Anda di halaman 1dari 12

1

Undi Bijak Tegak Negara Berkat

‫السالم عليكم‬
‫هلل الَّ ِذ ْي َْأر َس َل َر ُس ْولَهُ بِاهلُ َدى َو ِديْ ِن احلَ ِّق لِيُظْ ِه َرهُ َعلَى ال دِّيْ ِن ُكلِّ ِه َولَ ْو َك ِر َه‬ ِ ‫احلم ُد‬
َْ
‫ص ِّل َو َس لِّ ْم‬
َ ‫اللّ ُه َّم‬ ُ‫َأن َس يِّ َدنَا حُمَ َّم ًدا َعْب ُدهُ َو َر ُس ْولُه‬َّ ‫َأ ْش َه ُد َأ ْن الِإلهَ ِإال اهللُ َوَأ ْش َه ُد‬ ‫امل ْش ِر ُك ْو َن‬
ِ ٍ ِ ِ ِ ٍ ِ ُ
‫ِإ‬ ‫ِإ‬ِ ِ
َّ  ‫َأص َحابه َو َم ْن تَب َع ُه ْم ب ْح َس ان ىَل َي ْوم الدِّيْ ِن‬
‫…َأما‬ ِ ْ ‫لى َس يِّدنَا حُمَ َّمد َو َعلَى آل ه َو‬ ِ
َ ‫َوبَار ْك َع‬
… ‫ َح َّق ُت َقاتِِه َوالمتَُوتُ َّن ِإال َوَأْنتُ ْم ُم ْسلِ ُم ْو َن‬ َ‫اهلل ! َّات ُق ْوا اهلل‬ ِ ‫ َفيا ِعباد‬..…‫بع ُد‬
ََ َ َْ
Wahai kaum Muslimin hamba-hamba Allah! Dari mimbar khutbah
yang mulia ini, ingin khatib mengajak diri sendiri dan kaum muslimin
sekelian yang hadir marilah kita sama-sama meningkatkan
ketakwaan kehadrat Allah s.w.t dengan sebenar-benar takwa.
Takwa dalam erti kata mentaati, mematuhi dan menjunjung segala
perintah Allah s.w.t serta di masa yang sama menjauhi dan
meninggalkan segala bentuk larangan dan maksiat kepada Allah
s.w.t.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah al-A’raf ayat 40 :


      
      
        
 
Maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan
ayat-ayat Kami dan menyombong diri, memandang rendah
terhadapnya, sekali-kali tidak akan dibuka pada mereka pintu-pintu
langit dan tidak pula mereka akan dimasukkan ke dalam syurga,
hingga unta masuk ke lubang jarum. Demikianlah kami memberi
pembalasan kepada orang-orang yang berbuat kejahatan”.
2

Kehangatan PRU ke-15 mula dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia.


Sembang di kedai kopi, berbual di telefon, bertemu dengan rakan di
tempat kerja semuanya telah mula berbicara tentang PRU ke-15 ini.
Tarikh 19 November hari Sabtu menentukan siapakah yang akan
menjadi pemimpin di negara kita. Wajib bagi setiap umat Islam
yang sudah cukup umurnya bersiap sedia jiwa dan raga untuk
mengundi bila tiba masanya. Bagi umat Islam yang beriman kepada
Allah s.w.t sahaja meletakkan Al-quran yang diwahyukan kepada
manusia adalah sebaik-baik petunjuk, pusaka abadi, mukjizat nabi
sepanjang zaman yang tiada tandingan dan mampu untuk
menyelesaikan segala permasalahan manusia dalam memilih
pemimpin setiap kali tibanya pilihanraya. Dengan sifatnya sebagai
pedoman kepada manusia, maka adalah wajib bagi manusia
mematuhi, menuruti segala apa yang telah ditetapkan oleh Allah
s.w.t. Apatah lagi dalam memilih pemimpin dan menghadapi
kemelut kemanusiaan yang melampaui batas serta kebejatan
manusia yang merata pada hari ini. Apabila politik menjadi
sebahagian daripada ajaran Islam, maka kewajipan memilih
pemimpin adalah sebahagian daripadanya. Dalam sistem
demokrasi diadakan pilihanraya dengan mensyaratkan seseorang
itu menjadi pemilih pada ketika cukup umur sahaja terus
membolehkannya mengundi. Walaupun demokrasi berasal
daripada barat, namun tidak boleh dipisahkan daripada kewajipan
politik yang ditegaskan oleh hukum Islam selagi tidak bercanggah
dengan dasar dan konsep Islam yang sempurna, teguh dan anjal.
Pemerintahan Islam di sepanjang zaman keemasannya menerima
segala yang baik daripada semua bangsa yang bertamadun dan
3

mengislahkan kelemahan serta menolak kemungkarannya. Perlu


disedari mengikut kajian Sejarah, demokrasi moden di negara barat
adalah terpengaruh daripada Politik Islam yang dikaji oleh ilmuan
barat daripada Tamadun Islam dalam segala aspek, bukan sahaja
dalam bidang sains teknologi, bahkan sebenarnya termasuk juga
dalam ilmu sains politik. Di mana mereka mengenali amalan
memilih pemimpin dalam syariat Islam sehingga diadakan sistem
pilihan raya, tetapi mereka memisahkannya daripada agama.
Demokrasi purba di Greek yang dicipta oleh tamadun barat tidak
boleh menandingi Feqah Politik Islam. Apabila caranya tidak
berpijak di lapangan rakyat semua peringkat, maka dilakukan
perubahan pemerintah secara revolusi seperti di Perancis, England
dan lain-lain. Di beberapa negara lain pula mengorbankan rakyat
silih berganti, sehinggalah para orientalis bertemu dengan
pengajian Islam.
Hadirin sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Islam menempa sejarah politik ketika wafatnya Rasulullah S.A.W.
Para sahabat R.A. di kalangan Muhajirin dan Ansar yang mewakili
semua kumpulan dan kelompok melaksanakan konsep syura yang
disebut di dalam Al-Quran. Mereka berhimpun di tempat bernama
Thaqifah Bani Sa’idah (Dataran Bani Sa’idah), sekarang dibina
Kompleks Percetakan Al-Quran. Tujuan perhimpunan itu adalah
bagi memilih Khalifah (Ketua Negara) menggantikan Rasulullah
S.A.W. selepas kewafatannya. Himpunan itu dilakukan selepas
selesai menyembahyangkan jenazah Rasulullah S.A.W. sebelum
dikebumikan jasadnya yang mulia itu. Ini menunjukkan betapa
besarnya kewajipan memilih pemimpin dalam ajaran Islam,
4

sehingga lebih diutamakan daripada mengebumikan jasad


Rasulullah S.A.W. Ada tiga calon yang dicadangkan. Kalangan
Ansar (penduduk asal Madinah) mencalonkan pemimpin mereka,
Saad bin Ubadah R.A, adapun keluarga Rasulullah S.A.W dan
beberapa orang yang lain mencalonkan Ali bin Abi Talib K.W.H
(menantu dan sepupu Rasulullah S.A.W.), kalangan Muhajirin pula
mencalonkan Abu Bakar R.A. daripada Muhajirin Qabilah Quraisy.
Apabila mereka mendengar Hadis Rasulullah S.A.W. yang pernah
bersabda :

‫األئمة من قريش‬

“Para pemimpin utama hendaklah daripada Quraisy.”

Akhirnya Saidina Abu Bakar R.A dipilih menjadi Khalifah. Para


ulama yang menulis berkenaan Politik Islam menegaskan dalil
mafhum daripadanya adalah memilih pemimpin yang muslim dan
mempunyai kelayakan daripada kaum yang paling kuat
pengaruhnya dalam masyarakat. Syarat muslim kerana Islam
menjadi aqidah negara, manakala syarat Quraisy kerana dominasi
dalam masyarakat. Kuasa Khalifah Abu Bakar R.A tidak mutlak dan
pentadbirannya secara syura yang melibatkan anggota kabinet di
kalangan pemimpin para sahabat dan masyarakat umum yang
bebas menasihat dan mengkritik, berprinsipkan patuh kepada
hukum tertinggi Al-Quran dan Sunnah serta menghayati amalan
syura. Cara pemilihannya sentiasa berubah mengikut
perkembangan masyarakat dan zamannya seperti juga hukum
Islam yang lain. Contohnya haji yang diwajibkan menjadi rukun
Islam, tidak lagi musafirnya melalui unta atau berjalan kaki sahaja.
5

Zaman kini perjalanannya melalui pesawat udara dan


keselamatannya melalui amalan visa. Maka semuanya menjadi
wajib kerana termasuk di dalam kaedah hukum Syara’:

‫ما ال يتم الواجب إال به فهو واجب‬

“Apa-apa yang tidak sempurna perkara wajib melainkan


dengannya, maka ia menjadi wajib juga.”
Contoh lain juga adalah wajibnya pakaian menutup aurat bagi
menunaikan sembahyang, tanpa dipersoalkan siapa yang membuat
kainnya dan siapa peniaganya, tanpa ditanya agama tukang jahit
dan bentuknya dari negara mana, tetapi syarat sah orang
sembahyang itu adalah Islam. Begitulah juga perubahan
masyarakat dan zaman dalam amalan politik yang mengadakan
pilihan raya umum pada hari ini, tidak boleh dipisahkan daripada
kewajipan politik yang menjadi sebahagian daripada syariat Islam.
Rasulullah S.A.W. telah memberi amaran kepada umatnya yang
cuai melaksanakan kewajipan ini di akhir zaman menyebabkan
kemusnahan mereka. Sabda baginda S.A.W :

‫َّاس بِالَّىِت‬
ُ ‫ث الن‬
َ َّ‫ت عُْر َوةٌ تَ َشب‬
ْ‫ض‬َ ‫ض َّن عَُرى اِإل ْسالَِم عُْر َو ًة عُْر َو ًة فَ ُكلَّ َما ا ْنَت َق‬َ ‫لَُيْن َق‬
)‫الصالَةُ (مسند أمحد‬ َّ ‫آخُر ُه َّن‬ ِ ‫تَلِيها و ََّأوهُل َّن َن ْقضاً احْل ْكم و‬
َُ ُ ُ َ َ
“Demi sesungguhnya (akan berlaku) dirungkainya tali simpulan
teguh yang mengikat ajaran Islam, satu demi satu. Apabila satunya
dirungkai menyebabkan orang ramai menjadi berselerak terpaksa
berpegang dengan simpulan ikatan yang ada selepasnya. Perkara
pertama yang dirungkai ialah hukum (yang berkait dengan
6

pemerintahan negara) atau politik dan yang terakhirnya ialah


sembahyang.”
Saudaraku, hadirin sidang Jumaat yang dihormati lagi
dimuliakan,

Kita menyaksikan sekarang betapa ramai di kalangan umat Islam


tidak mengambil kisah atau menganggap tidak penting dalam
aspek ini. Ada juga yang merasa bosan kerana banyaknya karenah
yang tidak menyenangkan dalam aspek politik, lalu mereka
menyerah kalah atau mencari pendekatan yang salah apabila lebih
mudharat bencananya. Mereka lupa betapa politik banyak
mempengaruhi aspek yang lain, khususnya aspek kedaulatan
negara dan keselamatan umat, bukan sahaja aspek ekonomi dan
lain-lain. Rasulullah S.A.W. menyuruh umatnya bersabar
menghadapi penyelewengan politik kerana wajib memelihara
urusan politik supaya tidak terjerumus ke dalam bencana yang lebih
besar akibatnya. Banyak ayat-ayat Al-Quran dan Hadis-hadis yang
menunjukkan betapa Allah dan Rasul-Nya sangat murka terhadap
orang yang tidak mengambil perhatian terhadap kepentingan
umatnya sehingga menerima bencana yang memusnahkan
semuanya. Maka hendaklah difahami betapa tibanya diri untuk
menjadi pengundi di zaman ini adalah satu kewajipan agama yang
besar terhadap setiap orang lelaki dan perempuan apabila
mempunyai kelayakan. Allah berfirman :

‫َوِإن تَتَ َولَّ ۡو ْا يَ ۡستَ ۡب ِد ۡل قَ ۡو ًما َغ ۡي َر ُكمۡ ثُ َّم اَل يَ ُكونُ ٓو ْا َأمۡ ٰثَلَ ُكم‬
“Dan jika kamu berpaling (daripada beriman dan menegakkan
Islam) Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain;
7

setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu.” (Surah


Muhammad : 38)
Urusan menegakkan Islam dengan menjadi pemerintah berkuasa
politik adalah kewajipan besar bagi umat Islam. Adapun yang
datang menguar-uarkan supaya umat Islam melupakan politik
adalah warisan peninggalan penjajah supaya umat ini lemah dan
hilang kuasanya. Akhirnya menjadi hamba kepada sesiapa yang
mengambil kuasa. Mengundi bukan sahaja memilih pemimpin bagi
pihak rakyat, bahkan tanggungjawab mengundi adalah melantik
wakil rakyat untuk melaksanakan Amar Maaruf dan Nahi Mungkar
yang menjadi tonggak penting dalam menjaga jati diri umat melalui
kekuasaan atau bersuara dan menentukan sikap. Mengundi juga
adalah menjadi hakim terhadap kerajaan dengan melakukan hisbah
di sepanjang penggal pemerintahannya. Konsep ini bersandarkan
kepada firman Allah :
ٓ
َ ‫ُوف َويَ ۡنهَ ۡو َن َع ِن ۡٱل ُمن َك ۚ ِر َوُأ ْو ٰلَِئ‬
‫ك‬ َ ‫ون ِإلَى ۡٱل َخ ۡي ِر َويَ ۡأ ُمر‬
ِ ‫ُون بِ ۡٱل َم ۡعر‬ َ ‫ة يَ ۡد ُع‬ٞ ‫َو ۡلتَ ُكن ِّمن ُكمۡ ُأ َّم‬
َ ‫هُ ُم ۡٱل ُم ۡفلِح‬
‫ُون‬

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru


(berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan
menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang
daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang
bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” (Surah Ali-Imran
: 104)
Sabda Rasulullah S.A.W :

ِ ‫ ولََتْنه و َّن عن املْن َك ِر َأو لَي‬،‫وف‬


‫وش َك َّن اهللُ أ ْن‬ ِ ‫ لَت ْأمر َّن بِ املعر‬،‫والَّ ِذي َن ْفس ي بِي ِد ِه‬
ُ ْ ُ ْ ُ َ َ َ ُ َْ ُ ُ َ َ َ
)‫ (رواه الرتمذي‬.‫اب لَ ُك ْم‬ ‫ج‬ ‫ت‬ ‫س‬‫ي‬ ‫ال‬ ‫ف‬ ‫ه‬ ‫ن‬ ‫و‬‫ع‬ ‫د‬ ‫ت‬ ‫ه‬ ‫ن‬ ِ ً‫ث علَي ُكم ِع َقابا‬
‫م‬
َ
ُ َ ُْ ُ ْ َ َ ُ ْ َ َّ‫مُث‬ ُ ْ ْ ْ َ َ ‫َيْب َع‬
8

“Demi Tuhan yang diriku berada dalam genggaman kekuasaannya.


Kamu hendaklah menyuruh kepada yang baik dan mencegah
kemungkaran atau kalau kamu tidak melaksanakannya, hampirlah
Allah menghukum kamu dengan balasan daripadanya. Kemudian
kamu berdoa kepadanya, tiba-tiba doa kamu tidak diperkenankan”
(Riwayat Tarmizi)
Bangkitlah wahai umat Islam bermaruah! Sama-sama kita berjihad,
bermunajat dan berdoa kepada Allah di samping melipat gandakan
usaha dalam memastikan gelombang pilihanraya ke-15 ini sebagai
gelombang kemenangan Islam. Sokongan dan undian yang kita
wajib lakukan hanya kepada kumpulan yang berada di dalamnya
ramai para aalim ulama’, tok-tok guru dan yang paling penting
mereka mengajak kita untuk kebaikan Islam dan umatnya. Undian
yang membawa kebaikan dunia akhirat. Hanya Muslim tanpa
pedulikan maruah umatnya sahaja tidak mahu mengundi.
Padi bukan sebarang padi,
Padi ditanam di dalam sawah,
Mengundi bukan sebarang mengundi,
Mengundi kerana pertahan agama dan maruah.

‫ات َوال ِّذ ْك ِر احلَ ِكْي ِم‬ ِ ‫آن الع ِظي ِم و َن َفعيِن وِإيَّا ُكم مِب َ ا فِي ِه ِمن اآلي‬ ِ
َ َ ْ ْ َ َ َ ْ َ ‫بَ َار َك اهللُ يِل ْ َولَ ُك ْم يِف ال ُق ْر‬
‫الع ِظْي َم يِل ْ َولَ ُك ْم َولِ َس اِئِر‬ ِ ‫الس ِميع العلِيم و‬
َ َ‫اس َت ْغف ُر اهلل‬ ْ َ ُ ْ َ ُ ْ َّ ‫الوتَ هُ ِإنَّهُ ُه َو‬
ِ ِ ِ
َ ‫َوَت َقبَّ َل ميِّن َومْن ُك ْم ت‬
َ‫اس َت ْغ ِف ُر ْوهُ َفيَ ا َف ْو َز امل ْس َت ْغ ِف ِريْ َن َويَ ا جَنَ اة‬َ‫ات ف‬ َ ‫نْي‬
ِ ‫الُم ِس لِمني واملس لِم‬
ِ َ‫ات وامل ْؤ ِمنِ واملْؤ ِمن‬
ُ ْ ُ َ ُ َ َ ْ ُ َ َ ْ ‫ْ ِئ‬
. َ ‫التَّا بِنْي‬
9

Khutbah Ke-2

‫ وأشهد أن الإهل‬،‫امحلد هلل اذلي َج َع َل الل َّ ْيل والهنار ِخلْ َف ًة ملن أراد أن ي َ َّذكَّ َر أوأراد شكورا‬
‫ريا‬..‫املني بش‬..‫هَل ُ اىل الع‬. ‫ َأ ْر َس‬،‫وهل‬..‫ده ورس‬..‫هد أن محمدا عب‬..‫ وأش‬،‫ده الرشيك هل‬..‫إالهللا وح‬
‫ أما‬.‫ اللهم صل عىل عبدك ورسوكل محمد وعىل آهل وحصبه امجعني‬،‫ ورساجا منريا‬،‫ونذيرا‬
.‫ إتقواهللا حق تقاته والمتوتن إالوأنمت مسلمون‬،‫بعد‬
Sidang Jumaat yang dimuliakan lagi dirahmati Allah SWT
sekelian…

Firman Allah dalam ayat 26 Surah Ali ‘Imran:


َ ?‫ع ۡٱل ُم ۡل‬
‫ك ِم َّمن تَ َش ?ٓا ُء َوتُ ِع? ُّز َمن تَ َش ?ٓا ُء‬ ِ َ‫ك َمن تَ َشٓا ُء َوت‬
ُ ‫نز‬ َ ‫ك تُ ۡؤتِي ۡٱل ُم ۡل‬ ِ ‫ك ۡٱل ُم ۡل‬ َ ِ‫قُ ِل ٱللَّهُ َّم ٰ َمل‬
‌ ‫ير‬ ٞ ‫ك َعلَ ٰى ُكلِّ َش ۡي ٖء قَ ِد‬َ َّ‫ك ۡٱل َخ ۡي ۖ ُر ِإن‬
َ ‫َوتُ ِذلُّ َمن تَ َشٓا ۖ ُء بِيَ ِد‬
Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad) : “Wahai Tuhan yang
mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa
pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan
Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang
Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang
Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang
Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya
segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-
tiap sesuatu”.
Tidak hairanlah apabila kita melihat ramai tokoh dan ulama Islam
menjelaskan isu perlantikan pemerintah ini, antaranya :
Hujjatul Islam al-Imam Al-Ghazali Rahimahullah yang banyak
menulis berkenaan tasawuf juga memberi perhatian khusus dalam
aspek pemerintahan negara dalam kitabnya yang berkait dengan
aqidah menegaskan :
10

‫ادلين أس والسلطان حارس وما أس هل مفهدوم وما ال حارس هل فضائع‬

“Agama menjadi asas, kuasa pemerintahan (politik) menjadi


pengawasnya. Kalau tidak ada asas menyebabkan runtuh dan
kalau tidak ada pengawas menjadikan hukum agama itu sia-sia
sahaja”.
Imam Mawardi Rahimahullah juga pernah berkata :
‫ ادلنيا به‬.‫ ادلين وسياسة‬.‫اإلمامة موضوعة خلالفة النبوة يف حراسة‬
Maksudnya : “Imamah atau pemimpin utama adalah menjadi
pengganti kenabian dalam mengawal agama dan bersiyasah dunia
dengan agama.”
Almarhum Professor Dr. Yusuf al-Qaradhawi, pernah mengulas
ketika musim pilihanraya Mesir tentang hukum mengundi :
‫و‬..‫ذهب فه‬..‫ من مل ي‬،‫اب‬..‫ناديق الانتخ‬..‫ذهب إىل ص‬..‫ عىل لك مرصي أن ي‬،‫واجب رشعي‬
@"‫ ال تكمتوا الشهادة‬،‫ ارتكب ذنب عند هللا‬،‫آمث‬

Maksudnya : “Hukumnya adalah wajib syarak ke atas setiap warga


Mesir untuk pergi ke pos-pos undian untuk mengundi. Barangsiapa
yang tidak pergi maka dia melakukan dosa di sisi Allah
(berdasarkan ayat al-Quran) : “Janganlah kalian menyembunyikan
penyaksian kamu.”
Tokoh politik negara Tuan Guru Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi
Awang pernah menyebut : Seorang tokoh orientalis, Snouck
Hurgronje (orientalis asal Belanda), yang menegaskan usaha yang
mesti dilakukan oleh penjajah barat terhadap Islam ialah
menjauhkan penganutnya daripada Islam, secara khususnya ajaran
politik. Tujuannya supaya membiarkan ajaran penjajah terus
11

menakluk umat Islam. Menyedari perkara ini, Tuan Guru berkata :


“Maka seruan ke arah memulau pilihan raya atau undi rosak adalah
sebahagian daripada agendanya, supaya kuasa politik umat Islam
dilemahkan atau diserahkan kepada pihak lain, sama ada memilih
bukan Islam atau memberi peluang kepada pihak lain menguasai
negara melalui pilihan raya. Ini berlaku apabila beranggapan politik
tidak penting atau dikatakan sebagai amalan kotor yang mesti
ditinggalkan oleh umat Islam. Adapun kelemahan dan salah
lakunya pula hendaklah dibetulkan, bukannya membatalkannya
atau dipulaukan. Di mana tindakan pemulauan atau merosak kertas
undi adalah menempah kepada keburukan yang lebih besar
mudharatnya, apabila melakukan pilihan lebih besar mudharatnya
kepada negara dan umat. Laksana kebodohan terhadap seorang
yang memilih perjalanan meredah hutan rimba yang sukar dan
berbahaya kerana tidak bersetuju dengan jalan raya yang tidak
diturap dengan sempurna.”
Muslimin saudaraku yang dikasihi kerana Allah swt…

Marilah di hari yang mulia ini sama-sama kita sedar dan menginsafi
diri, bahawa tanggungjawab kita adalah sangat besar iaitu memilih
pemimpin di dalam PRU yang akan datang yang akan
mengembalikan urusan Islam kepada umat Islam serta memastikan
Islam terlaksana dalam negara kita. Siapa sahaja yang terpilih dan
dipilih oleh rakyat, pada hari esok, mereka akan memikul amanah
Allah supaya agama Allah didaulatkan pada makam yang tertinggi
dan sudah pasti akan dipersoalkan di akhirat nanti. Justeru itu
bijaklah memilih pemimpin, kerana seorang pemimpin akan
memimpin siapa yang dipimpinnya sama ada ke jalan syurga atau
‫‪12‬‬

‫‪neraka‬‬ ‫‪dan‬‬ ‫‪setiap‬‬ ‫‪pemimpin‬‬ ‫‪yang‬‬ ‫‪dilantik‬‬ ‫‪akan‬‬


‫‪dipertanggungjawabkan orang yang dipimpinnya. Setiap rakyat‬‬
‫‪diperintah mentaati pemimpin selama mana ianya tidak berlawan‬‬
‫‪dengan kehendak Allah dan RasulNya. Kesungguhan kita dalam‬‬
‫‪memilih pemimpin yang adil dan bertanggungjawab akan membina‬‬
‫‪negara berkat. Sebaliknya memilih ikut nafsu menyebabkan kita‬‬
‫‪terus menderita dalam negara sendiri. Islamlah nescaya kita‬‬
‫‪berjaya dan bahagia dunia akhirat.‬‬

‫َأج َم ِع ْي َن‪ ،‬اللّ ُه َّم ا ْغ ِف ْر لِل ُْم ْس لِ ِم ْي َن‬ ‫ِ‬


‫ص ْحبِه ْ‬
‫ِِ‬ ‫ٍ‬
‫لى َس يِّدنَا ُم َح َّمد َو َعلَى آل ه َو َ‬
‫ِ‬
‫ص ِّل َع َ‬ ‫اللّ ُه َّم َ‬
‫ات ِإنَّ َ ِ‬ ‫األم و ِ‬ ‫ِِ‬ ‫ات والم ْؤ ِمنِْين والمْؤ ِمنَ ِ‬ ‫ِ ِ‬
‫ب‬‫ك َس م ْي ٌع قَ ِريْ ٌ‬ ‫األحيَ اء م ْن ُه ْم َو ْ َ‬ ‫ات ْ‬ ‫ََ ُ‬ ‫الم ْس ل َم َ ُ‬ ‫َو ُ‬
‫َأص لِ ْح َذ َ‬
‫ات َب ْينِ ِه ْم‬ ‫ف َب ْي َن ُقلُ ْوبِ ِه ْم َو ْ‬ ‫ات‪َ ،‬وَألِّ ْ‬‫اض ي الحاج ِ‬
‫ْ َ َ‬
‫ات وقَ ِ‬ ‫ِ‬
‫ب ال َّد َع َو َ‬
‫ِ‬
‫ُمج ْي ُ‬
‫ك َوال َي ْر َح ُمنَ ا‪،‬‬ ‫س لِّ ْط َعلَْينَ ا َم ْن اليَ َخافُ َ‬ ‫ت‬
‫ُ‬ ‫ال‬ ‫م‬
‫َّ‬ ‫ه‬ ‫ّ‬‫ل‬‫ال‬ ‫‪،‬‬ ‫م‬ ‫وانْص رهم َعلَى َع ُد ِّو َك و َع ُد ِّو ِ‬
‫ه‬
‫َ‬ ‫ُ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫َ ُُْْ‬
‫ك فِي ُك ِّل َزم ٍ‬
‫ان‬ ‫َ‬ ‫اه ُد ْو َن فِي َسبِْيلِ َ‬ ‫اه ِدين الَّ ِذين يج ِ‬
‫والم َج ْ َ ْ َ ُ َ‬
‫ِ‬
‫الم ْسلم ْي َن ُ‬
‫ِِ‬
‫ص ْرِإ ْخ َوا َننَا ُ‬
‫اللّ ُه َّم انْ ُ‬
‫اب اِ ْه ِز ْم ُه ْم‬ ‫األح َز ِ‬
‫اه ا ِز َم ْ‬ ‫اب َو يَ َ‬ ‫الس َح ِ‬
‫ي َّ‬ ‫اب َو يَ ا ُم ْج ِر َ‬ ‫الكتَ ِ‬ ‫ان‪ .‬اللّه َّم ي ا م ْن ِز َل ِ‬
‫ُ َ ُ‬
‫وم َك ٍ‬
‫ََ‬
‫الم ْش ِركِ ْي َن َو َد ِّم ْر‬ ‫الم ْس لِ ِم ْي َن َوَأذِّ َّل ِّ‬ ‫ِ‬
‫الش ْر َك َو ُ‬ ‫الم َو ُ‬ ‫اإلس َ‬ ‫ص ْرنَا َعلَْي ِه ْم‪ ،‬اللّ ُه َّم َأع َّز ْ‬ ‫َوانْ ُ‬
‫الم ْؤ ِمنِْي َن‪ .‬اللهم وفق برحمتك سلطاننا وتوفيقك موالنا‬ ‫اد َك ُ‬
‫َأ ْع َداء الدِّي ِن وانْ ِ‬
‫ص ْرعبَ َ‬ ‫َ ْ َ ُ‬
‫المل ك المعتص م باهلل توانك و ص الح ال دين إبن المرح وم الس لطان بدليش ه‪ ،‬وجمي ع‬
‫ض اك‪ .‬واجعلهم‬ ‫ودعاَتنَ ا لِمافي ه ِر َ‬ ‫اءن ا ُ‬ ‫األس رة الملكي ة‪َ ،‬و ُوال َة أمو ِرنَ ا ُ‬
‫وو َز َراَئنَ ا َوعُلَ َم َ‬
‫ص الَتنَا‬ ‫ِ‬ ‫ِِ‬
‫َس بَبًا لعالَ ِج البالد والعب اد برحمت ك ي اأرحم ال راحمين‪ .‬اللّ ُه َّم َت َقبَّ ْل منَّا َ‬
‫ك ال َك ِريْم‪َ .‬ر َّبنَ ا آتِنَ ا‬ ‫صةً لَِو ْج ِه َ‬ ‫ِ‬
‫سنَاتِنَا َو ْ‬
‫اج َعل َْها َخال َ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬
‫َوصيَ َامنَا َوقيَ َامنَا َو َز َكاَتنَا َو َجم ْي َع َح َ‬
‫ِ‬
‫اب النَّا ِر‪ .‬عباد اهلل ! إن اهلل يأمر بالعدل‬ ‫ِ‬ ‫ِ ِ‬ ‫ِ‬ ‫فِي ُّ‬
‫سنَةً َوقنَا َع َذ َ‬ ‫سنَةً َوفي اآلخ َرة َح َ‬ ‫الد ْنيَا َح َ‬
‫واإلحس ان وإيت اء ذى الق ربى وينهى عن الفحش اء والمنك ر والبغى يَ ِعظُ ُكم لعلكم‬
‫تذكرون‪ ،‬ولَ ِذ ْك ُراهلل أكبر‪ ،‬واهلل يعلم ماتصنعون‪.‬‬

Anda mungkin juga menyukai