kelas supaya

guru harus

dapat memastikan proses

pembelajaran berjalan dengan lancer tanpa apa-apa halangan. Selain itu, Penggunaan laras
bahasa yang betul juga perlu ditekankan dalam kalangan murid bagi mengelakkan pergaduhan
dan salah faham antara satu sama lain. Perbendaharan kata yang tepat dan betul turut
membantu murid mencapai kematangan sosial. Contohnya, nyok di negeri kedah dan Pulau
Pinang dimaksudkan kelapa. Ada juga negeri yang mendatang dengan maksud orang nyok
iaitu tidak pandai; bangang.Maka perselisihan faham akan timbul antara murid. Di sini, tugas

gurulah untuk memberi penekanan penggunaan bahasa standard yang mampu difahami oleh
semua agar penglibatan murid di dalam aktiviti pembelajaran dapat dioptimumkan dan lebih
berkesan.
Selain masalah kepelbagaian murid, keadaan fizikal sekolah dan bilik darjah juga
memerlukan banyak pengubahsuaian dan baik pulih. Susun atur suasana fizikal kelas
adalah penting untuk menambah baikkan daya tarikan dalam sesebuah bilik darjah tersebut.
Sekiranya susunan dalam bilik darjah tidak dapat diatur seperti mana yang dirancangkan,maka
ianya akan menghadkan apa dan bagaimana cara sepatutnya pembelajaran itu harus
dijalankan. Susun atur bilik darjah yang baik mestilah mempunyai peralatan asas iaitu papan
hitam, papan kenyataaan, dan ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid,
almari, yang di hiasi dengan penyediaan bahan-bahan bacaan, dan bahan bantuan mengajar
serta peralatan sokongan serta dihiasi dengan keceriaan dan kebersihan. Susunan meja dan
kerusi

dalam

bilik

darjah

sebaik-baiknya

memberi

kemudahan

kepada

murid-murid

mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan. Pada


pandangan saya, murid mesti disediakan dengan kemudahan-kemudahan yang lengkap
supaya dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap PdP (proses pembelajaran dan
pengajaran) seperti kipas, dan lampu supaya dapat belajar dalam keadaan yang selesa dn
kondusif.
Berdasarkan budaya saya( Hindu), saya telah mencadangkan beberapa

cara yang

dapat menyesuaikan diri dalam bilik darjah yang mengandungi kepelbagaian sosiobudaya.
Tugas guru adalah untuk membimbing pelajar mencapai potensi diri dalam pencapaian
akademik, sosial dan vokasional.
Guru juga memainkan peranan penting dalam menjalankan kelas yang mengandungi
kepelbagaian sosiobudaya. Di pedalaman mahupun di bandar, guru perlu membuat sedikit
analisis mengenai latar belakang murid muridnya sebelum merancang pengajaran. Sebagai
guru, beliau perlu tahu bahawa setiap pelajar mempunyai budaya, latar belakang keluarga dan
tahap sosio ekonomi yang berbeza - beza. Implikasinya ialah, guru guru yang mengajar di
dalam kelas harus menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersikap professional. Guru
tidak harus membezakan bangsa murid, tidak mengelompok murid mengikut kaum mereka
sahaja. Murid dari kaum dan jantina berlainan juga harus ditempatkan dalam satu kumpulan
yang sama supaya peluang untuk berinteraksi terbuka luas.

Aktiviti yang melibatkan interaksi di kalangan murid haruslah sentiasa dijalankan


agar murid dapat menjalinkan hubungan yang lebih mesra sesama mereka tanpa mengira latar
belakang sosial dan kecerdasan individu. Sebagai seorang yang menawarkan perkhidmatan,
pelanggan iaitu murid haruslah sentiasa dihormati dan bersikap adil kepada mereka.Guru harus
mempelbagaikan kaedah pengajaran bersesuaian dengan tahap murid. Perkara ini perlu untuk
mengelakkan murid-murid merasa bosan dan seterusnya akan mengakibatkan masalah disiplin
yang sukar dikawal. Guru juga harus bijak mencetuskan situasi pembelajaran yang mesra
rakan. Misalnya, ada murid yang tidak mengenali adat dan resam kaum lain. Guru boleh
mengendalikan PdP tentang budaya masyarakat Malaysia. Melalui cara ini guru juga dapat
memahami budaya kaum lain yang terdapat di kelas.
Bahasa pengantar juga perlu diberi penekanan serius oleh guru. Murid yang terdiri
daripada pelbagai kaum dan latar belakang ini menyebabkan berlaku pertembungan dialek
yang memberi impak kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Guru haruslah
menggunakan dan menekankan penggunaan bahasa standard yang mampu difahami oleh
semua agar penglibatan murid di dalam aktiviti pembelajaran dapat dioptimumkan dan lebih
berkesan. Saya sebagai seorang guru India mesti fasih berbahasa Melayu supaya dapat
memurnikan bahasa yang dipertuturkan oleh murid. Saya juga mesti berpengetahuan luas
dalam tatabahasa, maksud perkataan supaya tidak menggunakan perkataan salah maksud.
Dengan menggunakan kajian sosiometri, guru dapat melihat hubungan antara pelajar
di dalam bilik darjah. Pelajar yang menjadi plihan ramai ialah bintang. Pelajar yang saling
memilih ialah pasangan memilih dalam lingkungan bertiga atau berempat ialah klik. Pelajar A
memilih pelajar B. Pelajar B memilih pelajar C ialah rantaian. Pelajar yang dipilih sebagai tidak
disukai ialah singkiran. Pelajar yang tidak dipilih langsung ialah pengasing. Oleh itu, konsep
pemilihan pelajar sebegini mesti dihalangkan. Hal ini demikian kerana, pemilihan seperti ini
tidak akan mengeratkan hubungan antara rakan-rakannya. Murid juga hanya akan mengenali
mengetahui tentang rakan sekumpulannya. Murid-murid yang lain tidak akan diambil tau. Oleh
itu, cadangan saya adalah, guru boleh sentiasa menukarkan ahli kumpulannya supaya semua
murid akan mengenali antara satu sama lain.
Selan itu, guru perlu bijak di dalam penggunaan bahan sumber yang sesuai kepada
murid. Hal ini demikian kerana, bagi mengelakkan dan menjaga sensitiviti setiap murid di dalam
kelas. Hakikatnya murid sudah terdedah dengan suratan yang tercatat pada buku teks maka
guru perlu memberi sumber tambahan seperti menampal info didalam kelas. Info ini berkaitan

untuk menambah serta mencambahkan pemikiran murid itu sendiri. Hakikatnya, guru perlu
menjadi mentor dan pada masa yang sama mengajar murid untuk menjadi mentor kepada
rakan yang lain. Edge (1992) di dalam Jurnal Pendidikan Guru 1996 menyatakan bahawa
tentang kemahiran komunikasi interpersonal dalam proses perkembangan kendiri. Komunikasi
interpersonal yang mengutamakan sikap saling menghormati,empati dan keikhlasan. Ianya
akan membantu kejayaan dan kelancaran didalam pengajaran dan pembelajaran.
Tambahan pula, pengurusan bilik darjah yang teratur selaras dengan budaya mesra
mesti diwujudkan supaya murid dapat merasakan rasa selesa. Guru mesti memastikan supaya
kelas tidak sesak, mempunyai udara dan cahaya yang mencukupi dalam kelas. Selain itu,
prasarana dalam kelas juga mesti diuruskan dengan baik. Keadaan bilik darjah mesti menarik
minat murid untuk belajar dengan penuh semangat. Susunan meja dan kerusi, almari, meja
guru dan lain-lain lagi.
Kesimpulannya, konsep bilik mesra budaya bukan sahaja bergantung kepada
pewujudan persekitaran fizikalnya, tetapi juga melibatkan penyediaan ruang dan emosi. Malah
pengurusan persekitaran nsosioemosi murid mempengaruhi perkembangan murid dalam aspek
sosioemosi dan persekitaran kehidupan murid. Keupayaan guru dalam menguruskan bilik
darjah merupakan satu tugas yang besar dalam mendidik anak bangsa yang bakal memimpin
dan meneraju negara kita pada masa hadapan. Disiplin diri patut dilatih di bangku sekolah dan
tanggungjawab guru amat besar dalam pembentuk insan yang berakhlak. Pengurusan bilik
darjah dan tingkah laku murid merupakan perkara yang penting dan perlu bagi menjamin
keselesaan dan persekitaran bilik darjah yang kondusif dan selesa. Guru perlu mengambil kira
akan ciri fizikal yang baik, faktor emosi murid-murid, suasana sosial, serta peraturan dan rutin
yang dilaksanakan.

Anda mungkin juga menyukai