Anda di halaman 1dari 3

PENYAKIT PENYAKIT BERJANGKIT : Influenza A (H1N1)

1.0 Pengenalan
Demam Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit sistem pernafasan yang
biasanya ditemui dalam kawanan babi. Virus Influenza A (H1N1) atau demam babi
ini biasanya berlegar dalam spesies babi sahaja dan tidak menjangkiti manusia.
Namun jangkitan terhadap manusia telah berlaku dan penyebaran virus ini dalam
kalangan manusia telah mula dikesan sejak tahun 1988.

2.0 Definisi Influenza A (H1N1)


Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit pernafasan yang ditemui dalam
kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini
dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai
kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan
terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari
manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah
terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.

3.0 Tanda-tanda dan Simptom Virus Influenza A (H1N1) Terhadap


Manusia.
Simptom Virus Influenza A (H1N1) ini terhadap manusia adalah sama dengan
simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening
kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang
berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.
Pada masa yang lepas, beberapa penyakit seperti kegagalan paru-paru dan sistem
pernafasan serta kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam
manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan
keadaan kesihatan kronik.

4.0 Punca penyebaran Influenza A (H1N1)


Virus jenis A (H1N1) selesema burung ini dijangka akan merebak seperti mana virus
selesema bermusim lain. Virus selesema ini biasanya disebarkan dari seorang ke
seorang yang lain melalui batuk dan bersin mereka yang terkena jangkitan. Kadangkadang seseorang itu boleh dijangkiti melalui barang yang disentuh dengan tangan
dan kemudiannya menyentuh mulut dan hidung mereka. Seseorang yang dijangkiti
mungkin boleh menjangkiti seorang lain bermula sehari sebelum simptom itu
merebak hingga ke hari ketujuh selepas dijangkiti. Ini bermakna kita mungkin boleh
menyebarkan virus ini sebelum mengetahui yang kita telah dijangkiti.

5.0 Kesan Influenza A (H1N1)


Walaupun

influenza

babi

biasanya

menyerang

babi

sahaja,

namun

turut

menyebabkan penyakit di kalangan manusia. Manusia biasanya medapat jangkitan


melalui sentuhan langsung kepada cecair badan babi yang sakit seperti rembesan
air liur, air kencing dan najis babi. Bagi manusia, simptom-simptom jangkitan
selsema babi adalah demam, sakit tekak, sakit otot, sakit kepala, batuk, lemah
badan dan rasa tidak selesa. Dalam kes-kes yang lebih serius, selsema babi boleh
menyebabkan jangkitan paru-paru teruk yang dipanggil pneumonia yang boleh
membawa kepada kematian.
Jangkitan tidak terhad dari babi kepada manusia sahaja malah lebih teruk apabila ia
boleh berjangkit dari manusia yang telah mendapat selsema babi kepada manusia
lain yang berdekatan dengannya. Jangkitan manusia ke manusia berlaku secara
langsung apabila rembesan cecair badan orang yang mendapat selsema babi
seperti air liur semasa bercakap, cecair mulut dan hidung semasa batuk dan bersin
terkena terus kepada orang-orang disekeliling mereka. Secara tidak langsung
apabila kita tersentuh permukaan seperti meja, tombol pintu, kertas tisu dan tangan
semasa bersalam yang telah tercemar dengan virus ini.

6.0 Cara Menghindari Penyakit Influenza A (H1N1)

Perkara yang terpenting sekali adalah membasuh tangan. Sentiasa berada pada
tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa aktif, menangani
tekanan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Cuba mengelak dari
menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak hubungan dengan
mereka yang sakit. CDC menyarankan pengambilan ubat seperti oseltamivir atau
zanamivir untuk merawat atau mencegah jangkitan virus selesema babi ini. Ubat
antiviral adalah ubat-ubatan berpreskripsi pil, cecair ataupun ubat sedut yang
melawan virus dari terus membiak di dalam badan.

7.0 Rujukan

INFLUENZA A (H1N1), http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/3392-

selesema-babi-atau-swine-flu.html Diakses pada 12 Julai 2015.


TANDA DAN CARA MENGATASI PENYAKIT H1N1,
http://www.mysumber.com/tanda-dan-cara-mencegah-penyakit-h1n1-selsemababi.html Diakses pada 12 Julai 2015.

Anda mungkin juga menyukai